BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 27, 2012

Hari Belia Negara, apa buruk dan baiknya?

Semalam aku pergi Hari Belia Negara yang hangat menjadi bahan kutukan kat alam maya ni. Ye, aku akui, aku pergi semata2 nak tengok Teen Top secara percuma since I am a fan of them sejak mereka datang Korean Music Wave dulu. Tapi aku punya sebab kedua juga. Dalam hati dah tanam niat, and nak rasa sendiri apa buruk dan baiknya program2 kat sini. 


Apa buruk nya pasal program ni? Honestly, aku rasa memang ada kesan buruk nya jugak lah Hari Belia Negara ni. Dari apa yang aku tengok semalam, aku nampak memang, ramai anak muda berpeleseran, melepak2 tak tentu hala kat program tu. Masing2 bersama dengan kumpulan masing2 melepak, bergurau senda, tak ingat dunia. Itu satu. Next yang aku rasa buruk, semalam bila dah nak waktu Maghrib, aku cuba bertanya pada mereka2 yang ada kat program tu, nampak seperti dah lama berada kat sana, kat mana agak nya tempat solat. Macam2 jawapan aku terima. Kat situ lah, kat sini lah. Sorry tak tahu lah. Sorry saya baru lagi kat sini lah. Persoalan nya, kenapa boleh tak tahu? Tidak solat kah kamu? Even penjual yang menjual kat situ boleh tak tahu dimana tempat solat disitu. Sekali lagi, tak solat kah kamu? Untuk menjadi husnuzon, aku anggap mereka period (wth -___-"). Next aku rasa, banyak sampah berteraburan kat situ, especially kat kawasan main stage tempat dimana artis2 ni buat persembahan. Banyak sangat, sampai aku pun geleng2 kepala tengok. Nampak benar belia Malaysia tiada kesedaran sivik. And the final buruk nya benda ni aku rasa, is that, berlangsung nya program ni sampai lewat malam, maka punya sebab lah anak muda belia ni nak melepak di situ sampai lewat malam juga. Dah nak pukul 11 malam pun masih ramai yang melepak, terutama anak2 muda yang masih bersekolah.

Tapi dari list down kan yang buruk saja, aku patut list down yang baik jugak kan. Yang ni pun, honestly rasa, banyak jugak baik nya Hari Belia Negara ni. First time sampai situ, well, first time sebab last year punya pun aku tak pergi, aku rasa macam, wowww, menarik nya tempat ni. Aku rasa teruja. Aku nampak helikopter2 berterbangan rendah beraksi memeriahkan keadaan. Aku tengok banyak khemah2 didirikan. Aku tengok banyak program2 berlangsung. Aku rasakan macam, wahhh, rupanya negara aku pun punya pesta rakyat rupanya. Aku rasa macam rugi sebab tak turut serta sebelum ni. Sebab benda macam ni dibuat untuk kita, belia, meraikan hari kita sebagai belia. Then, aku turut nampak ramai pengunjung2 yang sudah pun berkeluarga turut serta dalam program2 kat sini. Melayu, Cina, India, semua mengambil masa beriadah bersama keluarga dalam karnival2 yang diadakan kat sini. Lepas tu, aku perhatikan pula program2 yang diadakan kat sini. Selain konsert yang korang2 kutuk2 bagai nak rak tu, banyak je aktiviti2 lain yang berfaedah kat situ. Tengok sendiri lah, Rakan Muda ada, Kelab Kucing pun ada, kelab2 puisi pun ada, dan macam2 lagi yang aku rasa boleh menarik minat pengunjung muda. Bukan konsert semata. Dari apa yang perhati semalam, bukan ramai mana pun yang datang untuk menyertai konsert. Masih ramai yang datang sebab aktiviti2 yang diorang minat kut. And tapak karnival sangat besar sampai aku tak terkata program apa lagi ada kat sana. 

Then, ada satu benda penting yang aku rasa menarik. Korang yang kutuk2 polis tu. Mai sini nak habaq sat. Semalam masa aku kalut nak cari tempat nak solat, aku macam hilang punca sebab tanya semua, semua pun tak tau. Then kami nampak van polis ada kat situ. So aku dengan akak aku hesitate, nak tanya or tak nak tanya. Last2 kami tanya jugak. Kat situ laa kami dapat jawapan mana nak solat. Rupanya ada masjid besi terletak betul2 kat belakang tapak. Siapa yang bagi jawapan? Cik polis jugak. Nak harap orang awam? Semua tak semayang rasanya. Sheeeshh. But then, bias statement lah bila kata semua tak solat. Ni lagi satu aku rasa menarik kat situ. Bila sampai kat masjid besi, boleh tahan ramai nya orang solat kat situ. Orang bersimpang siur keluar melaksanakan kewajipan mereka. Lelaki mahupun perempuan. So tapak karnival boleh kata agak strategik lah kan kerana berdekatan dengan masjid besi tu. 

Lastly nak komen khas pasal Hari Belia Negara ni. Aku nak komen terutamanya budak2 UIA. Mungkinlah sebab pilihanraya dah nak dekat, tiba2 Hari Belia Negara jadi isu utama. Walhal, tahun lepas lagi benda ni punya penglibatan besar dari kalangan budak2 UIA. UIA siap hantar sukarelawan lagi untuk membantu HBN. Kenapa baru tahun ni dah bising kecoh HBN tak ada faedah? Kalau macam tu, kenapa UIA turut serta tahun lepas? Kenapa? Mungkin isu ni timbul lepas terbatalnya ceramah Ustaz Azhar Idrus kat PICC. Semua tak puas hati sebab ceramah tu kena batal2. Last2 the whole program kena kutuk. Why derr, why? 

Yang tu je laa aku mampu coretkan untuk Hari Belia Negara ni, dari pandangan mata aku. Dari apa yang aku nampak. Korang sibuk mencari yang buruk, lupa melihat kebaikan nya juga. Aku tahu, konsert tu buruk, aku akuinya. That's my only guilty pleasure that I have. Tapi pandang jugak dari sudut positif nya. Tak boleh?

Tuesday, May 1, 2012

Hari kedua di Kota Madinah, ziarah Rasulullah tercinta :)

Pagi tu, lepas kejadian aku terlewat solat Subuh, kami dikehendaki berkumpul di lobi hotel untuk ziarah kali pertama ke Masjid An-Nabawi. Aku sempat makan sarapan pagi lagi. Walhal kami kena berkumpul awal sebab masa untuk perempuan untuk masuk ke Raudhah sangat lah singkat. Untuk yang tak tahu, tapi aku assumed semua dah tahu Raudhah tu apa, Raudhah ni dikatakan sebahagian taman syurga. Yang dikatakan taman syurga tu, bukanlah Raudhah diturunkan dari syurga, sebaliknya, Raudhah tu nanti, kelak bila hari Kiamat terjadi, akan diangkat dan dijadikan sebahagian dari taman syurga. Itu yang dimaksudkan dengan taman syurga.


Kitorang disuruh berkumpul di lobi lebih kurang pukul 7 pagi. So aku dengan mak aku pun gerak lah ke lobi dalam pukul 7 lebih macam tu. Assuming yang diorang semua ada kat situ lagi. Sekali bila sampai kat sana, tengok2 ahli2 group kami semua dah bergerak. Aku dengan mak aku dah panik. Mak aihh. Kena tinggal ke? Kami dah macam, first time kat situ, well, mak aku pernah lah sampai masjid Nabawi, aku je yang first time, but my mom macam dah sangat lama tak pergi sana, so kami macam agak total lost kat sana. Kelam kabut jugak lah nak cari group kami. Last2, kami pergi cari mutawwif yang ditugaskan untuk memimpin kumpulan lelaki untuk ke Raudhah. Terpaksa lah kami tanya dia macam mana nak cari group kami yang perempuan.


Mutawwif tu pun bawak lah kami sampai separuh jalan. Then tak dapat nak bawak sampai hujung pasal dia pun nak cepat, schedule masih padat. Dia pun terang kat kami macam mana nak cari group kami yang dah kat masjid Nabawi. Dia suruh kami cari gate 25. So kami pun berlari anak jugaklah ke sana. At last, kami jumpa jugak groupmates kami. Semua time tu tengah dengar penerangan dari mutawwif perempuan. Since aku join agak lambat, time tu aku dah macam agak lost. Still aku dengar je lah apa mutawwif tu cakap. Apa larangan, apa yang disuruh, apa yang digalakkan untuk dilakukan di masjid An-Nabawi.


Selesai penerangan, kami semua mengadap pintu masjid An-Nabawi. Mutawwif mula membaca doa. Aku pun tadah lah tangan. Aku tak tau, kenapa time tu, aku macam takde perasaan. Walhal masjid Nabi, betul2 berada depan mata aku. Punya mendayu2 mutawwif tu membaca doa, sikit pun hati aku rasa tak terusik. Aku pun tak kenapa. Mutawwif dah mula mengalirkan air mata. Aku pandang je muka mutawwif tu, cuba menghayati apa yang dibaca. Pun masih belum dapat mengusik hati aku. Then aku tengok mak aku, mak aku pun dah mula menangis. Aku perhati pulak orang2 sekitar aku. Kebanyakan mereka sudah mula mengalirkan air mata. Tapi aku masih macam tu. Hati masih sekeras batu. Sampai terdetik dalam hati aku, kenapa keras sangat hati aku ni?


Mutawwif berhenti membaca doa. Dan memimpin kami masuk ke dalam masjid. Dia suruh kami mulakan dengan melangkah masuk menggunakan kaki kanan. Tapi aku waktu dah macam bersesak sangat so unfortunately, aku terguna kaki kiri. Terkilan sikit lah rasa. Tapi takpe, aku teruskan jugak perjalanan. Kami letak kasut di rak kasut yang sama. Aku pun hafal laa nombor rak kasut tu incase senang lah nak cari nanti. Then kami teruskan perjalanan ke satu di masjid Nabawi. Kalau nak tahu, bukan senang nak masuk Raudhah. Lagi2 bila dah berkumpulan. Macam nak masuk tu, ada giliran untuk masuk. And also quota untuk berapa orang yang boleh masuk. Kami beratur dan berhenti di beberapa check points laa jugak. 


Mutawwif bawa kami ke satu tempat as a check point. Di situ kami berhenti untuk bersolat tahiyatul masjid. Dan mutawwif galakkan kami untuk bersolat sunat disitu dan juga beriktikaf. Time tu pun aku still dengan hati yang tiada perasaan. Macam masuk masjid biasa, tak ada apa. Sampai aku fikir, apesal keras sangat hati aku? Kenapa? Kenapa mesti hati tu batu sangat sampai macam ni sekali? Lepas tu, aku pun buatlah solat sunat. Lepas solat, aku pun berdoa kepada Tuhan. Aku mintak, Ya Allah, lembutkan lah hati aku. Benarkan lah aku menangis. Banyak kali jugak aku mintak supaya Tuhan lembutkan hati aku.


Sepanjang perjalanan beberapa check points, aku still doa supaya Allah lembutkan hati aku yang sekeras batu ni. Sampai lah kami tiba betul2 dikawasan hampir dengan Raudhah, hampir dengan makam Rasulullah. Berhenti di checkpoint di situ. Kiranya itu checkpoint terakhir sebelum kami masuk ke Raudhah. Aku pun duduklah kat situ. Lepas tu, tergerak hati aku nak tanya mak aku, kat mana makam Rasulullah? Then mak aku cakap, kat depan aku, betul2 kat depan aku, situlah terletaknya makam Rasulullah s.a.w, rasul kita yang tercinta. 


Time tu, tiba2 je, aku tak tahu kenapa, perasaan rindu, perasaan sebak, perasaan yang tak boleh nak digambarkan macam mana, mula muncul didalam hati aku. Tiba2 muncul satu perasaan cukup, cukup, cukup rindu dengan Rasulullah. Aku tak boleh nak gambarkan perasaan tu. It was like, aku dah dengar cerita pasal kemuliaan, peribadi dan segalanya pasal Rasulullah semenjak dari aku kecik. Dan aku dah kagum dengan Baginda sejak dari kecik. So masa tu, ibaratnya aku dapat jumpa hero aku, orang yang tak tercapai oleh akal aku untuk jumpa, bersemadi betul2 di depan mata. Hati aku mula sebak. Air mata mula bergenang. Mula terbayang segala cerita pasal Rasulullah yang pernah aku dengar semasa kecik. Orang yang aku rindui, akhirnya berada sangat2 dekat dengan aku. Sangat2 hampir dengan aku.


Akhirnya air mata jatuh juga. Terkabul juga doa aku untuk menangis disitu. Walhal, orang lain semua, dah tiada seorang pun yang menangis. Aku seorang je time tu, tiba2 menangis teresak2. Sumpah time tu, air mata aku tak leh tahan langsung. Jatuh berjurai2, hati rasa sebak sangat masa tu. Time tu baru terfikir, berapa ramai nak sampai ke sini, tapi aku jadi antara yang terpilih dapat berpijak ke bumi Madinah. Aku yang terpilih dapat berjumpa dengan Rasulullah. Aku kiranya sangat bertuah dapat menjejakkan kaki disitu. Dapat menyampaikan sendiri salam aku kepada Rasulullah. Akhirnya aku tewas. Akhirnya hati aku dapat dilembutkan. Kuasa Tuhan.


Makin aku fikir, makin teresak aku menangis. Aku terasa sangat macam Rasulullah berada disisi aku. Aku terasa Rasulullah berada disitu, menjawab salam para umatnya. Seorang yang sangat aku kagumi dari kecil, yang sangat aku rindu.


Lama jugak lah aku menangis. Mak aku silap hulur tisu lagi haha. Segan gua nangis camtu depan mak. Hilang macho gua wakaka. Macho amende nya. Padahal aku ni kuat menangis haha. Dah berhenti menangis, then pastu aku sambung lagi. I just don't know why. Mungkin lah ini dipanggil doa yang dikabulkan on the spot. Aku sendiri dah rasa, so aku akui pasal benda tu. Kat sana, niat je lah apa saja dalam hati, insya Allah makbul on the spot kot.


Then kami sambung perjalanan menuju ke Raudhah. Sebelum tu sempatlah feast on air zam zam yang sangatlah banyak kat situ. Jakun kejap pasal mana lah pernah dapat air zam zam sebanyak tu haha. Punya lah nikmatnya minum air zam zam sejuk. Lemak gila rasaaaaa. Rasa nak minum pergi je amek. Tak pernah habis. Kami pun sambung masuk ke Raudhah. Oh, tak sempat nak snap gambar dalam masjid Nabawi. Sebab kamera memang tak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam masjid. So tak sempat nak snap gambar Raudhah. Aku pun time tu tak terfikir nak amek gambar pun. Otak dalam tu fikir camne nak cari ruang nak solat di dalam Raudhah. Sebab orang sangatlah ramainya.


Mutawwif awal2 lagi dah pesan, di dalam Raudhah nanti, cari karpet yang berwarna hijau, bukannya merah. Sebab hanya yang hijau kawasan Raudhah. Yang merah tu bukan lagi termasuk kawasan Raudhah. Kang penat solat, rupanya bukan solat di sebahagian taman syurga. Rugi je masa menunggu disana. So kami pun masuk lah. Ramai sangat orang time tu. Kami mencari ruang untuk bersolat. Tapi tak jumpa. Sebab ramai sangat orang. Last2, mutawwif kami tolong hadangkan satu ruang, khas untuk kami bersolat. Kami tolong jaga beramai2. Lepas selesai seorang bersolat, ganti lagi seorang. Akhirnya berjaya jugak aku bersolat disitu. Tapi rupanya, kawasan hadapan banyak lagi ruang untuk bersolat. Tapi aku tak lah teruskan bersolat. Rezeki kami agaknya, kami menjadi group terakhir untuk berada di Raudhah, so masa yang diberikan agak lama disitu. Sempat duduk sampai lebih 10 minit jugaklah untuk berdoa disitu, disisi makam Rasulullah. Air mata mengalir lagi.


Habis di Raudhah, kami pun nak kembali ke hotel semula. Time tu pulak, nasib tak baik. Kasut tak jumpa. Aku dah hafal dah nombor rak kasut kami. Tapi unfortunately, rupanya nombor rak kasut tak tersusun. So, sangaaaaaat lah susah nak cari balik rak kasut kami. Nasib baiklah kami tak putus asa. Kami cari secara berkumpulan, then jumpa balik kasut kami. Nasib baik tak hilang kasut. Pengajaran untuk kami. So kami pun pulanglah ke hotel. Hati berbunga2 dapat jumpa Rasulullah. Dalam hati dah melompat2 untuk kembali semula ke Masjid Nabawi. Aku tak tahu, tapi aku macam seronok sangat dapat bersolat jemaah kat situ. Mungkin sebab aku tau, bila aku berjemaah kat situ, Rasulullah ada sekali bersama2 kami yang bersolat ni =)


Coming up next, pengalaman ziarah luar pula. Nantikan yeee :D



Hari pertama di Kota Madinah Al-Munawwarah

Aku tiba di Kota Madinah lewat malam, hampir masuk pagi, lebih kurang pukul 3 macam tu. Memandangkan flight kami dari Istanbul adalah waktu malam, so aku agak sikit kepenatan bila tiba di airport Madinah. Maklumlah, dalam kapal terbang memang sangat susah nak tidur. Apetah lagi lah bila flight malam. The energy was over drained masa kat Turkey, semasa menanti boarding. Then suddenly malam tak leh tido. So I was like, kind of sleepless jugaklah that morning. 


Ketibaan kami disambut oleh mutawwif Syarikat Andalusia. Tak silap aku nama dia Rifai. Tak ingat sangat. Since dia orang Indonesia, so his name was kind of confusing to me. Dia muda lagi. Pangkat dia ibarat abang lah kat aku. Lahir tahun 1980. Tapi anak dah dua. Kami disambut oleh mutawwif dan dibawa menaiki bas. Dalam bas, ustaz mulakan perjalanan dengan membaca doa sambil diikuti oleh kami. 


Saat tu, sikit macam tak percaya aku dah berada kat Kota Madinah. Aku perhati sekeliling. Hanya bukit-bukau yang dipenuhi batu dapat dilihat. Dan pokok2 seperti pokok tamar, tak banyak pokok nya, sikit saja, dapat aku lihat berada di tepi2 jalan. Bila tengok tempat tu dipenuhi bukit2 batu, baru terdetik di dalam hati, "Oh, dah sampai di Tanah Arab rupanya aku".


Time dalam bas tu, lepas habis membaca doa, ustaz mulakan ucapan dengan kalimah Bismillah. Aku tak berapa nak ingat apa yang diucapkan. Tapi yang aku dapat lekat kat otak aku is that, baru aku tahu yang rupanya Kota Madinah pun ada sempadan Tanah Haram nya. Dari airport masih belum masuk ke Tanah Haram lagi. Berjalan agak jauh jugak lah nak bertemu dengan sempadan Tanah Haram. Ustaz ingatkan kami, kat Tanah Haram, sila jaga mulut, jaga hati, jaga perbuatan. Sebab kat sini, even dengan hanya berniat jahat, dah dapat dosa 100,000 kali ganda. So jagalah segala perbuatan kita. Time ustaz cakap macam tu, aku sedar, I'm currently in a dangerous zone. Memang start situ, aku jaga segala perbuatan aku. 


Bergeraklah kami sampai ke hotel. Aku tak ingat apa nama hotel kami. Tapi yang aku ingat is that, kami berdepan dengan hotel Madinah Hilton. Dan perjalanan ke masjid dengan berjalan kaki tak sejauh yang disangka. Boleh kira tak sampai 10 minit berjalan ke Masjid An-Nabawi. Kami check in untuk berehat sementara menanti waktu Subuh. Hari pertama kami kat situ, kami tak pergi berjemaah Subuh kat masjid jugaklah. Sebab kami sampai di hotel dalam pukul 3.30 macam tu, aku tak ingat sangat. So kami macam sangatlah letih waktu tu. 


There was an incident yang aku kira agak kelakar terjadi masa hari first aku kat situ. Masa tu tengah unpacking barang2 sikit. Kira2 menanti waktu Subuh jugak lah. Ingatkan lepas Subuh nak tidur kejap. So masa unpacking, aku terdengar lah azan berkumandang dari Masjid Nabawi. Being new there, first time merasa Subuh kat sana, so I assumed that waktu Subuh dah masuk, without being aware waktu Subuh yang sebenar. So apelagi, tak buang masa, aku amek wudhuk, aku pun solatlah Subuh. Lepas solat Subuh, aku pun terus baring atas katil yang sumpah empok tu. Selimut dia sangat best! Aku rasa mungkin tu selimut kulit kambing. Mungkinlah haha. So aku baring. Dengan harapan dapat tidur dengan lena since malam tu aku sangat tak cukup tidur.


Then aku pun terlelap. Tak sampai sejam aku tidur, tiba2, aku terasa macam ada orang panggil nama aku. So I was like, alahaiii, sape lak kacau ni? Mau tido pun tak senang. Lebih kurang macam tu lah. Lama jugak untuk aku sedar, yang memanggil tu rupanya mak aku. Then dengan liatnya, aku pun bangun. Aku tanya kenapa? Mak aku pun cakap, bangun, subuh. So I was like, eh, bukan dah Subuh ke tadi? Terpinga2 jugak lah aku time tu dengan tak cukup tidurnya, dengan dah lena diulit mimpi lagi and dengan assumption yang aku dah solat Subuh. Rupa2 nya, azan yang aku dengar tadi, hanya lah sebagai "siren" untuk mengejut pengulit2 mimpi ni semua. Hahahahah. Can I consider that tertipu? Setepek je aku kena. Konon2 kau ingat dah siap solat Subuh semua lah? Padahal Subuh pun belum masuk lagi time. Memang pengalaman gila lah first day aku kat sini. Merasa azan 2 kali waktu Subuh. Tapi aku cakap kat mak aku, kejap lah, nak tido sat. Sat jeee. Hehh, sat lah sangat. Aku lelap balik. Without knowing masa aku bangun balik tu, jam dah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Bila aku bangun, macam rilek lah. Apehal, baru pukul 6.30 kot. Sekali bila tengok luar, hamek kau, dah cerah terang benderang satu alam bersinar dilimpahi cahaya sinaran matahari. Terkedu kejap aku time tuh. Mencicit jugak berlari nak solat Subuh haha. I thought 6.30 sana macam 6.30 Malaysia. Tapi aku salah. Rupanya 6.30 sana, ibarat macam 8.30 kat sini. Bayangkan aku solat Subuh pukul 8.30 kat Kota Madinah haha.


Ni lah kisah first aku kat sana. Nanti next post, nak cerita pulak macam mana aku lalui second day, and hari2 seterusnya di Madinah. Next coming, insya Allah, pengalaman berada dekat dengan makam Rasulullah yang sangat dicintai =)