Ramai sebenarnya perempuan yang aku rasa nampak super hot bila diorang tak pakai tudung. Memang hot stuffs habis lah kan actually. Memang jenis hot yang korang tak terbayang dalam fikiran jugak lah actually. And ramai yang super pretty actually bila diorang tak pakai tudung.
Tapi kenapa Islam suruh pakai tudung? Dan kenapa aku memilih untuk memakai tudung?
Mungkin juga sebab takutkan dosa. Tapi bagi aku lah, mahalnya seorang perempuan tu, bila dia tak dedahkan tubuh badan dia, rambut dia, apa2 yang tak sepatutnya pada lelaki bukan mahram. Itu mahalnya kita bila menjadi seorang perempuan. Kalau katakan aku bukan dilahirkan sebagai bukan muslim pun (nauzubillahi min zalik), aku rasa murah bila melihat diri pakai hot pants ke or pakai baju yang dedah2 tu and tunjuk kat bukan mahram.
Macam kata madam aku, kita perempuan Islam, kita ada dignity. Kita ada pride yang perlu dipertahankan. Itu lah yang kita banggakan. Bila pakai tudung, aku rasa lebih dihormati oleh the opposite sex. Tudung tu dah macam jadi benteng untuk kita dari diganggu secara berlebihan dengan lelaki.
Itu sebab ramai yang memilih untuk memakai tudung, untuk menutup auratnya. Perasaan lebih dihormati.
Ibarat makanan yang ditutup tudung saji, ibarat gula2 dibungkus dengan pembalutnya, aku rasa lebih selamat bila menutup aurat.
Bila kahwin nanti baru terasa diri mahal. All of my body parts are only for my future husband. Only for him. Kalau nak tengok, sila hulur mahar dulu lah. Bayar dulu beb haha. Itu mahal nya kita sebagai perempuan Islam. Bukan semudah, sesuka hati je membiar lelaki bukan mahram melihat aurat kita, menyentuh kita. Makin mudah mereka melihat dan menyentuh kita, makin murah lah harga kita sebenarnya.
Tapi aku pelik jugak lah, ada je lelaki lepas diorang kahwin, masih dok biar isteri dia dedah2 aurat kepada lelaki lain. Upload gambar kat facebook lah, apa lah. Siap dok suruh bini pakai baju seksi2 lagi. Wahai lelaki, sedar lah, isteri itu hak eksklusif kau sebagai suami. Bila dok tayang2 bini camtu tak rasa macam korang dah hilang that special privileges? Tak rasa macam korang dok share bini dengan orang lain? Best je secara percuma diorang tengok bini korang. So sila2 lah suruh isteri korang tutup aurat bila dah kahwin. Buat penat je bayar mahar nak amek dia buat bini.
Insya Allah, aku akan stay menutup aurat. Insya Allah, aku akan jaga diri aku sampai aku kahwin nanti. Aku nak dikenali sebagai perempuan yang mahal dan bermaruah. Bukan sebagai yang murah dan tiada maruah. Insya Allah. Doakan aku ye kawan2 :)
Wednesday, October 12, 2011
Mahalnya kita sebagai perempuan
Posted by su at 3:59 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)