Oh hari ini went out to watch movie with the darlings. The outing wasn't planned by us earlier pun. Tiba2 hari ni since everyone macam ada rasa nak keluar, and the girls semua dah lama nak tengok Nur Kasih, and I don't have any class at all in the evening, so tiba2 mereka kata mahu pergi tengok Nur Kasih The Movie. I was like, not a fan of Nur Kasih, never watch, or maybe once pernah jugak lah tengok Nur Kasih punya drama, agak hesitated jugak lah nak tengok. Tapi since I was kinda free at that time, follow saja lah.
Nur Kasih The Movie tak ada kesinambungan sangat lah dengan drama dia. So for someone like me yang tak pernah tengok drama dia, supposedly boleh faham the plots and everything. Tapi kitorang masuk quite lambat tadi. Few minutes late actually. Adoii terlepas babak depan tuh sikit.
Anyway, kasi review sikit lah alang2 dah tulis pasal Nur Kasih. Aku actually, agak confuse sikit dengan plot dia. Since dia ada guna flashbacks yang agak banyak di situ. Tiba2 jadi camtu, tiba2 je scene dia jadi macam ni. So it's quite confusing actually. Buat aku yang tak pernah tengok Nur Kasih, a little lost di situ. Kalau dia panjang kat sikit movie, kasi terang lebih sikit, aku paham lebih kot.
And ada certain cgi tak jadi kot. Ada scene time keretapi berlanggar tuh, yang orang terbakar tu, gila tipu nampak api dia haha! And yang paling tak leh blah, scene yang bila diorang terlibat dengan train accident tu, time tu Nur Amina dah gila terbaring macam separuh mati, then Adam was like, "Nur, jangan pergi" something like that, then a very suddenly he dropped Nur Amina down and take a post right under the camera, posing gitu berdoa pada Allah. And bila habis doa dia pandang belakang tengok Nur Amina masih hidup pandang dia. I was like, eh, you abandoned your wife just like that when she was like looking half dead just to pose to pray? o_O oiiii. Kelakar okay. Why can't you just hold up your wife and pray to God? Perlu ke buang bini ke bawah pastu siap boleh posing ooiii macam citer hindi dah aku tengok haha.
And also there was this one scene, time Adam mimpi tembak2 tu, ada mamat Arab tu, kelakar gila aku rasa, siyes. Semua orang macam kena tembak tapi ada sorang tu belum kena tembak dia dah buat muka gila dramatik terkejut macam dah kena tembak padahal takde darah. Siap dia jatuh pengsan lagi. I was laughing like hell at that time okeh! Kelakar siot aku rasa hahaha.
Anyway, mereka ada kata, cerita ni macam tiru The Notebook jugak lah. Aku belum tengok cerita tu. Tapi pernah dengar sinopsis. Yes, lebih kurang The Notebook. Itu yang buat confusing sikit tu. Dari scene tua, ke scene muda, ke tua balik. Then everything was like went quite fast at that time, I can't really catch up the scenes but I was like, ohhh, okayyy. Confuse sikit di situ.
And Jehan Miskin sekali lagi menjadi watak sampingan di sini. Adoiii bang apa sudah jadi?
And also there's this one scene tunjuk a typical "warak" ustaz tak mahu bagi ceramah kepada orang tak pakai tudung dan bergaul bebas. Scene ni menyindir tapi sedikit inappropriate kat aku. Boleh memberi salah faham sebenarnya kat situ. Ye, aku akui, wujud nya orang alim yang mendiskriminasi kat sini. Tapi tak semua. Ada je yang alim tapi sanggup dekati mereka2 yang kurang ilmu agama. Aku faham cerita ni hanya nak sindir sesetengah. Tapi macam menjatuhkan maruah dan nama mereka2 yang alim ni. Takut orang semua stereotype kan mereka semua ni sebegini.
Anyway, okay lah cerita ni. Tak ada lah boleh buat aku mengantok tertido kat panggung. Nampak lah pengarah cuba mengetengahkan kisah romantik antara Adam dan Nur Amina. Sedikit tak logik dan sedikit lemah pada plot. Mungkin sebab aku tak ikut dari drama so aku tak berapa nak menghayati lah movie dia. Orang kata drama dia best. But I think this movie doesn't judge the story well. I guess, I need to watch the drama before I can actually judge the whole story.
Tuesday, May 31, 2011
Nak review sikit pasal Nur Kasih The Movie
Posted by su at 8:47 PM View Comments
Monday, May 30, 2011
Thanks for visiting my blog :)
My blog is currently overwhelm with tons of people coming from all over the places. And most of them are fans of Kpop, most of them also are fans of Super Junior. Oh, hi Elfs! Well, actually I am kinda a new Elf. Belum lama sangat pun berjinak-jinak dengan Super Junior. Baru jugak lah. Tak sempat pun nak pergi Super Show lagi. Oh pity me T___T. Haha. Anyway, aku start dengan Kpop pun tak lama sangat pun. Dalam 2007-2008 macam tu baru. Time tu memang sangat gilakan Big Bang. The first group that I like since my matriculation friends introduce them to me. So yeah, actually I am a VIP too. So hi VIPs! Well if you guys are here too :)
Ni laa baru recently aku berminat dengan Super Junior. Actually terjatuh hati dengan lagu No Other. Since they show the very sincere side of them, I was like oh cair haha! Sebelum ni dengar lagu yang selalu main kat radio Malaysia je. Contoh macam lagu Sorry Sorry. Suka je dengar. Selalu put the song on my playlist but wasn't really into Super Junior at that time. Tapi bila one day my friend bagi one huge folder full with Super Junior's stuffs, amek kau. Terus ah aku angau tengok! hahah. Bukak video clip No Other. Tak kelip2 mata aku tengok hahah. Start dari situ lah download all the stuffs and hari2 layan Super Junior. My current bias are Leeteuk, Heechul, Kyuhyun and Donghae :)
And oh, for girls group, I am a Sone actually. I love SNSD very much! Ada sorang member aku, lelaki lah, sangat gila kan SNSD. So dia memang supplier tetap aku haha. SNSD's stuffs, Korean Dramas semua, amek dari dia. Dia memang tengah tunggu je SNSD turun Malaysia ni haha.
And for band, CNBlue for me! So I am a Boice too! Aku suka CNBlue since I was a crazy fan of We Got Married, YongSeo Couple or the Goguma Couple. I've made posts for them previously. Search it if you want too :)
And yeah, aku pun peminat Lee Seung Gi. One talented guy who can act, who can emcee, also who can sing very soothly. Dia pun one of my favourite guys :)
As for others, aku layan semua equally. Semua aku dengar and tengok video diorang. Be it, DBSK, JYJ, SHINee, BEG, 2NE1, Wonder Girls, 2AM, 2PM, okay aku tak larat nak list semua nama haha, semua aku layan je hehe.
Anyway, for everyone who is currently passing by the blog, or has passed by the blog, saya nak ucapkan welcome. I am totally very sorry sebab tak dapat nak layan semua comments since aku sebenarnya tengah on short semester. So aku sebenarnya on busy state jugak lah. Assignments, projects and classes. I can't really afford to reply all of the comments right now. Kalau ada masa, nanti Insya Allah, aku try reply all of the comments. And visit all of the blogs that have been promoted to me.
Thank you very much for following this blog, even though my blog not really has anything to be offered to you guys. Thank you jugak pada yang like post aku. Siap tersebar habis kat twitter, kat facebook, kat forum semua. Thank you so much for liking the post. Thanks also pada mereka yang add aku kat facebook. I was kinda in a shock, since this is the first time my posting has gotten so much attention. Very overwhelming with you guys hahah. Ni sampai sekarang almost 900 likes kot untuk post tu. Totally unexpected. Sangat! So sebenarnya terkedu and tergamam jugak lah bila tengok my inbox full dengan emails from korang punya comments and bila tengok ramai gila like post aku. Aku time tu memang tengah marah gila dengan artis2 tersebut so memang habis kena bantai lah semua dengan aku hahah.
Okay, that's all for now. Bye loves <3
Posted by su at 5:23 PM View Comments
Sunday, May 29, 2011
Walau aku minat Kpop aku tetap anak Melayu lah
Aku terkejut jugak ramai yang like post Bila Artis Malaysia Tak Puas Hati Dengan Super Junior. Terima kasih banyak2 yea sebab like :)
Just kat sini aku sebenarnya kecik hati dengan ada satu komen kat post aku tu. Ni komen dia:
bodo punye malaysian
bukan best mana pun kpop tu
bahasa dorg pun 2-3 kerat je yg ko tau
hahahaha"
Kecik hati weh. Suka hati je kata aku macam tuh. Aku pun minat jugak Malaysian artist. Tapi dah masalah nya aku dah minat jugak artist Kpop nak buat macam mana, kan?
Ok, cakap sikit dengan aku, sepanjang2 kau hidup kat dunia ni, kau dengar lagu local je ke? Takkan? Kau layan je genre lain. So kau dijajah jugak? Tak? Hmm?
Aku tak hentam SEMUA artist Malaysia. Kau baca balik post aku tu. Aku puji jugak certain Malaysian artists. Aku suka jugak certain. Tak boleh lah kau nak suruh aku suka semua.
Dan aku tak kata aku haters Mila mahu pun Rody mahupun siapa tah lagi sorang aku tak kenal. Tak, aku tak benci mereka. Tapi memandangkan diorang dah buat statement offensive pasal artist yang aku minat, kenapa aku tak boleh nak buat statement defensive (dan juga offensive) pasal artist aku minat? Sebab diorang poked us dulu lah, we poke them back. Kita tak akan marah kalau tak dicucuk. Kami peminat kpop diam je tak kacau korang. Tapi since korang pergi siram minyak tanah, kita orang marah lah.
Ikut suka aku lah aku nak suka siapa. Dan ikut suka kau, kau nak suka siapa. Kau kata aku dijajah. Penjajahan minda kau lagi teruk. Troll blog orang pakai anonymous cis pengecut sangat.
Kalau aku dijajah dah lama aku pindah Korea. Kalau aku dijajah dah lama aku tukar nama jadi Shin Min-Ah. Tak, aku masih anak watan Melayu. Nama dalam i/c tak pernah diubah. Banyak cara lagi kau nak sokong orang Melayu. Apa kelas takat sokong industri seni ni. Cuba sokong pendidikan ke.
Kau sempit sangat lah pemikiran tu. Tak rasa?
Dan, by the way. Aku tak pernah kata aku faham bahasa Korea. Ye, seperti kau, aku hanya faham sepatah dua. Bahasa aku Bahasa Melayu. Itu sebab mostly posting aku dalam bahasa MELAYU walaupun campur gak lah dengan English sebab malas nak susun ayat karangan haha
edit: just nak tambah sikit. berkenaan isu toilet. It think many misunderstood yang toilet tu toilet awam yang macam kita selalu guna yang ada kat merata-rata. Just for information, my friend yang jadi committee kat sana said that actually toilet tu macam toilet bergerak jugak lah. Toilet yang takungan tu. It's not the normal toilet. If you get what I mean. So actually tujuan utama organiser hanya benarkan Suju guna sebab diorang takut toilet tu busuk or even berbau bila dah guna ramai2. Malu lah kan kalau Suju masuk toilet lepas tu toilet tu gila kotor. If you get what I mean lah :)
Posted by su at 7:13 PM View Comments
Bila artis Malaysia tak puas hati dengan Super Junior
Edit: (Link) Walau aku minat Kpop aku tetap anak Melayu lah (Ini untuk hater aku yang komen kat bawah tu dan haters yang lain)
More Edit (Link): Tak perlulah translate tweets ke English dan Azwan Ali perlu minta maaf
edit: just nak tambah sikit. berkenaan isu toilet. It think many misunderstood yang toilet tu toilet awam yang macam kita selalu guna yang ada kat merata-rata. Just for information, my friend yang jadi committee kat sana said that actually toilet tu macam toilet bergerak jugak lah. Toilet yang takungan tu. It's not the normal toilet. If you get what I mean. So actually tujuan utama organiser hanya benarkan Suju guna sebab diorang takut toilet tu busuk or even berbau bila dah guna ramai2. Malu lah kan kalau Suju masuk toilet lepas tu toilet tu gila kotor. If you get what I mean lah :)
Posted by su at 10:34 AM View Comments
Thursday, May 26, 2011
Nur Kasih versus Sassy Girl? Apa cer?
Semalam pergi pasar malam. Dengan kakak aku. Alang2 ayah aku datang jemput, aku pun ngengada lah nak pergi pasar malam. Sebab belum sekali pun pernah sempat nak pergi pasar malam since the very first week aku kat sini.
So siapa yang pergi pasar malam semalam, mesti ada dapat flyer yang warna oren dari one club yang famous kat UIA nie. Tak perlu disebut kelab apa. Aku bila dapat terus scanning lah apa benda dalam flyer tu. Page depan okay lah. Cerita pasal earthquake kat Jepun semua. Tanah runtuh kat Hulu Langat (kampung aku) tu. Everything laa yang memberi kesedaran. Then lepas tu aku pusing kertas tuh, usha pulak apa yang ada kat belakang flyer tuh. Tajuk atas sekali aku tak berapa sure tapi lebih kurang macam ni lah, "Sassy Girl VS Nur Kasih". Aku peminat Korea. So aku macam berminat lah apa isi yang nak diletak kat dalam tuh. Apa sangat yang nak di-versus-kan tu. Sekali bila baca, without any strong points kat dalam tuh, lebih kurang macam ni lah isi dia, aku tak ingat, "Kami tak ingin nak banding kan bla bla bla, kami cuma.." entah apa tah tak ingat sangat tapi the main thing is dia macam nak suruh kita fikir sendiri jugak lah apa beza Sassy Girl dengan Nur Kasih. I was like "Huh?". Tajuk punya besar macam nak kasi isi gila bapak bagus then suddenly karangan isi kandungan semua tergantung. Kalau ambil BM tuh, fail oii fail.
Okay, dia suruh banding. Meh aku banding. Apa nak banding? Sassy Girl tak tutup aurat? Sassy girl main pegang2 dengan boyfriend? Gitu huh?
Aku, terus terang cakap I have nothing against Nur Kasih The Movie or Nur Kasih drama ke hapa. Aku layan cerita Melayu okay. Tapi more to drama kekeluargaan semua lah. So jangan nak tuduh aku tak sokong industri Tanah Air apekebenda lah kan. Just sebenarnya, aku macam agak anti pada orang yang obses dengan Nur Kasih ni. Mereka kata Nur Kasih penuh keislaman sampai ni lah, nak hentam pulak cerita Korea yang jauh gila nak buat perbandingan sebab cerita itu bak kata obefiend, kapir yang berlakon bukan orang Islam. Kalau nak buat perbandingan cuba ambil cerita rempit2 kat Malaysia yang orang Islam berlakon ke. Baru gap dia dapat dikecikkan.
Okay dia nak perbandingan. Meh sini, aku nak banding sikit. Sikit je lah.
1. Pelakon utama Nur Kasih, Tiz Zaqyah tu pakai tudung dalam movie and drama tapi di luar tak pakai tudung. Seksi tak seksi itu hal dia. Tiz Zaqyah: Orang Islam.
2. Aku tak pernah tengok cerita Nur Kasih. Aku tak boleh nak nilai lebih. Tapi since drama or movie ni pasal suami isteri, so rasa, mesti ada jugak adegan yang melibatkan pegang tangan ke apa ke. I'm not sure about that. Mungkin ada lah. Dan mereka ni, sah2 bukan suami isteri yang sebenar. So...... halal ke? Mereka: Orang Islam.
Sassy Girl punya pelakon: Mereka semua Kapir Kapir Kapir Kapir. Noktah.
Disebabkan mereka suruh fikir dan banding lah, aku terfikir nak fikir dan banding. Ni je lah cara aku banding. Mungkin banyak nilai Islamic lain dalam cerita Nur Kasih yang patut aku tengok dan ambil iktibar. Tapi niat aku nak tengok dengan hati ikhlas banyak terbantut sebab 2 benda yang aku sebut kat atas. Dan mereka yang obses ni hahah.
Tidak, aku tak anti Nur Kasih. Aku cuma anti dengan orang yang terlampau obses dengan "Islamic" nya cerita Nur Kasih tu. Dan anti dengan mereka yang cuba perbandingan cara tak betul ni.
Correct me if I'm wrong and forgive me if I offended you :)
p/s: pada rakan2 saya, minta maaf laa tiba2 saya buat posting pasal Nur Kasih ni. Saya tahu korang minat cerita ni haha.
Posted by su at 4:58 PM View Comments
Wednesday, May 25, 2011
Personality Test
I took a personality test here : http://psychcentral.com/personquiz.htm saja2 lah kan. Boring takde benda nak buat and guess what? I got a result of somehow, quite accurate in my opinion.
The Loyal Friend
Posted by su at 10:46 PM View Comments
Sunday, May 22, 2011
Kucing kat kampung dah kena buang :(
Just got back from my lovely kampung kat rembau. Lama jugak laa tak balik kampung. Last month langsung tak balik. So this month singgah laa jenguk2 orang tua kat kampung.
Got some bad news. Kucing yang banyak2 kat kampung tuh, dah kena buang. Very unfortunate :( Bukan makcik aku yang buang lak tuh. Rupanya jiran sebelah rumah nenek aku yang gila sangat jahat tak tahu apa dendam dia kat kucing tuh pergi buang diorang. Jahat gila! Serius jahat. Sampai 6 ekor kut dia pergi buang. Last2 tinggal 5 ekor je kat kampung tu. Makcik aku sampai menangis terkenang kucing dia yang kena buang. Ada laa yang sekor tuh dah dekat 10 tahun dah umur dia. Memang dah tua. Aku pernah cerita pasal dia kat blog ni. Yang muka dia berparut gaduh dengan musang tuh. Pantang kena usik dia mesti nak cakar orang sebab dia fobia gaduh dengan musang. Aku terbayang orang dok nak usik dia, then dia cakar orang tuh, then orang dok tibai dia dengan kayu ke, apa ke. Tak ke kesiaaaaan. Dah la dia dah tua. Bagi laa dia hidup dengan ketenangan kat kampung tuh. Elok makcik aku boleh jaga dia. Biarlah dia mati kat rumah tuh. Ni bila dah kena buang tak tahu dah nasib dia macam mana. Dia mati macam mana. Jahaaaaat sangat jiran nenek aku tuh. Dengar cerita dia pergi umpan kucing2 tuh makan then perangkap masuk jaring. Lepas tu buang kat pekan rembau ke entah kat mana tah. Makcik aku dok panggil balik, kucing2 tuh dah tak balik dah.
Tuh belum masuk lagi anak2 dia. Masih menyusu lagi kut. Ada dua ekor lagi terlepas tak kena tangkap. Mengiau2 cari mak dia. Mengiau2 cari adik beradik dia yang ikut kena buang. Gila bodoh nak mati ar jiran nenek aku tuh. Tak tahu apa motif dia buat macam tuh. Mungkin ikan dia kena curik ke apa ke. Aaah yang penting memang bangang gila ah!
Ini laa antara sebab aku memang dah pasang niat nak bukak rumah peliharaan kucing terbuang nanti sebab tak sampai hati weyh tengok diorang nak terkuis2 cari makanan lepas tak pasal2 kena baling batu dengan kayu. Manusia tu semua tak berperikemanusiaan. Kucing tak tahu nak fikir. Dia tahu nak makan je. Kita dah buat kucing tu macam memang sah kita lagi bodoh dari kucing. Tak ada otak.
Apa2 pun tengok lah. Kau buat kucing tu macam kira kau dah seksa binatang. Wallahualam kemungkinan besar binatang yang kau seksa tuh yang bakal tarik kau ke neraka kat Akhirat nanti. Nantikan je lah balasan Tuhan. Ada jugak dulu kat kampung tuh seorang lelaki ni dia amek kucing2 dia then dia letak dalam guni lepas tu dia ikat guni tu then lepas tuh dia pergi buang dalam sungai. Last2 bila nak lelaki tuh nak mati dia susah gila memang menggelupur habis situasi lebih kurang macam kucing tuh menggelupur dalam guni bila kena buang dalam sungai.
Tuhan balas weyh kau buat jahat kat binatang. Tengok je la nanti.
p/s: atleast kalau kucing tuh mati tau jugak lah dia dah bahagia kat tangan Yang Maha Esa. Ni kena buang, tak tau macam mana nasib dia :(
Posted by su at 6:26 PM View Comments
Wednesday, May 18, 2011
Nak tahu kenapa aku tak berminat dengan politik? Penyokong parti A sibuk hentam parti B, parti B pun dok cari peluang hentam parti A. Si parti A MENDEWA-DEWAKAN pemimpin mereka, si parti B pun ikut turut sama MENDEWA-DEWAKAN pemimpin mereka. Akhirnya apa jadi? Bangsa Melayu pecah pada 2, pecah pada 3, entah pecah pada berapa lagi, aku pun tak tahu.
Kerajaan ke, pembangkang ke, SAMA SAJA. Dua2 KOTOR jugak bila berpolitik. Tak ada wujudnya politik bersih kat Malaysia ni. Ini lah antara yang menyebabkan ramai mahasiswa dah malas nak ambil tahu pasal politik. Termasuk aku.
Tapi, memilih pemimpin perkara penting dalam Islam dan kita sebenarnya wajib turun mengundi.
So apa patut aku buat? Nak mengundi calon bebas ke?
Sigh.
p/s: sampai sekarang aku belum daftar mengundi kot.
Posted by su at 4:38 PM View Comments
Monday, May 16, 2011
Sentuh sikit isu semasa boleh?
Lama jugak lah tak buat posting pasal own story recently. Asyik kpop kpop kpop je memanjang. Bosan jugak en?
Anyway, just want to touch a little issue that was brought up by my H C I lecturer, Miss Id------ (cannot give full name kang ada pulak jumpa time google hahah). Alang2 dah bukak cerita pasal lecturer ni apa kata aku cerita sikit pasal dia. Oh ini miss (miss lagi yek), sungguh aku tak jangka umur dia 33 tahun kot. I thought she's in late 20 ke apa. Rupanya dah over 30. Still smokin' hot ya know. I was like o_O when I heard she says that she was born on 1978. Cantik lah miss ni. Aku tengok budak laki semua tak kelip2 mata tengok dia. I know laa you guys camne hahah. Tapi aku jeles la. Bukan jeles dengan miss ni. Aku jeles sebab budak laki merasa gak lah dapat lecturer perempuan hot. Yang budak perempuan tak ler lagi merasa lecturer lelaki hot. I'm waiting for that! Dapat muka macam Korea memang fokus tahap dewa lah aku haha. Oh, God, I'm really hoping for that! Tak dapat Korea, muka cam hero hindustan pun jadi laa. Janji hensem and also speaks English well haha.
Back to the issue that I've mentioned before. Isu yang lecturer aku sentuh, pasal tol. Dia ada sebut lah tadi dalam lecture, which I do opposed a little. Dia kata supposedly jalan raya sepatutnya diberi laluan percuma dan tak patut bayar. Sedikit menentang disitu, based on two points jugak lah. Firstly, nak buat lebuhraya tu bukan percuma ye kawan2 semua. It cost a whole lot. And bagi aku bila bayar tol ni macam kira cover jugak lah cost yang diguna nak buat lebuhraya tu. Guna lebuhraya ni senang. Since tak ada traffic jam semua. Parents aku selalu guna logik ni. Diorang kata lah even though guna lebuhraya kena bayar tol semua tapi pikirlah, dari tersangkut habis kat jalan biasa sebab jam, kadang2 duit minyak berganda banyak nya dari duit tol tu je. Lagi2 kalau pakai kereta yang makan minyak tuh. Jadi aku rasa tak kurang salah jugak lah keluar sikit duit semata untuk tol. Secondly, macam ada classmate aku kata tadi jugaklah, nak cover maintenance. Tinggi jugak maintenance oii. Kasi baiki jalan lubang2 semua. Nak bayar jugak gaji pekerja yang dok tampal lubang tuh. Apa ingat pendek benor lebuhraya tuh takyah maintain?
Cuma aku rasa kalau dapat kurangkan jumlah harga tol mungkin okay lah kot. Atau mungkin bekukan kenaikan harga tol terus. Atleast tak lah bebankan sangat rakyat, kan?
Kadang2 aku rasa rakyat Malaysia ni macam kurang nak bersyukur lah. Yang paling aku rasa macam tah apa2 sikit bila mengaitkan isu minyak. Mak aku ada gak suruh perhati, dalam banyak2 negara, negara mana paling banyak bagi subsidi kat rakyat? Sedar tak sedar, aku rasa Malaysia ni lah paling banyak dapat subsidi. Dia suruh banding dengan negara lain, banding harga minyak negara ni dengan dengan negara lain, harga minyak negara ni lah antara yang paling rendah kat dunia ni. Pasal jugak dapat subsidi minyak. Kerajaan siap sekat lagi kereta negara lain nak ambil subsidi minyak negara kita. Dulu time kerajaan tak sekat, orang Singapore kan suka benor datang isi minyak kat negara kita. Sebab apa? Sebab murah lah bhai.
Okay2, aku tak leh cakap lebih sebab aku tak ada kereta. Aku tak rasa laa kesan minyak naik ni semua. Sebab tu semua parents aku yang rasa. Cuma aku nak cakap lah sikit, bukan senang nak maintain ekonomi negara. Kita tak leh laa nak banyak sangat complain. Kang semput pulak Gabenor Bank Negara nak stabilkan ekonomi bila rakyat asyik komplen. Ni nak subsidi, itu nak subsidi. Banyak yang aku tengok complain bukan miskin benor pun. Kaya je. Cukup je nak bayar semua benda. Makan mewah jugak lah. Tak de pun dok kais tanah sebab nak makan. Tak berapa nampak jugak lah rakyat yang sangat kurang kemampuan kerap complain. Pun tak pernah lagi dengar rakyat Malaysia mati kebuluran. Terlebih makan ada laa haha. Kita pun masih cukup makan, gaji pun tak pernah berkurang lagi. Masih jauh lagi dari zaman2 gawat tahun berapa dulu, 1999? Tah tak ingat. Hopefully tak masuk laa zaman macam tu lagi.
Aku bercakap based on my little knowledge. I don't read paper that much nor even watch the television. I just state based on how I feel tu je. Sorry kot ye aku tersalah fakta or ada ter- offended. Correct me if I'm wrong :)
Posted by su at 9:13 PM View Comments
Tuesday, May 10, 2011
Monday, May 9, 2011
Super Junior trending twitter
Posted by su at 7:47 PM View Comments
Sunday, May 8, 2011
Super Junior M is coming to Malaysia
Super Junior M is coming to Malaysia for Hari Belia Negara FOR FREE. I recently developed my interest towards Super Junior but sadly I don't think I can go for this concert. Because why? I don't think there's anyone wants to go me. Waaaa! Very sad! My sister is going to Terengganu on that particular day so I just don't have anyone to be dragged with me on that day. Though both of my bias, Heechul and Leeteuk will not be there still, it's A FREE CONCERT OKAYYY. It's like, not all the time you can watch Super Junior for free! I really want to watch the free concert T____T. Oh wait. I forgot another person. My another bias, Kyuhyun will be there too! Goshhh. I want to go!
UIA has been recruiting volunteers for this Hari Belia Negara but I didn't sign up for it. Haha melepas lah peluang nak dapat kenderaan percuma nak pergi sana ek? Nahh, the same reason, I don't have anyone to go with me. Nasib baik hanya Suju M yang datang. Kalau Super Junior yang datang, confirm aku gerak pergi sorang2 okay. I'll be there for sho!
Posted by su at 9:12 PM View Comments
Saturday, May 7, 2011
Max 247 or 24:7 nak buat report polis pasal anti fans
Oiii. Fasha Sandha pun ada anti page, Scha Alyahya pun ada anti fans. Takde oii diorang nak lodge police report. Pasal diorang tau diorang ada fanbase sendiri nak support diorang. Korang ni makin menambah orang benci kat korang tau tak? Cuba elok kan perangai tuh. Baru lah nak respect sebab korang seems to be settling down dengan menukar dari kpop ke mpop. Ni dia buat hal lagi. Dude, one good advice for you guys, please don't mess with the netizens.Cuz of course they hold the power to bring you down or even bring you up. So stop the nonsense please. Bloggers (bukan aku laa) ni semua lagi ramai fans dari korang ni. Just stop messing with the netizens. Once they made any posts regarding you guys, it can pull you guys down okay. So stop being a fool.
Haihh, makin bertambah manusia bodoh kat dunia ni rupanya
Posted by su at 12:10 PM View Comments
Friday, May 6, 2011
P.O.P or Prince of Pop under Cat Farish
Okay. Dok laa search through blogs, fanpages and everything, discovered this one new group called P.O.P or Prince of Pop or P.R.INC(?) di bawah mentor Cat Farish. Aku baru kenal mereka. Aku tak berapa ambil tahu lah pasal perkembangan artis tanah air kita. So just recently discovered them. I wonder... compared to 24:7 or Max 247, even mereka sama2 berinspirasi kan Kpop, tapi kenapa P.O.P ni tak ada haters ye?
Tidak lah mahu kata aku minat kumpulan P.O.P ni. Belum lagi tahap tuh. Just.. aku respect mereka. Kerana even mereka mengaku mereka ada pengaruh kpop, they did actually ride on the kpop wave, still, mereka masih beridentiti sendiri. Sepanjang aku perhati kumpulan ni, tak ada pulak mereka mengaku mereka itu kpop group. And they credited the artist of the song that they have covered very well. They respect the artists. This group is being ORIGINAL. They don't dance rubbish-ly like those 24:7 or whatever you guys called them. Yes 24:7 is RUBBISH.
These kind of artists that we want. Identiti sendiri. Baru orang boleh menilai. Tak ada lah orang nak membanding. Dan aku rasa they have gone under proper practice to debut. They have done it respectively.
Korang try nilai sendiri lah macam mana diorang ni. Aku, peminat DBSK jugak and rasa ok laa diorang cover lagu ni
And ni laa P.O.P
Well, tahniah untuk P.O.P!
Posted by su at 3:10 AM View Comments
Video 24:7 konon kpop malaysia. Dari kpop ke mpop pulak
Aku tak sangka entri aku pasal 24:7 tu berjaya menaikkan trafik blog aku. Bukan peminat mereka yang datang, anti mereka rupanya haha.
Ini, akhirnya nampak jugak video "persembahan" mereka menggunakan lagu Super Junior Bonamana.
The end of may nanti Super Junior M nak datang Malaysia untuk Hari Belia Negara. Aku sangat2 berharap laa diorang ni tak termasuk dalam artis2 yang buat persembahan time tu. Aku harap jugak Suju M tak sedar langsung tentang kewujudan diorang ni. Malu woii maluuuuu. Dah lah copy cat. Ishh!!
And kalau korang nak tau bebudak hingus mengalir ni semua dah tukar dari kpop ke mpop. Takot benor dengan peminat kpop mengamok. And also nama dah tukar dari 24:7 ke Max 247. Ishh bila taip nama diorang pun berbulu benor aku rasa haaa. Grrrr.
Buat Max 247. Mari dengar sini. Aku percaya lah, korang mesti ada google nama sendiri then nampak laa berlambak2 posting yang penuh dengan kebencian untuk korang. Kalau lah tetiba korang jumpa posting aku ni, aku just nak cakap yang aku memang salah sorang anti korang. Dan aku memang BANGGA MENJADI ANTI MAX 247. Sekian, terima kasih.
p.s: this is what you get when you have made an ELF angry
Posted by su at 12:38 AM View Comments
Wednesday, May 4, 2011
Here comes the result
Well, bad news and good news actually come in a bundle today. First my sister's news, then, the result. Alhamdulillah, I managed to pull up both of my gpa and cgpa. My gpa really increases but unfortunately my cgpa only increases by a little. But nothing more to be asked. I'm satisfied with this actually. Praise, praise, praise to GOD for actually giving me this kind of satisfying result. Only God knows how much I suffered last semester in order to increase the performance of my study.
I passed my accounting with a not so flying colours. Well, to the least, there's still colours :) It's actually kind of a miracle that I actually can pull this up because on that particular day, I actually had 3 exams in a row and I wasn't on my best condition when doing the accounting exam. My mind was actually got blanked for a while and my hands were shaking while doing the exam. What's on my mind at time was only, "Janji siap, janji siap, janji hantar!". How wondrous is that?
Well, who says doing degree IS EASY?
Next: 3 months of a subject. Wow, only a subject. And upcoming 2 months of holidays. Free, free, really free of time o_O
Subjects:
Parenting, Accounting, Operating System, Statistic, Web Programming, Software Engineering
Not in order manner
A- A- A- B+ B+ B-
So your guess? ;)
Posted by su at 10:36 PM View Comments
My sister... has lost her babies
Innalillahiwainnailaihirojiun. My deep condolences towards my sister for the miscarriage.
I woke up this morning at 5 when suddenly my mom told me that my sister miscarried her baby. I was kinda blur for awhile but suddenly was snapped by that fact.
As for the title, yeah. Supposed my sister will get a twin but God knows better. Mungkin tak ada rezeki. I feel sorry and sad for her. Because she and her husband have tried hard just to get a baby. Probably not now, probably next time, insya Allah. I know that God has promised a better thing ahead of them.
And this reminds me when Giuliana Rancic was miscarried. The doctor said that when the body feels like there's something wrong with the babies, it will naturally turn out to be like that. The body knows that if it keeps the baby alive, there might be more complication later. The wonders of Allah's creation.
Hopefully my sister will stay strong
p/s: yeah, I do feel sad when I heard the lost is a twin.
Posted by su at 7:24 AM View Comments