Tadi pergi shopping. Dengan parents aku. Balik tuh, macam biasa, ayah aku rancak bercerita. Ayah aku memang suka sangat bercerita ni. Kalah mak aku jugak lah. Mak aku jenis diam je dengar ayah aku bercakap. Selalu aku dengan kakak-kakak aku lah yang melayan dia bercakap. Tapi cerita hari ni memang agak menarik untuk aku dengar. Baru aku tau, dulu-dulu ayah aku pernah belajar ilmu kebal. Ilmu kebal? Oh? Mantapppp. Terkejut aku dengar o.O
Zaman dulu2, kalau siapa yang baca sejarah lah, tipu lah kalau korang tak tahu. Kalau korang tak tahu konpem dulu sama ada time sejarah korang tidoq atau korang memang tak amek SPM. Kalau korang ingat lah, memang dulu feymes Jepun datang menyerang, British lah, Komunis lagi, Korea.. ok itu tipu. Dengan gila ramai lah yang cuba nak jajah kita, memang konpem lah bahaya hidup kat zaman dulu2. Al-kisahnya dulu2, arwah atok aku feymes dengan gelaran bekeng(?). Tak tahu lah apa maksud dia, tapi rasa2 macam garang. Entah ler tak sure lak aku. Tapi itu lah nya, dia dulu2 kalau korang nak tahu ada bela harimau. Hehh? Harimau? Bukan harimau betul ler. Harimau jadi-jadian. Yang boleh tukaq jadi orang tuhhh. Scary kan? Scary kot aku rasa.
Harimau ni kira macam body guard dia kalau nak masuk hutan. Biasalah hutan, memang konpem bahaya time komunis semua. So kira harimau ni lah tolong jaga dia. Ayah aku kata, kalau orang tengok arwah atok aku jalan dalam hutan, nampak lah harimau tu lalu-lalang tepi dia. Harimau ni kira hampir dengan saka lah. Tapi aku pun tak sure. Hmm... Tapi tu lah, aku sebenarnya macam perasan, kat tepi bahu aku sebenarnya macam ada kesan macam cakaran jugak lah. Tapi aku memang tak kan tunjuk gambar lah kat sini. Gila kau, aurat tuh. Sheeeshh. Aku ragu2 kesan tuh hanya tanda lahir atau ada kena mengena dengan cik rimau sekoq ni. Tapi rimau ni sekarang ada dengan atok sedara aku. Atok sedara aku pernah jumpa dia dalam betuk manusia. Besau, tinggi, pakai jubah hitam. Jin Islam lah kiranya. Dia boleh ubah jadi macam2 rupa. Alhamdulillah dia ni tak pi kat ayah aku lepas arwah atok aku meninggal (pasal ayah aku penakut gak ahahah). Makcik aku siap buat lawak lagi,
"Haa ape lagi. Pegi laa hantar rimau tuh kat zoo. Abes citer"
Sheeesh makcik aku. Terror beliau buat lawak.
Dengar cerita lagi, yang arwah atok aku dulu hebat. Macam ramai lah yang takot dengan dia. Dia ni kalau nak tahu, ada ilmu yang kalau tiup kat orang, orang tu boleh rebah and meninggal tiba2 jer. Amende angin tah nama ilmu tuh, aku tak tau. Tapi memang hebat lah atok aku. Dengar cerita jugak dia pun ada ilmu kebal jugak. Kalau orang tembak dengan senapang, tak lut lah weh. Lepas tuh ada laa ilmu halimunan atau orang puteh kata boleh invisible gitu. Kalau tengah bertempur, orang tak boleh nampak ko. And ada jugak ilmu menyelam dalam air, tak lemas2.
Ayah aku kata, dulu2 dia ada belajar dengan arwah atok aku. Belajar ilmu kebal ni lah. Dia bagi sepotong dua ayat. Lepas belajar tuh, malam tuh ayah aku mimpi. Dia mimpi macam ada orang nak tembak dia. Kira real habes lah. Ayah aku tinggal ready nak mengucap jer. Lepas tuh, bila nak tembak, senapang tuh tak meletup. Siang tuh apa lagi, dia pergi cerita kat arwah atok aku. Arwah atok aku cakap
"Tu kira kau dah belajar lah tu"
Fuhh, bapak aku tau ilmu kebal rupanya dulu.
Tapi, bila dah masuk UTM, dengar ceramah ustaz2, baru dia tahu yang sebenarnya segala ilmu yang dia belajar tu salah. Lepas dengar ceramah, teros ayah aku lupakan ilmu2 tuh. Dia dah taknak ada kena mengena dengan semua ilmu2 tu dah. Ayah aku terror silat dulu, jangan maen2. Arwah atok aku ajar macam2 ilmu kat dia. Tapi sebab arwah atok aku tau yang ayah aku ni penakot sebenarnya (haha) so dia tak ajar lah semua ilmu. Dia banyak ajar pakcik aku pasal pakcik aku ni pun garang woo. Ilmu pisau apetah ayah aku cakap. Tapi ngeri ler aku dengar.
Arwah atok aku hujung2 hayat dia, baru aku tau dia kena santau dengan orang, sebab sifat bekeng dia. Aku tak pernah jumpa arwah atok aku, so aku memang tak tahu cerita apa sangat pasal dia. Tapi arwah atok aku menderita beberapa tahun jugak sebelum meninggal. Memang muntah darah lah. Kalau santau, memang takde harapan nak sembuh (kalah cancer yawww).
Orang yang santau arwah atok aku rupanya sedara terdekat ayah aku jugak. Tak tahu sebab apa dia santau arwah atok aku. Dia pun Allah dah bagi balasan. Terlantar 2 tahun, tak mahu jugak pergi. Susah nak meninggal dengar cerita. Wallahua'lam...
Orang dulu2 memang banyak pakai ilmu, takut aku dengar.
Kita yang sekarang ni tak yah lah nak kebal2. Merepek ape ehh