Sekarang ni, kakak sulung aku dengan kakak no 3 aku, masing2 dah kahwin and hampir kahwin, tengah sibuk nak beli rumah. Ye lah, bila dah ada family sendiri, kena ada rumah sendiri, kan?
Sekarang ni aku rasa macam everything dah masuk fasa yang seterusnya. Maksud aku fasa seterusnya tu is that, sekarang ni dah sampai masa untuk siblings aku membesar, and membina keluarga sendiri. Dah tua rupanya kita ni.
Untung jadi anak bongsu ni. Bila jadi anak bongsu, aku sendiri tengok dengan mata aku, macam mana kakak2 aku melalui fasa2 untuk dewasa. Aku sendiri tengok, and boleh ambil iktibar dari mereka macam mana nak hidup kat dunia ni. Aku boleh menilai sendiri dengan mata aku. Tengok dari sudut pandangan aku and cuba apply kat diri sendiri.
Bila tengok diorang ni buat perancangan untuk masa depan, memang seriously, bantuan orang tua itu really helpful. Yelah, as youngsters, kita memang tak banyak pengalaman. Parents jugak yang makan garam dulu so they know better. Boleh nampak laa perkembangan kakak2 aku jadi dewasa. Haihh, padahal dulu2 selalu main masak2 sama. Tepuk tampar sesama. Main otromen sesame. Sekarang semua dah berlaki sendiri haha. Natsukashi naa :)
Bukan senang nak jadi laki bini ni beb. Komitmen tinggi tuh. Bukan sama macam korang kapel2 ni. Kapel2 ni baru takat secubit rasa dari asam garam rumah tangga tuh. Bak kata orang, baru takat hujung jari lah. Sebab nya, kahwin ni dunia akhirat punya hubungan. That will last, insya Allah forever. Tolak ansur, memang gila ah tinggi. Bila dah kahwin laa time korang dah kenal betul2 pasangan korang macam mana. Dari sudut pandangan mata aku sendiri pun tak cukup nak menilai kehidupan perkahwinan tu camne. Rumit, itu yang boleh aku katakan.
Cuma yang boleh aku katakan, bila dah kahwin (or nak kahwin) memasing memang berubah habis lah ke arah lebih matang. Baik lelaki, mahu perempuan. Itu yang aku nampak kat kakak2 aku. Sangat berbeza, perangai before and after kahwin. Dulu kuat carik gadoh oo sama aku. Sekarang elok je perangai memasing. Haih, mungkin aku pun perlu kahwin nak ubah perangai tak matang aku ni haha.
Appreciate time masih belum kahwin ni.
Kang sok dah berlaki bini, besar tanggungjawab kau kat spouse, and also parents.
Ingat tuh kengkawan (hidup kasi enjoy dulu ahaha!~)