Nak dekat dah seminggu pergi, baru ler sekarang aku nak update blog.
Okeh, minggu lepas, bertarikh 8/1/2011, sempat ler kami beramai2 pergi bercuti kat Tiara Beach Resort, Port Dickson. Pelik gak en, bercuti di tengah2 semester. Tak sampai tengah laa, mungkin suku nak masuk setengah. Konvoi beramai2, 17 orang. 13 lelaki, 4 perempuan. Oh ya, sila jangan pertikaikan berapa jumlah perempuan yeee. Kami memang kekurangan perempuan disini haha. Penat woish nak carik geng perempuan, nak meramaikan perempuan. Ni ler nilai paling ramai boleh dapat.
Bergerak dengan 4 buah kereta. Seekor kelisa, sebuah satria, sebuah lagi Saga, dan lagi sebuah lak Myvi. Bertolak pukul 2 lebih camtu, tak ingat pukul berapa, arrived dalam pukul 4 kot? Dengan speed kereta semua tak consistent sebab anda semua perlu tahu, bila driver lelaki, mereka bawak ikut sedap mereka sahaja. Bila speed, laju sangat, tapi kalau lambat, mak aihh tertinggal. Perjalanan pergi agak tak seimbang disebabkan ada sebuah kereta dibawak oleh kaum hawa kata mereka. So kami yang naik kereta Tira ni, terpaksa lah kejar kereta2 yang lain since mereka ni kadang tak ada rasa simpati langsung. Tengok2 dah hilang kat depan dowh. Speed tak hengat dunia.
Seronok lah jugak kat sini. Sewa sebuah apartment dan satu bilik studio. Bilik kami perempuan, besaaaaar weh. Ada 2 super single bed. Siap ada ruang tamu bagai. Bilik air satu lah. Yang apartment lak, tempat budak laki duduk, 2 bilik tak silap aku. pastu ada 2 bilik air. Mereka dok ler berhimpit 13 orang kat situ. Bersepah camne, wallahua'lam, aku tak tau ler. Yang penting mereka berhimpit gak lah kat situ. Tapi since mereka lelaki, tak kisah lah en? hehe. Tapi serious you, bilik perempuan besaaaaar you. Tak sempat lak nak amek gambar sebab camera man dia lelaki. So no pic for the room.
Sempat ler mandi2 kolam semua. Bukannya mandi laut. Kata je pergi PD en? haha. Takpe, kurang sikit sunburn nye kan? Mandi2 ler sampai pukul 7 camtuh. Then, lepas tu, BBQ! Acara wajib beb. Ada ayam, ada hotdog. Budak laki tolong masak. Timo kaseh laa. Jasa anda semua dihargai hehe. Sedap gak wehh ayam tu. Dia pandai gak aa perap. Ke sebab aku lapar eh? Tak kisah ler. Janji makan sedap. Lepas makan, tunggu sat dak laki semua pergi mandi, kami yang perempuan pergi ler menjenguk "Pavillion". Bukan pavillion kat KL tu ye. Ni PD punya version. Ada lah persembahan "menarik" di situ, tak perlu diingatkan. Bawak nightmare je kat aku cis. Hammmmpehhh sungguh. Ok malas nak cerita lebih haha.
Then malam pulak reramai gerak pergi Telok Kemang. Heeee, best weh. Lepak pantai memalam. Since aku tak pernah buat sebelum ni. Terbaik lah, since lepak dengan member2 semua. Boleh lah lepak termenung semua. Mengenang masa lampau dan masa depan haha. Kalau dapat tidoq kat situ lagi best weh. Sesi bergambar itu wajibun hoho. Curfew pukul 12 bak kata mereka. Pak guard "tutup" gate pukul doblas so kena balik before that. Haha. Mesti balik before 12 lah. Hape aku tak gila lagi laa en nak lepak ngan tiga belas dak laki sampai memalam buta lewat. Mak aku marah weh. Mak aku kata hidup kena ada curfew haha. Oh, tapi rugi lak aku rasa sebab mereka tak bawak gitar time tuh. Kalau tak, terbaek ah. Siap kalau ada unggun api lagi best aku rasa. Takpe2 lenkali kita buat ye? =D
Yang diorang ni kelakar gak lah. Sebab apa? Lepas habis je satu event, ada "post-mortem". Mesyuarat pulak lah dulu. Kasik clear mana tak clear. Mainly pasal duit lah.
Then, esok pagi nya, konon semua nak bangun mandi pukul 8, sekali pukul 9 baru nak bangun. Heh, budak2, kalau dah holiday, memang liat lah nak bangun en? Mandi2 sat dalam tak sampai sejam gak lah. Then gerak naik atas. Mandi siap semua. Then dak laki jemput kami ke apartment mereka, makan maggi goreng yang digoreng khas oleh dak laki. Meh aku cerita satu rahsia kat sini. Kami semua lah, sebenarnya berpendapat yang maggi yang digoreng itu sebenarnya agak masin di situ. Tapi since maggi itu digoreng dengan penuh sincerity, kami makan dengan hati terbuka hehe. Takpe2, sedap jugak en. Makan dengan sos hehe.
Then, lepas tu, pergi teluk kemang lagi. Konon mereka macam nak mandi laut sat, tapi tak jadi. Cuz, dah agak lewat time tuh sebenarnya. Dah tengah hari dah. Sampai sana sempat naik kuda beb. First time haha. Jakun aku. Pasal aku memang tak pernah ada kena mengena dengan kuda2 ni. Jakun kejap lah disitu. Then lepak2 amek gambar semua. Amek gambar dengan kuda hehe.
Lepas kat telok kemang, kitorang pun balik. Then balik ni, since Tira dah penat, dia cam takmo bawak kereta, so Romie atau Rom lah yang tolong bawak kan. This time, speed agak consistent, since semua lelaki yang bawak kereta. Tapi nak jugak en berlumba. Singgah makan kat RnR Seremban, lepas tu, shoot balik Gombak.
I am happy with this vacation :)
Oh, gambar bakal diupload kemudian, insya Allah.
Friday, January 14, 2011
Sweet Holiday (8/1/2011), Tiara Beach Resort, Port Dickson.
Posted by su at 1:22 AM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)