BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 29, 2011

Who says you're not beautiful?

Selena Gomez: Who Says.


Lagu ni memula aku dengar macam best gitu2 je la. Best gitu2 je. Best dengar kat telinga gitu. Belum sempat nak  tilik lirik dia lagi. Then after quite a while baru laa aku beri perhatian kat lirik. Very nice lyrics. Love it :)


Tak tahu kenapa, I'm just into those things that promote on loving your own self. Maybe sebab dulu aku pernah tak suka diri sendiri kut. Bila dah besar2 ni baru aku belajar suka dan sayang pada diri sendiri. Baru aku belajar, terima diri seadanya. Dulu aku pernah fikir, kenapa eh aku tak dilahirkan macam si dot dot dot. Pandai, cantik, menarik, semua orang suka dia. Kenapa aku tak dilahirkan macam dia? Kenapa aku bukan dia? Tak tipu, dulu aku pernah fikir macam tu. Dengar cliche haha tapi that's the truth. Aku pernah nak jadi orang lain. Aku pernah rasa macam kenapa lah aku dilahirkan aku. 


Tapi sekarang, Tuhan, aku dah belajar sayang dan suka pada diri sendiri! :) Aku belajar, manusia itu tidak sempurna. Si dot dot dot mungkin tampak seperti sempurna semuanya, tapi dia mungkin kekurangan dari segi lain. Mungkin dia jenis kurang kasih sayang ibu bapa. Mungkin juga dia menggunakan kecantikan dan kepandaian ke arah salah. Mungkin itu mungkin ini. Mungkin. Aku pun banyak kekurangan. Banyak. Tapi yang penting kita terima saja kekurangan kita. Cuba baiki mana yang kurang. Tambah lagi mana yang lebih. Yang penting, aku dah selesa dengan kekurangan dan kelebihan aku. Aku terima semuanya. Sebab itu kurniaan Allah. 


You just need be positive all the way. Cuba positif mana yang negatif. Sayangi lah diri sendiri. Siapa lagi nak sayang diri sendiri sangat2 melainkan diri sendiri, kan? Kalau mereka kata kita tak cantik, pedulikan saja. Cukup lah kita sendiri rasa kita cantik. Mungkin ada je mereka kata kita tak cantik but trust me, there's some people who will think that we are BEAUTIFUL. Yang penting kita sendiri kena percaya kita ni cantik. Tu je :) Tak perlu lah jadi macam sesetengah orang yang sanggup buat plastic surgery semata2 nak cantik. Perlu ke? Tengok dalam cermin, kita nampak orang lain, bukan diri kita lagi dah. 


Terima je diri seadanya.


Cakap panjang pulak hahah. Anyway, ini lirik nya. Enjoy. Nak download lagu ni sila search kat mediafire ye hehe.


"I'M NO BEAUTY QUEEN, I'M JUST BEAUTIFUL ME"
"YOU'VE GOT EVERY RIGHT, TO A BEAUTIFUL LIFE"


Who says - Selena Gomez


I wouldn't wanna be anybody else.
You made me insecure
Told me I wasn’t good enough
But who are you to judge
When you’re a diamond in the rough
I’m sure you got some things
You’d like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn’t want to be anybody else

Na na na
Na na na

I’m no beauty queen
I’m just beautiful me

Na na na
Na na na

You’ve got every right
To a beautiful life
C'mon

[Chorus]
Who says
Who says you’re not perfect
Who says you’re not worth it
Who says you’re the only one that’s hurting
Trust me
That’s the price of beauty
Who says you’re not pretty
Who says you’re not beautiful
Who says

[Selena Gomez - Verse 2]
It’s such a funny thing
How nothing’s funny when it’s you
You tell ‘em what you mean
But they keep whiting out the truth
It’s like a work of art
That never gets to see the light
Keep you beneath the stars
Won’t let you touch the sky

Na na na
Na na na

I’m no beauty queen
I’m just beautiful me

Na na na
Na na na

You’ve got every right
To a beautiful life
C'mon

[Chorus]
Who says
Who says you’re not perfect
Who says you’re not worth it
Who says you’re the only one that’s hurting
Trust me
That’s the price of beauty
Who says you’re not pretty
Who says you’re not beautiful

[Bridge]
Who says
Who says you’re not start potential
Who says you’re not presidential
Who says you can’t be in movies
Listen to me, listen to me
Who says you don’t pass the test
Who says you can’t be the best
Who said, who said
Won’t you tell me who said that
Yeah, oh

[Chorus]
Who says
Who says you’re not perfect
Who says you’re not worth it
Who says you’re the only one that’s hurting
Trust me
That’s the price of beauty
Who says you’re not pretty
Who says you’re not beautiful




p/s: oh, selena gomez dengan justin bieber. err errr. aku sebenarnya tak kisah lah diorang tu. just, aku rasa selena terlampau comel untuk justin bieber ni hahah. anyway, tak kisah laa. janji diorang happy

Gaduh adik-beradik

"Dengan adik-beradik lah selalu senang untuk kita cari gaduh. Padahal dengan orang lain biasanya susah betul kita nak gaduh. Mak pun macam tu jugak, mak tau laa"


Mak aku dok cakap benda tu kat telefon. Aku pun "em, em" angguk, angguk. Dok mengiakan apa mak aku cakap. 


Ah, biasa lah tu. Aku akui fakta tu. Aku tak mudah cari gaduh dengan orang lain tapi kalau dengan adik-beradik sendiri, ya Rabbi, senang gila kot nak melenting. Dan sebab pergaduhan selalu atas sebab paling childish yang korang boleh fikirkan. Aku akui benda tu.


Tapi banyak mana benar nak gaduh. Gaduh, gaduh, gaduh pun, tapi percaya lah, pergaduhan sesama adik-beradik lah pergaduhan yang paling senang nak baik semula. Tak ke? Aku rasa betul je. Well, unless pergaduhan tu melibatkan something yang besar pasal harta ke apa ke. Itu dah lain kes dah tu.


Aku akui, dulu aku pernah kutuk kakak aku dalam blog ni. Aku sangat childish masa tuh. So aku minta maaf. Childish sangat tindakan bila buat macam tu. Dia kakak aku kot. Tak patut lah buat macam tu. Aku pun dah mintak maaf dah dengan dia hehe 


Yang penting bila dah gaduh2 tu, jangan pulak dok panjang2 kan lagi pergaduhan. Udah2 ler, awak semua tuh dah tua. Apa perlu nya laa nak gaduh lama2 dengan adik-beradik. Cam kanak2 ler.


p/s: okeh, nampak sangat aku baru je carik gaduh dengan kakak aku tuh yang aku buat posting ni hahaha

Wallpaper baru lagi woii o_O

Klik untuk ketumbesaran o_O


Setiap kali musim exam mesti aku buat camni
Kasik beringat sikit laa bhai
Exam dah dekat nuuu

Mula satu 1 april habis 12 april
GudLuck untuk exams ye semua
Moga Allah permudahkan segalanya
Aminnnnn~

p/s: nak cerita gak laa, aku rasa sem ni exam macam kurang pressure sikit. 1 then 7 then 11. Ape ke gila bapak jauh jarak exam. dushh!~

Saturday, March 26, 2011

Caution, pregnant lady on board!

Alhamdulillah, praise to Allah, because currently my first sister, is having a baby in her tummy! Yeay, finally after quite a long wait, which is in around 3 years, my sister finally is pregnant. Only God knows how hard they tried just to have a baby. Kakak aku pun dah umur 29 tahun ni. Agak lambat for a first baby tapi still alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki kat diorang. Hasil kesabaran selama beberapa tahun jugak lah. Dan kami sekeluarga pun memang menanti2 cucu pertama dalam keluarga ni.


Okay, I was kinda envying those people who already have anak buah jugak lah. Tertunggu-tunggu jugak lah aku. Tapi apa nak buat, rezeki mereka lambat. And kakak aku actually ada masalah dengan the thing yang hasilkan eggs tu, apa ke nama, ovari ke? hahaha. Siot aku dulu amek biologi kot. Tak ingat apa dah. So dulu lama jugak lah nak tunggu benda tu cure. Pelik jugak sebab kakak aku still kena period pain dulu walhal sepatutnya orang dah kahwin supposed dah tak ada dah period pain. Tapi dia still ada. Rupa2 nya ada masalah kat situ. Mula2 risau jugak kanser ke apa. Alhamdulillah cysts biasa je.


Kalau ikutkan, family sebelah nenek belah ayah aku ni ramai jugak lah dah kahwin. 2 of my cousins sudah kahwin. 2 of my sisters pun sudah kahwin. Tapi signs of getting babies tak jugak lah kelihatan. I was kinda afraid, takut kalau2 this family kena curse ke apa. Mana tau ada orang dengki atau tak puas hati. Nauzubillah hi min zalik. Tapi turns out everything is fine, insya Allah.


Oh, ya. Usia kandungan dah nak mencecah 2 bulan jugak lah. Dalam 7 minggu macam tu umur dia. Aku berharap sangat2 kandungan ni dapat membesar dengan sihat dan dapat lahir secara sihat. Hopefully Allah lindungi bayi kat dalam kandungan tu. And of course kawan2 semua, aku bakal menjadi Mak Su or Mak Cu hahaha. Takpe ar. Aku suruh baby panggil aku kakak je la. Layak lagi kan? hahaha.


Anyway, hopefully my third sister will be next. Hopefully dia pun mengandung cepat2. Dapat meramaikan lagi legasi keluarga Roslan Julis. Cis dengki pulak tengok kakak aku pregnant. Terasa nak pregnant jugak pulak hahah. Okay Suhaila, habiskan study anda dulu zzzzz


Another 7 months to go! Woohoo! (aku excited macam aku pulak nak beranak hahah)

Hikayat Merong Mahawangsa

Entri panjang dibawah. Baca kalau tak bosan.


Finally got my self to watch Hikayat Merong Mahawangsa. The movie that is currently one of the hot topics here in Malaysia. Okay, seriously, I never really know what this movie is all about jugak lah. I just too absorbed with my studies, with the life here in UIA so yeah, I do not know what's hot or what's not in the current entertainment industry.


Anyway, since yeah, my sister belanja me for this, I just.. go lah. Orang sudah belanja, kan? Kalau tak, mahu jangan haraplah aku nak tengok cerita Melayu dekat wayang. Tak mahu jugak lah duit aku terbang ke situ pulak en.


And macam biasa, entry ni akan kisahkan pasal review aku untuk filem ni. Just few things to be commented off. 


1) Aku rasa cerita ni CGI dia best. Mantap lah. Kasi boleh nampak macam kau tengah tengok cerita orang putih jugak lah. So it's quite nice actually. Jadi jugak lah teknik CGI dia.


2) Nice to see diorang campur masuk semua kaum dalam cerita ni. Melayu ada, Cina ada, India pun. Bangsa Rom pun tibai sekali bhai hahah


3) Scene semua nampak real. Ok lah, tak nampak fake. In fact, scene bunuh2 dia seriau jugak aku tengok


4) Pelakon dia pandai berlakon. Mantap jugak. Except for certain yang muncul kaku.


5) Skrip best. Aku suka ayat2 dia.


Okay, ini komen positif yang boleh aku extract. Ni pulak komen agak negatif aku.


1) Teknik CGI dah mantap, pelakon pandai berlakon, tapi sayang, sorry to say, aku rasa plot cerita agak lemah. Sudah lah lemah, berterabur pulak rasa plot dia. Agak tergesa2 jalan cerita memandangkan nak sumbat semua sekali dalam 2 jam lebih. Ada scene yang tak sepatutnya panjang, dipanjang2 kan


2) Aku tak suka ending dia. I don't really mind ending macam tu. Tapi, I was thinking, there IS better way to end the story. Cara cerita itu berakhir macam agak... tergantung? Kurang menarik? Entah.


3) Sedar tak sedar, entah kenapa, cara watak Merong Mahawangsa tu rasa macam... Jack Sparrow sikit? Tak tahu lah pandangan mereka yang lain tapi bagi aku, serius jugak lah. Aku rasa macam cerita ni sedikit sebanyak terpengaruh dengan Pirates of Caribbean. 


4) Cerita Melayu pun dah makin banyak selit unsur lucah sekarang ni. For the adults, I don't mind that. Tapi for the kids? Dude, tak perlu lah nak racun pemikiran anak2 masih kecil ni. Dah lah tadi aku tengok ramai gila budak2 yang tengok. Sebelah aku pun ada budak kecik. Aku pulak naik segan tengok dengan diorang. Mungkin unsur lucah ni dah jadi elemen penting dalam filem tempatan sekarang. Tarikan utama kot?


5) Watak tak dikembangkan dengan cara yang baik. Interaksi antara watak pulak, hanya antara Prince of Roman dengan Princess of China tu je berkembang dengan agak baik. Slow and steady and ada stability di situ. Tapi antara Merong dengan Embok? Phail HARD. Tiba2 je macam tu. Tiba2 je macam ni. And I thought Embok is one of the main cast. Am I wrong? If I'm wrong, sorry for that. Tapi serius lah. Kesian tengok macam kisah tak kesampaian je antara Merong dan Embok. Walhal dok ulang2 pantun yang mak Merong dok baca2 tu. Sedikt tak kena kat situ aku rasa,


6) Serius aku rasa plot sedikit kacau bila masuk kat cerita tengah2. Everything seems cool from the beginning. Seems looking nice on how the story goes sampai lah saat tiba2 diorang kena serang dengan Geruda. Start situ semua rasa macam tergesa2 kot. Tiba2 je Merong jadi raja penduduk kat situ because of the prophecy. Siapa dia? Apa dia dah buat sangat? What's with that? Tak ke begitu sudden? Hmm, I expect more probably.


7) Mereka beri perhatian pada perkara2 besar sahaja. For the minor things, banyak yang di neglect begitu sahaja. Especially tang watak2. Tu yang paling aku tak puas hati tu.


Ini pulak extra random comments dari aku haha


1) Jehan Miskin macam takde function je dalam cerita ni. Watak dia tak perlu wujud pun tak apa. Buat jadi laugh stock je duduk situ. Nama je famous tapi watak dia dah memang tahap watak sampingan yang takde pun takpe gila tak kacau plot. I pity him.


2) Watak2 sampingan yang jadi tentera Merong tu macam tak cukup makan seyh. Kurus2 belaka. Badan Merong gila bapak mantap sekali bila tengok badan tentera dia, kalau kena tiup angin teros tumbang kot hahaha


3) Oh, Marcus itu nampak cute haha. Tapi lama2 bila aku tengok macam budak boyband la pulak en. Ala2 BSB or N'Sync or Westlife hahah. 


4) Aku serius suka CGI dia. Jadik betul aku rasa. Ye lah. Cerita Melayu je kan. Tak sangka mampu buat sampai macam ni. Bagi jugak lah aura cerita orang putih kat situ.


5) Oh, I love on how they present Stephen Rahman Hughes as the main character. Serius dia nampak seksi di  situ. Tapi itu lah, watak dibawa hingga hampir sama dengan watak Captain Jack Sparrow (Oh, I love him). Originality kurang di situ. But still, nice lah. Charismatic I must say.


6) Aku tak tahu mana dia tibai tentera Rom tu semua. Kelakar lak aku tengok muka diorang ni hahah 


Overall, cerita boleh lah dapat stars tapi tahap belum sampai tahap yang boleh dipuji melambung2. Serba kekurangan sana sini. Mungkin kurang pengalaman. Tapi untuk cerita Melayu, yang dibuat oleh anak Melayu sendiri, cerita ni layak diberi pujian. Tak mudah nak buat cerita macam ni. Aku tahu tu. Kos dia tinggi pulak tu. Aku cuma rasa cerita ni agak di overrated-kan jugak lah. Kat mana2 aku pergi orang macam nak puji melambung. Tapi bila aku tengok sendiri, sedikit kecewa di situ. Tapi, aku still galakkan korang tengok jugak lah. Kalau korang nak tengok aksi2 menarik macam cerita mat salleh, cerita ni tak mengecewakan, serius. Tapi kalau korang jenis peka dengan plot cerita, tak yah lah tengok. Mungkin jugak korang kecewa. Apa2 pun, tahniah lah kat warga2 KRU sebab berani attempt buat cerita macam ni.


Oh, lagi satu random, KRU ni dulu sekolah rendah sama dengan aku dulu. Tapi diorang super senior lah. Tak pernah ler jumpa mereka tapi cikgu aku dulu suka cerita pasal diorang. Alahh, ramai benor artis sekolah kat sekolah aku dulu. Boring dah hahah (korang yang dok PJ mesti dah boring tengok artis kan? hahah). Ok, go watch dan nilai sendiri ek cerita ni. 

Thursday, March 24, 2011

Being fat is not that bad right?

Okay, tengah boring2 ni, tergerak hati lah nak teroka benda baru. Pusing2 segala celah kat internet ni bagai, terjumpa pasal pro-ana or pro anorexia. Honestly, aku tak reti camne nak pronounce anorexia hahaha. Okay, tak yah cerita tu (somebody ajar aku camne nak pronounce please hahah.)


Anyway, pro-ana somehow macam diorang support anorexic jugak lah. Diorang ni macam pengamal gaya hidup anorexia yang sangat skinny sampai nampak tulang tuh. Gila babas macam tak sihat. I found couple of websites containing tips on how to be anorexic and menjadi mayat hidup tuh. Gila tak gila. This is one of the things that I found:


Follow the “Thin Commandments”
If you aren’t thin, you’re ugly.
Being thin is way more important than being healthy.
You must do anything to make yourself look thinner.
Thou shall not eat without feeling guilty.
Thou shall not eat fattening foods without punishing yourself accordingly.
Thou shall always count calories.
The scale is everything.
Losing=Life, Gaining=Death
You must become thin.
Being thin and perfect are signs of true determination.



Psycho weh, serius aku cakap. People like this, seriously, diorang patut pergi counseling lah I tell you. Okay, I am fat. Not that super fat, but still fat lah. Tapi fat2 pun, tak ada pula lah perasaan nak jadi macam diorang ni. Gila ke?


Look at the thin commandments. Apa jadah nya tu? Gila? "If you aren't thin, you're ugly". Kepala h*tak dia jugak lah. To tell you the truth, thin is nice, but supeeeeeeer thin sampai nampak tulang tu? UGLY DOWH, UGLY I TELL YOU. 


Girls, listen, boys DO DIG WOMEN WITH CURVES YOU KNOW. You just don't need to suffer up like that and be like very super skinny sampai tulang selangka kau nampak. Kalau kau gemuk, you just need to diet sampai nampak the curve bukan sampai nampak tulang belulang. Eeeeuwww. Nampak tulang kot, nampak tulang!  Well, unless you are the unlucky one that being born as very skinny until your bones show up. I apologize if I hurt you with my statement.  


Okay, aku pun suka jugak nak body kurus2 ni. Aku pun berusaha jugak nak kurus dengan diet ni semua. Tapi kawan2, perlu ke kita perlekehkan nikmat yang Tuhan dah bagi kat kita dengan diet yang melampau ni? Tak perlu aku rasa. Tuhan cipta macam2 kat dunia ni untuk kita makan. Terpulang pada kita nak makan secara sihat ke tak. 


Aku rasa dengan wujud nya pandangan2 seperti gemuk itu hodoh lah menyebabkan ramai orang kat dunia duduk dalam keadaan yang penuh depresi. Eh, serius lah. Memang ada je lelaki yang nak perempuan kurus saja, tapi kan, ada je lelaki suka kat perempuan berisi, tahu? Ada je lelaki rasa perempuan kurus itu kurang menarik. Itu terpulang kat cita rasa masing2 lah. To tell you the truth, aku rasa lelaki terlampau skinny pun macam kurang attractive. Sorry to skinny guys! Kurang attractive, not that I despise you guys :)


Nak kurus ni, bukan tujuan nak cantik je bhai. Cantek tu satu sebab je. Sebab utama, of course sebab kesihatan. You just don't want to end up being obese and full with diseases, kan? 


Yang ada masalah anorexia atau bulimia ni, sila2 lah jangan malu2 seek for help. Benda ni masalah psychology je sebenarnya. You just need to learn how to love yourself. Terima diri seadanya. Makan semua benda tapi secara sederhana. Bukan cut off terus your meal.


Now, tell me boys, you guys dig these?

Gila banyak gambar inappropriate untuk letak disini. haha. Ni je la yang boleh.

Wednesday, March 23, 2011

Kecewa

I'm disappointed with this world? Probably yes. Lately, I am disappointed. 


Things happen. And when things happen, it made me realize something. And I realize that, this world is cruel, full of injustice. 

Cukup lah kata, bila dah berlaku sesuatu perkara tu, aku macam tiba2 tersedar. Tiba rasa macam telah dikejutkan dari tidur. Tuhan tunjuk aku sesuatu. Tuhan tunjuk aku perangai sebenar manusia. Tuhan tunjuk aku, manusia itu pentingkan diri sebenarnya. Aku punya sedikit kecewa disitu. 

Aku tak tahu kenapa. Aku cuba sedaya upaya. Sedaya upaya aku kerahkan kudrat, bantu apa yang perlu, bila seseorang manusia perlukan bantuan. Walau susah, aku cuba juga. Selagi mampu, selagi manusia perlu bantuan aku.  

Tapi aku tak tahu kenapa, kadang bila aku susah, segelintir sahaja yang tunjuk muka. Bila perlu aku, disimpan aku disini. Bila tak perlu aku, dibuang aku ketepi. Manusia.

Ah ini baru perkara kecil. Kau belum mengadap dunia sebenar.

Sudah lah dunia. Aku kecewa.

Tuesday, March 8, 2011

Sometimes, you just need to let things to flow on their own, right? Tak perlu nak paksa apa, tak perlu nak hirau apa orang lain semua fikirkan. Things just need to flow.


Agak tak menyenangkan hati aku lah bila apa saja tindakan aku, perlu nak fikir apa kesan dia kat orang lain. Atau apa pun tindakan orang lain, bagi kesan secara langsung atau tak langsung kat aku. Bukan kata tak perlu fikir kesan dekat orang lain, cuma, kadang2 aku rasa, tak perlu, nak fikir kan sangat pandangan orang. Kalau kau rasa benda itu yang terbaik untuk kau, ikut kata hati. Tak perlu dengar kata2 di sekeliling kau. Tak perlu. Tindakan hanya perlu kan rationality bila ia melibatkan orang lain secara langsung. Tapi kalau ia melibatkan kau secara langsung, aku tak rasa perlu lah nak pedulikan pandangan orang lain, kan?


Aku ni kadang2 terlampau self-cautious, aku rasa. Apa saja perbuatan aku, akan menyebabkan aku terfikir, apa pandangan orang lain terhadap aku. It's ain't really good actually. That's why I always gave my own self a gentle reminder, tak perlu peduli sangat pandangan orang lain. Cuma perlu yakin dengan apa yang kau lakukan. Sikap aku yang terlampau fikirkan pandangan orang lain, menyebabkan gerak geri aku agak terbatas dulu. 


Manusia tidak dilahirkan sempurna, manusia tak perlu untuk jadi sempurna, tahu? Bila manusia cuba jadi sempurna, manusia telah cuba melangkau batasnya, batas sebagai seorang manusia. 


Tidak jugak lah aku nak salahkan diri sendiri. Sebab aku dulu, pernah menjadi seorang yang rendah self-esteem. It's normal actually for someone like me untuk menjadi cautious terhadap diri sendiri. Aku sendiri yang pupuk sikap tak pedulikan pandangan orang lain, untuk menjadi orang yang agak berkeyakinan.


Ini buah2 fikiran aku untuk malam ini. Ah, I just feel like pouring something out of my mind. Something needs to be let out so that's why this post goes up to public. But I can't go on more. The more I type, more things will be reveal to the public. This explains why I rarely post in this blog nowadays. 


Okay ayat aku dah start nak merapu. So, bye!

Friday, March 4, 2011

Wallpaper baru lagi!

The wink is cute right?
heheh

Game zaman kanak2: Saidina!

For the first time in these few years, aku main game zaman kanak2 aku balik, Saidina! Haha. Kalau bahasa omputeh nya, Monopoly lah. Mula2 tu macam bosan sikit lah. Ye lah, since benda ni nampak macam game kanak2 mula2 tuh. Then, lepas je pusing the second round, mula rasa excited. Gila excited seyh! Tak sangka dowh, permainan zaman kanak2 kan be this exciting. Gila babas hilang stress, I tell you!


Mula2 luck aku macam tak berapa nak baik lah. Beli tanah pun tak berapa nak mahal, pastu asyik lah menyinggah kat tanah orang lain, gila tak best -__-" haha. Tapi aku perlahan2 pasang gak lah strategi sikit2. Dok perhati macam mana orang lain main dulu semua. Beli jugak lah tanah murah2 even orang kata tak berapa nak berbaloi. For me, tanah murah aset jugak. Semurah2 tanah ada nilai dia. Sheesh, belajar accounting punya pasal lah ni haha. Macam tadi lah kan, aku beli tanah harga RM1,300. Tak lah semahal harga tanah Kuala Lumpur, RM2,600. But still, kalau fikir baik2 lah, since tanah RM1,300 possibility orang nak lalu dia tinggi, possibility orang kena bayar sewa pun tinggi kot. And bila dah bina rumah kat situ, harga nilai tanah akan bertambah. Sebijik je hotel aku bina kat situ dengan harga RM2600, bila je orang lalu, untung dalam RM6K lebih kot. Lagi untung dari sewa KL (harga RM2600 gak) takat dalam RM300 je padahal tak ramai orang akan lalu kat situ since biasa orang akan straight go to jail sebelum sempat lalu KL hahaha.


Dulu aku kecik2 tak pernah pulak lah terfikir ini strategi sebenarnya. Cis, kecik2 dulu otak kosong lagi haha. Tak sangka pandai jugak lah diorang implement idea buat game saidina ni. Never thought of this before. Lepas main game ni terus terfikir nak tambah aset kot hahah. 


Okay enough of that. Yang penting aku gila seronok main game ni malam ni. Dah lama sangat tak gelak macam tuh time main game. Macam kanak2 pun ada kot heheh. Terlupa kejap yang aku ini orang dewasa sebenarnya. Orang dewasa yang fikir dia tak perlu lagi permainan seperti ni. Tak salah sekali sekala kembali menjadi kanak2. My age might hold one huge number but in the heart, hey, I hold a heart as a kid :)


Kawan2, once in a while jom, we do these kind of games lagi? hehe (;