BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 31, 2012

That was sad, and pitiful

I encountered an interesting scene just now at Kenny Rogers yang kat Amcorp Mall. As usual, kalau pergi sana mesti amek yang quarter meal with all the side dishes. Then lepas pilih makanan, aku pun nak pilih lah air. Dok belek2 menu, rasa macam nak minum something yang creamy. So aku pun pilih laa "Caramel Chocolate Ice Blends". So I told the waiter, a guy, that I want to have mende alah tu. Lepas aku cakap, dia pun dok lah catat amende tah. So I was like, he got it, no need me to repeat it. But then, suddenly, waiter tu tanya aku soalan, "Aaa, ni nak sejuk ke atau nak yang panas?". Errkkk, terkesima aku sebentar. So this time, I thought that the waiter didn't get my order. So aku pun repeat lah apa yang aku nak. "Saya nak Caramel Chocolate Ice Blends satu", dengan muka innocent aku. Then pastu, once again dia repeat, "Nak panas ke nak yang sejuk". Dengan muka blur dan ternganga aku, aku pandang muka akak aku dengan memberi pandangan wtf pada beliau. Aku ulang lagi pesanan aku then dia ulang lagi soalan dia. Makin lah aku pelik. Then baru lah akak aku menyampuk, "Nak yang sejuk".


Kalau korang perhati betul2 lah kan, aku order "Caramel Chocolate Ice Blends" which normally people will understand that "Ice Blends" supposedly to be cold. No such thing as "hot ice". Itu yang menyebabkan aku blur seketika. But I was like, ok2 takpe.


Then pastu, encountered lagi satu scene. Kali ni akak aku pulak. Masa taking order, akak aku pesan lah 1/2 chicken yang takde set tu. Just chicken, kira ala carte laa. Kitorang ingat dia paham laa. Rupa2 nya dia tak paham. Lepas dia amek order tuh, hantar kat kaunter, dia datang balik kat kitorang. Dia tanya kitorang, "Kak, yang tadi pesan ayam tu, akak tak pilih side dishes lagi laa". Since akak aku memang pesan ayam je, dia kata, "Tadi tu nak yang ala carte". Then dia kata lagi, "Tadi tu tak pilih side dishes lagi". Baru kitorang sedar, dia tak paham rupanya. So I tried to explain, Dok kata nak yang kosong laa, ape laa. Dia tak paham gak. Pastu akak aku kata nak ayam je. Ayam sahaja. Baru lah dia paham.


First time aku jumpa situasi macam ni. Never once encountered benda2 camni. So yes, actually aku harini, belajar benda baru. In these situations, I can't blame the boy. Mungkin dia tak faham these English words. Mixed feeling jugak lah. Does this shows the weakness of our education system? I don't know. That boy doesn't look that young to me. Probably around 17, baru habis SPM macam tuh. Ikut logic, he should already know what ice means. Tapi entah, tak tahu mana silap nya.


Sedih jugak tengok budak tu. Dengan muka innocent beliau. Aku cuma harap takde orang yang scam dia. Sebab dia punya English basic sangat lah aku rasa tak leh nak survive lebih2 lagi kat kawasan banyak orang kuang ajaq macam kat area PJ ni. Our guess, mungkin dia baru datang dari kampung. But to tell you the truth, orang dari kampung pun kalau at least dah lepas sekolah menengah supposed to know those basic English words. Most people from kampung yang aku kenal pun ada strong English basic. Tapi tu lah, mungkin budak tu ada masalah sendiri yang kita tak tau. Takde, aku tak marah dia pun tadi. Aku paham, dia mungkin ada masalah dengan English. Cuma aku simpati je la dengan dia. My pray hopefully dia selamat dari penipuan2 durjana. Tu je.


Sorry kalau ada ayat pelik2. Aku type dalam keadaan blur sebenarnya ni haha

Tuesday, January 24, 2012

Kenapa dulu aku tak beli Samsung Galaxy W or Wonder

Lama tak hapdate blog. Busy lah katakan. Busy bercuti hahaha. Actually aku saja update blog nak luahkan perasaan jugak lah. Sedikit menyesal beli Samsung Galaxy Ace sebenarnya. Haha.


Actually orang ramai baru sedar kewujudan Galaxy W or Wonder ni. Aku tau lama dah. Dulu siap pernah aim lagi nak beli. Sebelum orang ramai dok sebut2 pasal W ni lagi aku dah usha2. Tapi tak tau kenapa aku end up amek Ace. Bila orang dah start bising pasal W, baru nak menyesalkan lah. Dunia dunia hahaa.


Anyway, untuk mengelakkan perasaan menyesal berbuku-buku dalam jiwa raga aku, disini aku nak jelaskan, kenapa aku beli Ace. Time aku beli handphone dulu mak aku ikut sekali. Pastu aku tanya mak aku, mana lawa? Ace ke Wonder? Then mak aku pilih Ace. So di situ laa titik permulaan kenapa aku pilih Ace. Sebab sayang mak punya pasal, so aku dah tak menyesal dah. Ok, bai!!


p/s: kata2 mak aku lagi penting dari mainstream things. hahaa.
p/s/s: sape2 sebut pasal Samsung Galaxy W depan aku lagi memang aku sembor dia. Sekian.

Tuesday, January 10, 2012

Pure nya muka aku dulu2

Aku terjumpa gambar2 ni. Dear God, pure nya muka aku dulu. Kanak2 sungguh! Makin tua makin tak pure lak rasa hahaha


Ni muka sekarang. Tak berapa nak pure dah hahah. Dah grow up rupanya aku ni. Oh, rasa tua T___T

Ok, just a random post. Tak sabar nak habis final ahad ni!

Thursday, January 5, 2012

PinkHippo again! Anyone misses me? :)

Hi, PinkHippo again

Eh, salah. terbalik lak.

Hi, ini PinkHippo again :)

Anyone misses me? 

No?

Yes?

I'll be back
Again
Hehe

Wednesday, January 4, 2012

Kes Afdlin Shauki masuk UMNO: my opinion

Tertarik dengan isu recently Afdlin Shauki join UMNO. Seems like this thing has caused big commotion among his fans jugak lah. Actually aku malas nak bukak isu pasal politik kat blog aku lagi. Tapi disebabkan isu Afdlin ni macam menarik, so decided gonna give bit of my opinion.


Punya laa panjang lebar beliau nak cerita kat dalam facebook. Sampai naik kesian aku dengan dia. Seems like ramai fans dia dah back off from being his fans semata-mata sebab dia masuk UMNO. Well, say whaaaat?


Memang aku kesian dengan dia. Satu aku naik menyampah dengan rakyat Malaysia, we seem to be very obsessed with politics sampai lah kan, kawan2 pun kita sanggup benci, sampai solat pun nak ada dua imam! Isn't that bullshit? Yes it is. 


Aku pelik lah. Actually before Afdlin Shauki joins UMNO, rasa dah ramai je celebrities take part in politic. You name it. Bob Lokman, Wardina Safiyyah, Azmil Mustapha, many more. Ramai, sumpah ramai yang masuk politik. And most of them chose to be in PAS. Fans' reaction? Mereka marah artis2 ni join politik? No, mereka bersorak. So why bila Afdlin Shauki masuk UMNO je dia kena hentam teruk2? Why? Sebab he has different political view from you? Sebab tu? Bullshit.


Dude, we can have whatever political view that we want. Even the 140% vote in Russia haha ini joke saja. Be it, kau nak jadi PAS ke, kau nak jadi UMNO ke, sukahati mereka lah kan. It's their vote, not yours. Diorang nak undi kerajaan? Silakan. Korang nak undi pembangkang? Tiada halangan. So nak marah sangat Afdlin join UMNO ni apesal?


Takde bezanya kau UMNO ke PAS ke PKR ke. Selagi kau masih Islam, selagi kau masih pegang title MUSLIM. What makes us different semestinya tahap iman dan taqwa kita kepada Allah. Kalau kau katakan penyokong setia Pas sekali pun tapi solat pun fail, terkontang-kanting, tak cukup lima waktu, lambat solat (ok, yang ni aku pun selalu lambat, astaghfirullah), masih lovey dovey dengan girlfriend or boyfriend tanpa rasa malu, nothing makes you different from being ahli UMNO that did the same thing as you do, kan? Takde beza kan? Korang masih Muslim kan? Dua2 masih buat dosakan?


Dari korang sibuk pung pang pung pang cerita bagai fanatik habis pasal politik but never care to follow whatever Allah says, mintak maaf lah, baik lah korang upgrade kan dulu iman korang. Aku memang tengok ramai je beria kata PAS itu Islam, hidup Islam, hidup Islam, tapi at last, tersebar kat internet gambar dia dengan girlfriend holding hands. Memalukan siapa? Aku rasa memalukan parti PAS tu sendiri. Nasib baik hanya penyokong nya sahaja yang buat begitu. Bukan pemimpin teratas nya. Pemimpin teratas menjaga adab mereka mereka sebagai orang Islam


So yeah, berbalik pada point asal aku, aku memang tak suka lah bila jadi benda macam ni. Terpulang lah pada individu tu nak punya pandangan politik bagaimana. Mungkin dia rasa UMNO terbaik untuk dia. Apa hak kau untuk marah? Dia pengundi, dia ada hak juga. Well, at least dia masih memilih pemimpin di kalangan orang Islam, kan? Same goes to you guys. Korang undi PAS, nothing wrong with that, kan? At least korang cuba nak kekalkan kepimpinan Islam kat sini.


Peminat cepat melatah aku rasa. Fahaman politik memecah-belahkan umat Islam. Yang PAS solat berimam kan PAS, yang UMNO nak berimam kan UMNO. Padahal kita berkiblatkan sama, Kaabah. Kita bertuhan kan sama, Allah. Kita punya agama sama, Islam. Tu pun masih nak pecah-belah lagi? Terpulanglah.

Sunday, January 1, 2012

Sempena nak exam

Sempena nak exam, aku nak selitkan jugak lah 2 surah pendek yang dapat bagi manfaat bila kita dalam kesusahan.


First sekali, surah Al-Kauthar. Mak aku tengok rancangan "Tanyalah Ustaz". Ustaz tu kata kalau kita nak lembutkan hati orang, baca lah surah ni. Kalau kita nak lembutkan hati lecturers kita masa nak semak kertas jawapan kita, baca surah ni then sebut nama diorang time doa.



Maksud: 

1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). 
2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). 
3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). 


Secondly, surah Al-Insyirah. Actually aku dah lama amalkan surah ni. Time aku susah2 hati, time aku takde ketenangan, time aku rasa perlukan pertolongan, aku baca surah ni. Alhamdulillah, Tuhan bagi ketenangan kat hati aku. Dulu2, aku selalu amalkan surah ni bila aku rasa sangat susah hati. Aku tak tahu kenapa sem ni tak terpikir langsung nak amalkan surah ni. Insya Allah sempena nak exam ni, aku akan amalkan surah ni.



1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu,
4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).




Hadis Nabi S.A.W dari  Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah S.A.W bersabda:
“Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada Rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap.”