BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 4, 2012

Kes Afdlin Shauki masuk UMNO: my opinion

Tertarik dengan isu recently Afdlin Shauki join UMNO. Seems like this thing has caused big commotion among his fans jugak lah. Actually aku malas nak bukak isu pasal politik kat blog aku lagi. Tapi disebabkan isu Afdlin ni macam menarik, so decided gonna give bit of my opinion.


Punya laa panjang lebar beliau nak cerita kat dalam facebook. Sampai naik kesian aku dengan dia. Seems like ramai fans dia dah back off from being his fans semata-mata sebab dia masuk UMNO. Well, say whaaaat?


Memang aku kesian dengan dia. Satu aku naik menyampah dengan rakyat Malaysia, we seem to be very obsessed with politics sampai lah kan, kawan2 pun kita sanggup benci, sampai solat pun nak ada dua imam! Isn't that bullshit? Yes it is. 


Aku pelik lah. Actually before Afdlin Shauki joins UMNO, rasa dah ramai je celebrities take part in politic. You name it. Bob Lokman, Wardina Safiyyah, Azmil Mustapha, many more. Ramai, sumpah ramai yang masuk politik. And most of them chose to be in PAS. Fans' reaction? Mereka marah artis2 ni join politik? No, mereka bersorak. So why bila Afdlin Shauki masuk UMNO je dia kena hentam teruk2? Why? Sebab he has different political view from you? Sebab tu? Bullshit.


Dude, we can have whatever political view that we want. Even the 140% vote in Russia haha ini joke saja. Be it, kau nak jadi PAS ke, kau nak jadi UMNO ke, sukahati mereka lah kan. It's their vote, not yours. Diorang nak undi kerajaan? Silakan. Korang nak undi pembangkang? Tiada halangan. So nak marah sangat Afdlin join UMNO ni apesal?


Takde bezanya kau UMNO ke PAS ke PKR ke. Selagi kau masih Islam, selagi kau masih pegang title MUSLIM. What makes us different semestinya tahap iman dan taqwa kita kepada Allah. Kalau kau katakan penyokong setia Pas sekali pun tapi solat pun fail, terkontang-kanting, tak cukup lima waktu, lambat solat (ok, yang ni aku pun selalu lambat, astaghfirullah), masih lovey dovey dengan girlfriend or boyfriend tanpa rasa malu, nothing makes you different from being ahli UMNO that did the same thing as you do, kan? Takde beza kan? Korang masih Muslim kan? Dua2 masih buat dosakan?


Dari korang sibuk pung pang pung pang cerita bagai fanatik habis pasal politik but never care to follow whatever Allah says, mintak maaf lah, baik lah korang upgrade kan dulu iman korang. Aku memang tengok ramai je beria kata PAS itu Islam, hidup Islam, hidup Islam, tapi at last, tersebar kat internet gambar dia dengan girlfriend holding hands. Memalukan siapa? Aku rasa memalukan parti PAS tu sendiri. Nasib baik hanya penyokong nya sahaja yang buat begitu. Bukan pemimpin teratas nya. Pemimpin teratas menjaga adab mereka mereka sebagai orang Islam


So yeah, berbalik pada point asal aku, aku memang tak suka lah bila jadi benda macam ni. Terpulang lah pada individu tu nak punya pandangan politik bagaimana. Mungkin dia rasa UMNO terbaik untuk dia. Apa hak kau untuk marah? Dia pengundi, dia ada hak juga. Well, at least dia masih memilih pemimpin di kalangan orang Islam, kan? Same goes to you guys. Korang undi PAS, nothing wrong with that, kan? At least korang cuba nak kekalkan kepimpinan Islam kat sini.


Peminat cepat melatah aku rasa. Fahaman politik memecah-belahkan umat Islam. Yang PAS solat berimam kan PAS, yang UMNO nak berimam kan UMNO. Padahal kita berkiblatkan sama, Kaabah. Kita bertuhan kan sama, Allah. Kita punya agama sama, Islam. Tu pun masih nak pecah-belah lagi? Terpulanglah.

blog comments powered by Disqus