BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 7, 2011

Cara kau study?

Bagi aku lah kan, everyone ada cara belajar yang berbeza. Dari segi pemerhatian aku lah. Sebab biasa lah manusia, apa kau expect kita semua ni sama ke? Of course tak. Si A macam ni, si B pulak macam ni. Begitu lah.


Ada yang jenis belajar, suka belajar consistently. Consistent bagaimana tu? Dalam kelas fokus, sebelum kelas bukak buku, selepas kelas pun mengadap buku. Memang rajin tahap dewa lah kan.


Ada pulak kan, jenis yang suka belajar last minute. Dalam kelas tak mahu fokus. Bila nak exam baru terhegeh nak study. Tapi orang jenis ni bagus nya satu, dia boleh belajar sendiri. Dia boleh bukak buku and belajar sendiri tanpa bantuan lecturer.


Dan ada pulak jenis yang, boleh fokus 100% dalam kelas. Lecturer cakap apa, semua boleh pick up. Kira memang jenis belajar dalam kelas lah. Tapi kelemahan besar untuk orang macam ni, seriously, mereka ni jenis tak reti nak belajar sendiri. So kadar fokus dalam kelas perlu sangat lah tinggi.


And ada jugak kalau nak belajar, perlu bantuan orang. Nak bagi paham lebih, kena ada study group.


Macam2 cara lah nak study. Yang penting, memang study lah. Sebab bukan kau lahir, elok2 time tuh jugak otak kau dah berilmu.


Bagi aku tak wujud lah sangat istilah genius tak genius. All based on effort. Sama ada fokus dalam kelas, atau belajar sendiri, atau dua2 sekali. It's the effort that counts. It's like, those are just ways of studying. It's like you're taking routes to somewhere. Terpulang lah nak pergi naik kapal terbang ke, keretapi ke, kereta ke. Kita semua destinasi sama, study, dan dapat result cemerlang. Cuma cepat atau lambat je lah yang perlu dikira. 


Genius? Heh, itu semua effort beb. 


p/s: itu sebab aku rasa kelakar kalau orang mengaku dia bodoh. Tuhan dah bagi akal untuk diguna. Bukan bodoh, MALAS sebenarnya. Jangan nak samakan diri kita dengan binatang yang tak berakal. Tu je.

blog comments powered by Disqus