BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 30, 2010

Pride, dignity and virginity

Aku dulu, pernah percaya bahawa semua orang kat dunia ni orang baik. Maksud aku baik bukan lah tahap maksum ke apa. Bukan begitu lah. Baik dari segi, hurm, tak pernah buat jahat? Begitu lah lebih kurang. Aku percaya itu dulu.


Tapi bila makin besar, kepercayaan itu makin membubar. Makin berkurang. Sebab baru aku tahu, manusia ini banyak perangai sebenarnya.


Aku dulu tak pernah sangka, manusia boleh jadi dari sebaik-baik, berubah kepada kurang baik. Mungkin sebab itu pemikiran aku agak lambat matang. Sebab aku dulu sangka dunia penuh dengan fairytale. Aku dulu sangka semua manusia adalah baik2 belaka macam mereka di kalangan surrounding aku. Bukan lah terbaik, tapi tergolong antara mereka yang baik2. 


Okay straight to the point lah. Rupanya memang ada mereka yang pergi clubbing, mereka yang minum arak, mereka yang makan babi tanpa rasa bersalah even though mereka memang Islam, dan juga mereka yang mengamalkan sex before marriage. Ye, wujud sebenarnya mereka yang macam tuh, dari kalangan orang Melayu sendiri.


Aku tak tipu, aku sendiri pernah terkejut bila tahu ada dari rakan sekolah aku sendiri buat benda ni semua. Pernah sangat terkejut sebenarnya. Dan menjadikan aku kecewa, sangat kecewa mungkin.


Dan aku sebenarnya juga pernah sangat terkejut, ada dari kalangan budak UIA sendiri, perempuan she is, memiliki condom dari zaman cenfos lagi rupanya. Sudah hilang atau tidak virginity nya? Wallahua'lam. I'm not so sure. Tapi aku terkejut.


Aku selalu sangat terfikir, apa kau dapat ek kau bagi virginity kau kat lelaki sebelum kahwin? Apa kau dapat ek? Kepuasan? Kebebasan? Cinta abadi?


Ye ke?


Hilang maruah? Mungkin. Memalukan keluarga? Mungkin juga. Menggadaikan agama?


Entah, tak dapat nak terang kenapa aku buat posting ni. Otak selalu terfikir. Dunia dah makin tua, kau tahu. Dunia dah sangat tua. Jangan disangka hanya dunia yang makin tua, sedar tak sedar, mati pun sentiasa dekat dengan kita. Bukan tahu kita pergi bila.


Aku takut. Takut juga terjebak dengan perkara sebegini. Takut menggadaikan maruah yang selama ini aku pertahan. Bukan aku tak pernah kenal, pernah je aku tahu dari manusia yang sealim-alim manusia, berubah kepada manusia luar dari jangkaan aku. Berubah, habis. Aku takut jadi begitu.


Tapi, insya Allah, akan aku pertahankan segalanya. Katakan aku kolot. Aku out of date. Aku tak bandar. Biarlah mata jelek memandang aku. Biarlah tak mahu seksi. Biarlah tak popular pun. Biarlah aku masih virgin. Aku tak kisah. Sebab kita perjalanan kita hanya satu, menuju ke kehidupan yang kekal abadi, bukan duniawi semata.


It's my pride and dignity.




p/s: virginity hanya untuk suami. tak pernah tahu kah?

blog comments powered by Disqus