Oh hari ini went out to watch movie with the darlings. The outing wasn't planned by us earlier pun. Tiba2 hari ni since everyone macam ada rasa nak keluar, and the girls semua dah lama nak tengok Nur Kasih, and I don't have any class at all in the evening, so tiba2 mereka kata mahu pergi tengok Nur Kasih The Movie. I was like, not a fan of Nur Kasih, never watch, or maybe once pernah jugak lah tengok Nur Kasih punya drama, agak hesitated jugak lah nak tengok. Tapi since I was kinda free at that time, follow saja lah.
Nur Kasih The Movie tak ada kesinambungan sangat lah dengan drama dia. So for someone like me yang tak pernah tengok drama dia, supposedly boleh faham the plots and everything. Tapi kitorang masuk quite lambat tadi. Few minutes late actually. Adoii terlepas babak depan tuh sikit.
Anyway, kasi review sikit lah alang2 dah tulis pasal Nur Kasih. Aku actually, agak confuse sikit dengan plot dia. Since dia ada guna flashbacks yang agak banyak di situ. Tiba2 jadi camtu, tiba2 je scene dia jadi macam ni. So it's quite confusing actually. Buat aku yang tak pernah tengok Nur Kasih, a little lost di situ. Kalau dia panjang kat sikit movie, kasi terang lebih sikit, aku paham lebih kot.
And ada certain cgi tak jadi kot. Ada scene time keretapi berlanggar tuh, yang orang terbakar tu, gila tipu nampak api dia haha! And yang paling tak leh blah, scene yang bila diorang terlibat dengan train accident tu, time tu Nur Amina dah gila terbaring macam separuh mati, then Adam was like, "Nur, jangan pergi" something like that, then a very suddenly he dropped Nur Amina down and take a post right under the camera, posing gitu berdoa pada Allah. And bila habis doa dia pandang belakang tengok Nur Amina masih hidup pandang dia. I was like, eh, you abandoned your wife just like that when she was like looking half dead just to pose to pray? o_O oiiii. Kelakar okay. Why can't you just hold up your wife and pray to God? Perlu ke buang bini ke bawah pastu siap boleh posing ooiii macam citer hindi dah aku tengok haha.
And also there was this one scene, time Adam mimpi tembak2 tu, ada mamat Arab tu, kelakar gila aku rasa, siyes. Semua orang macam kena tembak tapi ada sorang tu belum kena tembak dia dah buat muka gila dramatik terkejut macam dah kena tembak padahal takde darah. Siap dia jatuh pengsan lagi. I was laughing like hell at that time okeh! Kelakar siot aku rasa hahaha.
Anyway, mereka ada kata, cerita ni macam tiru The Notebook jugak lah. Aku belum tengok cerita tu. Tapi pernah dengar sinopsis. Yes, lebih kurang The Notebook. Itu yang buat confusing sikit tu. Dari scene tua, ke scene muda, ke tua balik. Then everything was like went quite fast at that time, I can't really catch up the scenes but I was like, ohhh, okayyy. Confuse sikit di situ.
And Jehan Miskin sekali lagi menjadi watak sampingan di sini. Adoiii bang apa sudah jadi?
And also there's this one scene tunjuk a typical "warak" ustaz tak mahu bagi ceramah kepada orang tak pakai tudung dan bergaul bebas. Scene ni menyindir tapi sedikit inappropriate kat aku. Boleh memberi salah faham sebenarnya kat situ. Ye, aku akui, wujud nya orang alim yang mendiskriminasi kat sini. Tapi tak semua. Ada je yang alim tapi sanggup dekati mereka2 yang kurang ilmu agama. Aku faham cerita ni hanya nak sindir sesetengah. Tapi macam menjatuhkan maruah dan nama mereka2 yang alim ni. Takut orang semua stereotype kan mereka semua ni sebegini.
Anyway, okay lah cerita ni. Tak ada lah boleh buat aku mengantok tertido kat panggung. Nampak lah pengarah cuba mengetengahkan kisah romantik antara Adam dan Nur Amina. Sedikit tak logik dan sedikit lemah pada plot. Mungkin sebab aku tak ikut dari drama so aku tak berapa nak menghayati lah movie dia. Orang kata drama dia best. But I think this movie doesn't judge the story well. I guess, I need to watch the drama before I can actually judge the whole story.
Tuesday, May 31, 2011
Nak review sikit pasal Nur Kasih The Movie
Posted by su at 8:47 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)