BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 24, 2010

Kesalahan yang tak dianggap kesalahan

Secara stereotype nya, kita ni biasa sedar tak sedar sentiasa lakukan dosa kan? Antara sedar tak sedar lah. Bila kadang2 tu, sesetengah perkara tu macam dah dianggap perkara "biasa" dalam masyarakat, hingga menyebabkan kita rasa benda tu macam "biasa" jugak dan benda tu bukanlah satu dosa. Aku cakap macam ni bukan apa, sebab sedar tak sedar, aku pun buat jugak. Kadang2 aku tengok orang sekeliling aku buat macam tuh, aku ikut dan terikut2 buat benda sama. 


Okay, aku ambil contoh dekat lah. Mintak maaf, aku pun memang buat macam ni tapi ni antara contohnya:

Kadang2 bila pakai tudung, kita pakai tudung sambil reveal kan bahagian dada. 

Serius sebenarnya aku mengaku, aku buat jugak benda ni. Ada jugak masanya aku pakai tudung yang macam tak lengkap. Singkat di bahagian dada. Kadang2 sedar tak sedar, memang ini satu dosa. Kadang2 bila tengok orang sekeliling buat benda yang sama, aku rasa macam benda itu bukan satu kesalahan. Padahal terang2 dah disuruh, labuhkan tudung di bahagian dada. Tapi disebabkan masyarakat macam tak kisah dengan benda itu menyebabkan ia bagai bukan satu dosa. 

Aku cuba baiki benda ni. Kadang2 bila tak teringat, aku keluar jugak pakai tudung yang menampakkan dada. Bila dah keluar baru sedar. Baru terfikir. Tapi aku perlahan2 jugak lah nak berubah. Tapi ada jugak ketika, kerana terlampau nak mengikut fashion, aku buat juga. Aku tak labuhkan bahagian dada.

Aku akui aku ni budak bandar sebenarnya. Sebelum masuk UIA, aku pernah keluar siap pakai baju lengan pendek lagi. Tudung pun memang confirm selimpang naik atas. And to tell you the truth, aku pernah tudung on off time sekolah menengah. Aku dulu tak berapa nak kisah lah tang aurat ni. Tapi bila start masuk UIA, aku start belajar perlahan-lahan. At first memang lah macam terpaksa ikut dress code. But then, lepas berapa ketika, aku macam ada sikit kesedaran. Aurat perlu ditutup. 

Aurat itu hanya satu contoh. And lagi satu yang antara kita sedar atau tidak, cara kita bergaul sesama jantina. Okay, ini lagi satu aku mengaku sebagai budak bandar. Dulu sebelum masuk UIA, ye, aku agak buta agama. Even aku tak lah buat benda tu (nasib baik sebab aku tak pernah rapat dengan lelaki) tapi aku dulu rasa bergaul bebas dengan lelaki itu bagaikan benda halal. Sebabnya? Sebab aku tengok orang sekeliling aku selamba badak pegang peluk boyfriend. Aku anggap pegang boyfriend itu macam benda halal. Aku tengok semua bertepuk tampar sesama rakan lelaki. Pegang2 macam tuh. Semua dianggap halal. Tapi tidak, memang hukumnya haram. Masuk UIA, banyak aku belajar. Mengenali lelaki, aku mula mengenal batas2 pergaulan. Aku bersyukur sangat2 aku masuk UIA. At least dekat UIA, aku belajar apa itu batas. Aku tahu apa itu batas pergaulan. Dan tidak mempunyai boyfriend pun mengajar aku batas pergaulan. Aku tak berani memberi jaminan sebab aku belum lagi melaluinya. Aku pun tak tahu nanti aku buat ke tak benda ni. Tapi sedar tak sedar, kadang orang kita pun menghalalkan hubungan melebihi batasan sepatutnya antara sesama pasangan belum berkahwin hanya sebab semua orang pun melakukannya. Benda itu macam benda biasa. Tanpa sedar, benda ini nampak "halal". Oh btw, tunang itu pun bukan lah suami, batasan itu masih ada. Tapi kerana "biasa" jugak; orang kita buat tunang tu macam suami.

Aku mahu list lagi. Tapi aku takut memalukan diri. Banyak dosa dah aku lakukan. Cuma tak mahu buka pekung sendiri. Aku buat posting ni pun cukup saja nak mengingatkan diri sendiri, dan orang sekeliling aku. Kadang2 kita lupa. Ye aku mengaku, aku pun selalu lupa.

Marilah cuba saling mengingati.

blog comments powered by Disqus