BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 14, 2012

Kembara umrah Singapura, Bursa, Istanbul, Madinah, Mekah (part 1: Malaysia-Singapore)

Actually aku dah balik Malaysia lama dah. Touched down Singapore balik hari Jumaat haritu. Dah lama jugak laa kepingin nak update blog tapi masa tak mengizinkan. Punya lah busy, sampai2 je terus kena study untuk midterm exam. Alhamdulillah, even dapat masa 2 hari je nak study, aku dapat jawab. Tuhan tolong :)


Anyway, aku akan update sikit2 lah blog aku pasal perjalanan aku ke Singapura, Bursa, Istanbul, Madinah dan Mekah. Tak mampu nak habiskan dalam satu post sahaja. Sebab perjalanan ambil masa dalam 16 hari lah jugak. Sangat lama, untuk aku. Aku tak pernah lah bercuti sampai lebih 2 minggu. Paling lama biasa dalam 3-4 hari je. This is the longest vacation I have ever had in my whole entire life.


Days before aku pergi, which 21st March 2012, aku sibuk cuba menghabiskan sisa2 kerja yang masih tertinggal untuk di submit. Banyak jugak lah yang kena settle. Even the day before I went to Singapore pun masih ada submission. Punya lah busy hidup sebagai student universiti ni haha. I went back to home pun around after maghrib on the 20th March. Lepas settle semua kerja. Balik rumah je, terus pergi "makan besar" haha. Nasi goreng, ikan siakap 3 rasa hehe. Perkara biasa jugak lah family aku berkumpul makan2 ni bila ada event.


Then sambung balik rumah untuk kemas barang. Aku dah macam lost nak kemas apa. Nasib baik most of my things telah mak aku dah pack. Tinggal certain2 personal things je aku kena kemas sendiri. Dengan muka separuh penat, aku gagahkan la jugak kemas barang. Siap packing dalam pukul 2 lebih macam tuh. Padahal esok nya pukul 4.30 dah kena bangun. Pasal nak kena ada kat office Andalusia dalam sebelum pukul 7 camtu.


Parents and siblings berdiri, nenek and cousin duduk kat depan

Esok pagi nya, kitorang reramai dalam 2 kereta gerak pergi. Solat siap2 kat masjid then berkumpul depan office Andalusia. Amek tag nama, daftar nama kat officer Andalusia. Punggah2 beg masuk dalam bas semua. Salam2 dengan kakak2 and nenek aku. Peluk, cium2 pipi haha. Then off naik bas. Akak aku ada yang siap dah nangis2 dah. Aku pulak, muka takde perasaan hahaha. Sebab parents aku ada sekali dengan aku. Time tu laa aku terpikir, kalau aku pergi study oversea ni, pastu bawak mak ayah tinggal sekali, konpem tak homesick langsung haha.


Berjalan laa kami naik bas selama lebih kurang 6jam dari KL sampai ke Singapura. Punya lah jenuh menunggu bas sampai. Tido bangun je kerja time tu. 6 hours later, sampai ler Singapura. Before masuk Singapore, sempat jugak lah beli makanan buat bekalan nak makan kat Singapura. Sebab Singapore kan duit 2 kali ganda dari kita, tak berbaloi pulak aku rasa nak perabis duit semata nak beli makanan kat situ.


Sampai je Singapura, dibawa ke restoran halal kat situ, Restoran Zam Zam. Dimana kami dihidang dengan nasi beriani kat situ. And also my super favourite, murtabak Singapore! Didn't even remember to snap a picture of it. Tapi you guys should try that! Sangat sumpah sedap okaaay. 


Lepas tu, kami berhenti solat di masjid berhadapan dengan Restoran Zam Zam. One thing I noticed about masjid kat negara lain, they tend to have toilet and tempat ambil wudhuk jauh dari tempat solat. A lil bit inconvenient for me. 
Dalam masjid di Singapura.

Lepas solat, sambung perjalanan berjalanan sekitar Singapura. Naik bas je pun. Since Singapore ni sangat kecik, aku anggar dalam ukuran besar Melaka je kot, so in one day, cukup habis pusing satu Singapura. 

Apa yang aku perhati, Singapura ni still masih banyak kawasan tanah lapang. Means that, takde lah government diorang fully guna tanah kat situ untuk pembangunan since tanah sangat kurang kat situ. Pokok pun banyak. Not as I had imagined before. Aku ingat Singapore ni macam penuh bangunan, takde tanah langsung.

Nanti aku akan buat one full post contains interesting facts about Singapore. That I think I must share those things. Post kali ni fokus pada few things about Singapore je lah.

But one thing I need to mention here, is that, aku rasa penduduk Melayu di Singapore agak sedikit sombong. Maaf dengan statement aku, tapi bila dah 2 kali kena dengan mereka, sampai aku kena marah kat airport oleh orang Melayu Singapore, tanggapan aku terhadap mereka sedikit berubah. Aku cukup pantang bila customer kena marah dengan orang yang bekerja di kaunter actually. Pengalaman kena marah tu maybe aku cerita lain kali but one thing for sure, I'm not really fond of with some of Malays in Singapore.

Just wanna share few pictures. Sebab aku pun tak ingat sangat lah apa yang aku buat kat Singapore. Yang aku ingat, kitorang ada singgah kat Merlion Park untuk ambil gambar. Then dinner kat restoran Anak Bapak. Dia punya makan sikit punya mewah! Udang, sotong, seafoods semua. Tapi aku tak ambil gambar lak. Anyway, next post, Istanbul and Bursa coming up! Tempat mereka sangat cantik and menarik. Stay tune for more posts :)





Thursday, April 12, 2012

Tuhan wujudkan perasaan ini pada aku

Just recently, after aku balik dari Tanah Suci, aku sudah boleh dikatakan, memiliki pandangan berbeza. In many parts of my life. I should just keep it as a secret for most of the parts tapi aku rasa, aku macam nak share jugak lah this one part.


Pasal jodoh. If korang nak tahu lah kan, dulu2, I was kind off, agak macam force jugak lah bila masuk isu jodoh ni. Ye lah, dok tengok kawan2 semua ada couple, pasangan masing2. Aku pulak? Single je. Sunyi rasanya.


Tapi recently, I've made lots of thinking. Aku rasa ada hikmah, no, besar hikmah nya Allah jadikan aku masih single sampai lah sekarang. Kalau dulu tengok kawan2 couple, aku pun rasa macam nak couple jugak. Rasa sunyi jugak lah hidup single. Rasa macam hidup tak lengkap. Rasa macam aku perlukan jugak seorang boyfriend dalam hidup aku.


Tapi sekarang, alhamdulillah, Tuhan wujudkan satu perasaan baru dalam hidup aku. Bukannya perasaan ingin mempunyai teman lelaki. Allah wujudkan perasaan ingin punya suami dalam hidup aku. Aku tak rasa perasaan ni wujud waktu kat Tanah Suci. Bila dah sampai kat sini, lepas aku luangkan masa untuk berfikir seketika, Tuhan wujudkan perasaan ini kepada aku.


Bukannya aku tak ada suka kat orang. Most of the people can guess, siapa yang pernah punya tempat kat hati aku. Tapi sekarang, macam Allah dah lupuskan perasaan itu dari aku. Bukan kata aku tak suka dia ke apa. It's kind of like, dia, atau siapa2 pun, layak untuk punya tempat pada hati aku hanya bila dia dah bergelar seorang SUAMI. Aku dok suka orang bagai nak rak sekarang, bukan nya menjamin dia itu bakal suami aku, kan? So that's why, demi Tuhan, aku lupuskan perasaan suka pada dia. Sebab dia bukan tentu jodoh aku. Aku patut bagi peluang pada dia, dan juga pada diri aku, untuk mencari jodoh sebenar kami. Mungkin betul kami tak ada jodoh. Tu je. Tapi mungkin juga dia jodoh aku. Aku tak tahu. Tapi kalau betul dia jodoh aku, insya Allah lepas kahwin, seluruh jiwa raga, tanpa alasan lagi, hanya untuk dia :)


So right now, I am taking things easy. Aku hidup single, insya Allah, Tuhan jaga aku. Aku doa supaya Tuhan jaga aku, perasaan aku, hati aku, nafsu aku. I'm currently not forcing anything with my life. Kalau ada jodoh, ada lah. Tu je. Kita ada boyfriend pun, belum menjamin dia itu bakal suami kita. 


And I'm currently happy like this. Hati pun rasa tenang je sentiasa. Sebab aku tahu dan sudah faham sekarang, yang jodoh itu dah tertulis di loh mahfuz. Segalanya dah tertulis untuk kita. Kita terima je perancangan yang Tuhan dah rancang untuk kita :)


Aku serah hati aku pada Allah. Kalau mahu, mintak pada Dia :)

Saturday, April 7, 2012

Mohd Ali Izzuddin - adik aku waktu di Mekah


My baby bro, Mohd Ali Izzuddin. Not my real baby bro, but I already consider him as my lil bro, whom I met when I went for umrah. I already miss this budak kecik okaaaay. Not so many video of his. This is one the videos that I have in my collections. Watch the video, you will know how cute and smart he is. I never had a lil bro/sis before, so I do adore this kid that much. Always calling me kakak every time he can while riding the bus. Kakak here, kakak there. Siap orang panggil dia peminat kakak haha. The funny thing is, he is only 2 years old okay! Beza 21 tahun dari aku haha. Mak dia siap cakap lagi, "Ali minat kakak ye? Mana boleh, Ali kecik lagi". Hahaha. How cute. Sangat pandai budak ni. Dia tau macam mana nak selawat ke atas nabi. Macam2 zikir dia hafal. Sangat adorable! Dekat Safa dengan Marwah, time Saie, dia boleh kata, "Ya Allah, banyak nya Malaikat!". Mungkin lah dia betul2 nampak Malaikat, kita mana tau kannn. 

Terngiang2 kat telinga lagi Ali nyanyi dia sayang Abi, dia sayang mak, dia sayang kakak.

At first, aku memang tak berapa suka lah kan ada budak. Since I'm not really good with kids. And kids tend to make such a huge noise. Tapi lama2, lepas kenal dengan budak kecik ni, I started to love kids more. Aku masih tak berapa pandai nak layan budak tapi dengan dia, aku cuba hehe. 

Every time aku cuba nak dukung dia, mesti dia lari. Malu, mak dia kata hahah. Alahai, aku pun anggap dia ni adik aku saja. Macam kelakar pun ada jugak lah jadi first love budak kecik hahaha.

Kepada adik Ali, hopefully Ali dapat besar dengan sihat, pandai, taat pada Allah dan ibu bapa. Bila kita jumpa lagi lepas ni, mungkin Ali tak kenal lagi dah kakak. Sebab Ali dah besar dah time tu. Tapi kakak sentiasa ingat Ali. The worst thing being an adult, we can be attached emotionally very easily. I feel super sad right now as I know I may not have any chance at all to meet this little Ali again.

Little Ali, kakak miss you actually :(
May Allah bless you always =)


Kakak sayang Ali :)