BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 16, 2010

Kemas rumah




Semalam pergi cuci rumah akak aku. Kat Seri Kembangan. Dipaksa mencuci. Haha. Tak lah. Aku yang memang volunteer nak ikut. Pasal saja nak tengok rumah tuh. Sebab belum pernah tengok lagi. Tapi before that, singgah dulu restoran arab kat cyberjaya, makan nasi arab. Erkk, kurang minat mungkin. Pasal nasi arab ni beriani kering saja. Not my taste. Even kat UIA banyak makanan arab pun, er, aku rasa cam malas nak pergi. Tapi dia punya cream caramel fuhhh, sebab gilos. Gila lembut, like when you put it in the mouth, terus cair kut. And the most important part is, dia tak manis sangat. Tapi mahal gila ah. 5 hinggit satu cup kecik. Tak pe, duit parents kan ada har har har. But everything else, biasa je aku rasa. Nothing special, well, mahal jugak lah.


Oh, process nak kemas, sapu, simbah2 air, cuci2, gosok2, semua2 sekali ambil masa dalam 3 jam jugak lah nak siap. Tenaga kerja: 5 orang. Korang siap boleh nampak dalam pic, my dad pegang penyapu and MENYAPU sekali. Kalau kat rumah sendiri, memang haram ler beliau nak buat haha. First time jugak aku tengok beliau menyapu. Selalu alasan kelakar dia bagi: mak dia dulu2 tak ajar menyapu. Haha, banyak je alasan ayah aku ni. Oh, ye. Cakap pasal ayah aku, aku rasa aku tahu kenapa dia dikurniakan anak perempuan semua. Pasal apa? Pasal dia pandai nak melayan perempuan. Kaki kuat mengusik. Tu ler ayah aku. 


Rumah akak aku ok lah, boleh tahan. Tak besar sangat. Dua tingkat. 4 bilik tidur and 3 bilik air. Tapi bilik tidur dia quite kecik lah. But still, okay lah untuk pasangan baru nak kahwin. Siapa sangat lah kan nak duduk rumah tuh. 2 orang je kut. Anak2 pun tak ada lagi. So, okay sahaja rumah tu aku rasa. Even dah ada anak pun, still okay rumah tuh. Pasal bilik pun banyak. But still, mereka sewa sahaja semata. Nanti nak beli rumah baru jugak. 




Nak rumah sendiri! Nak jugak! Nak jugak! 

blog comments powered by Disqus