Kalau korang perasan lah status ni kat facebook aku.
" Kalau aku tak rapat ngan ko, mmg susah laa nk jd peramah ngan ko. Sori ek. Pasal nk jd rapat tu pn takes time sebenar nya "
Bukan nak mengundang salah faham dari status ni sebenarnya. Tak langsung lah. Maksud sebenar dari status ni, is that, if someone tuh, just happen to be only like acquaintance ke, colleague yang biasa2 ke, sebenarnya agak susah lah aku nak bercakap ramah dengan dia.
Saja lah nak kasi clear sikit kat blog ni. Aku ni lah, sebenarnya, seorang yang sangat pemalu dari asalnya. Percaya tak? Tak ler tu. Takpe2, I know myself better, of course. Aku cuma kadang2 tu susah nak jadi open dengan sebarangan orang. Mungkin sense of self insecurity itu agak tinggi lah agak nya. Kadang2 tuh mungkin aku observe dulu orang tuh macam mana. Boleh tak aku masuk dengan dia, boleh ke nak hu ha ha dengan dia. Itu yang buat lambat sangat aku nak masuk dengan seseorang tuh. And some of people agak bias pada first impression, and disebabkan aku tunjuk muka tak peramah aku mula2, terus mereka cakap macam aku ni sombong lah, apa lah. Lepas tuh dah tak mahu kawan dengan aku. No, seriously tak bermaksud macam tuh. Tak berniat langsung nak jadi sombong sebenarnya. Aku cuma lambat nak mesra dengan orang. It took me a very long time jugak untuk rapat dengan certain people. Even dengan Zati, Aqilah dengan Lat. And Nana also. Nana lagi lambat aku nak mesra dengan dia. Aku kena kenal orang tu betul2 baru boleh nak masuk. Tapi alhamdulillah, these people tak berhenti cuba nak approach aku. Walau first impression menunjukkan aku ni memang anti sosial haha. Eh, aku memang pernah tergolong dalam golongan anti sosial. Tatau kaa? hehe.
Yes I am trying. Trying my best nak sosialkan diri dengan semua orang. Tak semudah itu aku nak mesra dengan orang. Aku bukannya jenis yang
"Salam sis, sis nama apa? Duduk blok mana? Course apa? bla bla bla"
No, aku bukan jenis macam tuh. Aku jenis dok diam, lepas tuh tenggelam sorang2 dalam crowd haha. Itu pasal aku tak leh nak join conversation ramai2 dalam satu masa. Kalau 3-4 orang okay lagi. Kalau dah 7 orang in one crowd, memang terdiam lah aku kat situ. Dengor je laa depa bantai cakap pa. Tak pa, I rela begitu.
Actually lah, kalau people yang ikut blog aku ni, tau laa aku ni lagi parah dulu. Menyombong tak hengat dunia. Bukan menyombong, penyenyap sebenarnya. Tapi lepas masuk universiti, akhirnya aku berjaya jugak mengurangkan tahap malu aku ni. Cam sikit lah ke arah tak tau malu haha. Tapi, ada tapi la. Tapi hanya dengan perempuan sahaja tahap malu tu dapat dikurangkan. Dengan lelaki, honestly sebenarnya aku, pernah sangat, sangat, sangat pemalu dengan lelaki. Aku tak boleh pandang diorang. Apetah lagi nak bercakap lah kan. Bila ada kena deal dengan lelaki, aku akan menyorok belakang kawan aku. Sampai pernah dulu ada one guy ni tanya,
"Apesal, lelaki ni makan orang ke?"
Aku dalam hati jawab, "A'ah, ahahah!"
Takde lah. Bila pulak lelaki makan orang. Ingat shrek ke hape. (Eh, since when shrek makan orang neh??). Entah perangai pelik aku adapt dari mana tah. Sampai mak aku pun pelik sekali. Apa kena lah anak gadis dia ni. Memang satu cabaran lah nak atasi takut gila kat lelaki ni. Aku kan pemalu. Gitu lah perangai orang pemalu, ye tak? Sampai pernah lah member aku bagitau tau ada one guy ni macam suka kat aku pasal aku ni pemalu sangat dengan lelaki. Depa kata lelaki suka perempuan pemalu. Yaka? Tak tau laa pulak aku.
Tapi, everything change since zaman aku masuk short time, first year kat UIA Gombak. Kat sini and time ni lah first sekali interaction aku mula2 kenal dengan budak2 laki ni semua. Aku berani kan diri aku. Cuba tegur mereka dulu. Alhamdulillah berjaya jugak bercakap dengan mereka. Tapi mak aihh, takut jangan cakap lah. Cam cuba nak cakap dengan bapak rimau pun ada. Tapi dok pikir, sampai bila nak terceruk sorang2 tak mahu bercakap langsung dengan lelaki, ye dak?
And at last, mereka2 ni semua dah jadi antara yang rapat dengan aku. Sampai ada lah raya tahun lepas, tiba2 aku bawak rombongan sampai dua puluh orang gak laa pi rumah beraya. Kitorang girls ada dalam 3 orang jer. Semua yang lain lelaki. Mak aku dah macam, pe jadik lak ngan anak aku ni. Ramai betul geng dia bawak balik rumah. Haha, cannot help laa mak, kawan2 aku semua tuh. Takkan nak halau pulak noo0~
And sekarang, boleh lah dikatakan, ramai kawan2 aku, consist of guys. Especially bila dah masuk CS ni. Berapa ramai lah sangat perempuan kat sini. Alih2 orang sama jugak. Bosan. Haha, takde lah. Sori korang, tak boring pon hehe. Saja je tuh. Aku cuma harap sini tak ada salah faham lah. Jangan lah fikir aku asyik bercakap dengan lelaki, aku nak menggedik. Oh, seriously tidak. Aku tak reti weh nak menggedik. Itu bukan style aku walau aku ni ex-girl school. Bagi aku, sekarang mereka ni semua setaraf lah. Takde lah niat nak cilok sorang buat jadi boyfriend. Semua aku anggap kawan untuk aku hu ha. Untuk tolong aku time susah, and untuk aku tolong time diorang susah. Ada antara mereka ni dah berjuang dengan aku since zaman short sem dulu sampai sekarang, that's why lah bila jumpa mereka, I feel like we are family. Bila jumpa diorang rasa nak senyum lebar2. Bila aku susah, insya Allah, mereka ni memang willing nak tolong aku.
Untuk bebudak CS yang baru aku nak kenal, sorry sangat2 kalau aku tak mesra sangat dengan korang. Aku cuba yang terbaik. Apa yang termampu. Aku memang lambat nak mesra dengan orang. Aku memang perlukan masa. Insya Allah, untuk 2-3 tahun ni, aku cuba terbaik untuk berjuang bersama korang.
Untuk dak2 laki yang selalu tolong aku susah senang ni, terima kasih, thank you sangat2. Korang memang terbaik lah. Friendship till end, wokeyh?
And SPECIAL thanks untuk GIRLFRIENDS aku, Aqilah, Izzati, Latifah dan Nana. Even lepas ni kita dah akan makin jarang bersama, kelas pun susah nak bertembung, aku seriously appreciate sangat2 friendship yang telah lama dibina. Korang semua dah kenal buruk baik sesama sendiri. Bila jatuh, ditarik naik, bila dah naik, dijulang bersama. Korang lah kawan dunia akhirat, insya Allah. Tanpa korang, tak wujud aku yang sekarang ni sebenarnya. Bila sama2 dengan korang dalam kelas UNGS, terasa macam aku sangat secure. Berada dalam family sendiri. Hopefully this friendship will never end.
Pika dan Najmah. Friendship yang indescribable. We know secrets of each other. Rahsia hati masing2. And korang memang antara kawan terlama yang pernah aku ada. Well, as in true friendship. Permulaan segalanya. Thanks juga :)
And untuk yang baru nak kenal aku, mintak maaf untuk first impression aku yang terlampau buruk. Give me time. More time actually. Aku perlu masa untuk adapt. Tak sewenang itu mampu terima sesuatu yang baru.
Eh, lama tak buat entry panjang. Rindu jugak lah sebenarnya. Jiwang pulak tuh entry ni haha. Hope tak boring baca :)