Aku teringat jugak laa dulu2 waktu zaman sekolah, I used to be the lonely person, used to be the type of "melukut ditepi gantang".
When I was in high school, people used to not care about me. They used to not pay any attention towards me. I don't have the courage to voice out my thoughts. Well, actually, probably I wasn't even care to give any thoughts. I don't seem to exist back then in high school. I used to only live in my own world. I don't mixed up easily with other people back then.
Aku actually dah lupa yang aku pernah jadi lonely person masa sekolah menengah dulu. Aku lupa macam mana aku dalam kelas dulu seorang yang sangat pendiam. Aku tak mahu bercakap dengan orang, langsung tak nak bergaul dengan orang melainkan mereka yang rapat dengan. Benda yang buat aku teringat bila aku terbaca status kawan aku kat facebook cakap yang orang tak ambil kisah pasal pendapat dia. Orang tak mahu ambil kisah pun pasal pendapat dia. Macam orang anggap dia tu tak wujud lah. Macam aku dulu.
Aku bersyukur jugak lah aku berubah matang bila masuk universiti ni. Aku berubah sikit2. Dari orang yang tak tahu bersosial, kepada orang yang bergaul dengan semua lapisan. Baik senior, mahu junior, mahupun kawan sebaya aku. Ye, aku belajar untuk bersosial disini. Pentingnya skill berkomunikasi tu.
In fact sekarang, people do count my thoughts. Whenever I voice out my thoughts, people take that into their account. And in fact sekarang, people search for my opinions. Tu yang aku bersyukur betul dengan aku yang sekarang. Aku bukan lagi mereka yang melukut ditepi gantang. Aku bukan lagi mereka yang bagai tak wujud di sekolah. Whether aku ada atau tak ada, dulu mereka tak pernah kisah.
Masa sekolah dulu pun mana ada orang nak duduk sebelah aku. I'm not the person they want to hang out with. Masa sekolah, almost everytime end up duduk sorang2 masa memula masuk kelas, tunggu cikgu dok susun kedudukan kat dalam kelas, nak cari partner nak duduk sebelah aku. Even position dalam kelas pun, macam bendahari ke apa ke, orang mana nak pilih aku. Setakat ajk Bahasa Melayu pun susah aku nak dapat. Kalau dah takde orang sangat baru mereka cadangkan nama aku kut. Menunjukkan betapa tak popular nya aku kat sekolah dulu.
Itu yang bila orang sebut pasal sekolah, I'm not that excited to talk about school. Bila orang ajak datang balik sekolah, jumpa cikgu, aku antara orang yang cuba mengelak. Cikgu pun tak favour aku dulu kot. Aku antara muka yang dianggap menyemak jugak lah duduk kat science stream tu. Aku teringat masa dulu waktu aku masih dalam Engineering, terjumpa cikgu add math aku. Beliau tanya lah aku sekarang kat universiti mana. Aku cakap laa UIA. Beliau tanya lagi aku course apa. Aku cakap aku amek Engineering. Punya lah terkejut cikgu aku sebab dia tak percaya hahahah. Nampak sangat muka disbelief dia. Oii, kemon laa. Aku tau laa zaman sekolah dulu aku selalu fail add math dalam kelas dia. Mana tak nya, setiap kali kelas add math mesti aku tido punya lah wakakak.
So sekarang actually kat UIA, aku rasa aku dah makin pandai bawak diri. Surroundings aku mungkin jugak lah yang memupuk perangai baru aku ni. Rasa malu dah berjaya dibuang. Low self esteem pun berjaya dibuang, alhamdulillah. Aku sekarang punya kawan2 yang tak pernah lupa nak ajak aku hang out sesama even some of them aku tak mampu nak tunaikan permintaan nak hang out sesama dengan mereka sebab kesuntukan masa. Aku sekarang punya kawan yang rasa kekurangan dan kehilangan bila aku tak join sekali bila diorang hang out sesama. Aku sangat bersyukur dengan benda2 ni semua. Aku sekarang pun sudah berani suarakan pendapat aku bila bekerja berkumpulan. Aku bukan lagi macam dulu bila orang suruh buat kerja, aku hanya akan ikut je. I can actually lead a group now, bila orang mintak aku lead or aku terpaksa lead. Aku sekarang dah berani suarakan pendapat aku membangkang kalau aku rasa ada benda tu tak sesuai. And groupmates aku sekarang memandang berat atas segala pandangan aku, at least they take it into their account walau tak semua diikut. Aku bukan macam dulu lagi.
Aku sekarang sentiasa mencari ruang membaiki diri. Whenever I get the chance. Alhamdulillah sekarang makin mudah nak progress kan diri. Walau pun aku masih ada kekal sifat aku yang aku tak laa boleh masuk dengan semua orang. Some of them are just too hard to mix with.
Aku tau, susah untuk berubah sebenarnya. Aku berubah juga. Tapi bukan dipaksa. Aku berubah dengan semula jadi. It went naturally, alhamdulillah, that's what God has planned for me. Cuma masa hadapan kalau aku ada perubahan lagi, aku berharap kepada yang lebih baik, insya Allah.
Saturday, December 24, 2011
The drastic change from my high school life
Posted by su at 1:03 AM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)