BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 17, 2010

Aku banyak cerita pasal kahwin. Baru aku sedar HAHAHA

Bila bestie aku bagitahu aku, baru lah aku sedar, dalam blog aku ni banyak cerita pasal kahwin. Baru aku sedar lah kan HAHAHA. Terima kasih cik Pika kerana menyedarkan aku haha. Aku tak sedar sebenarnya.


Okay2, semua2, jangan salah faham ek. Aku BUKAN desperate nak kahwin. Serius. Tetiba lak aku ada feeling mengatakan korang ingat aku ni desperate nak kahwin. Oh no no. Perasaan nak kahwin tu, ada laa. Desperate? Gilo kau. Okay. Mahu buat pembetulan di sini.
Antara sebab2 aku asyik cerita pasal kahwin ni, bukan sebab apa. Tak lain tak bukan sebab kakak aku nak kahwin dah ni. Terkena tempias beliau ler ni. Dah kat rumah aku ni, kejap2 cerita kahwin. Kejap2 lagi cerita kahwin lagi. Mana tak otak aku pun fikir, "Kahwin, kahwin, kahwin". Kena psycho dengan family sendiri ni haha.


Perbezaan aku dengan most of my friends lah kan, mostly mereka ni semua anak sulung, anak nombor dua. Paling2 jauh pun, dalam anak tengah lah. Anak bongsu agak kurang disitu. So mostly diorang punya siblings belum lagi kahwin. Tu yang takde pengaruh sangat nak kahwin tuh. Aku pulak. Ramai kakak. Sorang dah kahwin. Sorang on the way. Mana tak nye aku pun dok tibai cerita kahwin je HAHAHA. Mintak maaf lah rakan2. Aku tak sengaja asyik cerita kahwin je. Pasal bak kata aku lah, ini blog based on my current life, so ini lah yang aku bagi hehe. 


Aku rasa lah, ramai lelaki2 kat luar sana macam dah freak out dengan aku. Gila ah takut aku ajak dia kahwin ke hape haha. Tidak2, aku bukan begitu. Gila kau aku tak mahu perigi cari timba. Aku pun tak mahu kahwin terlampau muda. Aku mahu habis belajar dulu. Tujuan utama aku tuh. Siap elok kumpul duit dulu. Buat belanja kenduri. Buat belanja perabot. Apa kau ingat kahwin senang? Oh, tidakkk. Tengok. Aku cerita kahwin lagi. Sheeeeshh. Jangan boring oii, jangan lari dulu. Tak boleh lah weh. Main topic sekarang pasal kahwin hoho. So para lelaki sekalian, jangan takut oii. Aku takde nak ajak kau kahwin lah bang oii.


Nak suruh aku elak cerita pasal kahwin? Memang tak ah sekarang. Pasal saat genting nih. Akak aku nak kahwin dah. Mesti cerita jugak pasal kahwin. Alah, nanti surut jugak musim cerita kahwin aku. Tengok ah.




Padahal padahal padahal, aku rasa mesti penuh cerita kahwin jugak pasni. Korang layan je la ek =D

blog comments powered by Disqus