Was blog walking tadi. And terjumpa blog kisah pasal anak istimewa, or the handicapped child. And tiba2 buat aku terfikir satu soalan. So it goes like this.
"Macam mana lah kan, one day, ditakdirkan lepas berkahwin, korang mengandung. And then suddenly, anak yang dikandungkan ada masalah and masalah tu menyebabkan brain damage pada baby. Doctor pulak bagi option. Either abort sahaja the baby or simpan baby tuh tapi possibilities untuk dia jadi handicapped sangat lah tinggi"
So, apa pilihan korang?
--------------------------
Well, this is my opinion. My opinion, hanya lah sebagai manusia biasa.
The truth is, aku rasa option yang diberi, sangat lah tak adil sebenarnya. Tapi, apa pun, sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tapi Allah jugak penentu segalanya. Either abort, atau simpan, masing2 punya kelebihan dan kelemahan. Pendapat aku lah, sebenarnya aku rasa, agak tak adil untuk baby tuh bila kita lahirkan dia jugak, tapi dia terpaksa menanggung derita cacat seumur hidup. Bila dia lahir, dia punyai nyawa. Bila dia lahir, dia punyai rasa. Bila dia lahir, dia punyai perasaan. Agak satu perkara yang menyedihkan, bila terpaksa hidup serba kekurangan seumur hidup dia. Walhal, ada saja peluang untuk dia kembali ke pangkuan yang Maha Esa, tanpa perlu menderita. Tapi aku rasa, satu ketidakadilan juga, untuk kita merampas hak dia untuk hidup di muka bumi, kan?
Parents yang punya masalah macam ni, memang respectable. Kalau aku punya masalah begini satu hari nanti, tak tau apa yang perlu aku buat. Ikut kata hati aku sekarang, baik gugurkan sahaja. Buat apa nak biar anak tu tanggung derita seumur hidup?
Tapi aku percaya, satu hari bila aku miliki naluri seorang ibu, mungkin memang aku tak sampai hati nak ambil nyawa anak sendiri. Who knows? :(
Tuesday, September 14, 2010
Handicapped child
Berdoa agar Allah permudahkan hidup aku dimasa hadapan. Amin
Posted by su at 10:05 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)