BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 28, 2010

Rasa kadang-kadang tuh serius macam nak private blog ni. Tak suka lah bila ada strangers yang datang entah dari mana tiba-tiba sesuka hati nak maki aku macam lah aku kenal dengan dia kat real life. Kot ye aku pernah buat kesalahan besar kat dia tak pe lah jugak nak maki aku. Ini tak, dia yang datang tanpa diundang kat blog aku, tiba-tiba cuba buat onar kat sini. Tolong lah jangan buat kelakar kat sini. Kalau kau datang niat baik nak baca informasi yang aku share and kau nak share sekali informasi yang kau ada, tak apa. Aku terima tangan terbuka. Tapi kalau tiba-tiba datang pung pang pung pang tak tentu pasal kat blog aku, lepas tu marah-marah aku, memang nak kena lempang laju-laju lah dengan aku. Rasa nak tibai je sorang-sorang. Kot dah rasa macam tak best nak baca blog aku, sila lah tutup. Jangan lah menapak kat sini lagi. Ini tak, dok nak maki aku macam aku kacau hidup dia. Bukannya aku letak red carpet jemput dia datang baca blog aku pun. Dia yang rela hati bukak.


Tapi aku tak mahu private blog ini. Aku mahu kongsi cerita aku dengan dunia. Got me?

Manusia memang macam-macam jenis. Well, aku manusia jugak, kan?

blog comments powered by Disqus