BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 1, 2012

Sempena nak exam

Sempena nak exam, aku nak selitkan jugak lah 2 surah pendek yang dapat bagi manfaat bila kita dalam kesusahan.


First sekali, surah Al-Kauthar. Mak aku tengok rancangan "Tanyalah Ustaz". Ustaz tu kata kalau kita nak lembutkan hati orang, baca lah surah ni. Kalau kita nak lembutkan hati lecturers kita masa nak semak kertas jawapan kita, baca surah ni then sebut nama diorang time doa.



Maksud: 

1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). 
2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). 
3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). 


Secondly, surah Al-Insyirah. Actually aku dah lama amalkan surah ni. Time aku susah2 hati, time aku takde ketenangan, time aku rasa perlukan pertolongan, aku baca surah ni. Alhamdulillah, Tuhan bagi ketenangan kat hati aku. Dulu2, aku selalu amalkan surah ni bila aku rasa sangat susah hati. Aku tak tahu kenapa sem ni tak terpikir langsung nak amalkan surah ni. Insya Allah sempena nak exam ni, aku akan amalkan surah ni.



1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu,
4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).




Hadis Nabi S.A.W dari  Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah S.A.W bersabda:
“Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada Rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap.”

blog comments powered by Disqus