Pagi tu, lepas kejadian aku terlewat solat Subuh, kami dikehendaki berkumpul di lobi hotel untuk ziarah kali pertama ke Masjid An-Nabawi. Aku sempat makan sarapan pagi lagi. Walhal kami kena berkumpul awal sebab masa untuk perempuan untuk masuk ke Raudhah sangat lah singkat. Untuk yang tak tahu, tapi aku assumed semua dah tahu Raudhah tu apa, Raudhah ni dikatakan sebahagian taman syurga. Yang dikatakan taman syurga tu, bukanlah Raudhah diturunkan dari syurga, sebaliknya, Raudhah tu nanti, kelak bila hari Kiamat terjadi, akan diangkat dan dijadikan sebahagian dari taman syurga. Itu yang dimaksudkan dengan taman syurga.
Kitorang disuruh berkumpul di lobi lebih kurang pukul 7 pagi. So aku dengan mak aku pun gerak lah ke lobi dalam pukul 7 lebih macam tu. Assuming yang diorang semua ada kat situ lagi. Sekali bila sampai kat sana, tengok2 ahli2 group kami semua dah bergerak. Aku dengan mak aku dah panik. Mak aihh. Kena tinggal ke? Kami dah macam, first time kat situ, well, mak aku pernah lah sampai masjid Nabawi, aku je yang first time, but my mom macam dah sangat lama tak pergi sana, so kami macam agak total lost kat sana. Kelam kabut jugak lah nak cari group kami. Last2, kami pergi cari mutawwif yang ditugaskan untuk memimpin kumpulan lelaki untuk ke Raudhah. Terpaksa lah kami tanya dia macam mana nak cari group kami yang perempuan.
Mutawwif tu pun bawak lah kami sampai separuh jalan. Then tak dapat nak bawak sampai hujung pasal dia pun nak cepat, schedule masih padat. Dia pun terang kat kami macam mana nak cari group kami yang dah kat masjid Nabawi. Dia suruh kami cari gate 25. So kami pun berlari anak jugaklah ke sana. At last, kami jumpa jugak groupmates kami. Semua time tu tengah dengar penerangan dari mutawwif perempuan. Since aku join agak lambat, time tu aku dah macam agak lost. Still aku dengar je lah apa mutawwif tu cakap. Apa larangan, apa yang disuruh, apa yang digalakkan untuk dilakukan di masjid An-Nabawi.
Selesai penerangan, kami semua mengadap pintu masjid An-Nabawi. Mutawwif mula membaca doa. Aku pun tadah lah tangan. Aku tak tau, kenapa time tu, aku macam takde perasaan. Walhal masjid Nabi, betul2 berada depan mata aku. Punya mendayu2 mutawwif tu membaca doa, sikit pun hati aku rasa tak terusik. Aku pun tak kenapa. Mutawwif dah mula mengalirkan air mata. Aku pandang je muka mutawwif tu, cuba menghayati apa yang dibaca. Pun masih belum dapat mengusik hati aku. Then aku tengok mak aku, mak aku pun dah mula menangis. Aku perhati pulak orang2 sekitar aku. Kebanyakan mereka sudah mula mengalirkan air mata. Tapi aku masih macam tu. Hati masih sekeras batu. Sampai terdetik dalam hati aku, kenapa keras sangat hati aku ni?
Mutawwif berhenti membaca doa. Dan memimpin kami masuk ke dalam masjid. Dia suruh kami mulakan dengan melangkah masuk menggunakan kaki kanan. Tapi aku waktu dah macam bersesak sangat so unfortunately, aku terguna kaki kiri. Terkilan sikit lah rasa. Tapi takpe, aku teruskan jugak perjalanan. Kami letak kasut di rak kasut yang sama. Aku pun hafal laa nombor rak kasut tu incase senang lah nak cari nanti. Then kami teruskan perjalanan ke satu di masjid Nabawi. Kalau nak tahu, bukan senang nak masuk Raudhah. Lagi2 bila dah berkumpulan. Macam nak masuk tu, ada giliran untuk masuk. And also quota untuk berapa orang yang boleh masuk. Kami beratur dan berhenti di beberapa check points laa jugak.
Mutawwif bawa kami ke satu tempat as a check point. Di situ kami berhenti untuk bersolat tahiyatul masjid. Dan mutawwif galakkan kami untuk bersolat sunat disitu dan juga beriktikaf. Time tu pun aku still dengan hati yang tiada perasaan. Macam masuk masjid biasa, tak ada apa. Sampai aku fikir, apesal keras sangat hati aku? Kenapa? Kenapa mesti hati tu batu sangat sampai macam ni sekali? Lepas tu, aku pun buatlah solat sunat. Lepas solat, aku pun berdoa kepada Tuhan. Aku mintak, Ya Allah, lembutkan lah hati aku. Benarkan lah aku menangis. Banyak kali jugak aku mintak supaya Tuhan lembutkan hati aku.
Sepanjang perjalanan beberapa check points, aku still doa supaya Allah lembutkan hati aku yang sekeras batu ni. Sampai lah kami tiba betul2 dikawasan hampir dengan Raudhah, hampir dengan makam Rasulullah. Berhenti di checkpoint di situ. Kiranya itu checkpoint terakhir sebelum kami masuk ke Raudhah. Aku pun duduklah kat situ. Lepas tu, tergerak hati aku nak tanya mak aku, kat mana makam Rasulullah? Then mak aku cakap, kat depan aku, betul2 kat depan aku, situlah terletaknya makam Rasulullah s.a.w, rasul kita yang tercinta.
Time tu, tiba2 je, aku tak tahu kenapa, perasaan rindu, perasaan sebak, perasaan yang tak boleh nak digambarkan macam mana, mula muncul didalam hati aku. Tiba2 muncul satu perasaan cukup, cukup, cukup rindu dengan Rasulullah. Aku tak boleh nak gambarkan perasaan tu. It was like, aku dah dengar cerita pasal kemuliaan, peribadi dan segalanya pasal Rasulullah semenjak dari aku kecik. Dan aku dah kagum dengan Baginda sejak dari kecik. So masa tu, ibaratnya aku dapat jumpa hero aku, orang yang tak tercapai oleh akal aku untuk jumpa, bersemadi betul2 di depan mata. Hati aku mula sebak. Air mata mula bergenang. Mula terbayang segala cerita pasal Rasulullah yang pernah aku dengar semasa kecik. Orang yang aku rindui, akhirnya berada sangat2 dekat dengan aku. Sangat2 hampir dengan aku.
Akhirnya air mata jatuh juga. Terkabul juga doa aku untuk menangis disitu. Walhal, orang lain semua, dah tiada seorang pun yang menangis. Aku seorang je time tu, tiba2 menangis teresak2. Sumpah time tu, air mata aku tak leh tahan langsung. Jatuh berjurai2, hati rasa sebak sangat masa tu. Time tu baru terfikir, berapa ramai nak sampai ke sini, tapi aku jadi antara yang terpilih dapat berpijak ke bumi Madinah. Aku yang terpilih dapat berjumpa dengan Rasulullah. Aku kiranya sangat bertuah dapat menjejakkan kaki disitu. Dapat menyampaikan sendiri salam aku kepada Rasulullah. Akhirnya aku tewas. Akhirnya hati aku dapat dilembutkan. Kuasa Tuhan.
Makin aku fikir, makin teresak aku menangis. Aku terasa sangat macam Rasulullah berada disisi aku. Aku terasa Rasulullah berada disitu, menjawab salam para umatnya. Seorang yang sangat aku kagumi dari kecil, yang sangat aku rindu.
Lama jugak lah aku menangis. Mak aku silap hulur tisu lagi haha. Segan gua nangis camtu depan mak. Hilang macho gua wakaka. Macho amende nya. Padahal aku ni kuat menangis haha. Dah berhenti menangis, then pastu aku sambung lagi. I just don't know why. Mungkin lah ini dipanggil doa yang dikabulkan on the spot. Aku sendiri dah rasa, so aku akui pasal benda tu. Kat sana, niat je lah apa saja dalam hati, insya Allah makbul on the spot kot.
Then kami sambung perjalanan menuju ke Raudhah. Sebelum tu sempatlah feast on air zam zam yang sangatlah banyak kat situ. Jakun kejap pasal mana lah pernah dapat air zam zam sebanyak tu haha. Punya lah nikmatnya minum air zam zam sejuk. Lemak gila rasaaaaa. Rasa nak minum pergi je amek. Tak pernah habis. Kami pun sambung masuk ke Raudhah. Oh, tak sempat nak snap gambar dalam masjid Nabawi. Sebab kamera memang tak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam masjid. So tak sempat nak snap gambar Raudhah. Aku pun time tu tak terfikir nak amek gambar pun. Otak dalam tu fikir camne nak cari ruang nak solat di dalam Raudhah. Sebab orang sangatlah ramainya.
Mutawwif awal2 lagi dah pesan, di dalam Raudhah nanti, cari karpet yang berwarna hijau, bukannya merah. Sebab hanya yang hijau kawasan Raudhah. Yang merah tu bukan lagi termasuk kawasan Raudhah. Kang penat solat, rupanya bukan solat di sebahagian taman syurga. Rugi je masa menunggu disana. So kami pun masuk lah. Ramai sangat orang time tu. Kami mencari ruang untuk bersolat. Tapi tak jumpa. Sebab ramai sangat orang. Last2, mutawwif kami tolong hadangkan satu ruang, khas untuk kami bersolat. Kami tolong jaga beramai2. Lepas selesai seorang bersolat, ganti lagi seorang. Akhirnya berjaya jugak aku bersolat disitu. Tapi rupanya, kawasan hadapan banyak lagi ruang untuk bersolat. Tapi aku tak lah teruskan bersolat. Rezeki kami agaknya, kami menjadi group terakhir untuk berada di Raudhah, so masa yang diberikan agak lama disitu. Sempat duduk sampai lebih 10 minit jugaklah untuk berdoa disitu, disisi makam Rasulullah. Air mata mengalir lagi.
Habis di Raudhah, kami pun nak kembali ke hotel semula. Time tu pulak, nasib tak baik. Kasut tak jumpa. Aku dah hafal dah nombor rak kasut kami. Tapi unfortunately, rupanya nombor rak kasut tak tersusun. So, sangaaaaaat lah susah nak cari balik rak kasut kami. Nasib baiklah kami tak putus asa. Kami cari secara berkumpulan, then jumpa balik kasut kami. Nasib baik tak hilang kasut. Pengajaran untuk kami. So kami pun pulanglah ke hotel. Hati berbunga2 dapat jumpa Rasulullah. Dalam hati dah melompat2 untuk kembali semula ke Masjid Nabawi. Aku tak tahu, tapi aku macam seronok sangat dapat bersolat jemaah kat situ. Mungkin sebab aku tau, bila aku berjemaah kat situ, Rasulullah ada sekali bersama2 kami yang bersolat ni =)
Coming up next, pengalaman ziarah luar pula. Nantikan yeee :D
Tuesday, May 1, 2012
Hari kedua di Kota Madinah, ziarah Rasulullah tercinta :)
Posted by su at 1:37 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)