Seperti dijanji dalam post sebelum, gambar! :)
4 girls and 13 guys. yeah :D
kat depan Tiara Beach Resort.
Time ni kat Telok Kemang. Melepak kat depan kuda hoho.
The four girls. Yati, me, Zati and Tira
In the pool. Yeah baby!
At the beach, night time :)
BBQ heee~
So now, special post, captions for everyone!
Azizul Hinnasir
Aku panggil dia Jijul. Budak Sabah. Pandai dak ni. Selalu mintak tolong dia time aku stuck ngan assignment. Tapi dia ni ada je benda nak dengki ngan aku. Sentiasa tak puas hati ngan aku lah yang penting haha.
Adnan Khafiz
Pangkat abang neh kat aku. Tapi aku tibai panggil Adnan je. Rasa macam sebaya haha. Antara budak ICT paling lama aku kenal dia lah. Time Cenfos lagi dah start borak2 semua. Tapi sekarang dah macam jarang and susah nak jumpa. Sebab memasing dah lain major huhu.
Muhammad Shazwan
Nama dipanggil Shawn. Kami start berkawan sebab memasing gila Jepun sama Korea. Woishh, dulu kami rajin woh bertukar harddisk. Dulu ler. Sekarang pun ada gak lar sedut2 cerita dari dia. Baik orang nya huhu.
Aaa, yang ni bukan geng aku sebenarnya. Dia kawan Tira yang terjoin kami pergi PD. Sengaja aku letak gambar dia kat sini sebab dia pernah bagi 2 statement menarik, bagi aku lah.
"Kawan2 korang semua muka ganas2"
and
"Budak ICT praktikal kat CC ek?"
Adeh. No komen haha. Kawan2 aku muka je ganas. Tapi memasing dalam hati ada taman woishh. Jangan memain haha. And budak ICT tak praktikal kat CC ye. Please take note. Kami praktikal kat syarikat besar. Bank pun kami kerja tau.
Firdaus Johan.
Aaa, ni pulak nama dia pijoe. Semenjak dua menjak dah couple ni, aku tengok dia makin "sihat" pulak en. Bahagia benor ye pijoe? Tah ler haha. Tapi dia ni lepas dah ada awek menyombong gila eh. "Awek aku nombor satu dihati. Takde pompuan lain dah" haha
Huzaifah Adnan
Ni lak nama dia Huzaifah. Mereka panggil Pah kut. Aku tak berapa kenal dia lah. Pasal kami pun macam jarang bercakap. Tapi still dia geng ICT ler. Tak leh komen lebih pasal aku tak berapa kenal dia. Tapi dia ada lesung pipit woihh o_O erkk. tak silap aku laa haha.
Romie (nama penuh tidak aku ketahui)
Haa, ni lagi sorang aku tak berapa kenal sebenarnya. Pasal tak pernah ler pulak lepak dengan dia sebelum ni. Tapi sempat ler beramah mesra dengan dia time dia bawak kereta Tira time nak balik. Diorang kata suara dia sedap. Try test nyanyi sikit Rom? hehe.
Wan (aku tak sure nama betul ler)
Ni pun aku tak pernah kenal sangat lah. Pernah sekelas macam2 tu je. Dia pun kata kat aku dia kenal aku sebab selalu napok aku kat fb. kantoi haha. Mintak maaf lah takde gambar decent dia huhu.
Ammar Yasser
Hushh. Pendiam dia ni. Aku tak sure lah aku pernah dengar tak suara dia. Jap2, fikir. Tak pernah langsung kot? Mungkin lah haha. Tak mempunyai sebarang maklumat yang pasti tentang dia.
Hairee Huzainee
Kawan sekampung aku ler ni. Hoh, kampung ler sangat. Kampung Petaling Jaya haha. Pun antara orang terawal yang aku kenal di ICT. Mempunyai Myvi kaler merah dan minat gila pada kamera. Rajin melepak dengan kami dulu2 tapi sekarang macam dah kurang pulak en.
Haikal Muammar Gaddafi
Ni? Kembar aku nihh. Tak percaya? Heh, pegi laa tengok surat beranak dia kalau tak percaya haha. Kembar jarak jauh ni. Sorang Sabah, sorang PJ. Lahir tarikh sama, timing lebih kurang sama. Mempunyai perangai yang agak sama? Entah haha.
Amirul Syafiq
Siapa dia ni? Aku tak kenal. Hahah. Orang yang paling suka dibahan sebab dia suka membahan orang lain. Tapi best lah kawan ngan dia. Mulut boleh tahan laser nya. Aku selalu jugak lah menjadi mangsa bahan dia. Tapi baik dia ni, memang selalu sangat tolong aku buat assignment. Oh, ya. Take note. Dia ni anak tauke Al-Ikhsan. Tahu Al-Ikhsan? Mesti korang tau punya en. Kayo dak ni. Tapi mintak mahap laa, dia dah berawek ekk
Mohamad Faris
Ni pulak Faris. Mereka panggil Atok. Tapi aku tetap nak panggil Faris. Nama sedap2 pi tibai panggil atok lak en? haha. Dulu dia ni rajin mengomen kat blog aku. Dan rajin mengupdate blog. Sekarang aktiviti telah dikurangkan secara mendadak. Tak tahu ler kenapa en. Korang perasan tak, dia buat muka manja dalam gambar ni? hahaha.
Norhayati Ahmad
Yati namanya. Aku kenal dia kat Gombak lah. Cun orang nya. Orang tengok memang terpikat lah en? haha. Tapi, hepp, dia sudah berpunya ye. Siapa gerangan nya? Anak tauke Al-Ikhsan tu ler. Amirul Syafiq hehe.
Tira (nama penuh tak tau ler)
Ni pulak Tira. Aku serius tak pernah sangat lah bercakap dengan dia sebelum ni. Pasal dia batch lain, aku batch lain. Tapi tetiba sesat pergi PD sesama. Then boleh masuk pulak tu hoho. Layan laa lepak ngan Tira ni. Lenkali boleh ajak bercuti sesama lagi ek?
Wan Nur Izzati
Oh, roommate terchenta ku haha. Dia lah kawan ketawa bahak2, kawan menangis, kawan luah masalah hati, kawan itu, kawan ini. Friendship yang indescribable lah dengan dia. Tapi dia ni suka mengadu gemok kat aku. Haha, aku pun gemok gak en. And kalau nak upload gambar dia, sila pilih betul2 ye. Takmo gamba buat napok tembam haha :P
Last but not least
Aqilah Irina!
Besar gambar kasik upload kat sini. Haha, jangan ingat kami lupa awak ye even awak tak ikot pergi PD. Siap teringat nak mesej awak lagi tetengah malam. Sebab kami sayang awak laa hahaha
Kami bawak awak pergi PD gak tau! heheh.
Basically, ni lah kawan2 aku. Yang rapat dan tak rapat. Ni lah geng susah senang aku.
Nanti, kalau nak vacation lagi, jangan lupa ajak kami lagi =D
Yeahhh, selit jugak gambar naik kuda :D