BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 12, 2012

Tuhan wujudkan perasaan ini pada aku

Just recently, after aku balik dari Tanah Suci, aku sudah boleh dikatakan, memiliki pandangan berbeza. In many parts of my life. I should just keep it as a secret for most of the parts tapi aku rasa, aku macam nak share jugak lah this one part.


Pasal jodoh. If korang nak tahu lah kan, dulu2, I was kind off, agak macam force jugak lah bila masuk isu jodoh ni. Ye lah, dok tengok kawan2 semua ada couple, pasangan masing2. Aku pulak? Single je. Sunyi rasanya.


Tapi recently, I've made lots of thinking. Aku rasa ada hikmah, no, besar hikmah nya Allah jadikan aku masih single sampai lah sekarang. Kalau dulu tengok kawan2 couple, aku pun rasa macam nak couple jugak. Rasa sunyi jugak lah hidup single. Rasa macam hidup tak lengkap. Rasa macam aku perlukan jugak seorang boyfriend dalam hidup aku.


Tapi sekarang, alhamdulillah, Tuhan wujudkan satu perasaan baru dalam hidup aku. Bukannya perasaan ingin mempunyai teman lelaki. Allah wujudkan perasaan ingin punya suami dalam hidup aku. Aku tak rasa perasaan ni wujud waktu kat Tanah Suci. Bila dah sampai kat sini, lepas aku luangkan masa untuk berfikir seketika, Tuhan wujudkan perasaan ini kepada aku.


Bukannya aku tak ada suka kat orang. Most of the people can guess, siapa yang pernah punya tempat kat hati aku. Tapi sekarang, macam Allah dah lupuskan perasaan itu dari aku. Bukan kata aku tak suka dia ke apa. It's kind of like, dia, atau siapa2 pun, layak untuk punya tempat pada hati aku hanya bila dia dah bergelar seorang SUAMI. Aku dok suka orang bagai nak rak sekarang, bukan nya menjamin dia itu bakal suami aku, kan? So that's why, demi Tuhan, aku lupuskan perasaan suka pada dia. Sebab dia bukan tentu jodoh aku. Aku patut bagi peluang pada dia, dan juga pada diri aku, untuk mencari jodoh sebenar kami. Mungkin betul kami tak ada jodoh. Tu je. Tapi mungkin juga dia jodoh aku. Aku tak tahu. Tapi kalau betul dia jodoh aku, insya Allah lepas kahwin, seluruh jiwa raga, tanpa alasan lagi, hanya untuk dia :)


So right now, I am taking things easy. Aku hidup single, insya Allah, Tuhan jaga aku. Aku doa supaya Tuhan jaga aku, perasaan aku, hati aku, nafsu aku. I'm currently not forcing anything with my life. Kalau ada jodoh, ada lah. Tu je. Kita ada boyfriend pun, belum menjamin dia itu bakal suami kita. 


And I'm currently happy like this. Hati pun rasa tenang je sentiasa. Sebab aku tahu dan sudah faham sekarang, yang jodoh itu dah tertulis di loh mahfuz. Segalanya dah tertulis untuk kita. Kita terima je perancangan yang Tuhan dah rancang untuk kita :)


Aku serah hati aku pada Allah. Kalau mahu, mintak pada Dia :)

blog comments powered by Disqus