Sunday, October 31, 2010
Feel sick because of exams
Posted by su at 9:48 PM View Comments
Boys will forever be boys
Pagi tadi lepas subuh aku lepak kat ruang tamu. Tengok ayah aku tengah baca paper. Sambil2 lepak aku borak lah dengan ayah aku. Then tiba2 aku dengar macam ada bunyi motor kat depan rumah. Aku tinjau2 lah jugak nak tengok siapa kat luar. Then suddenly dengar dari luar, "Tok ketua, oo tok ketua!". Aku dah macam "Erkk, bila pulak bapak aku ketua kampung lak ni??". Tengok kat luar rupanya kawan2 ayah aku. Then a sudden laugh burst out from me.
Oii, dah tua2 pun buat perangai camtu lagi ke?? HAHA. Macam kanak2 wohh. Perangai serius sebijik macam perangai member2 aku jer
Then, another story pulak. Abang ipar aku duduk borak2 dengan member2 ayah aku. Kira orang2 baya ayah aku lah. Borak2 sekali keluar cerita ayah aku konon nak nikah lain. Terkejut beruk abang ipar aku. Lepas tu dia cerita dengan ayah aku. Rupanya kawan ayah aku saja nak kaki gosip and saja suka gila nak kenakan ayah aku. Ini lagi satu HAHA. Adehhh. Dah tua2 seyh buat perangai camni. Kenakan member. Nasib baik mak aku jenis yang cool gila haha.
So, kesimpulan? Boys will forever be boys. Baik yang tua, baik yang muda. Oh, ayah aku dah umur 56 dah beb. Pun sama perangai kuat mengusik. Tak matang sungguh.
Tapi nak tengok time bila lelaki matang? Satu je lah. Bagi dia masalah. Tak kisah lah besar ke kecik. Bila dia dah start fikir masalah, matang lah dia time tuh.
Tapi lepas selesai masalah, naik balik perangai kanak2 dia.
Haha.
Posted by su at 9:24 AM View Comments
Saturday, October 30, 2010
Pride, dignity and virginity
Aku dulu, pernah percaya bahawa semua orang kat dunia ni orang baik. Maksud aku baik bukan lah tahap maksum ke apa. Bukan begitu lah. Baik dari segi, hurm, tak pernah buat jahat? Begitu lah lebih kurang. Aku percaya itu dulu.
Tapi bila makin besar, kepercayaan itu makin membubar. Makin berkurang. Sebab baru aku tahu, manusia ini banyak perangai sebenarnya.
Aku dulu tak pernah sangka, manusia boleh jadi dari sebaik-baik, berubah kepada kurang baik. Mungkin sebab itu pemikiran aku agak lambat matang. Sebab aku dulu sangka dunia penuh dengan fairytale. Aku dulu sangka semua manusia adalah baik2 belaka macam mereka di kalangan surrounding aku. Bukan lah terbaik, tapi tergolong antara mereka yang baik2.
Okay straight to the point lah. Rupanya memang ada mereka yang pergi clubbing, mereka yang minum arak, mereka yang makan babi tanpa rasa bersalah even though mereka memang Islam, dan juga mereka yang mengamalkan sex before marriage. Ye, wujud sebenarnya mereka yang macam tuh, dari kalangan orang Melayu sendiri.
Aku tak tipu, aku sendiri pernah terkejut bila tahu ada dari rakan sekolah aku sendiri buat benda ni semua. Pernah sangat terkejut sebenarnya. Dan menjadikan aku kecewa, sangat kecewa mungkin.
Dan aku sebenarnya juga pernah sangat terkejut, ada dari kalangan budak UIA sendiri, perempuan she is, memiliki condom dari zaman cenfos lagi rupanya. Sudah hilang atau tidak virginity nya? Wallahua'lam. I'm not so sure. Tapi aku terkejut.
Aku selalu sangat terfikir, apa kau dapat ek kau bagi virginity kau kat lelaki sebelum kahwin? Apa kau dapat ek? Kepuasan? Kebebasan? Cinta abadi?
Ye ke?
Hilang maruah? Mungkin. Memalukan keluarga? Mungkin juga. Menggadaikan agama?
Entah, tak dapat nak terang kenapa aku buat posting ni. Otak selalu terfikir. Dunia dah makin tua, kau tahu. Dunia dah sangat tua. Jangan disangka hanya dunia yang makin tua, sedar tak sedar, mati pun sentiasa dekat dengan kita. Bukan tahu kita pergi bila.
Aku takut. Takut juga terjebak dengan perkara sebegini. Takut menggadaikan maruah yang selama ini aku pertahan. Bukan aku tak pernah kenal, pernah je aku tahu dari manusia yang sealim-alim manusia, berubah kepada manusia luar dari jangkaan aku. Berubah, habis. Aku takut jadi begitu.
Tapi, insya Allah, akan aku pertahankan segalanya. Katakan aku kolot. Aku out of date. Aku tak bandar. Biarlah mata jelek memandang aku. Biarlah tak mahu seksi. Biarlah tak popular pun. Biarlah aku masih virgin. Aku tak kisah. Sebab kita perjalanan kita hanya satu, menuju ke kehidupan yang kekal abadi, bukan duniawi semata.
It's my pride and dignity.
p/s: virginity hanya untuk suami. tak pernah tahu kah?
Posted by su at 10:51 PM View Comments
Friday, October 29, 2010
Posted by su at 11:37 AM View Comments
Thursday, October 28, 2010
For you
Posted by su at 4:28 PM View Comments
Kepada Elementary Statistic CSC 1703
Kepada statistic CSC 1703, sila berlaku baik kepada saya. Mungkin anda tidak mampu memberi saya A tapi jangan pula anda menganiaya saya dengan memberi C pertama saya dalam seumur hidup saya di ICT. Tolong lah statistic, jangan lah aniaya saya. Terima kasih.
Guys, doakan aku berjaya dapat atleast B untuk statistic T_______T
Aminnnnnnnnn
Terima kasihhhh.
Posted by su at 10:26 AM View Comments
Wednesday, October 27, 2010
"Kisah cinta monyet 3 hari"
Pernah tak korang bila pergi camping ke apa, like there's one guy yang macam suka ke mana-mana je pun, asyik nak pergi dengan korang je?
Okay, aku sebenarnya teringat kisah lama. Ala, masa tu zaman kanak2 lagi. Time kat Cenfos dulu. Aku join camping kelab XXX, tak yah cakap lah kelab apa. Bila teringat balik time tu memang kelakar pulak aku rasa haha.
There's one guy there, yang buat seperti apa yang aku cakap kat atas. He was like, ke mana2 aku pergi, dia mesti nak ada kat situ. Aku teringat jugak lah kitorang ada jugak borak2 kat tepi unggun api masa malam camping, oh, what a classic way haha. Serius nak tergelak bila teringat. Orang lain sibuk main game, kitorang dua sibuk dok borak2 sesama sendiri kat tepi unggun api. Kunun tukang jaga api laa. Time tuh aku masih lagi penakut dengan lelaki sebenarnya tapi dia tak tahu haha. Disebabkan time tuh tengah gelap so aku tak nampak muka dia, tu yang aku pun tibai borak2 macam biasa macam tak ada apa2 tuh.
Pastu teringat pulak bila reramai pergi toilet pukul 2 pagi, dia teman and jalan kat tepi aku. Wahaha! Kisah apa ni weh? Tiba2 serius rasa nak gelak bila teringat. And one more, bila jungle trekking pulak, sentiasa dia ada je kat belakang or tepi aku. Tak kira lah panjat bukit ke, turun bukit ke.
Tapi lepas habis camping, hubungan terputus terus. Dia ke hulu, aku ke hilir. Tak jumpa dah. Pernah jumpa sekali je time kat Gombak. Tu pun memasing buat tak nampak haha.
Time tuh aku mentah lagi. Mana tahu wey cinta2 ni. So actually aku pun macam tak ada simpan perasaan pun kat that guy. Minat kat dia time tuh mungkin lah. Ye lah, dah lelaki tu dok follow je ko, memang lah hati berbunga riang bila tengok lelaki tuh. Tapi sampai tahap simpan perasaan? Tak sampai lagi kut.
Okay, tamat sudah "kisah cinta monyet 3 hari" aku. Aku rasa cerita ni macam berterabur. Tapi tak pe, layan je lah, saja teringat kisah lama. Aku memang rasa nak gelak buat posting ni hahaha :)
Posted by su at 4:16 PM View Comments
Nightmares
Okay, seriously aku dah takut nak tidur sorang2 kat compartment aku. I just had a nightmare last night. Well, wasn't really nightmare, it's nightmaresssss. Banyak gila nightmare dia. Seriously lah kan, aku dah banyak kali kena nightmares yang bapak gila takut bila tidur kat compartment aku. Tak basuh kaki ke? Aku rasa sebelum tidur dah basuh dah. Siap ada wudhuk lagi sebab nak solat Isyak.
Malam tadi punya mimpi. Oh aku mimpi aku ada dua orang kawan ni. I don't really remember diorang punya faces. Tapi kawan2 aku ni ajak malam tu pergi skodeng hantu. Everything happens really fast. Sebab kat dalam mimpi. Bila fikir balik macam kejap je tapi dalam mimpi mak oii, rasa macam lama and takut gila. Pergi skodeng hantu kottt. Dalam real life memang haram lah aku nak buat. Tapi sebab ini mimpi, memang badan tak ikut kata lah kan.
So malam tu pergi lah skodeng hantu. Yang aku ingat, aku naik kereta time tuh. And kawan aku yang dua orang tu pulak, apit aku kat kiri and kanan. So rasa tak berapa takut lah. So kereta pun meluncur lah membelah malam. I don't know who's driving lah. Tapi tahu kereta bergerak. Jalan, jalan, jalan, tiba2 mata kitorang terpandang something kat atas pokok besar kat tepi jalan raya. "Benda" tu terbang2 and having fun sesama sendiri. Haaaa, "benda" tu lah yang kitorang nak cari! Tapi aku dah takut macam siot dah kat situ. Kawan2 aku kat tepi dah excited.
Then suddenly, time aku leka, tiba2 kawan2 aku kat sebelah evolve. Rupanya diorang pun hantu beb! Tu lah kot diorang excited gila haha. Tapi gila ah, memang aku dah seriau gila takut nak mati wohh. Like you're alone there, and being surrounded by ghosts. Gila ah. And "kawan" yang dah evolve jadi hantu tu perlahan2 cuba himpit aku. Aku dah rasa makin sesak. Rasa dah makin terhimpit. Rasa dah makin takut. Dalam otak fikir nak lari tapi tak tahu nak lari kemana. Last2 aku baca, "Auzubillahi minasyaitan nirrajim". Baca, baca, baca dalam 2-3 kali jugak, at last aku terbangun dari tidur. Waaaa! Takut siot. Tengok jam, dah hampir nak pukul 3. Demm. Aku keluar dari compartment. Tengok izzati dah tidur. Nasib baik lah Wani tak tidur lagi. Tapi segan punya pasal, tak mau laa tidur ngan Wani haha.
Serius lah, aku rasa compartment aku ni yang something wrong. Tak tipu ah, banyak kali nightmares oh kat sini.
Oh ya, dulu pernah sekali mimpi ada makhluk rambut panjang baju putih datang nak cekik aku. Aku pegang tangan dia, I can feel the nails and it's hand. Itu pun scary gak kot.
Posted by su at 8:51 AM View Comments
Tuesday, October 26, 2010
Halal atau tidak?
Aku terus terang kata lah kan, aku cukup menyampah dengan benda2 macam ni. Menyampah yang teramat sangat. Oh, jangan di label aku tak sensitif dengan sensitiviti umat Islam. Tak, tidak sama sekali.
Aku nak mintak satu je lah, kalau betul terasa nak sebarkan benda2 macam ni, tolong, tolong, TOLONG LAH buat research dulu. Jangan main tibai terus nak percaya dengan apa saja yang disogok pada kita. Email ini nampak macam betul, tapi siapa yang dapat pastikan kesahihan dia? Aku pertama kali baca pun terasa penuh sangat ragu2.
Kita kalau nak sebarkan maklumat perlu berasaskan bukti. Kalau main buta tuli nak percaya, macam mana nak maju?
Ada sesetengah produk tu, sudah sangat terang dia mempunyai tanda halal Jakim. Ragu jugak? Kalau ragu sila semak dekat website Jakim : http://www.halaljakim.gov.my/. Ragu lagi? Ah, sudah lah kau. Pergi tanam sayur sendiri, ternak ayam sendiri, sembelih ayam sendiri, duduk diam2 takyah bising2 kasi aku menyampah.
Kalau korang nak tahu lah kan, benda ni, adalah salah satu taktik menjatuhkan perniagaan orang lain. Boleh dikira fitnah semata untuk rosakkan perniagaan orang. Kalau kita pun dah percaya, maknanya kita percaya fitnah la ek? Begitu?
Posted by su at 6:27 PM View Comments
Monday, October 25, 2010
It's not that I don't care
Posted by su at 11:39 PM View Comments
Posted by su at 9:33 PM View Comments
Aku terima semua ujian seadanya Ya Allah. Kau Maha Mengetahui segalanya. Segala yang ditetapkan hanyalah peringatan kecil kepada hamba-Mu yang hina ini. Aku kadang terlalu leka, aku kadang terlalu lalai. Kadang terlampau jauh menyimpang dari jalan Mu Ya Allah
Cuma ku pohon Ya Allah, kalau mahu dicampaknya aku, jangan dicampak sampai aku tak boleh bangun, Ya Allah. Telah Engkau janjikan bahawa engkau tak akan menguji seorang hamba melainkan dia mampu menerimanya. Aku tahu janji Kau itu Ya Allah, tapi izinkan aku memohon sekali lagi belas kasihan Mu Ya Allah. Engkaulah Tuhan yang Maha Mengasihani.
Ampuni lah dosa2 ku Ya Allah =(
Posted by su at 7:12 PM View Comments
Sunday, October 24, 2010
Kesalahan yang tak dianggap kesalahan
Secara stereotype nya, kita ni biasa sedar tak sedar sentiasa lakukan dosa kan? Antara sedar tak sedar lah. Bila kadang2 tu, sesetengah perkara tu macam dah dianggap perkara "biasa" dalam masyarakat, hingga menyebabkan kita rasa benda tu macam "biasa" jugak dan benda tu bukanlah satu dosa. Aku cakap macam ni bukan apa, sebab sedar tak sedar, aku pun buat jugak. Kadang2 aku tengok orang sekeliling aku buat macam tuh, aku ikut dan terikut2 buat benda sama.
Posted by su at 1:57 AM View Comments
Akhirnya cukup nilai nak cash out nuffnang ni
Ok, jangan nak mintak belanja guna duit ni pulak pulak. Aku nak kumpul duit nak kawen :P
p/s: aku tak sure gambar tu keluar elok ke tak. aku tepek gak gambar tapi sebab resolution laptop aku ni cacat sikit so I'm not really sure what's the output of the picture. Tambah2 pulak internet lembap gilos. heh.
Posted by su at 1:02 AM View Comments
Saturday, October 23, 2010
Blogging, is part of my life
Well, at times, I do feel that I shouldn't put random stuffs on my blog. Cuz it's as if I'm exposing my little self to the public and yeah, we should keep our privacy on the net.
But hey, to tell you the truth, there's privacy in my blog. I don't put up my private stuffs. I only put up things that's been going on in my mind. And unfortunately, some people misunderstood my statements at times. Well, I don't actually really care about that. Do whatever assumptions that you want, as long as me, myself, understand my real intention. As long as, myself understand what's really going on here.
I love to blog. Blogging is like, a part of my life, well, right now. I can't say it as hobby. It's more like my needs and what I do routinely. Cuz as for me, sometimes I just can't say out loud some things on what's going on in my mind. At times, the only medium that I have, is through writing. I can express every single thing that I want, freely. People can actually read my mind through writing. I don't have to explain myself for that.
Happy, sad, angry, in love or broken heart. You can actually interpret all these through my writings. You can actually know what's going on with me through these. It's just only the way you do assumption or interpreting it. I'll leave that to you. Interpret all the way that you want :)
Posted by su at 4:19 PM View Comments
Friday, October 22, 2010
You think you're great. But the truth is, you're just one pathetic loser
And you think so highly of yourself because some people praises you too much. They think that you're a "genius". But they don't even know, that you're one of the kind that like to take credit on other's works, you really like to take all the praises. Talking as if the works were done only by yourself. Doesn't that makes you one huge loser? Don't you feel shame of yourself?
Posted by su at 2:25 PM View Comments
Circuit dan menjahit
Posted by su at 1:25 PM View Comments
Thursday, October 21, 2010
Saya kuat, anda tahu?
Posted by su at 1:05 AM View Comments
Wednesday, October 20, 2010
Posted by su at 2:13 PM View Comments
Tuesday, October 19, 2010
Nasihat dari aku untuk kau (general untuk lelaki)
Aku ada sedikit rasa nak gelak buat posting ni sebenarnya
Maaf, aku tak sejiwang yang disangka
Kau tahu tak
Aku ini otai sebenarnya
Menangis sebab lelaki?
Kalau dulu, oh tak mungkin langsung
Tapi kelakar, kau pernah buat aku menangis
Oh teruk punya menangis haha
Aku kat sini nak cuma nak bagi sedikit nasihat
Kalau betul lepas ni kau mahu mencintai seorang wanita
Kalau betul selepas ini ada seorang yang betul bertakhta di hati kau
Aku minta satu sahaja
Jangan buat dia menangis
Sebab aku tahu betapa sakitnya
Menangis sebab lelaki
Sakit tahu?
Wanita itu lemah sebenarnya.
Kau mungkin tak faham
Kau mungkin tak mengerti
Tapi cuba lah faham
Cuba lah mengerti
Kau tahu tak
Aku tak pernah menangis
dan tak mahu menangis lagi
Sebab aku sendiri yang kuatkan diri
Cuz I am a super woman :)
Posted by su at 9:27 PM View Comments
Monday, October 18, 2010
inappropriate time
The time of the month (women's problem) comes at a very inappropriate time. When I got 4 projects submission + 1 presentation + 1 compilation + 1 assignment + 1 quiz and + the upcoming unknown events for this VERY HECTIC week (ya know, final week). Great. Very great. You really know the best time to come and visit me.
Okay people now, SCREAAAAAAAAAAM!
kthxbye.
And oh oh oh, the wisdom tooth is killing me. hurts badly!!
Posted by su at 2:08 PM View Comments