BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 30, 2011

Chubby cheeks



I actually used to not really liking my chubby cheeks. I don't why. Probably because chubby cheeks shows that you are fat. 


But ever since I know Shin Min Ah, I started to favour those chubby cheek-ers. Hey, seriously, she's one of the cutest person that has chubby cheeks ever exist in this world. And she has great body, she's not fat at all.


I learn to love all these baby fats that lie on my face just because of her! haha. 


Chubby faces are cute too, ya know? :)

Saturday, January 29, 2011

My New Wallpaper

I am loving it! heee

Friday, January 28, 2011

"When you have no other shoulders to lean on in this world, no worries, lean on my shoulder. Insya Allah, this shoulder will always be available for you" :)







Weird feeling tonight eh?

Wednesday, January 26, 2011

Flew away

It doesn't take much just to realize that that "feeling" has flew away, far away from me
And I haven't been talking about you anymore.
And you haven't been crossing the mind lately, at all.

Is it nice, or... not?

You decide :)



to tell you the truth, somehow, it does feels nice. 
well, maybe a little.

Thursday, January 20, 2011

Dah dewasa dah aku?

Tahun ni, aku dah 22 tahun rupanya. Rupanya lah kan. Hurm. Scary pulak rasa tiba2. Dewasa dah ke aku ni? Dewasa dah kut? 22 beb. 22. Kalau dulu2, aku rasa 22 tu macam tahap muda lagi. Tapi bila once me, myself sendiri sudah reach this age, aku rasa, 22 tu tua.


Currently on my second year, second sem dekat UIA. Next year dah third year kot. So I got approximately, another 1 and half year to go? That much time before graduating. Honestly, to tell you the truth, aku rasa macam sangat sedih nak grad. Rasa macam sangat tak mahu tinggalkan dunia belajar. Rasa macam.. entah?


Aku takut sebenarnya nak melangkah ke dunia pekerjaan. Seems like I'm not that ready untuk masuk ke dunia itu. Betul, tak tipu. Dunia pekerjaan itu, dunia orang dewasa, kau tahu? World full of corruptions, I might say? Since aku ni dah ada ramai kakak yang dah pun jauh lah menyelam ke dalam dunia pekerjaan tu, jadi aku macam dah ada gambaran sikit2 lah jugak. Scary dowh, tak tipu.


Okay, aku dah 22. Setahun setengah sebelum graduating. Then praktikal 6 bulan sebelum finally betul2 graduate. Then kerja, kumpul2 duit, kahwin? Planning hidup apa ni weh? Hahaha. Ha ha ha. Ha.. ha.. ha.. HA. Okay, serius. Apa planning hidup aku?


Since I'm living in this world just this one time only, supposed patut nya aku plan hidup kasi baik punya jugak lah. There's no time to waste, ya know. And one main point yang patut gila aku tekan kan kat sini, I am a girl. We are women. Our life begin at 20, not 40. We are so unlike men. We don't look young that long. Haih, ape aku nak tekan kan kat sini ek? Benda aku nak tekan kan kat sini is that, kita muda tak lama kut. 


Berapa tahun nak kumpul duit? Besar nanti nak kerja apa? How you want to settle up your life? How? How? How? 


People might say, ah kau. Baru 22 beb. Muda tu, muda. Fikir2 ler kemudian2 ker. Kasik enjoy dulu beb. Haha. Okay, fine. I got like, the whole my teenagers age untuk kasi enjoy habis2. But to me, sampai bila je. Habis je zaman belajar, berakhirnya zaman enjoy tak ingat dunia. You got life to build, ya know. You got to live your own life kot. Bukannya duduk bawah ketiak mak kau lagi en? Mungkin sebab aku rasa aku dah besar menyebabkan aku terfikir pasal benda ni. Fikiran sudah makin matured kot.


Anyway, mereka kata aku dah patut start to find a guy right now. Bila fikir balik, ada baik, ada buruk. Bila fikir balik, mungkin patut aku start mencari sekarang. Mungkin lah. I don't know. Pasal aku dah 22 beb. Aku ingat lagi, cikgu aku dulu pernah kata, nak cari laki, cari ler time masih belajar. Time kerja nanti dah susah. Haha. Agak la. Time belajar pun rasa macam susah nak cari orang. Good guys semua dah dimiliki kot. Should I start my hunt now? Should I?


Cita2 aku tak tinggi. Cukup lah setakat belajar, kerja, kahwin, balas jasa mak ayah, settling up my life and also settling down. Tu je pun. Memang tak tinggi. Tak lah berhasrat nak jadi jutawan ke, artis ke. 


Mungkin aku memerlukan anjakan paradigma dalam hidup sekarang. Mungkin lah. haha. 


p/s: yang penting jangan lah terlalu merancang. Just follow the flow of your life. Kalau terlalu merancang, you might end up being hurt badly. Ain't it?

Saturday, January 15, 2011

*Banyak benda di kotak fikiran*








time of the month is almost here. sigh

Friday, January 14, 2011

Pictures at PD and special captions hehe

Seperti dijanji dalam post sebelum, gambar! :)

4 girls and 13 guys. yeah :D
kat depan Tiara Beach Resort.

Time ni kat Telok Kemang. Melepak kat depan kuda hoho.

The four girls. Yati, me, Zati and Tira

In the pool. Yeah baby!
At the beach, night time :)

BBQ heee~

So now, special post, captions for everyone!

Azizul Hinnasir

Aku panggil dia Jijul. Budak Sabah. Pandai dak ni. Selalu mintak tolong dia time aku stuck ngan assignment. Tapi dia ni ada je benda nak dengki ngan aku. Sentiasa tak puas hati ngan aku lah yang penting haha.

Adnan Khafiz

Pangkat abang neh kat aku. Tapi aku tibai panggil Adnan je. Rasa macam sebaya haha. Antara budak ICT paling lama aku kenal dia lah. Time Cenfos lagi dah start borak2 semua. Tapi sekarang dah macam jarang and susah nak jumpa. Sebab memasing dah lain major huhu.

Muhammad Shazwan

Nama dipanggil Shawn. Kami start berkawan sebab memasing gila Jepun sama Korea. Woishh, dulu kami rajin woh bertukar harddisk. Dulu ler. Sekarang pun ada gak lar sedut2 cerita dari dia. Baik orang nya huhu.
Aaa, yang ni bukan geng aku sebenarnya. Dia kawan Tira yang terjoin kami pergi PD. Sengaja aku letak gambar dia kat sini sebab dia pernah bagi 2 statement menarik, bagi aku lah.

"Kawan2 korang semua muka ganas2"
and
"Budak ICT praktikal kat CC ek?"

Adeh. No komen haha. Kawan2 aku muka je ganas. Tapi memasing dalam hati ada taman woishh. Jangan memain haha. And budak ICT tak praktikal kat CC ye. Please take note. Kami praktikal kat syarikat besar. Bank pun kami kerja tau.

Firdaus Johan.

Aaa, ni pulak nama dia pijoe. Semenjak dua menjak dah couple ni, aku tengok dia makin "sihat" pulak en. Bahagia benor ye pijoe? Tah ler haha. Tapi dia ni lepas dah ada awek menyombong gila eh. "Awek aku nombor satu dihati. Takde pompuan lain dah" haha

Huzaifah Adnan

Ni lak nama dia Huzaifah. Mereka panggil Pah kut. Aku tak berapa kenal dia lah. Pasal kami pun macam jarang bercakap. Tapi still dia geng ICT ler. Tak leh komen lebih pasal aku tak berapa kenal dia. Tapi dia ada lesung pipit woihh o_O erkk. tak silap aku laa haha.

Romie (nama penuh tidak aku ketahui)

Haa, ni lagi sorang aku tak berapa kenal sebenarnya. Pasal tak pernah ler pulak lepak dengan dia sebelum ni. Tapi sempat ler beramah mesra dengan dia time dia bawak kereta Tira time nak balik. Diorang kata suara dia sedap. Try test nyanyi sikit Rom? hehe.

Wan (aku tak sure nama betul ler)

Ni pun aku tak pernah kenal sangat lah. Pernah sekelas macam2 tu je. Dia pun kata kat aku dia kenal aku sebab selalu napok aku kat fb. kantoi haha. Mintak maaf lah takde gambar decent dia huhu.

Ammar Yasser

Hushh. Pendiam dia ni. Aku tak sure lah aku pernah dengar tak suara dia. Jap2, fikir. Tak pernah langsung kot? Mungkin lah haha. Tak mempunyai sebarang maklumat yang pasti tentang dia.

Hairee Huzainee

Kawan sekampung aku ler ni. Hoh, kampung ler sangat. Kampung Petaling Jaya haha. Pun antara orang terawal yang aku kenal di ICT. Mempunyai Myvi kaler merah dan minat gila pada kamera. Rajin melepak dengan kami dulu2 tapi sekarang macam dah kurang pulak en.

Haikal Muammar Gaddafi

Ni? Kembar aku nihh. Tak percaya? Heh, pegi laa tengok surat beranak dia kalau tak percaya haha. Kembar jarak jauh ni. Sorang Sabah, sorang PJ. Lahir tarikh sama, timing lebih kurang sama. Mempunyai perangai yang agak sama? Entah haha.

Amirul Syafiq

Siapa dia ni? Aku tak kenal. Hahah. Orang yang paling suka dibahan sebab dia suka membahan orang lain. Tapi best lah kawan ngan dia. Mulut boleh tahan laser nya. Aku selalu jugak lah menjadi mangsa bahan dia. Tapi baik dia ni, memang selalu sangat tolong aku buat assignment. Oh, ya. Take note. Dia ni anak tauke Al-Ikhsan. Tahu Al-Ikhsan? Mesti korang tau punya en. Kayo dak ni. Tapi mintak mahap laa, dia dah berawek ekk

Mohamad Faris

Ni pulak Faris. Mereka panggil Atok. Tapi aku tetap nak panggil Faris. Nama sedap2 pi tibai panggil atok lak en? haha. Dulu dia ni rajin mengomen kat blog aku. Dan rajin mengupdate blog. Sekarang aktiviti telah dikurangkan secara mendadak. Tak tahu ler kenapa en. Korang perasan tak, dia buat muka manja dalam gambar ni? hahaha.

Norhayati Ahmad

Yati namanya. Aku kenal dia kat Gombak lah. Cun orang nya. Orang tengok memang terpikat lah en? haha. Tapi, hepp, dia sudah berpunya ye. Siapa gerangan nya? Anak tauke Al-Ikhsan tu ler. Amirul Syafiq hehe.

Tira (nama penuh tak tau ler)

Ni pulak Tira. Aku serius tak pernah sangat lah bercakap dengan dia sebelum ni. Pasal dia batch lain, aku batch lain. Tapi tetiba sesat pergi PD sesama. Then boleh masuk pulak tu hoho. Layan laa lepak ngan Tira ni. Lenkali boleh ajak bercuti sesama lagi ek?

Wan Nur Izzati

Oh, roommate terchenta ku haha. Dia lah kawan ketawa bahak2, kawan menangis, kawan luah masalah hati, kawan itu, kawan ini. Friendship yang indescribable lah dengan dia. Tapi dia ni suka mengadu gemok kat aku. Haha, aku pun gemok gak en. And kalau nak upload gambar dia, sila pilih betul2 ye. Takmo gamba buat napok tembam haha :P

Last but not least
Aqilah Irina!

Besar gambar kasik upload kat sini. Haha, jangan ingat kami lupa awak ye even awak tak ikot pergi PD. Siap teringat nak mesej awak lagi tetengah malam. Sebab kami sayang awak laa hahaha

Kami bawak awak pergi PD gak tau! heheh.

Basically, ni lah kawan2 aku. Yang rapat dan tak rapat. Ni lah geng susah senang aku.

Nanti, kalau nak vacation lagi, jangan lupa ajak kami lagi =D

Yeahhh, selit jugak gambar naik kuda :D

Sweet Holiday (8/1/2011), Tiara Beach Resort, Port Dickson.

Nak dekat dah seminggu pergi, baru ler sekarang aku nak update blog.


Okeh, minggu lepas, bertarikh 8/1/2011, sempat ler kami beramai2 pergi bercuti kat Tiara Beach Resort, Port Dickson. Pelik gak en, bercuti di tengah2 semester. Tak sampai tengah laa, mungkin suku nak masuk setengah. Konvoi beramai2, 17 orang.  13 lelaki,  4 perempuan. Oh ya, sila jangan pertikaikan berapa jumlah perempuan yeee. Kami memang kekurangan perempuan disini haha. Penat woish nak carik geng perempuan, nak meramaikan perempuan. Ni ler nilai paling ramai boleh dapat. 


Bergerak dengan 4 buah kereta. Seekor kelisa, sebuah satria, sebuah lagi Saga, dan lagi sebuah lak Myvi. Bertolak pukul 2 lebih camtu, tak ingat pukul berapa, arrived dalam pukul 4 kot? Dengan speed kereta semua tak consistent sebab anda semua perlu tahu, bila driver lelaki, mereka bawak ikut sedap mereka sahaja. Bila speed, laju sangat, tapi kalau lambat, mak aihh tertinggal. Perjalanan pergi agak tak seimbang disebabkan ada sebuah kereta dibawak oleh kaum hawa kata mereka. So kami yang naik kereta Tira ni, terpaksa lah kejar kereta2 yang lain since mereka ni kadang tak ada rasa simpati langsung. Tengok2 dah hilang kat depan dowh. Speed tak hengat dunia. 


Seronok lah jugak kat sini. Sewa sebuah apartment dan satu bilik studio. Bilik kami perempuan, besaaaaar weh. Ada 2 super single bed. Siap ada ruang tamu bagai. Bilik air satu lah. Yang apartment lak, tempat budak laki duduk, 2 bilik tak silap aku. pastu ada 2 bilik air. Mereka dok ler berhimpit 13 orang kat situ. Bersepah camne, wallahua'lam, aku tak tau ler. Yang penting mereka berhimpit gak lah kat situ. Tapi since mereka lelaki, tak kisah lah en? hehe. Tapi serious you, bilik perempuan besaaaaar you. Tak sempat lak nak amek gambar sebab camera man dia lelaki. So no pic for the room.


Sempat ler mandi2 kolam semua. Bukannya mandi laut. Kata je pergi PD en? haha. Takpe, kurang sikit sunburn nye kan? Mandi2 ler sampai pukul 7 camtuh. Then, lepas tu, BBQ! Acara wajib beb. Ada ayam, ada hotdog. Budak laki tolong masak. Timo kaseh laa. Jasa anda semua dihargai hehe. Sedap gak wehh ayam tu. Dia pandai gak aa perap. Ke sebab aku lapar eh? Tak kisah ler. Janji makan sedap. Lepas makan, tunggu sat dak laki semua pergi mandi, kami yang perempuan pergi ler menjenguk "Pavillion". Bukan pavillion kat KL tu ye. Ni PD punya version. Ada lah persembahan "menarik" di situ, tak perlu diingatkan. Bawak nightmare je kat aku cis. Hammmmpehhh sungguh. Ok malas nak cerita lebih haha. 


Then malam pulak reramai gerak pergi Telok Kemang. Heeee, best weh. Lepak pantai memalam. Since aku tak pernah buat sebelum ni. Terbaik lah, since lepak dengan member2 semua. Boleh lah lepak termenung semua. Mengenang masa lampau dan masa depan haha. Kalau dapat tidoq kat situ lagi best weh. Sesi bergambar itu wajibun hoho. Curfew pukul 12 bak kata mereka. Pak guard "tutup" gate pukul doblas so kena balik before that. Haha. Mesti balik before 12 lah. Hape aku tak gila lagi laa en nak lepak ngan tiga belas dak laki sampai memalam buta lewat. Mak aku marah weh. Mak aku kata hidup kena ada curfew haha. Oh, tapi rugi lak aku rasa sebab mereka tak bawak gitar time tuh. Kalau tak, terbaek ah. Siap kalau ada unggun api lagi best aku rasa. Takpe2 lenkali kita buat ye? =D


Yang diorang ni kelakar gak lah. Sebab apa? Lepas habis je satu event, ada "post-mortem". Mesyuarat pulak lah dulu. Kasik clear mana tak clear. Mainly pasal duit lah. 


Then, esok pagi nya, konon semua nak bangun mandi pukul 8, sekali pukul 9 baru nak bangun. Heh, budak2, kalau dah holiday, memang liat lah nak bangun en? Mandi2 sat dalam tak sampai sejam gak lah. Then gerak naik atas. Mandi siap semua. Then dak laki jemput kami ke apartment mereka, makan maggi goreng yang digoreng khas oleh dak laki. Meh aku cerita satu rahsia kat sini. Kami semua lah, sebenarnya berpendapat yang maggi yang digoreng itu sebenarnya agak masin di situ. Tapi since maggi itu digoreng dengan penuh sincerity, kami makan dengan hati terbuka hehe. Takpe2, sedap jugak en. Makan dengan sos hehe.


Then, lepas tu, pergi teluk kemang lagi. Konon mereka macam nak mandi laut sat, tapi tak jadi. Cuz, dah agak lewat time tuh sebenarnya. Dah tengah hari dah. Sampai sana sempat naik kuda beb. First time haha. Jakun aku. Pasal aku memang tak pernah ada kena mengena dengan kuda2 ni. Jakun kejap lah disitu. Then lepak2 amek gambar semua. Amek gambar dengan kuda hehe.


Lepas kat telok kemang, kitorang pun balik. Then balik ni, since Tira dah penat, dia cam takmo bawak kereta, so Romie atau Rom lah yang tolong bawak kan. This time, speed agak consistent, since semua lelaki yang bawak kereta. Tapi nak jugak en berlumba. Singgah makan kat RnR Seremban, lepas tu, shoot balik Gombak.


I am happy with this vacation :)


Oh, gambar bakal diupload kemudian, insya Allah. 

Friday, January 7, 2011

Cara kau study?

Bagi aku lah kan, everyone ada cara belajar yang berbeza. Dari segi pemerhatian aku lah. Sebab biasa lah manusia, apa kau expect kita semua ni sama ke? Of course tak. Si A macam ni, si B pulak macam ni. Begitu lah.


Ada yang jenis belajar, suka belajar consistently. Consistent bagaimana tu? Dalam kelas fokus, sebelum kelas bukak buku, selepas kelas pun mengadap buku. Memang rajin tahap dewa lah kan.


Ada pulak kan, jenis yang suka belajar last minute. Dalam kelas tak mahu fokus. Bila nak exam baru terhegeh nak study. Tapi orang jenis ni bagus nya satu, dia boleh belajar sendiri. Dia boleh bukak buku and belajar sendiri tanpa bantuan lecturer.


Dan ada pulak jenis yang, boleh fokus 100% dalam kelas. Lecturer cakap apa, semua boleh pick up. Kira memang jenis belajar dalam kelas lah. Tapi kelemahan besar untuk orang macam ni, seriously, mereka ni jenis tak reti nak belajar sendiri. So kadar fokus dalam kelas perlu sangat lah tinggi.


And ada jugak kalau nak belajar, perlu bantuan orang. Nak bagi paham lebih, kena ada study group.


Macam2 cara lah nak study. Yang penting, memang study lah. Sebab bukan kau lahir, elok2 time tuh jugak otak kau dah berilmu.


Bagi aku tak wujud lah sangat istilah genius tak genius. All based on effort. Sama ada fokus dalam kelas, atau belajar sendiri, atau dua2 sekali. It's the effort that counts. It's like, those are just ways of studying. It's like you're taking routes to somewhere. Terpulang lah nak pergi naik kapal terbang ke, keretapi ke, kereta ke. Kita semua destinasi sama, study, dan dapat result cemerlang. Cuma cepat atau lambat je lah yang perlu dikira. 


Genius? Heh, itu semua effort beb. 


p/s: itu sebab aku rasa kelakar kalau orang mengaku dia bodoh. Tuhan dah bagi akal untuk diguna. Bukan bodoh, MALAS sebenarnya. Jangan nak samakan diri kita dengan binatang yang tak berakal. Tu je.

Wednesday, January 5, 2011

Breast cancer; guys actually can get it too

Tak tahu lah, tiba2 je rasa nak buat posting pasal ni. As most of us aware, breast cancer ni kira agak common among the women, tapi unfortunately, even if these are rare cases, still, ada jugak lelaki yang kena breast cancer.
Not a myth, tapi memang ada orang yang aku kenal, lelaki, kena breast cancer. So kat sini, aku nak promote to the girls, and GUYS as well, that we should be aware of breast cancer. Serius, adik kepada abang ipar aku, seorang lelaki, disahkan mengidap kanser payudara. Who actually can have a thought on that?


Self breast exam:



IN THE SHOWER/ BATH

Fingers slide easier over wet skin. Raise your left arm and with the flat side of your hand move gently over each breast in a circular motion. Check for any lump, hard knot or thickening. Do not squeeze or prod your breasts. It is also important that you feel around your collarbone and armpit for any swellings or lumps.

IN FRONT OF A MIRROR

Put your hands on your hips and then press inwards until the chest muscles tighten. This will make any changes more prominent. Now, put your hands on your head and look for dimples or bulges, particularly underneath your breast. Dimples that are symmetrical in each breast are usually harmless. Put your arm over your head and look again for any changes. Look carefully at your breasts from every angle from the side, underneath and leaning forward.

LYING DOWN

Place a pillow under your left shoulder and put your left arm above your head. Examine your breast in a circular motion. Look for any change in nipple direction, puckering, swelling of the dark skin surrounding the nipple or orange peel skin. Repeat on right side. Also squeeze each nipple gently to check for any discharge.
There are a few other signs you should be aware of and look out for when doing your self-awareness - check routine:
  • A change in the shape or size of the breast - it may be that one breast has become noticeably larger or lower.
  • The nipple turns in - it becomes inverted.
  • The nipple changes position or shape.
  • A swelling or lump in your armpit.
  • A blood-stained discharge - this a very rare symptom.
  • A rash on a nipple or surrounding area (very rare).
  • Veins which stand out more than usual.
  • Any pain in your breast that you have not experienced before.
Remember, that if there is any change in your breast from what is normal for you, you should make an appointment to discuss your concerns with your doctor.


Anyway, aku memang tak leh nak letak gambar lah kat sini. Since sat lagi ada pulak cap blog aku ni blog tak senonoh. And aku tak jumpa dalam bahasa Melayu, so aku post English sudah lah en.

Oh, by the way, to the girls, it says that kalau nak wat breast exam, jangan buat around time nak dekat period, since time tu pepaham sendiri lah. 

And guys, seriously, please be aware of breast cancer too ya!

Pengesanan awal menyelamatkan nyawa!

Tuesday, January 4, 2011

Sometimes, I just feel like walking proudly right in front of you, and says, 
"Hah! In your face!".

But nahhh, I'm not that harsh and cruel. 

Done.

Out for movie, stranded di mahallah lelaki.

Today was quite a day. Having a girl's day out! hehe. Lama sudah tak keluar only 3 of us. Tak plan pun nak keluar hanya 3 orang. Kebetulan pulak Nana tak jadi ikut.


Anyway, hari ni pergi tengok movie. Cerita "Meet the Little Fockers". Okay lah cerita tu. Kelakar. Then banyak lawak lucah. Lucah gilo. Demm, boleh pulak budak2 kecik dibenarkan masuk. Mereka kata, "Budak2 tak paham lagi lucah2 ni". Haha boleh pulak cam gitu en? Tapi aku gelak memang tak hengat dunea lah.


Oh, kami sewa kereta hari ini. Dari brother kancil hijau duduk di mahallah bilal. Nak dijadikan cerita, kami, errr, quite stranded di mahallah lelaki sekejap sebenarnya.


Kunun2 Aqilah nak mintak nasir amek lah kami hantar balik hafsah lepas kami pulangkan kancil kat bilal. Then, bila nak balik tu, baru lah tahu Nasir baru bangun tido. Apa lagi, memang lambat lah dia nak amek kami. Kebetulan pulak, kami ditinggalkan betul2 kat tepi jalan kut. Gila seyh, malu nak mamp-s duduk kat tepi jalan tuh. Dah lah memasing pakai baju agak lah vogue. Boleh pulak melangut kat tengah2 mahallah lelaki. 


Dah lah terserempak dengan katak lak tuh. Terjerit kejap di situ. Anak katak je pun cess haha. Then kami duduk situ sempat lah amek2 gambar konon bukti kami pernah ada kat situ haha. Then malu sekejap sebab ramai gila brothers lalu lalang naik motor dengan kereta. Kami apalagi, seboleh nya dok cover muka taknak kantoi kami lah yang di situ. Memasing dah dok tayang belakang je kat situ. Dah tu, tau je lah kalau tetiba ada sesat perempuan kat mahallah lelaki, mula lah diorang start buat bunyi macam2. Ada tu buat bunyi peeeewittt kuat nak mamp-s memang tak leh blah la. Rasa nak baling selipar je haha


Dalam nak dekat sepuluh minit baru nasir datang. Bayang kan lah kami terpaksa tahan malu dok kat situ. Tapi experience menarik lah hehe. Bukan selalu boleh rasa macam ni. Tersangkut kat tepi jalan mahallah lelaki. Act like a total fool di situ haha. Oh, btw, aku sebenar nya sedikit dah rasa cuak bila kena duduk situ lelama. Dah lah kawasan gelap. Kitorang 3 orang je perempuan tuh. Kat area semua lelaki. Sat lagi ada yang kena tarik dalam semak tak pasal2. Tapi kasi positif sikit, sini UIA. Huh, UIA tak UIA, kes boleh jadi kat mana2 je.


Oh, Aqilah dan Izzati, thanks for the fun day today. Walking with you guys will never bored me out =)


Best buddy forever :)


p/s: sorry for the half hearted story. ngantok senar nye hoho

Saturday, January 1, 2011

Youtube

Aku sebenarnya dah lama tak bukak account youtube aku. Sebabnya, entah, suka kot tengok video youtube anonymously. Dalam 2-3 minggu kebelakangan ni baru ler bukak balik account youtube aku. Kalau ler rajin, pergi ler carik username shiny002 hoho.

And bila bukak balik, baru laa aku teringat, dulu aku pernah jadi uploader video kat youtube. Aku time tu tengah gila dengan this Japanese group nama dia ORANGE RANGE. Alaa, yang nyanyi lagu *~Asterisk~ opening lagu Bleach yang pernah feymes suatu ketika dulu tuh. 


So, as were told before, aku ni merupakan seorang uploader jugak lah dulu. Punya lah aku gila sama ORANGE RANGE, sanggup ler pergi cut semua videos, then upload kat youtube.

Banyak lagi dowh aku upload sebenarnya.

Then, bila dah upload, apalagi, ramai ler gila bapak suka. Apetah lagi Bleach masih gila feymes time tuh belum sampai tahap suam2 kuku macam sekarang.

Kau tengok, aku feymes dowh. Channel views aku ada laa dalam 4 ribu. Video views aku dalam nak dekat 600,000 gak lah. 

Tengok3, aku punya subscriber sekarang ada lima puloh orang dowh. Dulu lagi ramai. Lebih dari 60 kot.

Tapi malang sekali, since aku punya video semua ada copyright, so youtube delete SEMUA video aku. Sob3, sangat sedih tak tipu. Hilang ler video aku yang punya view beratus2 ribu tuh. Nasib ler ada bukti lagi haha.

Then, sebab video aku kena delete dengan youtube, peminat2 mula mencari aku cewaaaaah haha. Mintak maap laa. Aku tak bersalah.

Korang boleh napok, ramai puji and cakap time kaseh haha.

Dan sekarang, aku kembali menjadi shiny002 yang tak bernama dah haha. Tamat lah riwayat sebagai uploader konon feymes suatu ketika dahulu. Sekarang dah malas nak upload video baru dah hoho~