BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 29, 2010

Hai sue!

Oh, hari ini seronok, menarik, sebab apa? Sebab dapat borak panjang2 dengan Suzliza, kembar aku pasal dia pun sue jugak hoho (sori sue! tatau camne nak eja nama sue hehe). Sesi meluahkan tension memasing pasal memasing tengah sengsara duduk kat CS haha. Oh ya, nak cakap hai kat sue! Hai sue! Selamat membaca blog saya!


Silent reader aku jugak rupanya Sue ni. Hehe. Best dapat borak dengan sue. Lenkali kita borak2 lagi ye sue :)














Hmm, tak ada idea lah nak tulis apa panjang2 lately ni. Atoii

4 more days to go


Kad kahwin akak aku.
Cousin aku yang design ni. 
Kalau ada sesiapa berminat, contact lah aku
Nanti aku recommend kan dia haha.

Aku minta maaf sangat2 kat semua orang
Sebab aku memang tak boleh nak jemput semua sekali
First of all, sebab bukan aku yang kahwin. Konfem.
Second of all, bilangan tetamu agak terhad. Nak jemput kawan2 mak ayah aku lagi
Akak aku lagi. So tetamu aku pun perlu terhad juga. Nanti kang ramai kawan aku lak.

Aku takut ramai yang terasa sebab aku tak jemput diorang.
Minta maaf sesangat. Memang nak jemput tapi keadaan tak mengizinkan.
Aku promise, insya Allah bila aku kahwin nanti
Semua orang aku hangkut. Satu KICT aku jemput haha.
Tapi buat masa sekarang minta maaf lah. 
Terpaksa jemput sesiapa yang paling rapat sahaja.
Minta maaf sangat ye semua...

Aku bukan seorang student yang baik, rajin, bla bla bla.

Fullstop.








Sighh

Monday, September 27, 2010

A little

Hey you.
Yes you.
I do miss you a little.
Well, only a little

:)

Sunday, September 26, 2010

Define the undefined

Like, love, or... hate?


It's called: undefined.
So you; please, define it for me

Saturday, September 25, 2010

Bacalah kalau nak baca. Faham kalau mahu faham.

Minggu ni minggu serabut. Dari sebesar-besar masalah, hingga sekecil-kecil masalah. Semua menjadi isu. Menjadikan hidup aku agak kelakar minggu ni. So am wondering, what sin I had done, that make me deserve to be "punished" like this. Tapi secara positif nya, orang yang menerima banyak ujian (dan hebat ujiannya), adalah antara mereka-mereka yang penyabar, dan Allah nak menguji keimanan mereka. Alhamdulillah, aku masih waras. Aku masih dapat berfikir dengan elok. Tak perlu orang lain pertikaikan, apa teruk sangat ke masalah yang aku ada? Teruk tak teruk, aku yang rasa, so aku tahu macam mana rasanya. Yang penting sekarang ni, I'll try to keep myself sane, cuba menjaga akal aku. Tak perlu dilakukan perkara tak sepatutnya. Setakat hanya berjalan seorang diri kemana-mana, dah cukup bagus untuk aku. Minggu ni, memang pelbagai benda datang bertimpa. Tanpa dipinta, tanpa diduga. So sekarang, jalan terbaik untuk hadapi segalanya, adalah dengan duduk diam2, tak payah fikir banyak sangat.


Serius antara perasaan aku sekarang is that, aku rasa sekeliling aku is going in a really fast pace. Sangat laju aku rasa. Sampai tak mampu nak gapai. Tak mampu nak capai semuanya. Aku hanya dapat perhati, sekeliling aku bergerak. Aku lambat mahu tangkap. Pending sedikit haha. Penyebab aku jadi stress, tak lain dan tak bukan, adalah sebab aku cuba nak capai kelajuan yang tak mampu aku capai. Aku cuba ikut secara laju. Terlampau laju sampai sesak nafas aku dibuatnya. 


Dan kini, aku mahu melawan arus. Lawan dan terus lawan. Biar lah. Biar semua bergerak dengan laju, aku mahu terus dengan rentak perlahan. Perlahan sampai aku dapat menggapai diri aku sendiri. This is how we deal with life, kan? Begini cara nya. Biarlah mereka. Biar mereka dengan cara mereka. Aku dengan cara aku sendiri. Ye, aku dengan cara aku. Biar lah aku kayuh dengan perlahan. Kalau terlampau laju, mungkin terbabas, bukan?


Aku cuba senyum. Senyum pengubat duka, luka, segalanya. Bila senyum, hati sedikit sebanyak, rasa senang juga. Walau senyum yang terpaksa. Jangan diseksa lagi badan. Badan yang terlampau perlukan aura positif ni.  Tak perlu diseksa dengan ribuan aura negatif. Be positive, Suhaila Roslan. Anda terlampau banyak aura negatif. Kurangkan negativity di dalam diri. Itu yang penting. Cuba senyum dan kurangkan berfikir.


Kau orang faham ke apa yang aku membebel ni?




Semoga Allah dah janjikan aku minggu seterusnya penuh dengan kesenangan dan ketenangan. 
Aku rindu kasih sayang-Mu, wahai Tuhanku...

Friday, September 24, 2010

You

Daisuki dakara

Zutto
Zutto
Zutto

Thursday, September 23, 2010

Kembara aku mencari diri

Benar. Sangat benar minggu ni aku bagai hilang punca. Apa yang dibuat, serba tak kena. Tak dapat dikesan pula apa penyebabnya. Yang penting, minggu ni, aku memang tertekan sangat.


Dan tadi. Ye tadi. 


Air mata yang tak mahu turun dari hari itu lagi, turun juga akhirnya. Sangat laju, sangat deras. Dan turun, tidak kena pada tempat nya. Minta maaf banyak2 pada lecturer DSF aku, kerana terpaksa mengadap air mata aku. Tidak mampu dikawal lagi. 


Dan akhirnya, tak mahu lagi mengadap semua. Tak mampu mengadap semua. Hanya Tuhan yang tahu segala. Langsung tak dapat nak diungkap dengan kata. Aku lemah. Aku jatuh akhirnya. Aku gugup tanpa bantuan. Aku perlu kan ketenangan. 


Wahai Tuhan yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa, kurniakan kasih sayang-Mu. Kasihani lah hamba-Mu. Aku lemah tanpa bantuan. Aku tak mampu berdiri. Bagaikan patung, memerhati betapa lajunya perjalanan hidup disekitarku. 




First time berjalan sorang2, dari UIA ke Amcorp Mall. Sangat enjoy, rupanya, berjalan seorang diri. Aku hanya ikut haluan ku. Ke mana saja kaki ku melangkah, ke situ aku pergi. Tanpa ragu, dan tanpa perlu berfikir, menapak mencari haluan, mencari ketenangan hidup. Aku patut buat begitu lagi, lain kali :)

Oh, please ignore my previous posts. Aku sudah gilak time tuh hehe.

Sem ni paling ngarot

Seriously. Paling mengarot. Cuz I got like, what? 6 subjects? Itu belum campur leadership. Campur leadership sah2 7 lah subjek. Dengaaaaaaan, akak aku nak kahwin lagi. Otak dok tak boleh dok diam asyik nak fikir benda merapik lah macam takde benda lain nak fikir. Takut, takut, takut dengan apa nak jadi result sem ni. Baru aku tahu, gila merepek sebenarnya duduk CS ni HAHA, itu bukan gurauan. Dok bertahan je lah kan. Sepanjang2 mid-term baru berlalu, semua hancus ohhhh. Statistics lagi tak leh blah menipu habis lah kannn kann kannn. Like, almost the whole class hancur result mereka. Almost all lah. So that was TOTALLY not my fault. Well, I guess. Aku dah terlebih cukup fokus dalam kelas. Still, tak leh jawap. I just won't blame myself.

So now people, had enough me ranting? I will rant and keep continue privating my blog until I stop ranting. Until all these foolish things end. Fullstop.

At times memang aku boleh cakap merepek. Tak perlu takut dengan posting aku. Heh.

I rant. So what?

Needed time for my own so I private up my blog, only for awhile lah. If you can read this post, mungkin time ni aku sudah tidak men-private lagi blog ni. Dan of course lah, aku tak delete post yang ini.

Bila rasa mahu menjerit,
Bila rasa mahu menangis,
Bila rasa mahu berlari tanpa henti.

Tapi aku tak mampu buat semua itu sekarang. The feelings, all piled up.

Itu pasal aku private blog. Aku tak mahu orang muak dengan ranting aku.

Sila skip post ini. Terima kasih.

Wednesday, September 22, 2010

One stupid post

I just f*ckingly want to cry but the tears just f*ckingly won't go down and I don't know why. Since yesterday mixed feelings are running freely here in my head, in the heart, in everywhere in my body. Oh, God, I am miserably miserable. Have exam today but I just can't concentrate at at all.

I

JUST

WANNA


SCREAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAM!!!!!!!!!


There goes this stupid post. Whether it will goes to the public or not, only God knows. Arghhhhhhh!!

Tuesday, September 21, 2010

Purrrrrfect

Single-hood is damn purrrrrfect, well, for the time being. 
Ain't it? *wink wink* :D







Berfoya-foya lah selagi anda boleh haha 

Monday, September 20, 2010

Lagi tak sampai 2 minggu akak aku nak kahwin!

Tak sampai lagi 2minggu lagi akak aku nak kahwin. 2 minggu lagi bebbb. 2 mingguuuu. Bila tanya dia apa perasaan, nervous ke hape? Dia kata lebih kepada serabut lah. Nervous2 ni tolak ler ke tepi dulu. Next week lah kot baru nak nervous haha. Sekarang serabut dulu nak fikir hantaran semua tak siap lagi. Agaga. Aku pulak excited kannnn hehe

 

Sunday, September 19, 2010

Kangaru dari Aussie

Pergi ke bilik cik Nina tadi. Bertujuan untuk meng-copy dan menge-paste assignment, well, literally. Kerna saya meniru pakai pensel, bukannya copy guna ctrl-A, ctrl-C dan ctrl V HAHAHA. Anda sebagai student patut hafal short cut ini. Amat lah berguna, terutama ketika mahu menyiapkan assignments. Serius tak tipu experiments telah dilakukan banyak kali dan telah berjaya tanpa ada kegagalan (oii kantoi oii. Kau dah tiru assignment banyak kali ke? Tak ah, bila terdesak je wehh. Serius tak tipuuuu)


Sambil2 meniru, eh, berbincang soalan, sambil2 menganyam ketupat. Raya2 ni, itu yang penting. Hishhhh, Tak ehhh. Takde ehh mengumpat. Korang ni, baru mintak maaf sesama sendiri, terus nak menganyam ketupat en. Bawak2 laa bertaubat (ingatan untuk diri sendiri untuk mengelak mengumpat. Jauh syurga dari mata kalau rajin mengumpat ni). Maksud aku, sambil2 berbincang soalan, sambil2 tu tanya ler Nina, apa cer dia beraya kat Australia. Alohhh, negara mat Salleh tu. Nun jauh ke bawah sana. Alolo, yang kat bawah tuuu (kau tak tau jugak pi tekan google map je la en. Tak dapek den nak tolong. Ngarut je haha). Ye, cik Nina kita beraya kat Aussie sana. Aussie gitu, kelas youuu. Oh ya, maklumat sampingan, bakal mak mentua kakak aku pun orang Ostralia gitu. Tapi dah lama dia dok Malaysia. Cencaluk, budu, tempoyak semua dia tibai. Gilo en. Aku pun tak gitu an. 


Oh, cik Nina ni, kalau ke negara orang, biasa tak pernah lupa bagi aku buah tangan. Haritu dapat lah sebijik (sebuah?) purse dari dia time dia gi Indonesia dulu. Timo kaseh lah, kerna ingat lagi saya. Tak lupa memberi buah tangan selalu (betul ke buah tangan eh? aku pun dah konfius). Dan kali ni, cik Nina bagi ler seekor kangaru kat aku




Ni en?


Ngarut lah korang. Takkan lepas nya kangaru sekoq ni nak naik kapal terbang.


Jap jap

Ni haaa baru betul, kangaru ni dia bagi aku

Haha, time kaseh banyak2 cik Nina. Dulu2 kalau member2 pergi Australia, biasa memang dapat ah menatang ni. Feymes betul dia kat Ostralia nuhh. Tapi dalam banyak2 menatang ni aku dapat, sekoq pun tak pernah dok stay kat rumah. Melayang2 entah hilang ke mana. Ye lah, kanak2, mana tau simpan barang en? 

Nampak tak gambaq yang jadi latar belakang (erkk) si kangaru tuh? Nampak tak? Nampak tak? Hahaa, gambar blog ni laa, apa lagi kannnn. Time amek gambar tuh, penat ler nak menyorok bawah meja takot reflection sendiri nampak kat screen. Hohh, privacy perlu di jaga haha. Stalker sekarang kian hebat. Aku sebagai salah satu daripada stalker2 ni tahu ler apa laa habitat, eh, habit stalker2 sekelian alam ni. Hebat belaka semua.

Oraitt, banyak ngarot dah ni. Padahal kerja siap barunya satu lah kan. Besok2 aku cerita lagi en.

Aku banyak menyimpang ler dalam post ni haha

Friday, September 17, 2010

Aku banyak cerita pasal kahwin. Baru aku sedar HAHAHA

Bila bestie aku bagitahu aku, baru lah aku sedar, dalam blog aku ni banyak cerita pasal kahwin. Baru aku sedar lah kan HAHAHA. Terima kasih cik Pika kerana menyedarkan aku haha. Aku tak sedar sebenarnya.


Okay2, semua2, jangan salah faham ek. Aku BUKAN desperate nak kahwin. Serius. Tetiba lak aku ada feeling mengatakan korang ingat aku ni desperate nak kahwin. Oh no no. Perasaan nak kahwin tu, ada laa. Desperate? Gilo kau. Okay. Mahu buat pembetulan di sini.
Antara sebab2 aku asyik cerita pasal kahwin ni, bukan sebab apa. Tak lain tak bukan sebab kakak aku nak kahwin dah ni. Terkena tempias beliau ler ni. Dah kat rumah aku ni, kejap2 cerita kahwin. Kejap2 lagi cerita kahwin lagi. Mana tak otak aku pun fikir, "Kahwin, kahwin, kahwin". Kena psycho dengan family sendiri ni haha.


Perbezaan aku dengan most of my friends lah kan, mostly mereka ni semua anak sulung, anak nombor dua. Paling2 jauh pun, dalam anak tengah lah. Anak bongsu agak kurang disitu. So mostly diorang punya siblings belum lagi kahwin. Tu yang takde pengaruh sangat nak kahwin tuh. Aku pulak. Ramai kakak. Sorang dah kahwin. Sorang on the way. Mana tak nye aku pun dok tibai cerita kahwin je HAHAHA. Mintak maaf lah rakan2. Aku tak sengaja asyik cerita kahwin je. Pasal bak kata aku lah, ini blog based on my current life, so ini lah yang aku bagi hehe. 


Aku rasa lah, ramai lelaki2 kat luar sana macam dah freak out dengan aku. Gila ah takut aku ajak dia kahwin ke hape haha. Tidak2, aku bukan begitu. Gila kau aku tak mahu perigi cari timba. Aku pun tak mahu kahwin terlampau muda. Aku mahu habis belajar dulu. Tujuan utama aku tuh. Siap elok kumpul duit dulu. Buat belanja kenduri. Buat belanja perabot. Apa kau ingat kahwin senang? Oh, tidakkk. Tengok. Aku cerita kahwin lagi. Sheeeeshh. Jangan boring oii, jangan lari dulu. Tak boleh lah weh. Main topic sekarang pasal kahwin hoho. So para lelaki sekalian, jangan takut oii. Aku takde nak ajak kau kahwin lah bang oii.


Nak suruh aku elak cerita pasal kahwin? Memang tak ah sekarang. Pasal saat genting nih. Akak aku nak kahwin dah. Mesti cerita jugak pasal kahwin. Alah, nanti surut jugak musim cerita kahwin aku. Tengok ah.




Padahal padahal padahal, aku rasa mesti penuh cerita kahwin jugak pasni. Korang layan je la ek =D

Thursday, September 16, 2010

For the rest of my life




So sweet. Love this song. Like Maher Zain :)
To my future husband! Please take note! Nyanyi ni time wedding nanti kita ek! hehe =D


Maher Zain - For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love 
You found me home and sail with me 
And I`m here with you 
Now let me let you know 
You`ve opened my heart 
I was always thinking that love was wrong 
But everything was changed when you came along 
OOOOO 

And theres a couple words I want to say 

Chorus: 
For the rest of my life 
I`ll be with you 
I`ll stay by your side honest and true 
Till the end of my time 
I`ll be loving you.loving you 
For the rest of my life 
Thru days and night 
I`ll thank Allah for open my eyes 
Now and forever I...I`ll be there for you 

I know that deep in my heart 

I feel so blessed when I think of you 
And I ask Allah to bless all we do 
You`re my wife and my friend and my strength 
And I pray we`re together eternally 
Now I find myself so strong 
Everything changed when you came along 
OOOO 

And theres a couple word I want to say 

*Repeat Chorus 

I know that deep in my heart now that you`re here 
Infront of me I strongly feel love 
And I have no doubt 
And I`m singing loud that I`ll love you eternally 

Repeat Chorus 

I know that deep in my heart..



p/s: lagu ni hanya untuk wife sahaja. bukan girlfriend :)

Kemas rumah




Semalam pergi cuci rumah akak aku. Kat Seri Kembangan. Dipaksa mencuci. Haha. Tak lah. Aku yang memang volunteer nak ikut. Pasal saja nak tengok rumah tuh. Sebab belum pernah tengok lagi. Tapi before that, singgah dulu restoran arab kat cyberjaya, makan nasi arab. Erkk, kurang minat mungkin. Pasal nasi arab ni beriani kering saja. Not my taste. Even kat UIA banyak makanan arab pun, er, aku rasa cam malas nak pergi. Tapi dia punya cream caramel fuhhh, sebab gilos. Gila lembut, like when you put it in the mouth, terus cair kut. And the most important part is, dia tak manis sangat. Tapi mahal gila ah. 5 hinggit satu cup kecik. Tak pe, duit parents kan ada har har har. But everything else, biasa je aku rasa. Nothing special, well, mahal jugak lah.


Oh, process nak kemas, sapu, simbah2 air, cuci2, gosok2, semua2 sekali ambil masa dalam 3 jam jugak lah nak siap. Tenaga kerja: 5 orang. Korang siap boleh nampak dalam pic, my dad pegang penyapu and MENYAPU sekali. Kalau kat rumah sendiri, memang haram ler beliau nak buat haha. First time jugak aku tengok beliau menyapu. Selalu alasan kelakar dia bagi: mak dia dulu2 tak ajar menyapu. Haha, banyak je alasan ayah aku ni. Oh, ye. Cakap pasal ayah aku, aku rasa aku tahu kenapa dia dikurniakan anak perempuan semua. Pasal apa? Pasal dia pandai nak melayan perempuan. Kaki kuat mengusik. Tu ler ayah aku. 


Rumah akak aku ok lah, boleh tahan. Tak besar sangat. Dua tingkat. 4 bilik tidur and 3 bilik air. Tapi bilik tidur dia quite kecik lah. But still, okay lah untuk pasangan baru nak kahwin. Siapa sangat lah kan nak duduk rumah tuh. 2 orang je kut. Anak2 pun tak ada lagi. So, okay sahaja rumah tu aku rasa. Even dah ada anak pun, still okay rumah tuh. Pasal bilik pun banyak. But still, mereka sewa sahaja semata. Nanti nak beli rumah baru jugak. 




Nak rumah sendiri! Nak jugak! Nak jugak! 

Wednesday, September 15, 2010

Lesson for my life

Cuz I have learnt my lesson. 
Cuz you have taught me many things. 
It will never be the same, ever again.






Lesson for my life

Tuesday, September 14, 2010

Handicapped child

Was blog walking tadi. And terjumpa blog kisah pasal anak istimewa, or the handicapped child. And tiba2 buat aku terfikir satu soalan. So it goes like this.


"Macam mana lah kan, one day, ditakdirkan lepas berkahwin, korang mengandung. And then suddenly, anak yang dikandungkan ada masalah and masalah tu menyebabkan brain damage pada baby. Doctor pulak bagi option. Either abort sahaja the baby or simpan baby tuh tapi possibilities untuk dia jadi handicapped sangat lah tinggi"


So, apa pilihan korang?


--------------------------


Well, this is my opinion. My opinion, hanya lah sebagai manusia biasa. 


The truth is, aku rasa option yang diberi, sangat lah tak adil sebenarnya. Tapi, apa pun, sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tapi Allah jugak penentu segalanya. Either abort, atau simpan, masing2 punya kelebihan dan kelemahan. Pendapat aku lah, sebenarnya aku rasa, agak tak adil untuk baby tuh bila kita lahirkan dia jugak, tapi dia terpaksa menanggung derita cacat seumur hidup. Bila dia lahir, dia punyai nyawa. Bila dia lahir, dia punyai rasa. Bila dia lahir, dia punyai perasaan. Agak satu perkara yang menyedihkan, bila terpaksa hidup serba kekurangan seumur hidup dia. Walhal, ada saja peluang untuk dia kembali ke pangkuan yang Maha Esa, tanpa perlu menderita. Tapi aku rasa, satu ketidakadilan juga, untuk kita merampas hak dia untuk hidup di muka bumi, kan?


Parents yang punya masalah macam ni, memang respectable. Kalau aku punya masalah begini satu hari nanti, tak tau apa yang perlu aku buat. Ikut kata hati aku sekarang, baik gugurkan sahaja. Buat apa nak biar anak tu tanggung derita seumur hidup? 


Tapi aku percaya, satu hari bila aku miliki naluri seorang ibu, mungkin memang aku tak sampai hati nak ambil nyawa anak sendiri. Who knows? :(


Berdoa agar Allah permudahkan hidup aku dimasa hadapan. Amin

Aku dengan confident nya dok bajet, minggu ni mampu nak study and siapkan assignment yang melambak2. Serius. Kunun minggu ni nak spend time mengadap buku. Konon lah. Konon. Selepas bersuka ria selama beberapa hari time raya. Tapi last2, aku ikut parents aku merayau, buat persiapan kakak aku nak kahwin. Ooo yeah baby. There goes my study. Kunun mahu study. Geez, those are only words. 


Anyway, tadi pergi usha perabot. Oh rambang mata. SANGAT rambang mata. Like to see those flashy perabot yang sangat menarik untuk mata memandang. Veryyyy nice okayyyy. Tak leh ar berhenti usha furniture sini sana. Gahhh, membuat aku jealous lagi sekali. Seronok akak aku dah berumah sendiri. Okay, best okay tengok dia. Usha katil tu, usha katil ni. Buat aku pun teringin nak beli rumah sendiri. Lepas tu dia sibuk hantar mms kat bakal husband dia yang sekarang masih beraya kat Melaka. Sibuk tanya dia berkenan ke tak lah tuh. Agaga. Aku sangat cemburu. Oiii, nak jugak rumah sendiri oiii. Tapi gila ah mau banyak duit pakai jugak tuh. Rumah baru. Hape perabot pun takde lagi. Gaji memasing pun baru nak stable. Hape sangat boleh beli time sekarang. Dah lah nak kahwin. Duit "ching ching ching!" cash out begitu sahaja. Credit card pun "zap zap zap" camtu. Gila oi nak kahwin. Duit hamek kau, terbang melayang-layang begitu saja. 


Esok lak, parents aku nak pergi rumah baru akak aku, nak tolong cuci2 kemas2 hape yang patut. Nasib akak aku baik ler, parents aku dah bersara. Boleh tolong macam benda bagai. Ada tenaga kerja tambahan adik2 dia yang dua orang ni. Hoho. Senang kerja dia yek. Tapi akak aku for the time being, mahu sewa je rumah dulu. Pasal dia masih nak kumpul duit nak beli rumah lagi besar. Mungkin beliau nak aim Semi-D kut. Sekarang sewa teres 2 tingkat dulu. Tu ayah aku kata tu, nak beli rumah, perlahan2 laa. Pasal memang beli untuk forever lah kan. So carik lah yang terbaik. Cis, aku pulak dah berangan untuk rumah sendiri. Kalau aku lah, nak jugak rumah yang ada laman yang luas dan lapang. Cuz, I loveeee landscape. Mahu rumah aku ada landscape cantek2. Macam kat farmville. I like! Tapi simpan dulu2 angan2 itu. Anda lambat lagi nak bina hidup sendiri. Sekarang makan pun mak ayah tanggung okay. Sila jangan berangan.


Oh, I am very sangat lah busy on the weekends starting from this week sampai lah the very next following weeks. 2/10 hingga 3/10 kakak aku kahwin, the following week pulak, 8/10-9/10, belah Melaka pulak. Ohoii, will have a very busy weekends. Sangat tak menarik *semput semput, tarik nafas panjang2*. Need to manage my time very the elok. Kalau tak, depleted lagi tenaga aku. Gahhh.


Okay, itu saja ramble pada kali ini :)

Urang Minang di facebook

Aku terjumpa facebook makcik aku, or also known as acu, or also known as to some of you, makcu. Adik bongsu ayah aku ni. And after lepas jumpa tuh, pe lagi, terus laa cerita kat ayah aku. Ayah aku pulak apa lagi, terus cakap buatkan dia facebook. Aku pun apa lagi, buatkan lah dia facebook. Memang kelakar lah ayah aku nak main facebook. Dia saja nak kacau adik dia sebenarnya haha. Aku pun tibai lah tolong dia sekali.


Aku pun stalk lah page makcik aku ni. Aku belum lah sudi nak add dia. Pasal apa? Pasal nanti kantoi lah aktiviti aku selama ni kat UIA haha. Padahal bukannya aktiviti haram pun. Tapi still, kantoi jugak lah certain aktiviti. Bahaya oh, mereka orang dewasa ini. Nanti buat malu aku sendiri je haha. 


Anyway, makcik aku, ofcourse macam ayah aku gak, orang minang. Sungguh tak leh blah, terjumpa ada gambar dia time kat Germany, ada nampak dia komen2 dengan member dia. Dalam bahasa minang. Ditegaskan, dalam bahasa minang haha. Okay, sebenarnya serius aku tak tahu camne nak kecek minang, tapi aku paham apa yang diorang cakap or tulis :



Her friendKnp Cikgu Rosli ckp Rosni keje cikgu. Betulke. Jika tengok personaliti dan identiti pasti akauntan. Lihat profesion dgn kat sekolah dulu lainlah patutnya saya yg jadi akauntan 

Makcik aku: Waang patut jadi dokto.Apelah abg den tu x tau adik kajo apo

Her friend: tau juo ka u , kecek minang, ingek balik German dah lupo kecek minang. tahniahlah kawan. ado laie saki baki urang minang dakeik German

Her friend: Ros, tahu tak dima pa ii si nana, apo cerito wei ea.



Paham tak pe yang diorang cakap ni? Meh ler aku translate satu2:


Her FriendKnp Cikgu Rosli ckp Rosni keje cikgu. Betulke. Jika tengok personaliti dan identiti pasti akauntan. Lihat profesion dgn kat sekolah dulu lainlah patutnya saya yg jadi akauntan 

Makcik aku: Waang patut jadi dokto.Apelah abg den tu x tau adik kajo apo
Translation: Awak patut jadi doktor. Apelah abg saya tu x tau adik kerja apa

Her friend: tau juo ka u , kecek minang, ingek balik German dah lupo kecek minang. tahniahlah kawan. ado laie saki baki urang minang     dakeik German
Translation: tau jugak kau, cakap minang, ingat balik German dah lupa cakap minang. tahniahlah kawan. ada lagi saki baki orang minang dekat German                  

Her friend: Ros, tahu tak dima pa ii si nana, apo cerito wei ea.
Translation: Ros, tahu tak kemana pergi si nana, apa cerita dia.

Har har har. Rupanya aku paham jugak bahasa minang ni. Tu lah makcik aku, kerja dah merata dunia tapi kecek minang lagi haha. Bangga dengan bangsa beb.














Aku bangga gak. Separuh minang, separuh nogori :)