BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 3, 2012

Apabila Kpop pun turut dipolitikkan

Aku sedikit tak suka, no, super menyampah actually bila lately pihak2 pembangkang menjadikan kpop sebagai isu untuk menghentam kerajaan. Selama ni aku tak amek pot sangat lah apa je isu yang diorang nak guna untuk membuktikan kesalahan kerajaan whatsoever tapi lama2 baca, kesabaran aku agak dicabar jugak bila tengok balik2 isu sama ni jugak diorang pusing. Dan disebabkan diorang dok pusing kat isu tu lah, ramai dah mula mempersoalkan pasal kpop, pasal obsession towards Korea. Ustaz2 mula bersuara, public yang dulu menikus kini mula berani tampil menghentam kpop depan2, and apa2 lagi lah.


Persoalannya kat sini, kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang dok sibuk main isu kpop, dok sibuk hentam kpop, walhal kpop dah lama menapak kat bumi Malaysia. Don't even say kpop je, drama2 Korea lagi lama kat sini. Bukan tahun ni baru mereka hype kat bumi Malaysia ni. Kalau nak kata Hari Belia Negara jemput artis kpop tahun ni, tahun lepas lagi Super Junior M dah dijemput. Tak jadi isu pun masa tu. Kenapa baru jadi isu tahun ni? Paham2 je lah, kpop sekarang trend dan isu panas di Malaysia ni, so bila Kerajaan sendiri yang menjemput kumpulan Kpop datang, ibarat mereka sudah hit jackpot jugak lah untuk mencari isu menghentam kerajaan. Sebab ramai orang akan tertarik untuk bincangkan isu ni. Kpop sangat mainstream buat masa ni. 


Padahal lama dah mereka menapak kat sini. Masa Wonder Girls datang MTV Worldstage haritu, takde siapa bising pun. Or masa 4minute with the super hot Hyuna datang Korean Music Wave, pun takde orang bising. Apesal baru sekarang nak bising? Tu pun hanya Dal Shabet je semata2 artis perempuan time tu. Sebab nya obvious. Kali ni pilihanraya umum dah makin dekat so sebab tu bila kpop groups dijemput khas oleh pihak kerajaan, baru diorang nak bising. 


Malang sekali lah sebab kpop menjadikan mangsa isu politik. Sekali menjadi mangsa isu politik, sampai pilihanraya nanti lah akan terus menjadi mangsa. Menjadikan aku sakit hati lah sangat2 bila baca orang hentam Kpop sana sini. Kalau haritu kerajaan jemput Rihanna ke apa datang ke Malaysia, silap2 Rihanna pun jadi mangsa dipolitkkan. Tak rasa gitu?


Kalau betul mereka concern dengan anak muda yang kian obses dengan Korea or Kpop, patut seawal tahun lepas lagi mereka dah boleh bersuara. Kenapa baru sekarang? Kenapa? Berhentilah. Hentikanlah politik benda tak sepatutnya. Kalau betul nak ditegur, apa kata tegurlah dulu betapa ramainya anak Melayu, anak Islam yang menjadi artis dan pakai baju seksi2 kat Malaysia ni. Tak payah lah setakat menegur kami yang hanya inginkan hiburan selain hiburan yang ada tanah air ni.


Dah puas dah kena sindir, dah puas juga aku menjawab. Tak sedar diri lah, apa lah, ingat kau bajet korea lah, hape2 lagilah. Aku malas nak menjawab sebab aku dah pernah buat satu posting pasal benda ni dulu. Aku hanya minat hiburan genre ni, so please, respect, sebagaimana aku respect korang bila korang minat Maher Zain, atau siapa2 artis yang datang dari negara Barat. 


Gambar ehsan mynewshub

Merujuk pada kata2 Imam Muda Fattah yang sedikit menyindir pada pandangan aku, aku just nak utarakan beberapa pendapat aku pulak. I have nothing against him but seriously, something need to be said here. Aku tahu bahasa Korea bukan bahasa syurga, very obvious. Tapi pendapat aku kalau si remaja perempuan tu mahu belajar bahasa Korea pun, apa salahnya? Terpulanglah kat dia pun. Belajar bahasa Korea pun boleh dikira menuntut ilmu juga kan? Apa lah salahnya. Takde lah pula larangan belajar bahasa selain bahasa syurga. Omak abah den semuo orang Melayu, Den nanti pun insya Allah kahwin dengan orang Melayu jugo. Tapi kalau Tuhan tetiba kata jodoh aku dengan orang Korea pun tak salah juga. hahaha. Also, aku sok lusa berkedut juga. Meningkatnya usia aku, akan makin lupus lah minat aku terhadap idol2 korea ni juga. Esok2 mungkin setakat melayan drama Korea macam mak aku je lah nanti. Takde dah minat orang2 Korea ni. Eh, tua berkedut pun kadang hensem pe. Omputih tu ramai contoh kut. Tua berkedut masih super hot hahahh. Also, idol2 bila dah tua, mereka akan bersara. Mereka pun tahu kedudukan mereka. 

Adik tu tengah fangirling je. Menceceh sedikit mungkin lepas tengok Kpop lah tu. Macam aku tak pernah buat. Korang yang minat artis tempatan pun mungkin lepas tengok Aaron Aziz (Zed Zaidi kata dia bukan tempatan haha) berlakon akan cakap, "hensemnya Aaron Aziz! Bestnya dapat jadi laki aku!". Or lepas tengok ustaz Don bagi ceramah kat tv, "ya Allah, cair tengok Ustaz Don kat tv ni! Bertuah sape jadi bini dia!". Biasalah tu fangirling. Agak malang lah sebab status si gadis menjadi perhatian si imam muda ni. Sampai ramai orang dok sindir2 sekali si gadis ni. Nak buek camno, dah gitu ghoman nyo haha. Apa2 pun tahniah lah sebab imam muda ni pun tengok Running Man haha.


Apa2 pun, henti2 kan lah jadikan kpop sebagai isu. Muak aku tengok dah oiii. Pihak2 pembangkang kalau teruskan jadikan benda ni sebagai isu, silap2 hari bulan nanti, peminat kpop pun naik menyampah and tamau dah undi pembangkang hahahh. K, bye.


p/s: before further commenting on this post, better korang baca dulu lah post yang. penat nak jawab dah hahahh http://simple-me-difficult-world.blogspot.com/2012/06/regarding-my-previous-post.html

blog comments powered by Disqus