BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

Para lelaki sekelian

"Para lelaki sekelian, sila lah pakai baju Melayu secara kerap. Anda akan nampak sangat hot di mata saya wahaha!~"








"Ish, semalam pergi iftar kat Masjid Wilayah sangat cuci mata kot. Oppss!~"

Setiap kali hampir mahu melayan perasaan,
Pasti diri akan disibukkan dengan kerja.
Tak apa.
Aku rasa selesa begini.
Aku rasa bahagia begini.
Biarkan aku terus begini
Aku harus terus begini




Kau pun harus jua =)

Sunday, August 29, 2010

Japanese Drama: Tokyo Dogs


Lawak seyh cerita ni. I like! Haha. Baru habis tengok cerita ni sebenarnya. Lepas marathon dalam seminggu jugak lah. Padahal episod ada 12 jer. Biasa lah. Kalau nak suruh aku marathon non stop, mau nya satu hari tak tidoq. Nothing really overrated pasal cerita ni tapi still, I like!

Main characters dia, as some of you guys dah kenal lah, duo dari cerita Hanakimi, Oguri Shun and Mizushima Hiro. Best gila mereka as partner! Very like! Dua2 ikemen, in my opinion hihi~ Even though Mizushima Hiro jadi cam mengong sikit dalam cerita ni. Oguri Shun pulak as usual, dapat watak yang lebih serious. Cool guy gitu lah. Cool pun, still lawak jugak ler dia ni dalam cerita ni haha. And watak perempuan, er.. aku baru kenal jugak lah. Nama Yoshitaka Yuriko. Hoho, aku kalau pelakon lelaki , selalu aku memang kenal laa. Kalau yang heroin, erk, tak berapa kurang kenal hehe. Neway, aku suka tengok perempuan ni dalam cerita ni. Cute kot dia!

Macam biasa, aku malas lah nak bagi spoiler (pasal aku pun benci spoiler fyi). Tapi sebab ending dia aku puas hati, so kira dapat stars lah dari aku. Susunan cerita agak teratur dan agak menarik. Sedikit twisted. Overall boleh dapat 3.5 stars out of 5. Tapi sebab ada dua orang ikemen, aku tambah 0.5 lagi. So dapat lah 4/5 hihi. Bias sungguh aku :D

Mahu drama Jepun dengan Ikemen lagi! Any suggestion?

Saturday, August 28, 2010

Dewasa dah semua :)

Sekarang ni, kakak sulung aku dengan kakak no 3 aku, masing2 dah kahwin and hampir kahwin, tengah sibuk nak beli rumah. Ye lah, bila dah ada family sendiri, kena ada rumah sendiri, kan?


Sekarang ni aku rasa macam everything dah masuk fasa yang seterusnya. Maksud aku fasa seterusnya tu is that, sekarang ni dah sampai masa untuk siblings aku membesar, and membina keluarga sendiri. Dah tua rupanya kita ni.

Untung jadi anak bongsu ni. Bila jadi anak bongsu, aku sendiri tengok dengan mata aku, macam mana kakak2 aku melalui fasa2 untuk dewasa. Aku sendiri tengok, and boleh ambil iktibar dari mereka macam mana nak hidup kat dunia ni. Aku boleh menilai sendiri dengan mata aku. Tengok dari sudut pandangan aku and cuba apply kat diri sendiri.

Bila tengok diorang ni buat perancangan untuk masa depan, memang seriously, bantuan orang tua itu really helpful. Yelah, as youngsters, kita memang tak banyak pengalaman. Parents jugak yang makan garam dulu so they know better. Boleh nampak laa perkembangan kakak2 aku jadi dewasa. Haihh, padahal dulu2 selalu main masak2 sama. Tepuk tampar sesama. Main otromen sesame. Sekarang semua dah berlaki sendiri haha. Natsukashi naa :)

Bukan senang nak jadi laki bini ni beb. Komitmen tinggi tuh. Bukan sama macam korang kapel2 ni. Kapel2 ni baru takat secubit rasa dari asam garam rumah tangga tuh. Bak kata orang, baru takat hujung jari lah. Sebab nya, kahwin ni dunia akhirat punya hubungan. That will last, insya Allah forever. Tolak ansur, memang gila ah tinggi. Bila dah kahwin laa time korang dah kenal betul2 pasangan korang macam mana. Dari sudut pandangan mata aku sendiri pun tak cukup nak menilai kehidupan perkahwinan tu camne. Rumit, itu yang boleh aku katakan.

Cuma yang boleh aku katakan, bila dah kahwin (or nak kahwin) memasing memang berubah habis lah ke arah lebih matang. Baik lelaki, mahu perempuan. Itu yang aku nampak kat kakak2 aku. Sangat berbeza, perangai before and after kahwin. Dulu kuat carik gadoh oo sama aku. Sekarang elok je perangai memasing. Haih, mungkin aku pun perlu kahwin nak ubah perangai tak matang aku ni haha.

Appreciate time masih belum kahwin ni.
Kang sok dah berlaki bini, besar tanggungjawab kau kat spouse, and also parents.
Ingat tuh kengkawan (hidup kasi enjoy dulu ahaha!~)

Ilmu kebal zaman dulu2

Tadi pergi shopping. Dengan parents aku. Balik tuh, macam biasa, ayah aku rancak bercerita. Ayah aku memang suka sangat bercerita ni. Kalah mak aku jugak lah. Mak aku jenis diam je dengar ayah aku bercakap. Selalu aku dengan kakak-kakak aku lah yang melayan dia bercakap. Tapi cerita hari ni memang agak menarik untuk aku dengar. Baru aku tau, dulu-dulu ayah aku pernah belajar ilmu kebal. Ilmu kebal? Oh? Mantapppp. Terkejut aku dengar o.O


Zaman dulu2, kalau siapa yang baca sejarah lah, tipu lah kalau korang tak tahu. Kalau korang tak tahu konpem dulu sama ada time sejarah korang tidoq atau korang memang tak amek SPM. Kalau korang ingat lah, memang dulu feymes Jepun datang menyerang, British lah, Komunis lagi, Korea.. ok itu tipu. Dengan gila ramai lah yang cuba nak jajah kita, memang konpem lah bahaya hidup kat zaman dulu2. Al-kisahnya dulu2, arwah atok aku feymes dengan gelaran bekeng(?). Tak tahu lah apa maksud dia, tapi rasa2 macam garang. Entah ler tak sure lak aku. Tapi itu lah nya, dia dulu2 kalau korang nak tahu ada bela harimau. Hehh? Harimau? Bukan harimau betul ler. Harimau jadi-jadian. Yang boleh tukaq jadi orang tuhhh. Scary kan? Scary kot aku rasa.

Harimau ni kira macam body guard dia kalau nak masuk hutan. Biasalah hutan, memang konpem bahaya time komunis semua. So kira harimau ni lah tolong jaga dia. Ayah aku kata, kalau orang tengok arwah atok aku jalan dalam hutan, nampak lah harimau tu lalu-lalang tepi dia. Harimau ni kira hampir dengan saka lah. Tapi aku pun tak sure. Hmm... Tapi tu lah, aku sebenarnya macam perasan, kat tepi bahu aku sebenarnya macam ada kesan macam cakaran jugak lah. Tapi aku memang tak kan tunjuk gambar lah kat sini. Gila kau, aurat tuh. Sheeeshh. Aku ragu2 kesan tuh hanya tanda lahir atau ada kena mengena dengan cik rimau sekoq ni. Tapi rimau ni sekarang ada dengan atok sedara aku. Atok sedara aku pernah jumpa dia dalam betuk manusia. Besau, tinggi, pakai jubah hitam. Jin Islam lah kiranya. Dia boleh ubah jadi macam2 rupa. Alhamdulillah dia ni tak pi kat ayah aku lepas arwah atok aku meninggal (pasal ayah aku penakut gak ahahah). Makcik aku siap buat lawak lagi,

"Haa ape lagi. Pegi laa hantar rimau tuh kat zoo. Abes citer"

Sheeesh makcik aku. Terror beliau buat lawak.

Dengar cerita lagi, yang arwah atok aku dulu hebat. Macam ramai lah yang takot dengan dia. Dia ni kalau nak tahu, ada ilmu yang kalau tiup kat orang, orang tu boleh rebah and meninggal tiba2 jer. Amende angin tah nama ilmu tuh, aku tak tau. Tapi memang hebat lah atok aku. Dengar cerita jugak dia pun ada ilmu kebal jugak. Kalau orang tembak dengan senapang, tak lut lah weh. Lepas tuh ada laa ilmu halimunan atau orang puteh kata boleh invisible gitu. Kalau tengah bertempur, orang tak boleh nampak ko. And ada jugak ilmu menyelam dalam air, tak lemas2.

Ayah aku kata, dulu2 dia ada belajar dengan arwah atok aku. Belajar ilmu kebal ni lah. Dia bagi sepotong dua ayat. Lepas belajar tuh, malam tuh ayah aku mimpi. Dia mimpi macam ada orang nak tembak dia. Kira real habes lah. Ayah aku tinggal ready nak mengucap jer. Lepas tuh, bila nak tembak, senapang tuh tak meletup. Siang tuh apa lagi, dia pergi cerita kat arwah atok aku. Arwah atok aku cakap

"Tu kira kau dah belajar lah tu"

Fuhh, bapak aku tau ilmu kebal rupanya dulu.

Tapi, bila dah masuk UTM, dengar ceramah ustaz2, baru dia tahu yang sebenarnya segala ilmu yang dia belajar tu salah. Lepas dengar ceramah, teros ayah aku lupakan ilmu2 tuh. Dia dah taknak ada kena mengena dengan semua ilmu2 tu dah. Ayah aku terror silat dulu, jangan maen2. Arwah atok aku ajar macam2 ilmu kat dia. Tapi sebab arwah atok aku tau yang ayah aku ni penakot sebenarnya (haha) so dia tak ajar lah semua ilmu. Dia banyak ajar pakcik aku pasal pakcik aku ni pun garang woo. Ilmu pisau apetah ayah aku cakap. Tapi ngeri ler aku dengar.

Arwah atok aku hujung2 hayat dia, baru aku tau dia kena santau dengan orang, sebab sifat bekeng dia. Aku tak pernah jumpa arwah atok aku, so aku memang tak tahu cerita apa sangat pasal dia. Tapi arwah atok aku menderita beberapa tahun jugak sebelum meninggal. Memang muntah darah lah. Kalau santau, memang takde harapan nak sembuh (kalah cancer yawww).

Orang yang santau arwah atok aku rupanya sedara terdekat ayah aku jugak. Tak tahu sebab apa dia santau arwah atok aku. Dia pun Allah dah bagi balasan. Terlantar 2 tahun, tak mahu jugak pergi. Susah nak meninggal dengar cerita. Wallahua'lam...

Orang dulu2 memang banyak pakai ilmu, takut aku dengar.
Kita yang sekarang ni tak yah lah nak kebal2. Merepek ape ehh

Rasa kadang-kadang tuh serius macam nak private blog ni. Tak suka lah bila ada strangers yang datang entah dari mana tiba-tiba sesuka hati nak maki aku macam lah aku kenal dengan dia kat real life. Kot ye aku pernah buat kesalahan besar kat dia tak pe lah jugak nak maki aku. Ini tak, dia yang datang tanpa diundang kat blog aku, tiba-tiba cuba buat onar kat sini. Tolong lah jangan buat kelakar kat sini. Kalau kau datang niat baik nak baca informasi yang aku share and kau nak share sekali informasi yang kau ada, tak apa. Aku terima tangan terbuka. Tapi kalau tiba-tiba datang pung pang pung pang tak tentu pasal kat blog aku, lepas tu marah-marah aku, memang nak kena lempang laju-laju lah dengan aku. Rasa nak tibai je sorang-sorang. Kot dah rasa macam tak best nak baca blog aku, sila lah tutup. Jangan lah menapak kat sini lagi. Ini tak, dok nak maki aku macam aku kacau hidup dia. Bukannya aku letak red carpet jemput dia datang baca blog aku pun. Dia yang rela hati bukak.


Tapi aku tak mahu private blog ini. Aku mahu kongsi cerita aku dengan dunia. Got me?

Manusia memang macam-macam jenis. Well, aku manusia jugak, kan?

Thursday, August 26, 2010

Muka kanak2 sungguh lah ke aku ni? Sampai budak2 SEKOLAH MENENGAH pun nak main usha2 dengan aku? Hadoiii. Apa, memang tak ada muka budak universiti langsung ke aku ni? Macam tadi laa, nampak ada sorang cam dok pandang2 aku. So aku tengok laa balik (bukan nak menggatal laa. curious je kenapa dia pandang2 aku. kot mana tau ada kicap ke kat baju aku haha). Tapi, dia dok pandang2 lebih 2-3 kali jugak lah. Tengok muka, macam hensem. Semua ok saja. Sekali tengok seluar, kaler seluar budak sekolah menengah punya (kensel!!). Hadoii. Sorry lah dik, aku dah pangkat akak dah kat kau. 21 satu dah akak ni dik oii (even aku tak tua lagi ahaha).





Adoi lah masyarakat, sila pandang aku sebagai seorang yang dewasa boleh tak? Kejam sungguh ku rasa T_____T

Wednesday, August 25, 2010

Friendship, till the end

Kalau korang perasan lah status ni kat facebook aku.

" Kalau aku tak rapat ngan ko, mmg susah laa nk jd peramah ngan ko. Sori ek. Pasal nk jd rapat tu pn takes time sebenar nya "

Bukan nak mengundang salah faham dari status ni sebenarnya. Tak langsung lah. Maksud sebenar dari status ni, is that, if someone tuh, just happen to be only like acquaintance ke, colleague yang biasa2 ke, sebenarnya agak susah lah aku nak bercakap ramah dengan dia.

Saja lah nak kasi clear sikit kat blog ni. Aku ni lah, sebenarnya, seorang yang sangat pemalu dari asalnya. Percaya tak? Tak ler tu. Takpe2, I know myself better, of course. Aku cuma kadang2 tu susah nak jadi open dengan sebarangan orang. Mungkin sense of self insecurity itu agak tinggi lah agak nya. Kadang2 tuh mungkin aku observe dulu orang tuh macam mana. Boleh tak aku masuk dengan dia, boleh ke nak hu ha ha dengan dia. Itu yang buat lambat sangat aku nak masuk dengan seseorang tuh. And some of people agak bias pada first impression, and disebabkan aku tunjuk muka tak peramah aku mula2, terus mereka cakap macam aku ni sombong lah, apa lah. Lepas tuh dah tak mahu kawan dengan aku. No, seriously tak bermaksud macam tuh. Tak berniat langsung nak jadi sombong sebenarnya. Aku cuma lambat nak mesra dengan orang. It took me a very long time jugak untuk rapat dengan certain people. Even dengan Zati, Aqilah dengan Lat. And Nana also. Nana lagi lambat aku nak mesra dengan dia. Aku kena kenal orang tu betul2 baru boleh nak masuk. Tapi alhamdulillah, these people tak berhenti cuba nak approach aku. Walau first impression menunjukkan aku ni memang anti sosial haha. Eh, aku memang pernah tergolong dalam golongan anti sosial. Tatau kaa? hehe.

Yes I am trying. Trying my best nak sosialkan diri dengan semua orang. Tak semudah itu aku nak mesra dengan orang. Aku bukannya jenis yang

"Salam sis, sis nama apa? Duduk blok mana? Course apa? bla bla bla"

No, aku bukan jenis macam tuh. Aku jenis dok diam, lepas tuh tenggelam sorang2 dalam crowd haha. Itu pasal aku tak leh nak join conversation ramai2 dalam satu masa. Kalau 3-4 orang okay lagi. Kalau dah 7 orang in one crowd, memang terdiam lah aku kat situ. Dengor je laa depa bantai cakap pa. Tak pa, I rela begitu.

Actually lah, kalau people yang ikut blog aku ni, tau laa aku ni lagi parah dulu. Menyombong tak hengat dunia. Bukan menyombong, penyenyap sebenarnya. Tapi lepas masuk universiti, akhirnya aku berjaya jugak mengurangkan tahap malu aku ni. Cam sikit lah ke arah tak tau malu haha. Tapi, ada tapi la. Tapi hanya dengan perempuan sahaja tahap malu tu dapat dikurangkan. Dengan lelaki, honestly sebenarnya aku, pernah sangat, sangat, sangat pemalu dengan lelaki. Aku tak boleh pandang diorang. Apetah lagi nak bercakap lah kan. Bila ada kena deal dengan lelaki, aku akan menyorok belakang kawan aku. Sampai pernah dulu ada one guy ni tanya,

"Apesal, lelaki ni makan orang ke?"

Aku dalam hati jawab, "A'ah, ahahah!"

Takde lah. Bila pulak lelaki makan orang. Ingat shrek ke hape. (Eh, since when shrek makan orang neh??). Entah perangai pelik aku adapt dari mana tah. Sampai mak aku pun pelik sekali. Apa kena lah anak gadis dia ni. Memang satu cabaran lah nak atasi takut gila kat lelaki ni. Aku kan pemalu. Gitu lah perangai orang pemalu, ye tak? Sampai pernah lah member aku bagitau tau ada one guy ni macam suka kat aku pasal aku ni pemalu sangat dengan lelaki. Depa kata lelaki suka perempuan pemalu. Yaka? Tak tau laa pulak aku.

Tapi, everything change since zaman aku masuk short time, first year kat UIA Gombak. Kat sini and time ni lah first sekali interaction aku mula2 kenal dengan budak2 laki ni semua. Aku berani kan diri aku. Cuba tegur mereka dulu. Alhamdulillah berjaya jugak bercakap dengan mereka. Tapi mak aihh, takut jangan cakap lah. Cam cuba nak cakap dengan bapak rimau pun ada. Tapi dok pikir, sampai bila nak terceruk sorang2 tak mahu bercakap langsung dengan lelaki, ye dak?

And at last, mereka2 ni semua dah jadi antara yang rapat dengan aku. Sampai ada lah raya tahun lepas, tiba2 aku bawak rombongan sampai dua puluh orang gak laa pi rumah beraya. Kitorang girls ada dalam 3 orang jer. Semua yang lain lelaki. Mak aku dah macam, pe jadik lak ngan anak aku ni. Ramai betul geng dia bawak balik rumah. Haha, cannot help laa mak, kawan2 aku semua tuh. Takkan nak halau pulak noo0~

And sekarang, boleh lah dikatakan, ramai kawan2 aku, consist of guys. Especially bila dah masuk CS ni. Berapa ramai lah sangat perempuan kat sini. Alih2 orang sama jugak. Bosan. Haha, takde lah. Sori korang, tak boring pon hehe. Saja je tuh. Aku cuma harap sini tak ada salah faham lah. Jangan lah fikir aku asyik bercakap dengan lelaki, aku nak menggedik. Oh, seriously tidak. Aku tak reti weh nak menggedik. Itu bukan style aku walau aku ni ex-girl school. Bagi aku, sekarang mereka ni semua setaraf lah. Takde lah niat nak cilok sorang buat jadi boyfriend. Semua aku anggap kawan untuk aku hu ha. Untuk tolong aku time susah, and untuk aku tolong time diorang susah. Ada antara mereka ni dah berjuang dengan aku since zaman short sem dulu sampai sekarang, that's why lah bila jumpa mereka, I feel like we are family. Bila jumpa diorang rasa nak senyum lebar2. Bila aku susah, insya Allah, mereka ni memang willing nak tolong aku.

Untuk bebudak CS yang baru aku nak kenal, sorry sangat2 kalau aku tak mesra sangat dengan korang. Aku cuba yang terbaik. Apa yang termampu. Aku memang lambat nak mesra dengan orang. Aku memang perlukan masa. Insya Allah, untuk 2-3 tahun ni, aku cuba terbaik untuk berjuang bersama korang.

Untuk dak2 laki yang selalu tolong aku susah senang ni, terima kasih, thank you sangat2. Korang memang terbaik lah. Friendship till end, wokeyh?

And SPECIAL thanks untuk GIRLFRIENDS aku, Aqilah, Izzati, Latifah dan Nana. Even lepas ni kita dah akan makin jarang bersama, kelas pun susah nak bertembung, aku seriously appreciate sangat2 friendship yang telah lama dibina. Korang semua dah kenal buruk baik sesama sendiri. Bila jatuh, ditarik naik, bila dah naik, dijulang bersama. Korang lah kawan dunia akhirat, insya Allah. Tanpa korang, tak wujud aku yang sekarang ni sebenarnya. Bila sama2 dengan korang dalam kelas UNGS, terasa macam aku sangat secure. Berada dalam family sendiri. Hopefully this friendship will never end.

Pika dan Najmah. Friendship yang indescribable. We know secrets of each other. Rahsia hati masing2. And korang memang antara kawan terlama yang pernah aku ada. Well, as in true friendship. Permulaan segalanya. Thanks juga :)

And untuk yang baru nak kenal aku, mintak maaf untuk first impression aku yang terlampau buruk. Give me time. More time actually. Aku perlu masa untuk adapt. Tak sewenang itu mampu terima sesuatu yang baru.

Eh, lama tak buat entry panjang. Rindu jugak lah sebenarnya. Jiwang pulak tuh entry ni haha. Hope tak boring baca :)

Oh malunya

Aku memang buat kelakar lah time terawih tadi. Ada ke time terawih tadi, aku join lah jemaah2 lain. Lepas tuh, dah masuk lambat, memang kat saf tuh aku duduk laa hujung sekali. Sambil dalam hati memuji,


"Best gila mph hafsah ada kipas bapak laju. Tak de laa panas"

Lepas tuh, start laa solat terawih tuh. Sambil-sambil solat tuh, tetiba aku perasan telekung aku macam dah terbang2. Aku pun dah naik rimas lah. Apa kes kaco tol aku nak khusyuk dalam solat ni. Sambil baca2 sambil try nak mantain lah aku punya telekung. Rimas punya pasal.

Lepas tu lah kan, tiba2 time aku rukuk, telekung aku terbang makin meninggi. Pastu bangun rukuk, memang dush! laa. Abes kau naik tinggi gila sampai atas kepala HAHAHA. Tangan aku dah macam gila cam kucing nak carik kutu atas kepala. Terkial2 nak tarik telekung tuh. Sampai nak sujud pun tak berjaya dan tak semena2

"Oooo, demmm!!"

Terlepas perkataan tuh dari mulut aku. Astaghfirullahalazimmm. Nasib baik aku cakap perlahan gila babas. Tapi memang dan2 tuh laa solat aku dah batal. Mana laa perkataan demm tuh halal dalam solat. Tapi kasik cover malu, aku teroskan jugak solat aku. Dalam ati dah pikir, habis laa sister2 kat belakang yang tak boleh solat tuh bantai gelakkan aku kot. Bapak malu haha.

Lain kali jangan biasa kan sangat sebut benda2 mengarot ni. Banyak2 perkataan, demm tu jugak yang disebut nya. Alih2 time solat lak tuh. Ish3~
Oh, dah 3-4 hari gak laa terlepas terawih. Konon2 laa ikrar nak terawih cuba penuh tahun ni. Takpe, pasni ade lagi hihi~

Isn't life strange?
Isn't life sometimes funny?
From the first day I ever saw you
I never thought that we could be friends
I never thought we will be connected in anyway
I never thought we will even say "hi" to each other

But seems like life is getting twisted that time
And finally, one day
For the first time we said "hi" towards each other
For the first time we even smiled towards each other
Such small event connected us together
I really never thought that we could be friends

Life isn't fair sometimes I guess
The bond that used to be there
Finally is broken
Maybe it was because of you
Or probably it was because me
Or maybe non of us were wrong
The friendship that we used to have
Is finally gone
Gone with the wind
Just because of one simple, yet complicated thing

This is life
It's just strange, and funny

Don't even forget that we used to be friends.
Yeah, we used.




"Allah takkan bagi ujian luar dari kemampuan kita"




Percaya pada janji Allah, Suhaila Roslan.
You can do it!!!

Hati yang dulu pernah terbuka begitu luas
Kini dah tertutup rapat
Serapat-rapat nya
Mampukah ia dibuka kembali?
Only God knows




Anyone willing to open up this little heart?
But before that, you need to cure it first

Tuesday, August 24, 2010

Aku seriously nak stop belajar pastu kahwin!

Mak! Nak kahwin boleh tak?! Bosan sangat dah nak study ni! Seriously rasa macam nak stop belajar pastu dok diam2 kat rumah jadi suri rumah. Hari2 mengadap cerita Jepun ngan Korea. Pastu kemas rumah, masak2 tinggal tunggu laki aku balik makan jer HAHAHA. Malas dah nak pening2 sebab study! Cepat2, sapa2 meh sini datang meminang aku HAHA!







Ah! MENGADA ah kau! BERANGAN jer lebih. Kau ingat jadi suri rumah tuh senang?? Pffttt!!

Stress wehh study nie!

Monday, August 23, 2010

Sedang mencari sumber inspirasi yang masih tak kunjung tiba

"Oo, where art thou?"

Confusion that keeps leaking in my head

Friday, August 20, 2010

When I think about the past
All the "already gone" memory
I do feel a little "miss of it"
All the things that had been done together
And all the things that we used to talk about
I do miss those, at times
While reminiscing

But then again,
past should remain the past
Nothing should be brought to the future
For me, right now, you are just like my little dream
Dream which I used to dream every single night
Somehow now it feels like you've never existed

So now
You may go away
Far away from me
And bring all these good memories all with you
Cuz you should remain just as the past
For me to have my own future
Future without you anymore in my memory
In my life

Sayonara...

tears do easily fall down, don't they?
you're just not like before. how I used to know you. sad, isn't it?

Macam biasa, after few times, aku akan review balik blog aku, baca balik apa pemikiran yang aku ada suatu ketika dahulu. From time to time, sentiasa berubah. Ye, manusia memang akan berubah jua, itu satu kenyataan.


Anyway, nampak lah jugak, some of my posts are quite annoying. Well I actually don't really realize that. Lepas my current self baca balik what I had wrote before, baru aku sedar, postings aku quite annoying sebenarnya haha. Banyak jugak lah, post that goes with an annoying tone. Sinis sebenarnya aku ni. Kadang tahap kesinisan aku, agak memberi gangguan perasaan kepada sesetengah orang haha.

Lepas ni, of course posting aku akan sinis lagi, sebab itu cara aku yang sebenar. Tapi, insya Allah, tahap kesinisan itu bakal dikurangkan lagi. Well, unless something happen that will totally pissing me off.

Oh, puasa kali ini, agak kurang terasa perasaan berpuasa nya. Haihh, awal2 lagi sudah bercuti, mana tak nya. Cuti yang sangat panjang pulak tuh! Sangat lah tak seronok. Sampai I don't really realize, yang kita dah lebih kurang 10 hari dah berpuasa. Like oh my God jugak lah T____T (banyak gila nak ganti!!)

Not so busy lah until raya. Tapi lepas raya, my God, mid-term berturut kot. Hadoiii. Takpe2, redha saja lah.

Monday, August 16, 2010

Haiee, tadi punya kuiz, worst out of the worst. Sangat tak puas hati laa jugak sebenarnya. Okaaaaay, kalau lah, aku betul2 tak tahu macam mana nak buat those questions, never mind lah nak kasi tinggal. Ini tak, aku at least lah, ada idea kot camna nk wat soalan2 tuh. So bila kena tinggal macam tu jek, omg worst feeling ever! Tak cukup masa kut 20 minutes jer!

Aku dok membebel macam ni korang tak tahu hujung pangkal haha. Takpe lah, malas nak mengutuk kat sini. Yang penting, aku tak puas hati dengan kuiz tadi.

Dear God, bagi lah aku kekuatan menghadapi lecturer2 seperti itu...... T_______T

Sunday, August 15, 2010

Noktah Cinta

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Korus
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Hafiz AF 7
----------------------------------------------------------------------------------

Demm. Sangat suka lagu ni. Sedap kot. Google lirik dia, lagi suka jadi nya hehe =)

Never had a dream come true


Everybody's got something they had to leave behind
One regret from yesterday that just seems to grow with time
There's no use looking back or wondering (or wondering)
How it could be now or neither been (or neither been)
All this I know but still I can't find ways to let you go

I never had a dream come true
Till that day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my baby
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where love takes me to
A part of me will always be with you

Somewhere in my memory I lost all sense of time
Amd tomorrow can never be
'Cause yesterday is all that fills my mind
There's no use looking back or wondering
How it should be now or neither been (or neither been)
Oh this I know but still I can't find ways to let you go

You'll always be the dream that fills my head
(Yes you will, say you will, you know you will, baby)
You'll always be the one I know (I'll never forget)
There's no use looking back or wondering (or wondering)
Because love is a strange and funny thing
No matter how I try and try
I just can't say goodbye
No no no no

A part of me will always be with you...

Saturday, August 14, 2010

Bagi aku, time ramadhan ni, kaum perempuan memang agak rugi lah. Dalam sebulan berpuasa, perempuan selalu hilang peluang nak beribadat selama seminggu. Itu yang aku rasakan sekarang. Ruginya rasa bila tengok orang pergi terawih, and kita hilang peluang selama seminggu untuk berterawih. Orang lelaki sepatutnya bersyukur sebab korang dapat lebih peluang masa untuk beribadat berbanding perempuan. Patut tak disia-siakan peluang yang datang setahun sekali sahaja ni.


p/s: oh, kepada kaum perempuan, bulan puasa ni, cuba-cubalah elak dari memakai pakaian yang seksi-seksi. And bila pakai tudung, cuba labuhkan sikit tudung di bahagian dada. Sebabnya, bulan puasa ni, kasihani lah sikit kaum lelaki. Cuba lah elakkan diri kita dari meruntun iman mereka. Mengurangkan pahala puasa jer. And I am trying hard too :)

Friday, August 13, 2010

Soalan cepumas dari Lynn, roommate aku.

"Kak Su, Lynn nak tanya satu soalan boleh tak?"

"Bole2. Ape?"

"Kak Su ada boyfriend?"

"Tak ada. Kenapa?"

"Takde laa. Camne Kak Su boleh menahan "nafsu" bercouple tuh?"

Yes! Soalan cliche untuk aku lah tuh hahaha. Jawapan aku:

"Sudah lah Lynn, dah penat dah nak terluka" sambil gelak2.

"Oo, okay3, Lyn tak tanya lagi dahhh"

Hahaha, kan aku dah cakap, memang orang suka tanya aku soalan ni. Yek2 jer~

Thursday, August 12, 2010

Lately, nuffnang aku tak putus2 ada buffered earning baru. Eventhough aku takde lah usaha sangat nak jaga traffic aku. Bila aku update baru laa kadang berduyun gak orang datang menaikkan traffic. Terima kasih lah diucapkan. Kalau rajin2 klik lah semua iklan yang ada kat tepi2 tuh. Kalau ada rezeki, sikit lagi dah boleh cash out, boleh dapat duit raya hehe. Sikit je pun baru. But compared dari zaman dulu2 aku start pakai nuffnang, this time rasa income agak stable. Even kadang2 hanya beberapa sen untuk satu buffered earning, but still buffered earning aku masih bertambah each week. Dalam each 2 weeks ada lah buffered earning yang baru.


Takde lah serius sangat dengan nuffnang ni pun sebenarnya. Tak sangka lah kan, kumpul sikit2, boleh gak nak cecah RM50. Dulu2 ingat cam tak mampu gak nak cecah RM50 tuh. Ni even lambat, still ada something hehe.

Okeh aku dah start mengarut. Anyway, thank you for reading :)

Sempena Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan ni, aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada silap dan salah. Segala perbuatan buruk aku, kalau2 aku termengumpat ke, aku minta maaf.

Selamat berpuasa :)

Wednesday, August 11, 2010

Kalau orang tanya aku lah kan, kenapa aku masih single lagi, jawapan aku lah kan, hurm... senang je kot. Aku masih belum jumpa the right one lagi! haha. Cliche sungguh jawapan tapi itu hakikat lah.


Tengok kawan2 sekeliling aku, orang2 sekeliling aku, hampir kesemua (hampir lah) pernah couple, sedang couple (or baru putus couple haha). Hampir semua ada lah pengalaman mereka masing2 dengan cinta. Paling2 tidak cinta pun, mesti ada skandal. Aku pulak, aku rasa lah, bagi aku sendiri, cinta memang tak pernah terlibat, and skandal pun, I declare myself free of scandal muahaha.

Aku bukan lah nak kata diri baik sangat. Bukan lah ada pun prinsip yang cinta aku hanya untuk bakal suami aku. Ye aku mengaku, once in a while, memang kadang2 sangat terlintas kat hati to have someone that is truly special. Ingin someone berkongsi segalanya bla3 malas nak jiwang.

Tapi.. ada tapi lah.

Sesetengah orang lah kan, I don't know why, senang sangat couple. Bak kata kawan aku, banyak benefit untuk perempuan tuh, kata nya lah. Pasal apa, pasal bila lelaki tu dah gila rak sayang kat dia, sanggup lah keluar duit spend banyak gila and semua2 tuh lah. Sanggup berkorban segala masa harta pusaka (over pulakk) semata untuk perempuan tuh.

Tapi itu sangat lari dari prinsip aku.

Kalau kira sampai sekarang, walau aku tak lah popular (rendah diri kunun har har har. betul laa tak popular) still, ada jugak beberapa orang yang approach aku. Kalau ikut aku jahat lah kan, boleh je aku terima diorang tu semua. Boleh je aku gunakan diorang punya kasih sayang, yang sanggup buat apa saja, untuk kepentingan aku sendiri. Boleh je aku nak mintak beli barang mahal2 ke hape. Couple2 pastuh kikis duit diorang (hahaha jahat gilo beb!).

Tapi itu sangat selfish.

Aku tak boleh terima diorang. Aku tak boleh terima atas sebab aku sendiri. Bak kata kawan aku, everything should come naturally. Kalau betul aku tak suka, aku tak boleh paksa diri nak suka diorang. Aku tak boleh berpura2 nak suka diorang atas kepentingan aku sendiri. Kunun bak kata kawan aku, duit topup ada orang banyak (kot ye semua bill kat ayah aku haha), duit makan pun nanti orang bayar kan, pastu boleh dapat hadiah mahal2 semua.

Tapi memang kelakar lah kan.

Aku tak mahu jadi tipikal sesetengah perempuan. Aku tak mahu jadi perempuan yang anggap mempermainkan lelaki itu tak apa. Mereka mungkin bukan siapa2, tapi mereka manusia juga. Mereka ada perasaan. Mereka pun tak mahu disakiti. Perlu ke kita menyakiti mereka? Padahal diorang dah sangat sepenuh hati suka dan sayang kat kita. Kat mata diorang ada kita je. Siap ada full expectation lagi. Perlu ke sampai nak buat macam tu?

Kejam. Sangat kejam.

You know, in this world, what goes around, comes around. Kau dok mainkan orang macam itu, satu hari, kau sendiri akan terima balasan nya. Mungkin bukan cara sama, mungkin teruk lagi. Kau buat orang, takut orang buat kau pulak nanti.

So ye, itu lah prinsip aku sekarang. Aku mungkin selalu terasa nak bercinta. Aku mungkin selalu nak someone untuk berkongsi kasih. Mungkin mahu someone that will be there whenever I need him. Tapi aku hanya mahu dengan seseorang itu, someone that I feel right to be with. Someone that I'm comfortable to be with. Just that someone. Someone yang ada, ketika sangat sangat sangat aku memerlukan dia.

Terus terang kata, that someone macam itu, belum lagi muncul dalam hidup aku. Terus terang aku kata sekarang ni, I am free as a bird. No more (not yet?) complicated with someone, like you guys always thought. So sekarang ni, terus terang kata, aku selesa hidup single. Aku mungkin lah bahagia hidup single unless that one person, muncul dalam hidup aku :)

As someone has said, it's better to be single, than committing to a wrong relationship; which is so true

Monday, August 9, 2010

Benci betul bila bulan hampir mengambang. Sangat lah menambah tension aku yang memang tengah tension sebab banyak gilo assignments arrive in one freaking time. Time2 camni lah kan, orang cakap sikit dah touching, orang tegur sikit dah menangis. Pastu pastu pastu, nak makan banyak2 je. Sikit2 rasa nak makan. Pastu pastu pastu, makan banyak mesti gemuk. Lepas gemuk tension lagi hadoiiiiii.

And time2 camni memang masalah angin aku makin teruk lah. Pagi2 bangun dah sakit kepala semua. Pastu sakit perut. Pastu sakit tangan. Pastu sakit kaki. Pastu pastu pastu, semua lah nak sakit. Menambahkan lagi tension aku.

Sekarang ni pun dah makin banyak assignments. Nanti minggu depan ada sampai 3 (or 4?) submission. Gila lalalala. Setakat ni hampir semua subjek dah ada assignment except for Elementary Statistic. Itu pun bakal menyusul kot. Besok pulak nak kena submit web programming. And aku baru siap dalam 60-70% camtuh. Tadi baru submit DSF. Percaya ato tidak, aku siapkan assignment DSF time melepak kat kampung. Siap bawak buku lagi tuhhhh. Menambahkan lagi tension aku time2 gini.

And bulan puasa ni, insya Allah, aku dah raya dulu. Maybe take place awal bulan and akhir bulan. Greaaaaaaat. Banyak lah kena ganti puasa tahun ni =_="

Terima kasih kerana mendengar aku membebel. Aku perlu terasa nak membebel tapi tak jumpa time sesuai. Lagi baik lah aku bebel kat blog. Sekiannn~

Saturday, August 7, 2010

Sehari di kelas leadership

Dalam kelas leadership tadi, ni lah aktiviti yang kitorang buat sepanjang lah duduk 2 jam dalam kelas. Tak sangka kelas leadership buat aktiviti camni je. Main game? Wowww

So, kitorang disuruh lukis a bug ikut interpretation kitorang sendiri. Instructor bagi arahan, kitorang follow je la. So these are what we got:

Ini Izzati punya
Ini Aqilah punya

Dan ini saya punya

So dah bosan2, mula lah suka melukis dalam kelas. Telinga dipekakkan ketika lecture diteruskan dihadapan

Ini gambar Wan Nur Izzati yang lukis. Dia kata ni aku ahaha. Seksi pulak

And aku pulak cuba lukis gambar Aqilah Irina pakai spek. Tapi macam tak jadi hehe

Ini lah hasil lukisan lepas aku dah sangat boring gila3 dengar lecture. Haih aku memang tak boleh dengar orang membebel haha

Lastly, ini mereka :)

Thursday, August 5, 2010

That day, was the very last day I have ever cried because of you. That day was the day I sat on the sajadah while the telekung was still on, in the middle of the night, I cried very badly cuz my heart was very hurt. But since that very day, I have never ever drop even one drop of tears because I have promised myself that I will never want to cry again for the sake of you. I have promised myself to take care of my very little heart, heart that is very fragile, very easily hurt by even a simple thing.


So this, I promise my own self :)

Wednesday, August 4, 2010

Think positively, insya Allah there's always a way

So, when you found yourself stuck, at the end of the road, what will you do? Easy peasy, just go back to where you started, and try to find another route to go through. Well it seems not as simple as that but yes, try to solve it from the root, insya Allah, there's always a way.


Am not trying to brag or anything but one of my best feature, I am always an optimistic person. Think positively will always stuck in my mind, will always be my number one principle. Whenever I encounter a problem or encounter things that I don't like or even encounter people that I hate, I always try to think the other way round. Instead of always be in the negative state, why don't you try to be positive, once in a while. Cost you nothing just to do that of course.

So Suhaila Roslan, anda sememangnya seorang yang sangat positif. Biarlah masalah nak datang macam mana pun, semua masalah memang ada penyelesaiannya. Mungkin sekarang kau rasa susah tapi insya Allah, ada kemudahan disebalik semua kesusahan. Kerana Allah itu, sangat Maha Adil :)

Tuesday, August 3, 2010

Aku rasa ramai gak cam pelik tengok muka aku setepek kat blog ni. Haha mintak maaf lah. Kadang2 aku ni gila2 sikit. Hopefully gambar tak excessive kat mata korang. Kalo ter-excessive, cakap la yek, aku kasik remove pictures tuh huhu


p/s: oh entri pendek. saja mengada =D

Kasi letak gambar proper sikit kat sini. Pic aku time kakak aku tunang arituh! Tak sempat nak make up ler itu muka napok sembap sikit~