BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 29, 2011

Walau aku minat Kpop aku tetap anak Melayu lah

Aku terkejut jugak ramai yang like post Bila Artis Malaysia Tak Puas Hati Dengan Super Junior. Terima kasih banyak2 yea sebab like :)


Just kat sini aku sebenarnya kecik hati dengan ada satu komen kat post aku tu. Ni komen dia:



"su ni la antara org yg masih dijajah
agungkan kpop dan artis luar
bodo punye malaysian
bukan best mana pun kpop tu
bahasa dorg pun 2-3 kerat je yg ko tau
hahahaha"



Kecik hati weh. Suka hati je kata aku macam tuh. Aku pun minat jugak Malaysian artist. Tapi dah masalah nya aku dah minat jugak artist Kpop nak buat macam mana, kan? 


Ok, cakap sikit dengan aku, sepanjang2 kau hidup kat dunia ni, kau dengar lagu local je ke? Takkan? Kau layan je genre lain. So kau dijajah jugak? Tak? Hmm?


Aku tak hentam SEMUA artist Malaysia. Kau baca balik post aku tu. Aku puji jugak certain Malaysian artists. Aku suka jugak certain. Tak boleh lah kau nak suruh aku suka semua.


Dan aku tak kata aku haters Mila mahu pun Rody mahupun siapa tah lagi sorang aku tak kenal. Tak, aku tak benci mereka. Tapi memandangkan diorang dah buat statement offensive pasal artist yang aku minat, kenapa aku tak boleh nak buat statement defensive (dan juga offensive) pasal artist aku minat? Sebab diorang poked us dulu lah, we poke them back. Kita tak akan marah kalau tak dicucuk. Kami peminat kpop diam je tak kacau korang. Tapi since korang pergi siram minyak tanah, kita orang marah lah. 


Ikut suka aku lah aku nak suka siapa. Dan ikut suka kau, kau nak suka siapa. Kau kata aku dijajah. Penjajahan minda kau lagi teruk. Troll blog orang pakai anonymous cis pengecut sangat.


Kalau aku dijajah dah lama aku pindah Korea. Kalau aku dijajah dah lama aku tukar nama jadi Shin Min-Ah. Tak, aku masih anak watan Melayu. Nama dalam i/c tak pernah diubah. Banyak cara lagi kau nak sokong orang Melayu. Apa kelas takat sokong industri seni ni. Cuba sokong pendidikan ke. 


Kau sempit sangat lah pemikiran tu. Tak rasa?


Dan, by the way. Aku tak pernah kata aku faham bahasa Korea. Ye, seperti kau, aku hanya faham sepatah dua. Bahasa aku Bahasa Melayu. Itu sebab mostly posting aku dalam bahasa MELAYU walaupun campur gak lah dengan English sebab malas nak susun ayat karangan haha




Kalau kau budak lagi, aku maafkan. Tapi misal kata lah kau ni berumur, tak tahu lah umur berapa yang penting above 20, aku rasa kau patut muhasabah diri lah. Terpulang lah kau nak buat macam mana. It's up to you :)


edit: just nak tambah sikit. berkenaan isu toilet. It think many misunderstood yang toilet tu toilet awam yang macam kita selalu guna yang ada kat merata-rata. Just for information, my friend yang jadi committee kat sana said that actually toilet tu macam toilet bergerak jugak lah. Toilet yang takungan tu. It's not the normal toilet. If you get what I mean. So actually tujuan utama organiser hanya benarkan Suju guna sebab diorang takut toilet tu busuk or even berbau bila dah guna ramai2. Malu lah kan kalau Suju masuk toilet lepas tu toilet tu gila kotor. If you get what I mean lah :)

blog comments powered by Disqus