Actually aku dah balik Malaysia lama dah. Touched down Singapore balik hari Jumaat haritu. Dah lama jugak laa kepingin nak update blog tapi masa tak mengizinkan. Punya lah busy, sampai2 je terus kena study untuk midterm exam. Alhamdulillah, even dapat masa 2 hari je nak study, aku dapat jawab. Tuhan tolong :)
Anyway, aku akan update sikit2 lah blog aku pasal perjalanan aku ke Singapura, Bursa, Istanbul, Madinah dan Mekah. Tak mampu nak habiskan dalam satu post sahaja. Sebab perjalanan ambil masa dalam 16 hari lah jugak. Sangat lama, untuk aku. Aku tak pernah lah bercuti sampai lebih 2 minggu. Paling lama biasa dalam 3-4 hari je. This is the longest vacation I have ever had in my whole entire life.
Days before aku pergi, which 21st March 2012, aku sibuk cuba menghabiskan sisa2 kerja yang masih tertinggal untuk di submit. Banyak jugak lah yang kena settle. Even the day before I went to Singapore pun masih ada submission. Punya lah busy hidup sebagai student universiti ni haha. I went back to home pun around after maghrib on the 20th March. Lepas settle semua kerja. Balik rumah je, terus pergi "makan besar" haha. Nasi goreng, ikan siakap 3 rasa hehe. Perkara biasa jugak lah family aku berkumpul makan2 ni bila ada event.
Then sambung balik rumah untuk kemas barang. Aku dah macam lost nak kemas apa. Nasib baik most of my things telah mak aku dah pack. Tinggal certain2 personal things je aku kena kemas sendiri. Dengan muka separuh penat, aku gagahkan la jugak kemas barang. Siap packing dalam pukul 2 lebih macam tuh. Padahal esok nya pukul 4.30 dah kena bangun. Pasal nak kena ada kat office Andalusia dalam sebelum pukul 7 camtu.
Berjalan laa kami naik bas selama lebih kurang 6jam dari KL sampai ke Singapura. Punya lah jenuh menunggu bas sampai. Tido bangun je kerja time tu. 6 hours later, sampai ler Singapura. Before masuk Singapore, sempat jugak lah beli makanan buat bekalan nak makan kat Singapura. Sebab Singapore kan duit 2 kali ganda dari kita, tak berbaloi pulak aku rasa nak perabis duit semata nak beli makanan kat situ.
Sampai je Singapura, dibawa ke restoran halal kat situ, Restoran Zam Zam. Dimana kami dihidang dengan nasi beriani kat situ. And also my super favourite, murtabak Singapore! Didn't even remember to snap a picture of it. Tapi you guys should try that! Sangat sumpah sedap okaaay.
Lepas tu, kami berhenti solat di masjid berhadapan dengan Restoran Zam Zam. One thing I noticed about masjid kat negara lain, they tend to have toilet and tempat ambil wudhuk jauh dari tempat solat. A lil bit inconvenient for me.