BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 27, 2011

Bersih 2.0

Sekarang ni tengah sibuk pasal perhimpunan Bersih 2.0. Merata2 kat internet orang ajak join bersih ni. Aku, of course,TIDAK berminat dengan benda2 macam ni. No offense, takde bagi faedah kat aku hahaha. So, yeah, malas nak ambil tahu pasal bersih ni. Cuma nak pesan laa kawan2 yang nak join bersih ni, bak kata pihak Oh! Media : 


"Siapa yang join demostrasi BERSIH tu nanti, pastikan bila dah selesai, keadaan sekeliling pun BERSIH sama ya. Jangan tinggalkan sampah bersepah lintang pukang pula. Baru kena dengan nama BERSIH. Kebersihan itu adalah separuh dari iman, dalam segala hal."


Jangan tinggal sampah. Buat kotor negara aku je haha.


Anyway, kongsi serba sedikit lah pasal perhimpunan2 ni semua. Ayah aku dulu, time masih mahasiswa lagi, pernah join jugak perhimpunan haram ni. Ye lah, orang muda lagi kan. Saja nak try konon nya. Teringin gak nak rasa apa semua demonstrasi ni semua. Dia pun join lah time Anwar Ibrahim buat perhimpunan entah tahun bila aku tak ingat. Dalam era 70-an kut. Time ayah aku masih belajar. 


Ayah aku cerita, dia menyesal join perhimpunan ni. Sebab apa? Sebab tak memasal dia dan rakan2 dia kena tangkap, lepas tu amek kau, sumbat masuk penjara. Sumpah nyesal join! Bak kata ayah aku lah haha. Dia kata apa ingat ingat best dok penjara? Walau hanya sehari. Sehari je kut dia kena tahan. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Aku pun tak sure macam mana banduan di layan. Tak silap aku lah ayah aku cerita, dia kena kencing kat dalam sel penjara tu jer. Makan pun entah apa2. Memang gila teruk ar pengalaman masuk penjara tuh. 


So nasihat aku kat korang, takyah lah kot nak testing masuk penjara. Pikir 2-3 kali ar. Melainkan korang nak rasa pengalaman lain dari yang lain hahah. Buat siapa2 yang berminat nak join bersih tu, aku nasihatkan berhati2. Jangan sampai kena tangkap polis. Boleh jadi pengalaman paling berharga nak cerita kat anak cucu nanti haha.

Sunday, June 26, 2011

Consider my thoughts too

There are sometimes when I gave out my opinions on issues regarding on love, or coupling, those things in that scope, my opinions were perceived as ya know, "Oh, that's not right", or "Oh, you are wrong", "Oh what ya know, ya still haven't experience love". Words like that. Duhh. The things is, yes I don't have experiences. I don't know much about love. But then, honestly, though I don't have the experience, never treat me like I know nothing. I maybe not as experienced as you are, but I'm standing on the natural side right now. I am not blinded by love currently, like you are. So, there's a probability that my opinion is far more better than yours, or any other more experienced people. Am I right? Wrong? No? So yeah, consider my opinions too. I don't force you to follow my way. Just take that as an option. 


Just my 2 cents.

Friday, June 24, 2011

Our Video :)



Our Human Computer Interaction video. Acted by us. Enjoy ;)

Friday, June 17, 2011

Please, stay as my past.

Cuz you are the past. 
Past should remain to be the past. 
Should not be in the present, nor shall it be in the future.

Please, stay as my past. 
I don't want you anymore in the future.






Still reminding myself from time to time 
*Sigh*

It's not you that I miss, it's the memory that keeps recalling itself back, over and over again.

Wednesday, June 15, 2011

Penggodam salah faham niat "baik" kerajaan.

Link: Penggodam salah faham niat baik kerajaan


Rais Yatim's statement raised my concern. Niat baik kerajaan? What? Well, hello??


Seriously aku cakap lah, kenyataan macam ni macam meminta-minta untuk kalah dalam pilihan raya akan datang. Aku bukannya penentang kerajaan sebelum ni. I am natural. I wasn't really into opposition nor the government. Tapi bila government dah kacau hak asasi aku sebagai pengguna internet, patutkah aku marah? Aku rasa patut. Tiba2 je diorang buat aku rasa macam nak pangkah pembangkang untuk next pilihan raya ni. Remember, me and most of the downloaders are already eligible to vote for the PRU. You guys messed with us, serve you right. You'll see what will happen when you poked thousands of youngsters. This ain't right ya know, ain't right. 


All right. Aku pengguna Unifi. Mungkin bukan lah pakej termahal sekali, tapi still, aku bayar agak mahal. Kami dijanji dengan janji2 manis gila ah konon2 boleh download gila pantas tak sempat kelip mata dah siap download. Tapi kalau website download pun dah kena block, hape nak download haaa? Rasa kalau aku repot polis sebab kena tipu dengan unifi diorang terima ke tak?


Just aku nak komen lagi satu lah, pasal mereka kata file sharing websites ni illegal websites. Gila damn stupid weyyyy. File sharing websites and P2P are NEVER illegal. The illegality surfs out bila benda yang di download itu adalah benda illegal. Yang bodoh benar nak pergi ban satu website apekehal? Bengap sangat? What about those innocents people who need some good stuffs out there where they can only get them from FS sites? Also some open source stuffs like ubuntu, where easily can be download from there. 


Isu pasal hackers luar negara nak hack website negara kita. Terus terang kata, aku tak suka sebenarnya. Sebab aku tahu consequences yang bakal terjadi kalau mereka berjaya menembusi sekuriti kita. Mereka black hat. Mereka jahat okay. They can messed up dengan rahsia Malaysia jugak lah sebenarnya. Tapi bila dah kerajaan dah bodoh sombong macam ni, aku tak mampu nak kata apa2. 


Artis Malaysia kata nak suruh kita beli original stuffs mereka yang kualiti gila "baek" punya. Kah kah kah gelak besar aku la. Statement paling kelakar pernah aku dengar. Siapa jer nak create torrent untuk korang encik2 artis malaysia oii. Sapew jewwww? Kalau ada orang create, rasa2 ada orang nak seed dengan leech tak? Rasew cam takdew jewww hahaha. Dah tu, dan2 gini pulak mereka nak ban jiwang.org. The only active website selain 4shared yang ada local music. The ONLY place muzik2 malaysia mendapat nama dan tempat. THE ONLY OKAY. Kat sini nama artis Malaysia naik menggunung. Kat sini tempat korang promote lagu semua. Kat mana je lagi orang dengan rancak nya promote artis Malaysia? Sini je lah sumber utama, well atleast untuk aku lah. Aku kelakar rasa bila mereka kata kalau kita download, album mereka tak laku nanti. Okay here, honest confession from me, aku pernah okay beli original album kumpulan2 Jpop Jrock dulu. Aku tak kisah bazir beratus2 ringgit semata2 nak sokong artis kesukaan aku. Sebab aku suka mereka. Aku rasa mereka berkualiti. Berbaloi untuk aku beli. Bukan berpuluh ringgit, beratus malah mungkin capai tahap ribu pernah aku belanja untuk beli original stuffs. And the best part? Aku download jugak mp3 mereka. Aku ada collection mp3 mereka in my laptop even aku dah beli original. Just for my satisfaction. I am proud to say, aku pernah beli original stuffs. Bila dah ada penyokong, bila betul korang ada kualiti, takkan kalah punya korang kat cetak rompak dohhh. Nak salah kan siapa? File sharing gak? Memang bodo gila.


Dah malas nak cakap. Ini mungkin antara entri last aku akan sentuh pasal isu ni. Kalau betul kerajaan tamau tarik balik arahan blocking websites, terus terang aku kata, aku nak pi unifi punya center, nak maki diorang pasal tipu aku dulu pastu aku nak diam2 dalam gua macam orang zaman batu dulu2. Dah bye.


Oh ye , aku download assignment kat MU pun jenayah siber gak ke? Tak kan? So STFU.

Nak lepas geram

Aku tak faham apesal artist2 ni semua yang nak menyebok gila suppot MCMC (or SKMM) ape jadah nya ni tah. Bukannya diorang ada kena mengena pun. Ooopss!

Guys, seriously, file sharing websites, ada kena mengena dengan korang? Ada? SERIOUSLY ADA? Aku rasa aku tak pernah sekali pun download lagu artist Malaysia kat file sharing websites. So why the f*ck korang sebok gak nak suruh ban websites file sharing HAH? Ada kacau periok nasik korang ke? Korang ban lah camne pun, rendah tu jugak lah jualan album korang pffft! Kualiti pun tabley pakai. Konon2 ni je la cara nak sekat cetak rompak. Kepala hot@k anda lah.

Ni laa antara sebab aku makin nak anti artis Malaysia. Mereka yang mintak. Sapa suruh. Dengan ada lah seorang dua artis kurang ajar gila dok sibuk panggil peminat anjing. Then ni pulak. 

Norman KRU tu pun sama lah tu. Nyesal oii aku gi tengok Merong Mahawangsa kat wayang dulu. Menyesal gila sokong industri filem tanah air. Ni yang diorang bagi kat kita ek? Memang mintak kena boikot produk lah camni. Iskk serious geram lahh.


Korang block file sharing websites tu, tak fikir consequences ke? Camne kat orang yang dah langgan premium MU tu? Camne kalau orang nak download assignment ke, nak upload kerja ke apa. Bak kata diorang, pasni nak hantar file, kita kena guna pos laju lah camni. Hantar hard disk haha. Diorang ni memang tak pikir langsung lah.


Dah ar menyampah gila. Bye.

Tuesday, June 14, 2011

I used only paint hahaa

This is what I did untuk project HCI. Redesign back machine tiket untuk LRT. I draw all of these using only paint laa. I seriously dunno how to use photoshop haha
 1. Select station
 2. Put in your money
 2. Take your ticket
4. Take your changes. Coins and also the notes

Done! :D

Gila ah tak sabar nak tengok full video of our acting heee~

Akhirnya kena block jugak websites download :((

Hari ni baru officially Celcom Broadband aku dah block almost semua websites download yang aku suka pergi. Bodo bodo bodoooooo gila. Tapi mereka memang terbukti bodoh gila jugak lah sebab orang sekarang makin pandai. Just one click dah boleh bypass semua blocking. Sheeessshh. 


Tapi still la, kau bayar memahal nak main fesbuk jer? Pala hot@k gak lah. Unifi, aku tak sure diorang dah block ke belum. Tapi kalau dah start block, memang aku nak suruh ayah aku terminate ah unifi. Pas ni kita semua pakai dial up. Beeeep beeeep beeeeep. Puas hati. Kalau takat nak surf facebook je. Pfffffffttttt!


You know what mr governments? You are calling many youngsters to vote for the opposition. Serve you right for doing this to us. I wasn't really into opposition actually but now by doing this you might been losing 1 vote from me. Think twice please, think twice. Or else this coming election, you'll be gone like forever. 


For those yang nak tau cara mudah untuk bypass, you can go here: http://komputer.my/?p=243


Nice for the government. Tunggu je lah hackers menyerang balas. Just wait for that!

Monday, June 13, 2011

Shooting for HCI project

So yesterday went for a shooting. Shooting budget rendah haha. Untuk project HCI sebenarnya. Pakai dslr je pun nak rakam video. Kena buat video ala2 iklan to promote good and bad design. We did all of the shooting all in 2 days only. Since tak cukup masa. Anyway layan je lah our picture here heee~


Crews pada hari pertama. Shera, Me looking fat, Ain, Qilah, Nina, Zati, Lat and Nana

Ain, Me, Shera, Aqilah kat surau

Me looking skema hahah

Aqilah
Ain
Shera the camerawoman heee~

Anyway, thanks guys for the hard work. Hopefully this ads will turn out to be good :)

Sunday, June 12, 2011

The new follower

Hari ni aku perasan blog aku bertambah seorang lagi follower. Nama Shahriza Mahmud. Seems familiar to me. Dia follow ikut twitter, bukannya blogger. Then aku bukak twitter dia. Scroll dari atas sampai bawah. *Reaksi terkejut* ecece dramatik pulak haha. Rupanya salah seorang pelakon zaman dulu2. Padan lah nama familiar, muka pun familiar. I'm not really sure why she follows my blog, but it's an honor for someone who has the name in Malaysia, follows my blog. Aku memang kenal dia pasal aku ni rajin jugak ikut drama and filem Melayu dulu2. I'm not sure if she is familiar to you guys, but here she is






Though I don't know what attracts you to follow my blog, I just wanna say: thank you for following :)

Thursday, June 9, 2011

My high school: SMK (P) Sri Aman

Well, after leaving school for almost 5 years, I just finally feels like writing something about my dearest high school, SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya. An all girls school. A place where I grew up, a place where I fall, and picked my self up again. Eceh, malas nak jiwang pasal sekolah haha. Kita mulakan pengenalan sekolah aku dengan lencana Sri Aman


"Berusaha Kemedan Jaya". Slogan kot? Entah aku pun tak sure. Tapi warna rasmi Sri Aman ni ungu dan kuning. So warna ni agak sensitif untuk aku. Aku nampak je orang pakai purple and yellow, mesti aku terpikir sekolah aku punya ah. 


Ni dewan sekolah aku sekarang. Sudah di cat baru. Penuh dengan perkatan yang aku rasa macam pelik jer. Maklum lah sekolah aku sangat bangga bila tergolong dalam kumpulan pertama sekolah cluster. Bersejarah dewan ni. Banyak citer antu hahaha.


Sekolah aku ada stokin nya sendiri. Kena beli kat koperasi sekolah. Tak leh pakai stokin lain, nanti kena halau haha. Tapi stokin ni lah yang kami bangga-bangga kan. Tak caya? Cuba google pasal Sri Aman, mesti gambar stokin ni ada keluar sama. Pastu, kami pun ada seluar track sendiri. Aku punya seluar dah rabak haha.


Ni gambar masa aku reunion dulu. Honestly, aku sebenarnya tak rapat pun sangat ngan bebudak ni. Well, since, aku kinda anti-social, and isolated sikit masa sekolah dulu. Tapi aku pergi jugak reunion. Memandangkan aku nak teman best friend aku pergi. Takpe, rela je nak pergi. Ni baru sebahagian lah. Ramai couldn't make it. Sebab mereka ramai sudah fly pergi overseas. Budak2 Sri Aman ni suka belajar kat overseas. Aku tak tau kenapa. Hampir separuh dari mereka belajar overseas mak bapak yang tanggung. Sebilangan kecil je under JPA ke apa. Trend? Entah.


Tu je lah kot dulu serba sedikit pasal sekolah aku. Tiba2 macam malas nak tulis panjang2 haha. Anyway, my school is a girl school. So, it's kinda a heaven for the guys haha. And siapa yang tak kenal tradition sekolah aku, mesti ingat kami ni semua gedik2 belaka. Oh tak. Tak jugak lah. Kami tak segedik yang disangka. Cuma separuh je. Haha. And we like to cheer, and sing. Itu semua tradisi kami. And also jerit2 sampai nak terkeluar anak tekak. Kalau siapa masuk sekolah kami tanpa mengenali siapa kami, mungkin akan ada sedikit kejutan budaya. 


Tiba2 aku rasa entri ni macam boring. Tak kisah lah. Penat tulis, publish je lah kan. Rugi je aku taip panjang2. Nanti lah kalau rajin aku tulis lagi pasal sekolah aku. Daaa~


sumber gambar: google je

Tuesday, June 7, 2011

Bila blog aku popular sementara

Esok aku ada mid-term pun, aku sempat lagi jugak jenguk2 blog saja nak update. Saja nak buat satu post menyusul lepas post aku yang boleh tahan hebat sambutannya. At first, memang takde niat pun nak naikkan trafik blog dengan posting tu. Tapi tu lah, rezeki kut post yang tu dapat sambutan. Ramai pulak yang minat. Memandangkan isu ni dah reda, boleh lah aku saja nak post carta apa yang dapat dengan satu post yang agak hangat tu. 


First sekali, kat post memang lebih dah 1000 orang like. Bila dah betul2 reda ni, post tu dapat kumpul in around 1565 likes. Banyak tuuuu. Serius banyak untuk aku. Kejutan budaya kejap dengan dengan benda macam ni haha. As all know, yes, aku bukan jenis commercial blogger. Aku bukan jenis blogger yang memang ramai peminat ke apa. Aku blog untuk tujuan peribadi. Saja kepuasan diri. So bila tengok macam ni, aku speechless kejap. Speechless lama gak lah haha. 
Secondly, traffic aku naik mendadak. Sangat mendadak, I tell you. You can see it from the graph. Last month je dah 5000 lebih unique visitors. Dengan almost 9000 views. Selama ni beratus je lah yang aku dapat. Mana main ribu riban ni haha.Ni lah paling banyak unique visitors yang aku dapat.


Third, bila aku bukak je blog, mseti ada lah lebih dari 10 orang tengah online jejak kaki kat sini. Naik takut aku tengok. Ye lah ni kan blog peribadi. Sape je nak datang menjenguk. Paling2 kawan2 aku je lah haiii. Ni celah mana rasa macam satu Malaysia pulak datang baca blog aku hahah.
Fourth, komen2 kat post mencecah 100 lebih. Aku mana lah pernah ada komen sampai seratus lebih oiii haha.


Fifth, mau 20 orang gak lah add aku kat facebook. Sebelum ni ada jer readers aku add. Tapi tak sebanyak ni oiii.


Sixth, artis pun ada promote blog aku. Aku tak dapat nak tunjuk bukti, tapi bila aku stalk, diorang kata Aye P.O.P promote post aku yang tu. So I was like, aaaa. Hahah. Aku tak tahu lah Mila dengan Rody singgah ke tak. Takpe, tak penting pun mereka tuh dalam hidup aku ahhaha. And oh, blog aku di promote merata kat dunia internet. Facebook, twitter, fanpages. I found everywhere, like veryyyy everywhere. Aku kan stalker. Mesti aku tahu kat mana blog aku dah pergi. haha


Seventh, followers aku naik mendadak. Dari hanya 50 something, ke 107. Lebih 50 orang gak lah follow aku sebab one post saja. Ok lah tu, sebabnya, aku ni bukan jenis rajin pergi blog orang tinggal tapak kaki. Komen2 apa semua. Kadang2 je aku buat. Kalau rajin. So dapat followers banyak ni? Ok lah untuk tahap aku haha.


Anyway, saja je nak tunjuk benda2 ni. Bukan selalu aku rasa jadi feymes ni hahah. Aku buat posting ni semua untuk kepuasan diri, bukan nak cari readers. Aku punya prinsip senang je, kalau suka sila like, kalau benci tutup je. Tadehal. Takyah heboh2 nak benci2 post aku lah, apa lah. Kalau nak benci, pi main jauh2. Sebok semak kat sini watpe kan?


Jangan pelik lak aku buat post ni haha. Gila glamer ke apa budak ni kan? Own satisfaction, that is. Anyway, teruskan baca blog aku kalau suka. Kalau tak suka, tak apa. Blog ni tak memerlukan orang macam anda. Okay, entry ni siap dalam 30 minit. Bazir dah masa study aku 30 minit. Haha.

Sunday, June 5, 2011

First day training at True Fitness. Best!!

So today I went to True Fitness. From my last post, I said that I got free one month pass to True Fitness. Ohhh gosh. Memang ah aku ni muka first time pergi gym, muka first time pakai trainer haha.


Anyway, first day was fun! But, a total tired day. Like, seriously. Harkk o_O. You guys should to go to gym with a personal trainer, you'll know what I mean lah kan.


First sekali bila masuk, kitorang try looking for the personal trainers. Tak jumpa. Then kitorang tibai panggil this one senior personal trainer. Ah lantak apa, even if we got it for free, we are still potential customers lah kan. Anyway, got this one guy, his body was like, whoaaa, veryyyy buff I tell you. Muscle ketul2 ala2 bouncer gitu. Scary jugak. Anyway, dia yang assist us first lah kan. 


Dia bawak guna this one machine aku lupa nama dia apa. Tapi just for warm up. Kitorang pun guna laa that machine. Then lepas that guy cakap2 terang2 semua, dia mintak diri kejap. Menghilangkan diri. Kitorang pun teruskan dengan machine tu. Wa cakap sama lu, penat siot. Even buat 10 minutes sahaja, still, non-stop. Itu pun nasib dia kata 10 minutes je. Before that dia kata kena buat 30 minutes. Gila kepala hot gak ah haha. Pastu, that guy brought 2 guys with him. Dia cakap nanti these 2 guys yang akan assist kitorang. Kira macam pangkat rendah sikit ar. haha. Tak kesah lah janji ada trainer. 


Oh pasal trainer aku. Muka dia, aku nak describe sikit, lebih kurang macam Dafi Af5 but in a macho way. Muka dia agi macho ar. Serious I tell you, comel je dapat trainer camtuh hahaha. Dah aa badan boleh tahan sasa nya. Okeh2, guys, aku tak gatal ok. Arghhh, jangan ada salah faham haha. Biasa lah girls. Talking about hot guys is just soooo our thing. 


Lepas dah habis guna that machine, diorang bawak kitorang pergi cam fizikal training gak lah. Aku siap kena lompat bintang apa semua bagai. Lama oii tak buat camtu since high school I might say? Ah, yes. Lama gila tak kena force. Dia jenis aku tak leh berhenti buat tu selagi trainer cakap jangan berhenti. Zzzz. Memang dia perah tenaga aku habis2 kot. Elok lah kan. Aku baru exercise 20 minutes pun dah menguap tahap apetah. Ni kira brute force gila ah dia pergi buat macam ni. 


Aku sebenarnya rasa, dari kau bazir2 beli jusmate apa semua bagai, baik lah bazir duit pergi personal training ni. Serious weh. Banyak tips aku dapat. Ada a few tips lah. Camne nak buat abs semua. Dia kata kalau kick-boxing lagi bagus untuk lose weight dari jogging. Since dia kata kick-boxing tu high density. Lepas tu dia kata, kalau masa angkat beban, example, angkat berat, you need to exhale time angkat beban, and inhale time lepaskan beban. That's why kalau kau tengok ah kat drama apa semua time dia exercise dia macam "fuh, fuh, fuh" time training the arms ke apa. Baru laa aku tahu apa kena buat. Serius tak tahu sebelum ni. Lepas tu dia tanya, kenapa badan sakit lepas buat exercise? Aku macam errr tak tahu ah kan. Then dia kata sebab tisu2 kita koyak semua. Muscle baru nak fit. Tu sebab sakit. Nak kasi elok, kita kena rehat 48 jam then kena makan banyak protein. I was like, "oooo." Siap buat muka terkejut time dia kata tisu terkoyak tu hahaha.


Anyway, about the guy that I mentioned earlier, it was kinda hard to talk to him in first few hours. Entah lah, dia cakap perlahan ke, or aku yang pekak haha. Dia cakap je, I was like, " hah? hah?". Pekak seyh aku haha. Tapi dia memang bagi banyak tips ar. Dia ajar camne nak guna machines semua. Dia sebut lah segala bagai punya muscle. Triceps, biceps, quadriceps, sep sep sep, bom, bom, bom. Tah apa tah demm, biology lama gila aku tinggal haha. Bukan aku paham pun segala bagai punya ceps tuh haha.  


Sempat lah borak sat dengan dia. Dia kata kat aku, dulu dia gemok. 105kg. Aku macam, "Ehhhhh, tak percaya lah". Pastu dia kata betul dulu dia gemok. Then dia raba2 poket dia macam cari benda. Pastu dia, ala tak bawak wallet, ingat nak tunjuk gambar. I was like, okay takpe lah. Lepas tu dia kata dia ambil masa 3 bulan jer kot nak kuruskan badan. From 105kg to 75kg. In 3 months. I was like, whoaaaaa lagi hahah. Aku borak dengan dia tak leh pandang lama2. Hensem benau ehhh. Tergoda mak, nyahhh. Hahahah. Tapi tu lah. Macam aku cakap kat Qilah, orang camtu konpem ada girlfriend punya dah. Mak saja je nyahh, takde keja cuci mata  lah hahah.


Then kitorang teruskan lagi senaman semua. Lepas tu, sampai lah time kena measure weight semua. I was like, oh damn.Timbang berat ni yang lemah ni haha. Anyway, timbang berat semua. Total mass, fat mass, muscle mass, ape2 lagi lah. Berat aku XXkg. Yeahhhh. Terbaik lah tunjuk berat camtuh kat lelaki hahah. Malu bhai, malu mak oiii. 


Lepas tu dia terang lah semua pasal total weight aku. Aku hangguk2 je lah. Then lepas tu sempat lah borak2 agi. Dia pun time tuh keluarkan wallet dia. Tunjuk gambar dia time dulu masa gemok. Tunjuk lesen memandu dia time L, P semua. Woishh serius lain muka dia time gemok. Kembang gitu. Makin lama makin hensem. Agak2 kalau aku kurus sikit, aku boleh jadi makin lawa tak? hahaha. Lepas tu dia cerita lah dia dok Shah Alam. Dulu dia sekolah sains sukan. And lepas tu sambung belajar kat UM kot? Tah aku pekak haha. Then dia kerja kat Shah Alam. Lepas tu dia tukar jadi trainer nak kumpul pengalaman. Kerja lah kat PJ ni haaa. Lepas tu dia kata dia ni dulu dalam team Harimau Muda. Dia tanya, tau tak Harimau Muda? Aku macam, aa tau kot. Harimau Malaya tu team Malaysia, Harimau Muda team junior? Camtu lah kot hahah. Aku tibai lah cakap tau. Dia pun kata sekarang tengah off season so dia tak main lah. Kalau dia dipanggil, baru lah dia sambung main. Camtu lah. Oh lupa. Dia sebaya aku je. Time aku gitau birth date aku semua. Dia kata oh, sebaya lah. And nama dia Iqram. Then lepas tu dia cakap amek lah no fon dia, senang nak tanya apa2. Aku cam, eh takde henfon lah. Henfon dalam locker. Pastu dia pun tulis no fon dia atas paper tuh. I was like okay. Then dia pun mintak diri cakap dia ada meeting. Pastu dia pergi then dia sempat lambai tangan kat aku.


Hahahah. Aku kumpul cerita fairy tale lagi. Qilah lah cakap ni. Dia kata aku punya kisah semua macam fairy tale. Bunyik je cam fairy tale. Durian runtuh lah ni. Serius oii mak cakap ni, bukan senang nak suruh personal trainer yang HENSEM, BODY CANTIK, SPORTS MAN PULAK TUH, assist kau dalam training. Almost 2 hours pulak tuh. Tapi tu lah, kisah2 fairy tale je banyak ni. Cinta sebenar masih belum jumpa hahaha. 


Tak kisah pun lah haiii. Aku orang2 hensem ni, aku pun tak ambik pot sangat pun. Sebab orang hensem biasa berkait rapat dengan playboy. So yeah. Aku tak berapa suka orang hensem. Tapi yang ni memang kisah ala dalam anime lah hahaha. Tak kisah janji aku rasa kisah anime tersebut wakakak. 


So yeah abang hensem. Kita hanya bole berjumpa sebulan. Tu pun pasni takde dah kot personal training. Pas sebulan ni harapan lah kot nak jumpa lagi. Babai abang hensem T______T


HAHA. Kthanxbye!

Saturday, June 4, 2011

I got free pass to True Fitness!

Around 2 days ago, I got a call from someone I don't know. Tiba2 je lah dapat call. So aku pun jawab lah call tu. Then rupanya aku dapat tawaran free one month pass untuk True Fitness. I was like, "Woahhh, peluang keemasan ni jangan lepaskan". Biasanya kalau ada tawaran semua aku macam, " Err, no thanks. Saya tak berminat". Tapi untuk tawaran ni aku sempat berfikir 2 kali jugak lah. Nak ke tak nak? Last2 aku, "Okay, boleh lah". Because I was like, alah pergi je tengok dulu. Mana tau betul2 free ke apa.


Oh, lupa nak cakap. Apa itu True Fitness? Ni dia True Fitness


So the appointment was made. Not really was made. They gave me the date lah. Which is today. Boleh datang anytime dari pukul 11.30am-9.30pm. So aku sempat lah melenggang lenggok kangkung pergi kenduri dulu kat Kajang semua. Then lepas tu baru pergi True Fitness which is located at Jaya33. I was em, kinda hesitated to go in at first. Cuz ya know, Jaya33, I've never been in there even once before. Tempat agak expensive jugak lah Jaya33 ni sebenarnya. Aku ni dah lah student lagi. Nak kata kaya? Hujung tanduk je lah haha. Then tak kisah lah apa, aku approach jugak orang kat kaunter tu. Aku tunjuk sms yang aku dapat, then dia suruh aku register dulu. Oh lupa, aku boleh bawak sorang kawan jugak lah kat situ. So I brought my sister.


Lepas tu ada sorang this Indian guy, dia approach us. Dia kira macam consultant kat situ. Oh, sebenarnya kat sini macam ada sikit isu jugak lah. Since aku ni Muslim, and yeah, he is a guy. Dia approach us then suddenly, dia hulurkan tangan dia nak salam kakak aku. Kakak aku dah macam... teragak2 nak sambut huluran salam tu. Then dia hulurkan tangan kat aku pulak. Oii terketar tangan nak sambut salam dia tuh. Serius. Mungkin lah that Indian guy tak faham yang orang Islam tak leh salam bukan mahram nya. Aku dah macam, arghhh. Takpe lah. Tskk, kau buat aku lap tangan aku banyak kali kat kain haha. 


Anyway, sambung balik. That guy cerita lah pasal True Fitness ni. Bla bla bla. Then lepas tu, dia bawak kitorang touring satu True Fitness. Sekali lagi aku whooaaa kat situ haha. So yeah, without any condition ke apa, yes it's true. I got one month free pass to enter anytime, anyday I want to True Fitness. Whoaa, whoaaa, whoaaaa. Bulan jatuh ke riba okay. Tak, tak. Durian runtuh okaaaay! Gila best kot! Since it's one month free of charge.


That guy pun bawak laa kami touring. Tunjuk semua alatan kat situ. Even ada Hot yoga and cold yoga kot amenda tah. Lepas tu dia bawak pusing, nampak lah ramai jugak tengah workout. Pusing2 semua. Then ada bilik sauna kat situ. Aku seriyes tak pernah masuk bilik sauna kot. So aku pun try masuk tengok. Oh gila jakun haha. Then dia bawak naik atas, ada this one kinda huge swimming pool siap ada spa lagi. And that guy says almost all of the equipments are free to be used heee.


Ok, nak cakap lagi kat sini, aku dapat free kot! Free of charge. Tak tahu rezeki dari celah mana datang. Tiba2 dapat phone call kata free lah kan hehe. 


So yeah people, tomorrow I'm going for my first day. Let's see if it's fun or not ;)
Hopefully it will be fun :D

Friday, June 3, 2011

Gambit oh gambit

Terima kasih lah sebab kau insert perkataan bloggers kat situ. Dari orang tak berminat dengan hal kau, terus bloggers semua dah touching dah dengan post kau ni. Shall I say, middle finger to you to? Nahh, felt stupid just by saying that. Gambit ni director baru nak up kot. Sorry to say aku tak kenal sebenarnya sape Gambit ni. Tup tup bila tengok the video that he have made, mak aihh. Lucah gila untuk tontonan public. Aku tengok siap forward2 takut mak aku ingat aku tengok porn ke hape. Macam tuh sekali tahap video kau. Very low dude, very low. Dah lah tu, bila buat salah bukan tahu nak mintak maaf, bukan tahu nak mengaku salah. Tak sure lah kan, tapi sepanjang aku stalk page dia, tak nampak lagi perkataan minta maaf dia tu. Macam gila bangga buat video macam ni lah kan. Memalukan sebagai orang seagama dengan dia. Dan nama dia pun Saifullah, bermaksud pedang Allah. You have betrayed your name. Tak malu ke?
Siap kata narrow mentality. What so narrow by being a slave of God and obeying His words? Is that narrow? Obeying your GOD's word is NARROW? Kau agama apa ni? Oh lupa, kita kena jadi macam Americans, buat video lucah semua, konon2 hubungan suami isteri kena tayang satu dunia. Itu baru tak narrow kan? Kan? Pfffttt.
Oh hahaha. Shit lah wey sorry to aku masih belum pernah sekali pun guna duit nuffnang aku tu. Apetah lagi when you said that "This is what they do for living". What? What? Banyak benor ek untung nuffnang aku siap emphasize "for living" tu? Macam kalau takde duit nuffnang tak leh hidup ek? Aku jadi blogger lama dah, hidup je aku lagi walau hanya dengan pakai duit ptptn hahaha.


Serius aku sebenarnya tak berminat langsung nak tulis pasal kau ni. Tapi you poked bloggers kay. Means that you poked me too. And you poked thousands others. Adoii lah. Perangai tak leh nak lagi bijak lah kan. Berpada-pada bila menggunakan kata-kata tu. 


Oh yeah very nice because you have popular in such a wrong way :)


p/s: aku memang tak mahu letak video dia buat kat blog aku. cemar duli blog aku je. huh.

Thursday, June 2, 2011

Fanpage Malaysian kena hacked kat facebook

Aku dah belajar ICT or IT ni macam tak lama jugak lah. Campur matrik setahun, campur aku baru masuk third year kat UIA ni, kira baru 3 tahun aku belajar ICT ni. Tapi terms macam Black Hat, White Hat, hackers, crackers, ni semua time matrik lagi dah kitorang dah belajar. Basic terms gitu.


Ni banyak kes berlaku fanpage kat facebook kena hacked ni, baru aku recall balik every terms yang aku pernah belajar. What hackers mean, what crackers mean, everything. 


Aku sedikit sebanyak, salute jugak lah usaha2 RileksCrew ni semua. Many misunderstood tujuan utama diorang hacked fanpage artis-artis Malaysia ni semua. Me, as an ICT student, no I don't opposed their effort in "hacking" the page. Mereka ini bukan Black Hat people. Mereka ini tergolong dalam golongan White Hat. White Hat people, they don't crack the page. Kalau diorang crack the page, they will be called crackers jugak ah. Crackers, kalau korang faham lah kan, mereka ni sangat lah jahat. Dok godam page orang, then steal up their personal information, lepas sebar fitnah semua. That's what we call crackers. Contoh yang paling terbaru bila page Oh! Media fm kena hacked dengan Black Hat dari Indonesia. This is what we call true crackers.






Kalau hackers and also White Hat people, ni. Yes they hack but no, they don't crack. Mereka mungkin menceroboh masuk tapi mereka tak menggunakan personal information secara salah. Aku paling nak tergelak tengok fanpage Abby Abadi kena hacked. Ramai gila mereka supposedly, aku boleh panggil "noob" misunderstand pasal hackers and crackers ni. Kat sity RileksCrew siap dah tampal lagi polisi diorang. Diorang takkan ambil alih page tu dari 10 hari. Kira okay what. Bukan diorang buat onar pun kat page tu. Tujuan utama? Nak tunjuk sendiri kelemahan security fanpage artis2 tersebut. Ini apa White Hat people do. Kadang2 tu lah kita sendiri tak jaga privacy, tak jaga security kita. Bila kena hacked marah pulak en? Siap tayang lagi email kita bagai. Suka lah mereka nak hack haha. Yes, ini tujuan utama diorang hack page artis2 ni. Ni elok lah jatuh kat tangan hackers Malaysian. Tu kes jatuh kat tangan Black Hat Indonesian tu? Parah seh. Serius lah kan. Kira macam diorang nak bagi peringatan lah kat pemilik fanpage kat Malaysia ni, jaga sikit security and privacy tu. Diorang ambil tapi lepas tu diorang pulangkan balik. Tadehal lah. Bukan diorang buat hak milik terus. Fungsi utama White Hat ni nak kesan kelemahan security tu je. Tapi malanglah nasib artis-artis yang menjadi insan istimewa terpilih menjadi bahan ujikaji haha. Tapi feel blessed, anda terpilih makna nya anda popular hehe






Tapi tu lah kelakar baca komen2 kat fanpage Abby tuh. Siap nak report police bagai. As far as I know sampai sekarang, aktiviti hacking White Hat ni, nothing illegal. Yes mereka tak illegal. Aku tak tahu akta dah bertukar ke apa tapi, yes, White Hat tak illegal. Aku belum lagi lah ambik subjek cyber security ke apa tapi itu basic yang aku belajar. Korang sibuk lah nak lodge police report bagai, korang tak tahu geng2 RileksCrew siap bantai gelakkan korang lagi kat belakang ahahhaha. Sebab diorang tahu apa yang diorang buat tuh legal. So don't be such a noob sampai nak report polis lah hape lah. 


Tu ni bila page Oh! Media Fm kena hacked, baru terhegeh-hegeh merayu mintak tolong. Ni la sebab nya. Tak mahu dengar cakap orang. Dua kali kena hacked. Apa cer? Pandai fikir sendiri lah. Aku pun marah bila tengok Indonesian troll Malaysian page sampai macam tu sekali. Tapi kadang orang Malaysia pandai nak bodoh sombong. Dia dok pandai marah je tak mahu tahu facts sebenar. 


Okay, aku pun noob gak pasal hal hacking ni. So takyah tanya aku lebih2. Yang pasti aku memang takde kena mengena dengan RileksCrew ni so jangan ada pulak serang aku marah2 kat sini haha. Chow!

Wednesday, June 1, 2011

Yeah, I'm bored



Boring pulak rasa bila scandal free ni. Feels like everyday is colorless. Dull, boring. Not much of surprises. Feels bored and a bit envious while watching others happily with their couples.


Anyone willing to be my new scandal? Entertain me haha






p.s: ayat aku macam aku ni jenis suka berskandal pulak kan. no misunderstanding here, please. thanks :)

Tak perlulah translate tweets ke English, dan Azwan Ali perlu minta maaf

Adoii lah aku tak faham betul kenapa bila bukak forum ni ada siap buat translations apa artis Malaysia tulis kat twitter ke English. Oiii, OIII, OIII, PERLU KE? PERLU KE TRANSLATE KE ENGLISH? Kau nak bagi satu dunia faham ke hape yang artis Malaysia siap hina Suju bagai? Kau nak kasi MALU kita satu Malaysia ke apa? Hah? Kau tahu, satu sebab kenapa aku buat posting tu dalam Bahasa Melayu sebab aku tak mahu berita ni tersebar luas kat international ELFs or even Super Junior dan menjatuhkan maruah rakyat Malaysia sendiri. Aku tak tahu korang ni nak troll ke apa tapi seriously, a very stupid action okay. VERYYY STUPID actually. And the fact that artis Malaysia siap kecik hati hanya pasal isu toilet lagi memalukan.


Actually aku tak rasa pun yang buat post itu ELFs sendiri. Aku rasa ada orang sengaja buat macam tu very sneakily. Eh, serious aku baca pun malu kot. International fans dah tau, mereka siap kutuk artis Malaysia. Please lah weh, malu lah sikit. Kita masih rakyat Malaysia kut. Buat macam ni macam tunjuk orang Malaysia ni tak ada adab.


And lagi satu lah bila aku perhati isu ni, ada certain comments by the ELFs or some Kpop fans yang kedengaran agak inappropriate. Okay relax guys, I know you guys are angry tapi bahasa perlu jaga jugak. Nanti malu siapa? Kita Kpop fans jugak malu, kita ELFs jugak malu. Nanti mereka dok label kita ni biadap semua. Biar je artis berkenaan nak panggil kita anjing ke apa. Biar kan sahaja mereka. Kita marah mereka, tapi tak perlu nak panggil mereka tu anjing jugak. Nanti nampak taraf kita sama rendah je dengan mereka. Kita tegur je cara baik. Mereka nak dengar terpulang pada mereka.


And for Mila and Rody, both of them have actually apologized. So let the bygone be bygone. Biar itu jadi pengajaran untuk mereka. At least mereka dah tahu they shouldn't mess with the Kpop fans. Tak perlu nak troll mereka lebih2 sampai kacau periuk nasi mereka, ok guys? :)


But to other one, Azwan Ali. I have read your tweets, and I know how freaking rude your tweets are. It's unfortunate I didn't print screen your tweets before you private it. Anda sangat kurang ajar okaaaay. Tahu lah anda si laser no 1 di Malaysia, tapi tak perlu lah begitu. Bayangkan anda buat kata2 kesat macam tu, anda menyakitkan hati beribu-ribu hati peminat kpop tahu. BERIBU-RIBU anda sakitkan hati mereka, bermakna dah berapa RIBU juga DOSA anda dah buat. Selagi anda tak mintak maaf, selagi tu anda tanggung lah dosa menyakitkan hati kami. You called us anjing, yes I saw that. Bangga sangat lah panggil orang anjing tuh? Kau laser-laser sangat ni Azwan, aku takut satu hari nanti orang bomohkan kau je. Hati-hati lah dengan mulut. Sebab kerana mulut, boleh binasa kau nanti.


Okay, only a simple reminder :)


source: akubudakbiology.blogspot.com

edit: just nak tambah sikit. berkenaan isu toilet. It think many misunderstood yang toilet tu toilet awam yang macam kita selalu guna yang ada kat merata-rata. Just for information, my friend yang jadi committee kat sana said that actually toilet tu macam toilet bergerak jugak lah. Toilet yang takungan tu. It's not the normal toilet. If you get what I mean. So actually tujuan utama organiser hanya benarkan Suju guna sebab diorang takut toilet tu busuk or even berbau bila dah guna ramai2. Malu lah kan kalau Suju masuk toilet lepas tu toilet tu gila kotor. If you get what I mean lah :)