Kalau orang tanya aku lah kan, kenapa aku masih single lagi, jawapan aku lah kan, hurm... senang je kot. Aku masih belum jumpa the right one lagi! haha. Cliche sungguh jawapan tapi itu hakikat lah.
Tengok kawan2 sekeliling aku, orang2 sekeliling aku, hampir kesemua (hampir lah) pernah couple, sedang couple (or baru putus couple haha). Hampir semua ada lah pengalaman mereka masing2 dengan cinta. Paling2 tidak cinta pun, mesti ada skandal. Aku pulak, aku rasa lah, bagi aku sendiri, cinta memang tak pernah terlibat, and skandal pun, I declare myself free of scandal muahaha.
Aku bukan lah nak kata diri baik sangat. Bukan lah ada pun prinsip yang cinta aku hanya untuk bakal suami aku. Ye aku mengaku, once in a while, memang kadang2 sangat terlintas kat hati to have someone that is truly special. Ingin someone berkongsi segalanya bla3 malas nak jiwang.
Tapi.. ada tapi lah.
Sesetengah orang lah kan, I don't know why, senang sangat couple. Bak kata kawan aku, banyak benefit untuk perempuan tuh, kata nya lah. Pasal apa, pasal bila lelaki tu dah gila rak sayang kat dia, sanggup lah keluar duit spend banyak gila and semua2 tuh lah. Sanggup berkorban segala masa harta pusaka (over pulakk) semata untuk perempuan tuh.
Tapi itu sangat lari dari prinsip aku.
Kalau kira sampai sekarang, walau aku tak lah popular (rendah diri kunun har har har. betul laa tak popular) still, ada jugak beberapa orang yang approach aku. Kalau ikut aku jahat lah kan, boleh je aku terima diorang tu semua. Boleh je aku gunakan diorang punya kasih sayang, yang sanggup buat apa saja, untuk kepentingan aku sendiri. Boleh je aku nak mintak beli barang mahal2 ke hape. Couple2 pastuh kikis duit diorang (hahaha jahat gilo beb!).
Tapi itu sangat selfish.
Aku tak boleh terima diorang. Aku tak boleh terima atas sebab aku sendiri. Bak kata kawan aku, everything should come naturally. Kalau betul aku tak suka, aku tak boleh paksa diri nak suka diorang. Aku tak boleh berpura2 nak suka diorang atas kepentingan aku sendiri. Kunun bak kata kawan aku, duit topup ada orang banyak (kot ye semua bill kat ayah aku haha), duit makan pun nanti orang bayar kan, pastu boleh dapat hadiah mahal2 semua.
Tapi memang kelakar lah kan.
Aku tak mahu jadi tipikal sesetengah perempuan. Aku tak mahu jadi perempuan yang anggap mempermainkan lelaki itu tak apa. Mereka mungkin bukan siapa2, tapi mereka manusia juga. Mereka ada perasaan. Mereka pun tak mahu disakiti. Perlu ke kita menyakiti mereka? Padahal diorang dah sangat sepenuh hati suka dan sayang kat kita. Kat mata diorang ada kita je. Siap ada full expectation lagi. Perlu ke sampai nak buat macam tu?
Kejam. Sangat kejam.
You know, in this world, what goes around, comes around. Kau dok mainkan orang macam itu, satu hari, kau sendiri akan terima balasan nya. Mungkin bukan cara sama, mungkin teruk lagi. Kau buat orang, takut orang buat kau pulak nanti.
So ye, itu lah prinsip aku sekarang. Aku mungkin selalu terasa nak bercinta. Aku mungkin selalu nak someone untuk berkongsi kasih. Mungkin mahu someone that will be there whenever I need him. Tapi aku hanya mahu dengan seseorang itu, someone that I feel right to be with. Someone that I'm comfortable to be with. Just that someone. Someone yang ada, ketika sangat sangat sangat aku memerlukan dia.
Terus terang kata, that someone macam itu, belum lagi muncul dalam hidup aku. Terus terang aku kata sekarang ni, I am free as a bird. No more (not yet?) complicated with someone, like you guys always thought. So sekarang ni, terus terang kata, aku selesa hidup single. Aku mungkin lah bahagia hidup single unless that one person, muncul dalam hidup aku :)
As someone has said, it's better to be single, than committing to a wrong relationship; which is so true