Minggu ni minggu serabut. Dari sebesar-besar masalah, hingga sekecil-kecil masalah. Semua menjadi isu. Menjadikan hidup aku agak kelakar minggu ni. So am wondering, what sin I had done, that make me deserve to be "punished" like this. Tapi secara positif nya, orang yang menerima banyak ujian (dan hebat ujiannya), adalah antara mereka-mereka yang penyabar, dan Allah nak menguji keimanan mereka. Alhamdulillah, aku masih waras. Aku masih dapat berfikir dengan elok. Tak perlu orang lain pertikaikan, apa teruk sangat ke masalah yang aku ada? Teruk tak teruk, aku yang rasa, so aku tahu macam mana rasanya. Yang penting sekarang ni, I'll try to keep myself sane, cuba menjaga akal aku. Tak perlu dilakukan perkara tak sepatutnya. Setakat hanya berjalan seorang diri kemana-mana, dah cukup bagus untuk aku. Minggu ni, memang pelbagai benda datang bertimpa. Tanpa dipinta, tanpa diduga. So sekarang, jalan terbaik untuk hadapi segalanya, adalah dengan duduk diam2, tak payah fikir banyak sangat.
Serius antara perasaan aku sekarang is that, aku rasa sekeliling aku is going in a really fast pace. Sangat laju aku rasa. Sampai tak mampu nak gapai. Tak mampu nak capai semuanya. Aku hanya dapat perhati, sekeliling aku bergerak. Aku lambat mahu tangkap. Pending sedikit haha. Penyebab aku jadi stress, tak lain dan tak bukan, adalah sebab aku cuba nak capai kelajuan yang tak mampu aku capai. Aku cuba ikut secara laju. Terlampau laju sampai sesak nafas aku dibuatnya.
Dan kini, aku mahu melawan arus. Lawan dan terus lawan. Biar lah. Biar semua bergerak dengan laju, aku mahu terus dengan rentak perlahan. Perlahan sampai aku dapat menggapai diri aku sendiri. This is how we deal with life, kan? Begini cara nya. Biarlah mereka. Biar mereka dengan cara mereka. Aku dengan cara aku sendiri. Ye, aku dengan cara aku. Biar lah aku kayuh dengan perlahan. Kalau terlampau laju, mungkin terbabas, bukan?
Aku cuba senyum. Senyum pengubat duka, luka, segalanya. Bila senyum, hati sedikit sebanyak, rasa senang juga. Walau senyum yang terpaksa. Jangan diseksa lagi badan. Badan yang terlampau perlukan aura positif ni. Tak perlu diseksa dengan ribuan aura negatif. Be positive, Suhaila Roslan. Anda terlampau banyak aura negatif. Kurangkan negativity di dalam diri. Itu yang penting. Cuba senyum dan kurangkan berfikir.
Kau orang faham ke apa yang aku membebel ni?
Saturday, September 25, 2010
Bacalah kalau nak baca. Faham kalau mahu faham.
Semoga Allah dah janjikan aku minggu seterusnya penuh dengan kesenangan dan ketenangan.
Aku rindu kasih sayang-Mu, wahai Tuhanku...
Posted by su at 8:57 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)