BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 27, 2012

Trip to Korea 6 Days 4 Nights - Wind Village

Sebelum perjalanan disambung ke Wind Village, kami singgah makan sebentar di salah sebuah restoran di Nami Island. Disitu, kami dihidang dengan makanan yang dikatakan makanan biasa untuk Korean, that is, Kimchi fried rice. Rasa nya, masya Allah, tak sedap hahaa. Dihidang di dalam sebuah bekas besi, dimana bekas besi tersebut berisi nasi putih, kimchi dan telur goreng. Makanan sampingan semestinya sup, dan sup kali ni yang dihidang adalah sup fish cake. Oh, untuk yang tak tahu apa itu kimchi, kimchi ni adalah makanan tradisi masyarakat Korea yang each and every of Korean people will love this thing. Kimchi secara umum yang aku kenali adalah kobis masam semata. Tapi sebenar tak. Kat Korea sebenarnya terdapat dalam lebih kurang 200 jenis kimchi yang aku pun tak tau amende yang sampai banyak macam tu sekali. Tapi setakat ni aku pernah rasa cabbage, sotong and radish kimchi. Celah mana lagi 197 jenis, jangan tanya aku. Difahamkan, setiap rumah di Korea memiliki satu kimchi fridge dimana ia digunakan untuk menyimpan stok kimchi. Bak kata Miss Jennifer Shin, our tour guide, orang Korea kalau tak tau camne nak buat kimchi, tokleh kawen. Jangan tanya aku kenapa.

Nampak tak betapa tak seleranya kimchi fried rice ni

Kalau tak memikirkan kesian dengan perut sendiri, tak punya kuasa aku nak perabihkan nasik goreng ni. Untuk orang seperti aku yang tidaklah punya minat yang besar terhadap benda2 masam, ini sememangnya bukan pilihan utama aku. Bekas nasik goreng ni disertakan sekali dengan sepasang glove. Glove ni digunakan untuk menggoncang bekas nasik goreng supaya nasik dan kimchi menjadi sebati. Aku goncang, tapi sebatinya idak pon. Last2 aku guna sudu kasik gaul semua. Aku rasa nak sujud syukur jer sebab dia bagi sekali sup fish cake tu. Boleh lah aku guna nak kasi neutral rasa super masam kimchi dalam nasik tuh. Cerita pasal kimchi ni pun dah berjela rasanya. Ciss. And oh, kimchi disana 3 kali sehari okay. Breakfast, lunch and dinner. 

Ada one story berkenaan dengan kimchi ni, one time, bus driver group tour kami tengok aku tengah amek makanan buffet. Aku amek every each of the food except kimchi cuz ya know, I hate kimchi. So dia pun tegur lah aku sambil cakap, kimchi masisoyeo (sorry I don't know how to spell it) means that, kimchi is delicious. Aku pulak muka poker face sambil buat muka errr errr errr hahhaha. Aku senyum sambil angguk2 tapi tak amek pun kimchi tuh. Aku terus blah je sambil buat muka toya hahahah. Kesian pakcik driver bas tuh. Terpinga2 beliau. Sumpah kimchi tak sedap, aku akui.

Nak cerita pasal wind village, last2 berjela cerita kimchi je. Okay, next kami sambung perjalanan kami ke Wind Village. Perjalanan tak jauh rasanya. Aku tak berapa nak ingat. Yang aku ingat, bila sampai kat situ, dari jauh dah nampak benda pusing panggil apetah tuh, yang untuk generate wind power. Angin kat village tak ler kuat mana aku rasa. Tapi quite sejuk kampung nya compared to Nami Island. Nyaman, terasa benar kampung nya. Sampai2, first thing aku kejar kompem toilet nya. Luar kayu dalam nya batu hahaa. Tak kesah lah. And oh, lupa, kalau nak pergi sini, jangan lupa bawak satu botol kosong ea. Bukan apa, untuk penggunaan tandas yang lebih bersih kata nyeh. Since Korea don't use water to clean off their bottom, maka penggunaan botol amatlah penting disini. Untuk lebih puas hati, bawak lah 2-3 botol ye, jangan lupa.

Kami meneruskan dengan aktiviti membuat cheese. Cheese yang dihasilkan bukanlah seperti cheese yang kita Malaysia suka makan ea. I know, there are many types of cheese out there. But this type, honestly not really my type of cheese. Tak perlulah aku nak citer satu2 lak cemana nak buat cheese ni. Korang tengok gambar je lah ye.

Barang hiasan for the cheese

Fresh milk is being used for making cheese. Fresh milk sangat fresh. Sedap!

Newly wed couple. Pegi honeymoon kot time. Tah tak sure. Tapi mereka ni rapat dengan kitorang :D

Cikgu kami hehe. All of the instructions being translated and instructed by Miss Jennifer

 Cheese campur serbuk strawberry. A lil weird ain't it?

Kami hias cheese dengan bunga kot

Tabur kuaci sikit.  

 Tadaaa! Cantik tak cheese kami? hehe

Us, and cheese

Yang akak aku pegang tu, cara kami makan cheese ni. Amek one corn chip, letak sepotong cheese and taruk sikit strawberry jem. Cover balik dengan corn chip. Rasa dia sedap actually better to taste the cheese that way lagi sedap. 

 Team kami dengan seon saeng nim(teacher)

We left our signature there. Saw my signature? hehe

Next kami ke kawasan luar for sheep feeding. Bagi kambeng makansss. Kambing konpem lah gemok gila. Kawasan sejuk kan. Bulu pun tebal. Kawasan kat sini berbukit. Sekali pandang boleh silap negara gak lah. Serupa new zealand dah ghope nya. Kambing kat sini sangatlah rakus berebut makanan. Sampai naik takut aku nak hulur tangan. Silap2, dengan tangan aku sekali jadi santapan satgi. Tak memasal. Pape pun, layankan gambar aku bersama kambing lah ye.








Coming up next, pengalaman di hotel Alpensia, and also perjalanan ke Everland. Nantikan lah ye :)


blog comments powered by Disqus