BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 17, 2010

Bercinta biar sampai ke syurga

Cis. Tajuk macam jiwang semacam. Geli lak aku rasa haha. Tapi I really mean it when I say it. Erk tapi benda ni cam takde kena mengena ngan situasi aku skang ni laa jugak kan. Saja nak bagi satu contoh kat korang. Contoh pasal satu couple yang dah kahwin dan aku kenal diorang.


Couple dua orang ni boleh dikatakan pasangan bahagia. Yang si lelaki ni, selalu sangat orang puji dia. Selalu je orang kata yang perempuan ni memang sangat bertuah sebab dapat kahwin dengan laki sorang ni. Sebab nya? Sebab laki sorang ni pandai memasak, pandai menjahit, pandai mengurut laa, amek hati orang and bla3. Pendek kata serba serbi lengkap sebagai seorang suami lah. Selalu kalo pape pun, memang laki nie rela ati nak wat. Sayang sangat dengan isteri dia. And skang ni even diorang still belum dapat anak lagi, yang si lelaki ni still sayang sangat ngan isteri dia. Memang takde niat nak cari isteri laen semata-mata untuk dapatkan anak.

Tapi.... memang ada tapi lah kan. Kalo tak, takkan la aku nak wat post ni hehe. Tapi bagi aku.. si isteri tak lah sebertuah mana yang disangka. Dan semestinya bersebab lah untuk aku kata si isteri tu tak bertuah. Dan sebab nya adalah... si suami tu seorang yang selalu meninggalkan solat nya. Atau mungkin tak solat langsung itu aku tak pasti. Kat sini laa aku rasa betapa tak bertuah nya si isteri mendapat lelaki ni sebagai suami.

Aku bukan nak bajet aku ni bagus sangat ke ape. Aku akui, sedikit sebanyak kadang2, aku tertinggal gak solat. Subuh laa yang slalu jadik mangsa hehe. Tapi, nak tinggal solat secara sengaja? Alhamdulillah sampai sekarang tuh, sangat jarang pernah aku wat. Sebab2 selalu tinggal solat selalu nya memang sebab tertido (atau sengaja tido erkKK). Pasal solat tu tiang agama. Punya banyak kebaikan yang kita buat, takde guna nya kalau asas kebaikan tu sendiri takde, kan?

Setau aku si isteri ni memang jenis jaga solat dia. Tak lah golongan yang alim sangat tapi still menjaga solat. Malang sangat untuk dia sebab dapat suami macam tu. Dan apa kaitan dengan tajuk aku? Nak bercinta sampai ke syurga, mesti dua2 pun kena buat perkara yang diperintah Allah untuk masuk syurga, kan? Bukan nak kata si isteri tu konpem masuk syurga. Tapi atleast tau laa yang dia dah buat apa yang Allah perintah. Yang lain terserah pada pertimbangan Allah. Yang si suami ni jaminan ke syurga kalau tak bersolat? Wallahualam bissawab. Urusan dia dengan Allah.

Aku serius berdoa dan berharap sangat2 at least dapat suami yang ada asas agama yang kukuh. Bukan lah berharap yang alim sangat sebab aku pun tak sebaik yang disangka tapi at least nak laa suami yang tak tinggal solat nya dan mampu memimpin keluarga. Tak kisah la kalau lelaki yang nakal sikit tu biasa la. Cukup la dapat yang dapat bertindak sebagai suami dan mampu memimpin aku sebagai isteri. Keluarga yang baek dapat dibina dengan ada nya asas yang kukuh. Hopefully family yang akan aku bina sama seperti keluarga yang aku ada skang ni... Dan mahu bercinta, biar sampai ke syurga...


blog comments powered by Disqus