BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 10, 2011

Aku hebat ke dalam English? Fikir balik lah.

Regarding my last post, rupanya telah disalah faham. Ok2, aku silap jugak. Pasal just few words without any further explanation can cause such a huge misunderstanding. Just aku nak cakap lah, pasal orang yang disebut2 kat dalam last post tu, yes, aku tak kenal dia. So very unfortunate for me, aku tak boleh nak tegur grammar dia. Just ask my friends around, especially my roommates, aku tegur je mereka bila mereka buat kesalahan dalam English. And I accept what they told me if I did something wrong with my grammar or my language. Cara itu jugak lah kita belajar, ye dak? We can't expect anyone else to help us just to guide all along bila nak belajar speaking. Aku tak dilahirkan pandai bahasa Inggeris, tidak. Mak dengan ayah aku punya first language, Bahasa Melayu. Jadi memang aku punya mother tongue Bahasa Melayu. Aku dulu2 pun memang terkulat2 nak cakap bahasa London ni. Duduk kat Sri Aman, haihh, memang aku antara markah terendah bila ada exam English. Tak percaya ke? Cikgu siap panggil pergi depan and duduk tepi dia suruh jawab soalan grammar. Bahaha. Bila ada speaking test, aku menggigil. Pasal apa? Aku takut. Aku tak boleh nak lontarkan walau sebutir kata dengan betul. Semua terketar2. Tak ada keberanian langsung. Siap pernah aku baca perkataan "cocoa" sebagai co-co-a itself. Walhal cara sebut dia "koko" or "coco". Tak ke malu aku kat depan satu kelas. And aku pernah baca perkataan "shall" sebagai shall itself. Walhal cara sebut dia "shell". Masa aku darjah 6. Aku ingat lagi jugak lah peristiwa tu. Cikgu aku suruh baca perenggan. Aku baca then aku pronounce "shall" wrongly. Lepas tu, cikgu aku malukan aku depan kelas. Time tu jugak, mata aku merah. Mengalir terus air mata. Siap muka merah padam tahan malu. Dah lah masa tu semua keliling aku hebat2 English belaka. Dan aku pulak, jenis tak berkawan dengan orang then ada masalah dengan English. Faham tak apa perasaan aku jadi isolated girl time tu? Aku tak rasa ada yang faham. Mungkin sikit je la yang faham kan? Ni baru contoh sikit je dengan apa yang aku lalui dimalukan cikgu semata2 lemah dalam Bahasa Inggeris. Nak contoh lain kena tunggu aku bongkar balik ingatan aku lah hahah.


Memang aku tak pandai English dari kecik. Sampai tingkatan 5, kau tahu? Aku masih terkulat mengguna bahasa tahap antarabangsa ni. Tapi bila habisnya tingkatan 5, aku dah start cuti panjang. So masa tu, kebetulan pulak aku suka berforum kat forum2 international macam Jpopmusic. Yes, I am one the user. Time tu aku punya English masih sucks like hell. Terkulat2 aku nak reply thread dalam English. Tapi disebabkan nak jaga air muka orang Malaysia, aku gagahkan juga. Tahu apa aku buat? Aku berjinak2 dengan google translate. Aku mula rajin bukak microsoft Word. Sebab dalam Word ni kau boleh tahu bila kau buat kesalahan tatabahasa. Sama ada dia buat garisan hijau atau merah. Lepas dah cek tatabahasa, google pulak lah. Apa yang sebabkan kesalahan tatabahasa tu. Eh, jangan tak tahu, dulu aku tak erti pun kalau singular kena guna "likes" dan kalau plural kena guna "like". Tahap itu sekali teruknya English aku. Lepas tu, aku banyak bertanya dengan kakak aku yang boleh tahan tahap English dia. Kakak aku memang jenis suka baca novel, so dia memang hebat tang bahasa berbunga2 dalam novel ni. Then aku berjinak jugak dengan Harry Potter. Dari jilid pertama, sampai keenam semua habis dibaca, siap diulang 2-3 kali. Cuma jilid terakhir aku tak mahu baca dah. Minat membaca dah berkurang hahaha.


So, ye, katakan pada aku, aku memang hebat English? Memang tak lah. Memang tak langsung hebat English sebenarnya. Semua based on my on effort. Aku tak pergi pusat2 tuisyen English seperti British Council dan sebagainya. Ibu bapa aku tidak mencorakkan aku dengan memanjakan aku dengan pusat tuisyen. Aku tak pernah sekali jejak kaki ke pusat tuisyen. Tak langsung. Aku terpaksa mengharap pada diri sendiri. Itu je yang aku ada. Sama juga lah dengan ilmu komputer. Bukan semudah itu aku nak pandai semua. Ilmu asas komputer semua ditimba sendiri. Kakak aku tak jugak lah nak guide aku belajar benda2 remeh ni. 


Jadi aku rasa tak ada alasan untuk tak tahu English. Semua based on your effort. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Aku dulu pemalu. Aku dulu pernah gagap bila berucap kat depan. Jangan dikata sebab aku budak bandar, aku memang sudah hebat dengan bahasa ni. Semuanya bullshit belaka. Tak akan timbul hasil, kalau tak ada usaha, kan? Jangan diguna alasan, "alaaa, dia memang dah speaking dari kecik, so tak susah lah dia nak dapat A dalam English, tak susah lah dia nak speaking kat depan". Oh yeah, hell no. Aku sendiri dah lalui, semua tu aku rasa bullshit belaka. Tak payah nak diharap orang, diri sendiri boleh diguna. Diri sendiri kena berusaha untuk majukan diri. Orang hanya boleh tolong sikit, hanya sebagai pemangkin. Terpulang pada kita nak berusaha.


Dan pasal last post tu, minta maaf lah. Aku geram sebenarnya. Aku bagai ternampak diri aku yang buruk dulu, jadi aku marah. Aku lebih nak ekspresi rasa marah pada diri yang dulu sebenarnya. Dan yes, mungkin sebab minah yang buat posting tu sangat berlagak bila mengutarakan kata2 dia buatkan aku rasa lagi marah. Macam kau orang tak pernah nampak lah kan ada orang nak berlagak dia tahu English. Nak maki2 pun kena guna English. Cool kut kata mereka. Beragak jugak lah kan. Baiki dulu grammar tu. Bila dah tahap bagus, haaa, tibai habis2 lah kau nak maki ke, mencarut pakai English ke, sukahatikaulah, aku tak kesah. Ini ada yang tak tahu maksud perkataan "effing" pun suka suki nak pakai. Sebab apa? Sebab semua orang pakai lah.


Akhir kata, aku hebat dalam English? Fikir balik lah.

blog comments powered by Disqus