BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 15, 2010

Mak ayah

"Aku nak jaga mak ayah aku bila diorang dah tua nanti"

"Aku nak balas jasa orang tua aku bila aku dah dewasa"

Words seems to be easier to said rather than to be done. Buat aku terfikir juga kadang2. Senang saja kita utarakan kata2 tu walhal kita tak tau, esok lusa macam mana kita layan orang tua kita.

Seminggu jaga nenek aku kat hospital, seminggu jugak tengok ragam macam2 kat situ. Kesian pun ada. Sedih pun ada. Dalam ramai2 kat situ, boleh nampak perbezaan antara semua. Alhamdulillah, nenek aku antara warga tua yang sentiasa terima kunjungan dari cucu2 dia, saudara mara dia. Kira nenek aku yang paling meriah antara semua.

Kat katil sebelah nenek aku, ada sorang cina perempuan tua yang kitorang panggil popo. Kena kencing manis, kaki pun dah potong sampai paras lutut. Ibu jari belah kiri dah berbalut. Menanti saat reput je. Kesian aku tengok popo ni. Ada lah sorang bibik tolong jaga. Tapi tu je la sorang yang dok nampak muka dia hari2. Ikut kata bibik dia, popo ni orang kaya. Anak ada lima orang. Sume da besar pastu kaya2 belaka. Tapi semua dah menetap kat singapura, dah takmo balik jumpa mak diorang. Bibik tu ada citer gak, yang popo nie takot mati. Pasal harta dia banyak sangat. Dia takut orang ambik harta dia.

Ada lagi sorang perempuan cina tua jugak; tak lah kaya sangat, consider dr appearance family dia. Tapi aku rasa, popo yg ni lagi bahagia compare dengan popo lagi sorang. Anak dia cuma dua orang. Tapi cucu dia quite ramai. Anak2 dia takde laa dok teman mak diorang 24/7 tp still malam2 ada yang tolong teman mak diorang. Tapi nampak laa popo hepi pasal tengok cucu2 dia selalu dok keliling dia.

Nampak laa jugak beza nya kat sini. Family atau harta yang banyak yang buat bahagia, fikir2 lah sendiri. Jangan pulak suatu hari nanti bila kita berharta sendiri, kita lupa kat parents kita. Aku sangat berharap aku tak jadi macam tu. Memang mahu kotakan janji yang aku utarakan, kalau Allah izinkan.

Tak senang nak jaga orang tua. Hari ni pun memang dah sangat lah penat. Uwan aku memang takleh dok diam. 5 minit dok kat depan, dia kata nak pindah dok blakang lak. 5 minit lagi, dia nak ke depan balik. Uwan aku tak guna kerusi roda so kena laa pimpin dia perlahan2. Lepas tuh, kalau dia mintak picit, kena laa picit. Lama lak tuh sampai lenguh tangan. Mak aku cakap,"Kalau budak2 boleh la kita marah, ni orang tua, sabar je la". Kadang2 hilang jugak sabar aku tapi bila tengok mak aku still tekun je layan, sabar tu menebal balik.

p/s: lagi satu kesian tengok kes sorang perempuan cina, age around 30-40 camtuh, terpaksa lay on the bed for the rest of her life. Dia accident around 8 months ago and currently brain dia dah damaged sangat teruk. Makan pun terpaksa guna tiub. Family dia muka dah terima hakikat dah tapi still tak putus asa. Hari2 datang bagi kata semangat kat dia.

p/s/s: once again, alhamdulillah aku masih insan yang sempurna...

blog comments powered by Disqus