Berkenaan isu ptptn untuk pelajar unisel yang disekat baru2 ni, honestly, tindakan paling bodoh kerajaan pernah buat untuk menarik undi dan membuktikan kesilapan pembangkang. Aku sebenarnya agak pemerhati politik jugak lah kat Malaysia ni. Kebanyakkan tindakan kerajaan aku tak berapa berminat nak cela, sebab mostly aku rasa beneficial pun kat Malaysia. Nothing wrong with them. Cuma kali ni, aku memang tak bersetuju.
Sebagai student, aku tahu betapa crucial nya sumber kewangan terhadap kami. Sebab bukan semua kita berasal dari orang yang senang. Makan senang, pakaian sentiasa ada, duit tak pernah kering. Bukan semua. So most of us, bergantung hidup kat sumber kewangan lain seperti biasiswa atau pinjaman untuk terus hidup kat universiti ni.
Aku tahu, niat sebenarnya hanya lah nak suruh pembangkang tunaikan janji mereka konon2 mereka mampu memberi pendidikan percuma kat Malaysia ni. honestly aku rasa, pendidikan tinggi percuma kat Malaysia adalah bullshit. Tak akan mampu kita boleh buat pun. Memang unrealistic idea tu.
Tapi, even nak buktikan pun, kenapa perlu dilibatkan pelajar2 tak bersalah ni? Sepatutnya kerajaan tak boleh ambil tindakan drastik macam ni. If I were to put myself in their shoes, aku akan rasa suffocated. Sebab sumber kewangan dah tak ada nak hidup di universiti. I am a student. So I do know how hard life is kalau nak hidup tanpa sumber kewangan dari luar.
And kerajaan tak sedar ke, lepas diorang buat macam ni, then kerajaan negeri Selangor pulak berhempas pulas nak cari duit untuk tampung bebudak ni, so kerajaan akan nampak sangat lah jahat kat sini sebab nampak umpama mahu menganiaya bebudak ni, then Pakatan Rakyat boleh muncul ibarat hero lah kan untuk selamatkan bebudak ni. That's why aku kata, stupid idea kerajaan buat camni. Najib kena sedar tu. Konon2 mahu raih undi, silap2 hari bulan orang bersimpati lebih pada Pakatan Rakyat. Silap aku rasa kat sini. Silap taktik meraih undi.
Kalau betul kerajaan nak buat eksperimen kat Pakatan Rakyat pun, do it slowly lah kan. Ini sangat drastik dan membuatkan bebudak baru nak kenal dunia siswa siswi yang tak tahu apa2 lagi ni menjadi mangsa. So not awesome kot.
Harap kerajaan tarik balik tindakan ni. Hidup takde ptptn, habis lah bebudak tu. Ptptn penting, I know. That's why aku agak marah bila kerajaan buat macam ni. Sebab bebudak pulak menjadi mangsa politik. I have nothing against the government tapi bila aku rasa kerajaan buat silap, aku rasa aku patut tegur. Tu je.