BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 28, 2010

Oh, tak bestnya sakit

Semalam makan panadol dengan ubat selsema. Lepas makan, aku rasa mabuk. Lepas mabuk, aku terus out, tido dari pukul 8.30pm sampai 5.30am. You do the math. Bape jam aku tido tuhh.


Pastu bila bangun je, badan rasa sakit2. Mungkin gara-gara dan angkara tido lama sangat ni lah. So pasni aku rasa, dah tak nak makan ubat selsema dah. Sebab aku ni senang out, and senang mabuk bila makan ubat. My roommates dulu pernah tengok kot camne aku mabuk makan ubat. Rupa dah macam penagih pun ada. Takleh lah. Semalam pun, tgh hari lepas makan ubat tertido. Petang makan ubat pun tido lagi. Lepas isyak tido lagi sampai ke subuh. Memang hibernasi habis lah.

Sakit oh sakit, cepat lah sembuhhh. Cuti patut dinikmati tanpa rasa sakit T_____T

p/s: sorry lately ni blogpost aku agak sarcarstic (err.. sangat kot). tetiba sampai lak mood sarcastic aku tuh. hadoihh~

Tuesday, April 27, 2010

Terasa.

and another post yang agak buat aku rasa annoyed(mungkin aku terasa kot. lol).

" people who says, oh no i'm gonna do badly but in the end top the class or something are losers.."


Pengakuan ikhlas tuh beb! Kadang2 memang aku rasa susah pun time exam. Tapi alhamdulillah, rezeki tuh ada. Alhamdulillah dapat markah quite tinggi. Tak perlu dipersoalkan kenapa aku nak cakap susah. Sebab bagi aku, time exam tu soalan tu memang nampak susah!!

Study? Kena effort sendiri lah beb!

Oh, I think this gonna be another emo post jugak lah. I found one fan page on facebook stated that



Though I am not really agreeing with this group tapi still I respect others punya opinion. Maybe those kind of people that actually belongs to the the so called group boleh di panggil hypocrites. Okey fine, I don't mind that. Tapi, while browsing through the page, I found one super annoying post that stated:

"aku ad set member mcm nie... kuang hajo.!!!!! aku follow ar mula2...

last2 bila exam ambil ngkau... aku fail!!! dorg selambe yeye!!!! lulus dgn cemerlang!!!
arghhhHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

You guys don't find it annoying? I found it superbly sangat gila annoying okaaaay. Reasons? Mesti lah ada reasons. First and foremost, tahu apa itu study smart (plus study hard? kot). Dammit lah. Very hate those people yang mengalami kegagalan and start to blame others. Oih, f*cking sh*t, I hate this kind of people. Selama yang aku pernah dengar selama, kalau kau betul nak lulus exam (or even to get A), perlu ke kau nak mengharap sangat kat kawan kau, hah? Perlu ke? Sebelum exam payah sangat nak tunjuk effort nak belajar. Bila dah nak exam baru terhegeh-hegeh nak cari kawan, then bila dah dapat result, kawan tu cemerlang, kau nak salahkan dia dapat result bagus? Kalau nak study, it's up to you, YOUR OWN SELF untuk tahu apa yang perlu nak study dan apa tak perlu. Perlu ke kau nak ambil kisah si hipokrit2 tu nak dapat result berapa?? Kalau sendiri tak ada effort nak belajar, tak guna jugak. Buat apa nak salahkan orang lain bila sendiri punya result busuk. Hey come on. Biar lantak pi depa lah yang hipokrit tu nak berlagak macam diorang genius. Perlu ke diorang punya perangai tu nak effect result kau? Kan ke ramai lagi orang yang kita boleh cari untuk timba ilmu. Ini tak, bila result dah macam tu, starts to blame others. Yucks, benci orang macam ni! Kau sendiri pergi kelas, kau sendiri tahu apa yang lecturer ajar, kau sendiri sedar. Perlu ke nak bergantung harap kat people yang kau so called "hypocrites" ni? Perlu ke?? Bukan ke ramai orang lain kau boleh bergantung harap. And diri sendiri tu pun bukannya tak pandai, tapi PEMALAS. And another effort boleh buat, pergilah cari lecturer ke, tutor ke.

Aku bukan apa. Aku sangat benci orang2 macam ni, sebab I used to be one of them. Well, kinda. That's why aku kata, aku benci diri aku yang dulu. Aku mahu berubah. Bagi aku, biar lah kau tak pandai macam mana sekali pun, yang penting dalam belajar ni, effort kena ada. Dan dengan adanya effort, biar result kau busuk macam mana pun, kat mata aku kau tetap orang pandai. Orang yang tak mahu berusaha mencari ilmu tu tetap akan jadi bodoh selamanya kat mata aku. Lagi-lagi bila dah start blaming others atas kegagalan diri.

Bagi aku jugak, bila nak menuntut ilmu, ego tu kena rendah. Walau kau rasa certain particular people tu lagi rendah result dari kau, tapi kalau dia ada ilmu nak di share, dia tetap cikgu. Tak perlu lah nak rasa malu pergi menuntut ilmu dengan dia. Sebab apa2 pun, dia tetap ada something yang lebih dari kau. Kau janganlah fikir diri hebat sangat semata-mata ingat diri tu dah berilmu sangat. Padahal ilmu baru seciput.

And to those people yang diorang benci sangat dalam group ni, aku tak kisah lah kalau kau nak berlagak genius ke hape ke dengan mengaku belum study. I don't mind. It's up to you. Cuz you guys know jugak lah kan, mind your own business. Biar lah diorang nak lagak macam tu ke hape ke, yang penting LAGAK DIORANG TU TAK BAGI EFFECT LANGSUNG KAT RESULT KORANG2 YANG LAIN NI LAH. And one sweet reminder untuk people2 yang dibenci ni, even korang tak nak mengaku dah study tu, cuba2 lah murah2 sikit nak share ilmu. Takyah nak simpan ilmu tu sorang2. BERKULAT nanti.

That's all from me. Oishh suka benar emo posts skang ni.

p/s: seperti yang aku selalu amalkan, tak yah lah nak dengki dengan rezeki orang lain, rezeki masing2 kan ada



Masak beef steak!

As I have promised before, cuti ni mahu blaja memasak. So here I go!

My first time ever trying to cook something err.. unusual, well for me. Aku mengaku dengan ikhlas hati, aku jenis jarang ke dapur. Aku memang pernah masak, tapi benda simple2 je such as goreng telur ke, nugget ke. Those kind of simple foods. So, today, tried to cook something different and disebabkan aku agak fancy western dan juga western antara paling senang nak masak (well, compare dengan masakan melayu) so I decided to cook beef steak. This is really my first time to cook so for the result... er, kinda tak memuaskan hati. Menerima kritikan dari mak aku and ayah aku. Mak aku okey lagi, kritikan yang membina. Tapi ayah aku, sheeeshh. Orang lelaki bila dah bagi komen, memang menyedihkan dan memedihkan hati T_____T

Well, ni antara bahan2 yang diperlukan untuk masak beef steak ni. Untuk satu orang ek.

Bahan untuk peram daging
1 keping daging
2 ulas bawang putih ditumbuk
serbuk lada hitam

Bahan untuk sos
3 sudu besar sos cili
3 sudu kecil sos tomato
serbuk lada hitam
sedikit kicap

Bahan untuk mashed potato
1 biji kentang
5 s/b susu segar
1 s/k margerin

Cara-cara

1. Peram daging dengan lada hitam dan bawang putih lebih kurang 30 minit.

Daging peram

2. Masukkan dalam kuali dan tutup. Masak hingga daging lembut

Masak daging sampai lembut

3. Ketepikan daging dan lapkan kesan minyak.

4. Untuk sos, masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam dan sedikit kicap ke dalam kuali. Masuk air kalau nak cair sikit.

Sos

5. Untuk mashed potato, rebus kentang hingga empuk dan lenyek hingga hancur. Masak dalam periuk bersama susu segar dan margerin.



Hidang and siap!


Ada certain things yang aku perasan silap gak laa. Daging tu rasa dah sedap dah. Tapi sos dia agak em, sikit pedas sebab terlebih serbuk lada hitam. Sebab nya, kat resepi tak nyatakan berapa banyak kena tarok. Aku tak berapa pandai mengagak lagi so phailed di situ. Tapi the mashed potato was superb! Sedap laa untuk first timer.

Neway, resepi sebenar boleh dapat kat sini:


Disclaimer: I don't own this resepi yek!

p/s: belum mahu berhenti mencuba! next time try lagi =D

Saturday, April 24, 2010

Almost got hit by a car o(╥﹏╥)o

Takot okeyhh. Kaki aku masih menggigil sampai sekarang. It was an accident tp supposedly accident yang boleh di elak laa.


Well, hari ni supposed uwan aku nak balik kampung dah, and will be back here next week. Pastu tadi bawak laa dia naik kereta which was parked kat luar rumah. Betul2 kat tepi jalan. And time tuh uwan aku sorang dok dalam kereta and aku pulak tengah nak salam dengan uwan. So I was exactly kat tepi kereta and the door was open. Lepas tu tiba2 I felt like the car was moving and was reversing dengan sangat agak laju. I was shocked! And a total shocked. So dalam keadaan separuh sedar, I tried to stop the car from reversing more. Sebab jalan depan rumah aku memang jalan besar where the cars suka berlumba kat depan tuh and kereta biasa memang laju. Dalam otak dok fikir time tuh, uwan aku still dalam kereta, how am I supposed to back off from the car? Seriously aku fikir nak berhentikan kereta tu je. Semua orang dah jerit2 and was trying to help stopping the car at that time. It waaaas a total chaos.

And suddenly the car stopped. Almost half of the body dah ada kat jalan raya. I felt my legs were shaking badly at that time. Still can stand but were shaking. Everyone was in a total blur.

Lepas tu baru laa tau, rupa2 nya my oldest sister pegi start enjin kereta without realizing yang my dad time tuh dah masuk ke gear reverse (oh, the car is a manual car). Memang habit ayah aku gak laa everytime he parked the car, dia mmg suka masuk gear reverse. And my sister actually knew it but she kinda forget about it. Naseb baek lah kan, time kereta tu tengah laju reversing, my sister sempat matikan enjin. Kalau tak, I can't think what was gonna happen to me. Probably won't be typing this entry kot. Sebab kalau fikir lah kan, I wast stuck between the door and the car, trying my hard to stop the car. Kalau lah suddenly kereta tu couldn't be stopped, memang terbaik lah. A car will probably hit my dad's car and kereta terseret and probably I will be smashed and squeezed between the car and the door. Like oh my God, I couldn't think more. Time reverse tu, I can feel that the car was moving really fast sebab I feel it with my body. Gila serious lah kan. 5 humans trying to stop a bloody huge unser. Memang tipu. But I just can't think more. Only pray and hope I can stop the car. Ini tindakan refleksi that a human will do. Sebab aku fikir aku stuck kat pintu and taleh nak gi depan matikan enjin.

Fuhh, memang pengalaman. Itu lah pengajaran. Kemalangan ada kat mana2 je. Bukan kita boleh jangka. Even kita dah berhati2 camne skali pun. Yang tadi tu memang alhamdulillah nothing bad happen. Sampai uwan aku dah mengalir air mata dia sebab terkejut and takut. Dia tak larat nak turun kereta sendiri. All she can do the was hoping that the car can be stop. Sebab kalau orang muda boleh la terjun kereta and run for your life.

Aku tak lah sampai menangis. But was shaking really badly kut. Dalam otak dah fikir dah macam2 possibilities yang menakutkan yang boleh berlaku. So ape2 hal, alhamdulillahhh. God still loves me...

Wednesday, April 21, 2010

Result oh result

Result sudah keluar. Yep. Sudah keluar. Hasil dari satu lagi nightmare satu semester. Hadoii. Sangat tak suka everytime nak cek result. Banyak sebab laa ofcourse. Satu hari dok tak senang, makan tak lena, mandi tak kenyang, tido tak basah. ehhh? salah2. jangan salah faham haha.

Pastu bila nak try cek, bila emotion dah tak tentu hala sebab takut, kadang2 tuh memang hangin satu badan frust taleh masok server uia. Kite punye laa da buat muka separa ketat sebab nak tgk result bole dia kasik lebey suspen pulak. Fortunately lah kan hari ni server kat official iium page tak mengada. mungkin telah di upgrade. er. mungkin laa. tambah budget skit kot tapi agak diragui sebab bila nak masok portal iium je, akan dapat2 laa page2 separa siap seperti ini:

Atau pun mungkin akan dapat connection error. Celah mane silap dia pun aku tak tau laa hehh. Nak kata uia ni mmg tak cukop budget, slalu jugak laa dok menyaman orang. Alhamdulillah takat nie aku clean blom kena saman lagik. Bajet baek padahal skali penah kantoi laptop tak register. Buat muka inesen (padahal time tu terkulat2 baru bangun tido. tetibe kena serbu kantoi!), at last dapat warning saje. Syukur woh.

Eh, lari tajuk. Ah tak kisah laa.

Hahh. Semester ni pun tak berjaya dean's list lagi. Well, not really laa pasal sem ni amek x cukup syarat untuk dean's list. Kalau cukup mesti lagi kecewa ohh. But still. Omg I almost lost my title kat list encik dean! Sangat sedih okey! Dulu nak masuk list encik dean boleh kira agak senang laa. Sekarang nieee, I need to struggle real hard weyy! Banyak main nie oihh. Tapi tapi, bersyukur laa suhaila roslan. still anda berjaya mendapat result yang anda agak err.. tak jangka. especially lah kan kan kan, ungs ngan ico. ustaz ungs ku yang begitu super kedekot markah still baek ati bagi B+, alhamdulillah. Anddddd ico pulakk. I cannot say more. Even if I say I understand that subject, tapi taleh paham soklan exam, serious shit lah kan. B+ is good enough for me. VERY good enough. Well, I BET most of us don't fully understand ico's final paper. Jawab taram macam hape tah. Just only one question I really know what I'm doing. ONE freaking question only. So I can't ask more. Untuk yang dah amek ico, try my sir, you'll know what I'm saying. (Oh, saye masih lagi pelik mcm mane bole skor ico even I don't understand a single shit. hmmphh)

And and and sebenar nya agak kecewa dengan calculus. B+ is good enough but then, saye mahu A- T__T like seriously. Frust makan hati jugak laa. Not really expecting A- but was hoping for it. Unfortunately, careless mistakes mmg masalah besar saye. I think I can answer all of the question tapi itu laa. Masa tak cukup. And I can't check my answers twice. Ok sudah. Benda dah lepas.

And I am quite fully satisfied with SAD. A- is in hand and i love you SAD heee~ (and i UNDERSTAND this subjek lah jugak. Tak macam ico hmphhh. RIDICULOUS. am not really satisfied camne still bole skor ico. rasa mcm bukan markah aku je. dpt result best camtuh pon rase nak tak nak je. sikit puas hati pun takde weh. apetah lagi nak bangga oh please! well, sbb dpt pun not on my own effort lah kan)

dah ter reveal my whole result. shhh people!

my gpa this semester is 3.398 tapi aku mahu bundar jadi 3.4
well suka hati laa haha.
aiming for first class degree! we'll see next sem (asyik2 next sem hahaa)
mahu my title utk dean's list again!

Tuesday, April 20, 2010

Already got my hair cut

Despite of me saying that I want my hair to grow longer, the truth is, today I got my hair cut... again. And I had it cut quite short BUT I am quite satisfied with it :)


Wasn't planning from earlier pun nak pegi potong rambut. Just jalan2 around The Mall than suddenly terasa nak pegi potong. At last, my hair got shorten.

Quite satisfied laa dengan kedai tuh. Cost only around RM45 for cut+wash. And sangat puas hati dengan dia punya hair wash. Well, even my rambut feel a bit keras sekarang ni, I dunno why probably the shampoo kut(?) tapi tak kisah laa. Boleh cure dengan sunsilk hehe. Dia punya massage memang superb lah kan. And and and maybe aku ni muka pathetic ke hape, the owner gave me discount RM5 so I only need to pay Rm40 =D

Bergaye ngan rambut baru hari ni!

Oh ya, lama tak buat layer cut. And finally I got my hair layered :)

Hair to be care

Habit pelik aku lah kan kalau pasal rambut ni, aku jenis orang yang tak berapa suka nak sikat rambut. Berapa kali aku sikat rambut dalam seminggu tu boleh kira dengan jari. Kadang tuh takyah guna jari pun takpe haha. Nape ek? Aku pun tak tau laa. Tah rase tak best nak sikat rambut. Sikat guna jari pun aku rasa dah cukup kot. Oh, oh. Aku suka kalau Aqilah Irina sikatkan rambut untuk aku pastu buatkan pony tail. Thumbs up beb. Sangat suka =D


Untuk rambut sihat takde laa aku amalkan benda pelik2. Aku just amalkan basuh rambut tu selang sehari. Tak leh tiap2 hari basuh rambut. Sebab bagi aku laa kan, rambut nanti cepat rosak. Tapi ada setengah orang tak leh kalau mandi tak basuh rambut. Fortunately, I'm not that type of person. Oh, my hair used to be agak keras2 and not so silky. But since I used Sunsilk yang kaler pink tuh, my hair gets better. And it is silkier.


Already guna this set since sekolah menengah kot. Except yang belah kanan tu. Don't know what it's called lah. Control leave on kot dia panggil, tak sure. Kadang2 je guna yang tuh. When I got free time. Beli pastu tak abes agi. Students don't have that much free time, right? Oh, I really like the smell of the shampoo :D

But lately ni I have this one kind of problem la pulak. Rambut aku lately macam da merajok takmo tumbuh panjang agi, well patut boleh tumbuh lagi panjang lah kan. Since I cut my hair quite short masa short sem before. Already one year laa. How come tamau tumbuh lagi panjang? It kinda stayed same macam panjang time aku potong.

Oh, aku frust sebenar nya. Even though my hair still long la kan, I want it to be longeeeer. Tamau it stays that way through my whole life T___T

Anyone has any tips to be shared untuk buat dia jadik lebey panjang? Sangat frust aihh skang ni. Kelakar pun ada gak laa tapi still, I want my supeeeer looooong hair back! Care to share ek kalau ada tips =D

Monday, April 19, 2010

Diet itu susah

Susah okeh mahu diet. Especially untuk orang yang suka gila makan macam aku ni. Argh tension tekanan yang sangat super tinggi duduk kat rumah ni. Semua dah dok kutuk kata badan aku dah besar. Badan kakak aku lagi kecik sekarang ni. Omg tak perlu explain lagi macam mana tekanan dan sangat lah tension nya. Kalah tension nak belajar kalau korang nak tau.


Uwan dok aku direct sound kat aku. Perghhh sakit siot. Setepek kena. Kata perut aku dah buncit. Aku pikir, sabar2, orang tua. Hadoiihh. Dah la cukup tension nak tahan makan. Ni nak tahan segala tohmahan lagi agaga. Hampes.


Skang pagi2 bangun minum milo dulu. Pastu biskot lemak 2 keping. Then terpaksa tahan lapar agi. Pastu, tengah hari, makan quacker oat pulak. Pastu makan sekali lauk2 mak aku masak. Nasi aku tolak ke tepi. Petang pulak, dok cuit2 makan roti sekeping dua. Itu full stop apa jadual makan aku sekarang ni. Dinner memang kena cut habis2.


Uwaaaa... nak makan mewah2 macam ni lagi.

ErkkKK... Tunggu laa aku slim sket dlu~

Sunday, April 18, 2010

Ragam mak aku

Aku: Mi, nampak tak mane beg kita td?

Mak aku: Tu atas tuh. Kat dalam bilik tuh

Berusaha mencari pastu pegi kat mak aku balik

Aku: Mana? Takde pun..
Mak aku: Ade laa kat situ. Kat atas kotak tu

Pergi mencari lagi sekali sambil menggaru-garu kepala.

Aku: Siyes, takde pun mi..
Mak aku: Ada lah, kat atas kotak tu, bawah sejadah tu! (nada cam nak marah)

Huk alohhh. Tak leh blah tol. Beg tu dok bawah sejadah rupanya. Mati2 aku ingat benda tuh dok obviously atas meja. Siyes laa mak aku ni. Da la instruction tak jelas. Pastu bila aku cari and tak jumpa mau marah sama aku pulok. Alahai memang selalu camni la mak. Seb baek aku anak. Hadoii. Sabor je laa...

p/s: aku tetap sayang gilos ngan mak aku

Saturday, April 17, 2010

Bercinta biar sampai ke syurga

Cis. Tajuk macam jiwang semacam. Geli lak aku rasa haha. Tapi I really mean it when I say it. Erk tapi benda ni cam takde kena mengena ngan situasi aku skang ni laa jugak kan. Saja nak bagi satu contoh kat korang. Contoh pasal satu couple yang dah kahwin dan aku kenal diorang.


Couple dua orang ni boleh dikatakan pasangan bahagia. Yang si lelaki ni, selalu sangat orang puji dia. Selalu je orang kata yang perempuan ni memang sangat bertuah sebab dapat kahwin dengan laki sorang ni. Sebab nya? Sebab laki sorang ni pandai memasak, pandai menjahit, pandai mengurut laa, amek hati orang and bla3. Pendek kata serba serbi lengkap sebagai seorang suami lah. Selalu kalo pape pun, memang laki nie rela ati nak wat. Sayang sangat dengan isteri dia. And skang ni even diorang still belum dapat anak lagi, yang si lelaki ni still sayang sangat ngan isteri dia. Memang takde niat nak cari isteri laen semata-mata untuk dapatkan anak.

Tapi.... memang ada tapi lah kan. Kalo tak, takkan la aku nak wat post ni hehe. Tapi bagi aku.. si isteri tak lah sebertuah mana yang disangka. Dan semestinya bersebab lah untuk aku kata si isteri tu tak bertuah. Dan sebab nya adalah... si suami tu seorang yang selalu meninggalkan solat nya. Atau mungkin tak solat langsung itu aku tak pasti. Kat sini laa aku rasa betapa tak bertuah nya si isteri mendapat lelaki ni sebagai suami.

Aku bukan nak bajet aku ni bagus sangat ke ape. Aku akui, sedikit sebanyak kadang2, aku tertinggal gak solat. Subuh laa yang slalu jadik mangsa hehe. Tapi, nak tinggal solat secara sengaja? Alhamdulillah sampai sekarang tuh, sangat jarang pernah aku wat. Sebab2 selalu tinggal solat selalu nya memang sebab tertido (atau sengaja tido erkKK). Pasal solat tu tiang agama. Punya banyak kebaikan yang kita buat, takde guna nya kalau asas kebaikan tu sendiri takde, kan?

Setau aku si isteri ni memang jenis jaga solat dia. Tak lah golongan yang alim sangat tapi still menjaga solat. Malang sangat untuk dia sebab dapat suami macam tu. Dan apa kaitan dengan tajuk aku? Nak bercinta sampai ke syurga, mesti dua2 pun kena buat perkara yang diperintah Allah untuk masuk syurga, kan? Bukan nak kata si isteri tu konpem masuk syurga. Tapi atleast tau laa yang dia dah buat apa yang Allah perintah. Yang lain terserah pada pertimbangan Allah. Yang si suami ni jaminan ke syurga kalau tak bersolat? Wallahualam bissawab. Urusan dia dengan Allah.

Aku serius berdoa dan berharap sangat2 at least dapat suami yang ada asas agama yang kukuh. Bukan lah berharap yang alim sangat sebab aku pun tak sebaik yang disangka tapi at least nak laa suami yang tak tinggal solat nya dan mampu memimpin keluarga. Tak kisah la kalau lelaki yang nakal sikit tu biasa la. Cukup la dapat yang dapat bertindak sebagai suami dan mampu memimpin aku sebagai isteri. Keluarga yang baek dapat dibina dengan ada nya asas yang kukuh. Hopefully family yang akan aku bina sama seperti keluarga yang aku ada skang ni... Dan mahu bercinta, biar sampai ke syurga...


Friday, April 16, 2010

Setting you free

“If you love someone, set them free.

If they come back they're yours;

if they don't they never were.”

-Richard Bach-

=)

Thursday, April 15, 2010

Mak ayah

"Aku nak jaga mak ayah aku bila diorang dah tua nanti"

"Aku nak balas jasa orang tua aku bila aku dah dewasa"

Words seems to be easier to said rather than to be done. Buat aku terfikir juga kadang2. Senang saja kita utarakan kata2 tu walhal kita tak tau, esok lusa macam mana kita layan orang tua kita.

Seminggu jaga nenek aku kat hospital, seminggu jugak tengok ragam macam2 kat situ. Kesian pun ada. Sedih pun ada. Dalam ramai2 kat situ, boleh nampak perbezaan antara semua. Alhamdulillah, nenek aku antara warga tua yang sentiasa terima kunjungan dari cucu2 dia, saudara mara dia. Kira nenek aku yang paling meriah antara semua.

Kat katil sebelah nenek aku, ada sorang cina perempuan tua yang kitorang panggil popo. Kena kencing manis, kaki pun dah potong sampai paras lutut. Ibu jari belah kiri dah berbalut. Menanti saat reput je. Kesian aku tengok popo ni. Ada lah sorang bibik tolong jaga. Tapi tu je la sorang yang dok nampak muka dia hari2. Ikut kata bibik dia, popo ni orang kaya. Anak ada lima orang. Sume da besar pastu kaya2 belaka. Tapi semua dah menetap kat singapura, dah takmo balik jumpa mak diorang. Bibik tu ada citer gak, yang popo nie takot mati. Pasal harta dia banyak sangat. Dia takut orang ambik harta dia.

Ada lagi sorang perempuan cina tua jugak; tak lah kaya sangat, consider dr appearance family dia. Tapi aku rasa, popo yg ni lagi bahagia compare dengan popo lagi sorang. Anak dia cuma dua orang. Tapi cucu dia quite ramai. Anak2 dia takde laa dok teman mak diorang 24/7 tp still malam2 ada yang tolong teman mak diorang. Tapi nampak laa popo hepi pasal tengok cucu2 dia selalu dok keliling dia.

Nampak laa jugak beza nya kat sini. Family atau harta yang banyak yang buat bahagia, fikir2 lah sendiri. Jangan pulak suatu hari nanti bila kita berharta sendiri, kita lupa kat parents kita. Aku sangat berharap aku tak jadi macam tu. Memang mahu kotakan janji yang aku utarakan, kalau Allah izinkan.

Tak senang nak jaga orang tua. Hari ni pun memang dah sangat lah penat. Uwan aku memang takleh dok diam. 5 minit dok kat depan, dia kata nak pindah dok blakang lak. 5 minit lagi, dia nak ke depan balik. Uwan aku tak guna kerusi roda so kena laa pimpin dia perlahan2. Lepas tuh, kalau dia mintak picit, kena laa picit. Lama lak tuh sampai lenguh tangan. Mak aku cakap,"Kalau budak2 boleh la kita marah, ni orang tua, sabar je la". Kadang2 hilang jugak sabar aku tapi bila tengok mak aku still tekun je layan, sabar tu menebal balik.

p/s: lagi satu kesian tengok kes sorang perempuan cina, age around 30-40 camtuh, terpaksa lay on the bed for the rest of her life. Dia accident around 8 months ago and currently brain dia dah damaged sangat teruk. Makan pun terpaksa guna tiub. Family dia muka dah terima hakikat dah tapi still tak putus asa. Hari2 datang bagi kata semangat kat dia.

p/s/s: once again, alhamdulillah aku masih insan yang sempurna...

Wednesday, April 14, 2010

Bila sudah tua...

Manusia bila dah tua perangai memang akan macam kanak2 kan? Bila usia dah meningkat makin tua, perangai makin macam budak2. Selalu nak org ade kat tepi. Makan pun kadang2 kena suap. Bila nak tido pun nak orang usap2.


Hari ni hari first uwan aku dok kat umah. Aku skang ni tengah melepak tepi uwan aku sambil online. Ces sempat lagi online. Hampeh tol haha. Kesian tengok uwan aku. Biar laa aku dok lepak2 tepi dia time2 dia sakit ni. Macam tak bese je tido lambat slalu. Uwan susah nak tido tu yang kene teman kan dia tuh. Tapi aku cam kesian gak tengok mak aku. Dia slalu jenis tido awal. Bila uwan aku start sakit ni, tido dia pun tak menentu.

Comel je tgk mak aku dok teman uwan aku tido kat katil. Dok tlg usap2 kan dia. Tepuk2 kasi tido. Tapi mmg siyes laa penat mak aku. Dia pun da tua da. Tahun ni da masuk 55 tahun. Uwan aku lak da 78 tahun kot. Orang tua mane laa tahan nak berjaga malam. Ape aku mampu wat, temankan je mak aku skali. Tolong2 mane yg patot.

Time2 camni laa nk balas jasa mak kite yg penat besarkan kite. Dulu2, mak yg jaga. Da tua2 ni, biar laa kite lak jaga mak. Nak nanges sbb terharu pon ade gak. Uwan aku agak cepat jugak sampai usia utk berperangai kanak2. Otak dia pun doktor kate da kecut. Hari tu first time jumpe dia, dia tak ingat sape aku. Sedey gak oo. Tapi skang sket2 da ingat da. Aku dok hari2 teman dok tunjuk muka depan dia.

Ni je laa yang mampu di buat. Jaga uwan aku saat2 nak sampai penghujung usia. Hopefully dpt bertahan sebab orang kate nak jaga orang tua ni memerlukan kesabaran yang sangat lah tinggi. Tak boleh expect dia utk fully cure. Ye lah bila dah tua. Ni laa orang panggil sakit tua. Hopefully aku mampu bertahan nak jaga uwan aku selagi mampu...

Tuesday, April 13, 2010

Menopause dan bersara

Bila da start dok kat umah baru aku nampak sendiri situation kat rumah aku. Entah ler lately ni aku rasa mak aku macam makin garang. Lagi2 bila both parents aku da bersara so dua2 dok kat umah jek. Adakah penangan menopause? Tatau laa nak cakap pe. Bila ayah aku ckp nak kuar minum ngan kawan dia, mak aku da start nak membebel. Dia ckp, "Bukan awak sorang je tggal sorang. Ni kite kat rumah pun sorang jugak". Aku tak rasa laa niat mak aku nak carik gado. Sebab aku pun agak nampak laa lepas bersara, ayah aku memang suka sangat lepak ngan kengkawan dia saja2 minum teh tarik. Mak aku mebe rase macam kena tinggal sorang kat umah laa kot, takde orang teman. Mak aku bebel, ayah aku diam jek. Fenomena biasa kah ini? Tergaru gak kepala aku sebenarnya. First time neh mengadap orang bersara and menopause neh.


Mak aku ada la gak explain tadi. Dia kata dia bukan nak marah. Dia nak tegur je ayah aku. Cuma silap sebab dia termarah ayah aku depan aku. Kecik ati orang tua tu kang huhu. Mak aku ckp kalu tak cakap camtuh ayah aku takkan fikir. Dia dok fikir seronok dia je. Sian gak mak aku tinggal sorang selalu. Kawan2 ayah aku yang da bersara tuh, isteri diorang sume dok keje lagi. Ramai2, mak ayah aku je couple da bersara.

Tapi dlm kadang2 gadoh tuh, reti gak mak aku nak manja2 hehe. Bese laa da tua2. So kesimpulan aku boleh buat, benda ni sume normal laa untuk orang yang dah bersara and menopause. Cuma aku rasa kadang2 menopause tuh lagi dahsyat dari pms. Kot la. Pasal pms tuh sebulan sekali. Menopause ni, anytime weh boleh meletup. Bahaya sungguh. Hopefully aku sok tak macam tu lah. Tapi taleh watpe. Memang fenomena biasa la benda ni aku rasa.

"Lelaki tetap akan jadik mangsa bebelan perempuan jugak akhirnya"

haha~

Monday, April 12, 2010

Genting Highlands

Dah berapa hari dah sebenarnya dok sebok gilo ulang-alik dari hospital assunta ke umah. Pagi pegi hospital, tengah hari balik then petang sket pi sane balik smpai mlm. Memang penat tak tipu. Esok kira genap seminggu la nenek aku atau kitorang panggil uwan, dah dok kat hospital. Biasa lah orang dah tua2 nie. Sakit tu la, sakit ni la. She was admitted to the hospital pun sebab kurang garam. Pelik gak la sebab bese orang kurang gula. Tapi kurang garam serius bahaya jugak sebenar nya. Kalu kurang sangat, boleh koma kott.

Tadi tgh hari dok lepak hospital pun siap tertido kat sofa. Ada one indian guy nie dok pandang je betapa burok nye aku tertido kat sofa haha. Pasal dah takde tempat laen aku bole tido. Situ je yang ada. Serius agak penat lah kan. Kadang2 kena bangun awal pastu 6 lebih da kena gerak gi hospital dah.

Riso gak uwan aku ni. Well, kurang garam tuh mmg antara sebab la dia kena masuk wad. Tapi ada gak sebab laen. Sebab nya; dia kena "kacau" ngan "benda2" tuh. Tak tipu oih. Aku dah experience sendirik. Serius cuak. Takmo lah citer skang. Nnt2 laa kalu de masa. Tp yang penting, ada kaitan gak laa ngan saka.

Oo yea. 8 and 9 april arituh sempat ar naek genting highlands gak. Bukan laa tak berhati perut tgk nenek aku kat hospital, tp sebab akak aku dah book bilik hotel awal2 so tak sampai ati kasi burn Rm700 tuh. So ape lagi, kitorang siblings ngan adek sepupu aku sorang dok naek genting. Mak ayah aku lak tinggal la dok jaga uwan aku. Oh, aku dah agak berani naek rides suma. So pasni bole la naek genting ramai2 ek hehe. Tapi, jangan harap lah nak soh aku naek solero ke, roller coaster yg tinggi tuh ke. Serius la mmg aku tamao.

Aku kat blakang tuh. Napok tak muka bapok cuak aku? Hehe (yg dpn tuh strangers. kasik ignore yek)

Ni pun agi satu. Aku kalo cuak ske top mata


Ini laa kami semua :)

Sunday, April 11, 2010

Sg Kanching and happy birthday :)


Click for larger pic :D

Lepas exam, aktiviti wajib semestinya bersuka ria. Dan antara aktiviti yang paling aku suka, of course pergi mandi manda kat sungai. Ni second time kitorang ramai-ramai pegi sungai kanching. First time masa short sem dulu. Time tuh siap barbecue agi. This time hanya laa kfc semata. Tapi yang kali ni sebenarnya planning dah agak lama gak la. Ade laa gak sebenar nye plan nak kenakan birthday boy tp tak jadik. Takpe laa, atleast jadik gak surprise kan dengan cake :)


Happy birthday
Hairee and Shawn
:)

Friday, April 9, 2010

Emotionally unstable

Lately nie agak tak berapa btol gak aku nie. For some reasons,my emotion can't be controlled. Tp lepas clarify few things here and there, aku rasa aku dah makin tenang. Aku rasa aku dah dapat quite clear answer. Aku jugak rasa aku dah nampak arah tuju apa yang patut aku buat.

Right now I just need to go with the flow. Tak ada guna sesakkan fikiran cuz in the end, Allah knows better what best for me. Dia dah plan everything yang terbaik untuk aku. Just tinggal untuk aku follow je. Aku just need to regain ketenangan balik. Sebab lagi banyak aku fikir, lagi banyak benda mengarut masuk dlm otak aku. Lately ni serious, ade quite few reasons yang buat otak aku serabut sangat, sangat, sangat.

So people, do expect me to be less active kat blog ngan facebook. Sebab aku nak guna masa selama 3 bulan ni nak mencari ketenangan kembali. Nak sibukkan diri dengan mcm2 aktiviti supaya pemikiran aku tak berapa terganggu. Aku mungkin akan login once in awhile. Tp mungkin susah sikit nak aktif2 bagi komen sana-sini.

Promising myself that I'll be back to the normal me in 3 months. Mungkin less than that cuz time does cure :)

Wednesday, April 7, 2010

A Thousand Miles

VANESSA CARLTON - A Thousand Miles

Making my way downtown
Walking fast
Faces pass
And I'm home bound

Staring blankly ahead
Just making my way
Making a way
Through the crowd

And I need you
And I miss you
And now I wonder....

If I could fall
Into the sky
Do you think time
Would pass me by
'Cause you know I'd walk
A thousand miles
If I could
Just see you
Tonight

It's always times like these
When I think of you
And I wonder
If you ever
Think of me

'Cause everything's so wrong
And I don't belong
Living in your
Precious memories

'Cause I need you
And I miss you
And now I wonder....

If I could fall
Into the sky
Do you think time
Would pass me by
'Cause you know I'd walk
A thousand miles
If I could
Just see you
Tonight

And I, I
Don't want to let you know
I, I
Drown in your memory
I, I
Don't want to let this go
I, I
Don't....

Making my way downtown
Walking fast
Faces pass
And I'm home bound

Staring blankly ahead
Just making my way
Making a way
Through the crowd

And I still need you
And I still miss you
And now I wonder....

If I could fall
Into the sky
Do you think time
Would pass us by
'Cause you know I'd walk
A thousand miles
If I could
Just see you...

If I could fall
Into the sky
Do you think time
Would pass me by
'Cause you know I'd walk
A thousand miles
If I could
Just see you
If I could
Just hold you
Tonight