Entri panjang dibawah. Baca kalau tak bosan.
Finally got my self to watch Hikayat Merong Mahawangsa. The movie that is currently one of the hot topics here in Malaysia. Okay, seriously, I never really know what this movie is all about jugak lah. I just too absorbed with my studies, with the life here in UIA so yeah, I do not know what's hot or what's not in the current entertainment industry.
Anyway, since yeah, my sister belanja me for this, I just.. go lah. Orang sudah belanja, kan? Kalau tak, mahu jangan haraplah aku nak tengok cerita Melayu dekat wayang. Tak mahu jugak lah duit aku terbang ke situ pulak en.
And macam biasa, entry ni akan kisahkan pasal review aku untuk filem ni. Just few things to be commented off.
1) Aku rasa cerita ni CGI dia best. Mantap lah. Kasi boleh nampak macam kau tengah tengok cerita orang putih jugak lah. So it's quite nice actually. Jadi jugak lah teknik CGI dia.
2) Nice to see diorang campur masuk semua kaum dalam cerita ni. Melayu ada, Cina ada, India pun. Bangsa Rom pun tibai sekali bhai hahah
3) Scene semua nampak real. Ok lah, tak nampak fake. In fact, scene bunuh2 dia seriau jugak aku tengok
4) Pelakon dia pandai berlakon. Mantap jugak. Except for certain yang muncul kaku.
5) Skrip best. Aku suka ayat2 dia.
Okay, ini komen positif yang boleh aku extract. Ni pulak komen agak negatif aku.
1) Teknik CGI dah mantap, pelakon pandai berlakon, tapi sayang, sorry to say, aku rasa plot cerita agak lemah. Sudah lah lemah, berterabur pulak rasa plot dia. Agak tergesa2 jalan cerita memandangkan nak sumbat semua sekali dalam 2 jam lebih. Ada scene yang tak sepatutnya panjang, dipanjang2 kan
2) Aku tak suka ending dia. I don't really mind ending macam tu. Tapi, I was thinking, there IS better way to end the story. Cara cerita itu berakhir macam agak... tergantung? Kurang menarik? Entah.
3) Sedar tak sedar, entah kenapa, cara watak Merong Mahawangsa tu rasa macam... Jack Sparrow sikit? Tak tahu lah pandangan mereka yang lain tapi bagi aku, serius jugak lah. Aku rasa macam cerita ni sedikit sebanyak terpengaruh dengan Pirates of Caribbean.
4) Cerita Melayu pun dah makin banyak selit unsur lucah sekarang ni. For the adults, I don't mind that. Tapi for the kids? Dude, tak perlu lah nak racun pemikiran anak2 masih kecil ni. Dah lah tadi aku tengok ramai gila budak2 yang tengok. Sebelah aku pun ada budak kecik. Aku pulak naik segan tengok dengan diorang. Mungkin unsur lucah ni dah jadi elemen penting dalam filem tempatan sekarang. Tarikan utama kot?
5) Watak tak dikembangkan dengan cara yang baik. Interaksi antara watak pulak, hanya antara Prince of Roman dengan Princess of China tu je berkembang dengan agak baik. Slow and steady and ada stability di situ. Tapi antara Merong dengan Embok? Phail HARD. Tiba2 je macam tu. Tiba2 je macam ni. And I thought Embok is one of the main cast. Am I wrong? If I'm wrong, sorry for that. Tapi serius lah. Kesian tengok macam kisah tak kesampaian je antara Merong dan Embok. Walhal dok ulang2 pantun yang mak Merong dok baca2 tu. Sedikt tak kena kat situ aku rasa,
6) Serius aku rasa plot sedikit kacau bila masuk kat cerita tengah2. Everything seems cool from the beginning. Seems looking nice on how the story goes sampai lah saat tiba2 diorang kena serang dengan Geruda. Start situ semua rasa macam tergesa2 kot. Tiba2 je Merong jadi raja penduduk kat situ because of the prophecy. Siapa dia? Apa dia dah buat sangat? What's with that? Tak ke begitu sudden? Hmm, I expect more probably.
7) Mereka beri perhatian pada perkara2 besar sahaja. For the minor things, banyak yang di neglect begitu sahaja. Especially tang watak2. Tu yang paling aku tak puas hati tu.
Ini pulak extra random comments dari aku haha
1) Jehan Miskin macam takde function je dalam cerita ni. Watak dia tak perlu wujud pun tak apa. Buat jadi laugh stock je duduk situ. Nama je famous tapi watak dia dah memang tahap watak sampingan yang takde pun takpe gila tak kacau plot. I pity him.
2) Watak2 sampingan yang jadi tentera Merong tu macam tak cukup makan seyh. Kurus2 belaka. Badan Merong gila bapak mantap sekali bila tengok badan tentera dia, kalau kena tiup angin teros tumbang kot hahaha
3) Oh, Marcus itu nampak cute haha. Tapi lama2 bila aku tengok macam budak boyband la pulak en. Ala2 BSB or N'Sync or Westlife hahah.
4) Aku serius suka CGI dia. Jadik betul aku rasa. Ye lah. Cerita Melayu je kan. Tak sangka mampu buat sampai macam ni. Bagi jugak lah aura cerita orang putih kat situ.
5) Oh, I love on how they present Stephen Rahman Hughes as the main character. Serius dia nampak seksi di situ. Tapi itu lah, watak dibawa hingga hampir sama dengan watak Captain Jack Sparrow (Oh, I love him). Originality kurang di situ. But still, nice lah. Charismatic I must say.
6) Aku tak tahu mana dia tibai tentera Rom tu semua. Kelakar lak aku tengok muka diorang ni hahah
Overall, cerita boleh lah dapat stars tapi tahap belum sampai tahap yang boleh dipuji melambung2. Serba kekurangan sana sini. Mungkin kurang pengalaman. Tapi untuk cerita Melayu, yang dibuat oleh anak Melayu sendiri, cerita ni layak diberi pujian. Tak mudah nak buat cerita macam ni. Aku tahu tu. Kos dia tinggi pulak tu. Aku cuma rasa cerita ni agak di overrated-kan jugak lah. Kat mana2 aku pergi orang macam nak puji melambung. Tapi bila aku tengok sendiri, sedikit kecewa di situ. Tapi, aku still galakkan korang tengok jugak lah. Kalau korang nak tengok aksi2 menarik macam cerita mat salleh, cerita ni tak mengecewakan, serius. Tapi kalau korang jenis peka dengan plot cerita, tak yah lah tengok. Mungkin jugak korang kecewa. Apa2 pun, tahniah lah kat warga2 KRU sebab berani attempt buat cerita macam ni.
Oh, lagi satu random, KRU ni dulu sekolah rendah sama dengan aku dulu. Tapi diorang super senior lah. Tak pernah ler jumpa mereka tapi cikgu aku dulu suka cerita pasal diorang. Alahh, ramai benor artis sekolah kat sekolah aku dulu. Boring dah hahah (korang yang dok PJ mesti dah boring tengok artis kan? hahah). Ok, go watch dan nilai sendiri ek cerita ni.
Saturday, March 26, 2011
Hikayat Merong Mahawangsa
Posted by su at 2:18 AM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)