Benar. Sangat benar minggu ni aku bagai hilang punca. Apa yang dibuat, serba tak kena. Tak dapat dikesan pula apa penyebabnya. Yang penting, minggu ni, aku memang tertekan sangat.
Dan tadi. Ye tadi.
Air mata yang tak mahu turun dari hari itu lagi, turun juga akhirnya. Sangat laju, sangat deras. Dan turun, tidak kena pada tempat nya. Minta maaf banyak2 pada lecturer DSF aku, kerana terpaksa mengadap air mata aku. Tidak mampu dikawal lagi.
Dan akhirnya, tak mahu lagi mengadap semua. Tak mampu mengadap semua. Hanya Tuhan yang tahu segala. Langsung tak dapat nak diungkap dengan kata. Aku lemah. Aku jatuh akhirnya. Aku gugup tanpa bantuan. Aku perlu kan ketenangan.
Wahai Tuhan yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa, kurniakan kasih sayang-Mu. Kasihani lah hamba-Mu. Aku lemah tanpa bantuan. Aku tak mampu berdiri. Bagaikan patung, memerhati betapa lajunya perjalanan hidup disekitarku.
Thursday, September 23, 2010
Kembara aku mencari diri
First time berjalan sorang2, dari UIA ke Amcorp Mall. Sangat enjoy, rupanya, berjalan seorang diri. Aku hanya ikut haluan ku. Ke mana saja kaki ku melangkah, ke situ aku pergi. Tanpa ragu, dan tanpa perlu berfikir, menapak mencari haluan, mencari ketenangan hidup. Aku patut buat begitu lagi, lain kali :)
Oh, please ignore my previous posts. Aku sudah gilak time tuh hehe.
Posted by su at 7:11 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)