Aku tengok, rupanya masih ramai tak faham kenapa fanpage Kami Pelajar Jordan membantah tayangan drama Tahajjud Cinta diwujudkan. Mungkin mereka sangka hanya pelajar Jordan sahaja membantah kut? haha. Sebenarnya admin page itu sendiri pada mulanya mungkin silap dalam memberi tajuk pada page tersebut. Bila page tersebut mula mendapat perhatian, aku perhati admin cuba nak ubah nama page kepada "Rakyat Malaysia" tapi tak boleh dah, sebab kelecehan facebook itu sendiri. Aku sendiri pada mulanya ragu2 nak "like" page tersebut. Sebab aku bukanlah pelajar jordan. Tapi disebabkan hanya page itu yang mendapat perhatian, aku "like" juga. Well, itu bukan main point kat sini. Main point kat sini is that, memang, banyak sebab patut drama Tahajjud Cinta dibantah. Bukan dibantah tayangan, tapi patut diubah sedikit jalan cerita yang seterusnya untuk "membalas" kembali kesilapan yang telah dilakukan pada awal cerita.
Honestly, bukan mereka yang mendalami ilmu agama je yang sedar akan kepesongan cerita tersebut. Aku sebagai orang biasa pun, walaupun aku bernaung di bawah nama UIA, tapi hanya belajar bawah jurusan Computer Science, ICT, dapat rasa akan terpesong nya jalan cerita drama tu dari agama. Jadi aku rasa, tak perlu nak letak "beban" 100% kepada orang2 yang kau kata "alim" tu sendiri bila cerita macam ni dibantah. Tak perlu jadi "alim". Cukup kau jadi orang Islam, kau boleh tahu kesilapan halus yang telah dibuat dalam cerita tu. Masalah nya, itu lah, memang, masyarakat kita masih banyak buta agama, dan buta hukum. Tapi malang sekali lah mereka sanggup tegakkan benang yang basah, sampai "golongan alim" ini dibidas pula. Mereka bukan belajar ilmu agama secara sia2. Mereka praktikkan apa yang mereka pelajari. Dari situ mereka kesan kesilapan cerita ni. Bukan mereka komen secara membabi buta, ok? Ini tak, bila mereka tegur sedikit dengan ilmu yang mereka ada, kita orang biasa mula nak melenting. Kata orang alim "menyorok" bawah latar belakang agama. Mereka menyorok dan berhujah bawah hadis dan dalil. Tahu pun mereka berhujah bawah hadis dan dalil. Sebab ada hadis dan dalil lah mereka berani berhujah menegakkan agama Allah. Seperti aku kata bukan membabi buta. Ini tidak, mereka sampai tahap nak pandang rendah kepada golongan2 alim. Biased statetement, tak rasa? Tak perlu lah bodoh sombong sangat sampai nak keluarkan ayat "laser" dan bodoh untuk pertahankan pendapat sendiri.
Ya, belum tentu mereka dijamin masuk syurga. Siapa tentukan? Bukan kita kan? Tapi sekurang2 nya mereka cuba menegakkan agama Allah. Ada usaha mereka. Dan kau pula? Apa usaha kau buat? Mungkin lah, mungkin benar kata mereka kau ni tergolong antara golongan2 yang agak terlampau jahil dalam beragama. Aku mungkin jahil juga. Ya, aku tak sebaik mana, tapi cuba untuk perbaiki diri. Mana kurang dan silap, aku cuba baiki. Kau cuba jadi ignorant dengan cuba pulak meletakkan kesalahan pada bahu mereka yang alim ni pula. Fikir balik, renung balik apa silap yang kau dah buat. Aku orang biasa dan aku tahu, ada sebab kenapa rasa hormat aku pada orang alim itu tinggi.
Untuk yang masih tak memahami kenapa jalan cerita ni dibantah, boleh baca pada post aku yang dulu, Tahajjud Cinta - Definitely something wrong somewhere. Sedikit kasar dan sempoi lah post tu, sebab gaya penulisan aku sebenarnya memang kasar, sempoi, dan sinis.
Cuma nak kata je lah kat Erma Fatima, aku sokong 100% akak buat cerita untuk berdakwah. Bukan nak hentam akak, cuma rasa, drama ni punya sedikit kesilapan. Akak tak perlu lah rasa sedih bila kena tegur. Tak payah melenting. Terima dengan tangan terbuka. Ada sebab mereka menegur, dan ada sebab kita ditegur. Mungkin lah mereka kata, "Ah, manusia mana ada sempurna. Mereka alim pun masih ada buat macam tu". Aku akui, ye, wujud mereka yang begitu. Even dekat UIA, ada wujud mereka yang macam tu. Tapi tak semua. Jangan sebab seekor kerbau bawa lumpur, semua terpalit sekali. Pandangan orang terhadap mereka yang alim dan berniqab nyata dengan ketara dah berubah dari apa aku perhati. Ada juga cakap, "Oh, macam ini rupanya perangai mereka orang alim ni". Ni sebenarnya apa yang kita tak mahu. Pandangan2 serong telah keluar, terutama dari mereka yang jahil dalam beragama. Yang nak dipertahankan sebenarnya maruah mereka ni semua. Itu tujuan utama cerita ni bantah. Bak kata aku, "balas" kembali kesilapan yang dilakukan. Tunjuk dalam cerita tu, yang apa dilakukan oleh watak berniqab itu adalah satu kesalahan. Tegakkan kembali hukum Islam dalam cerita tu. Tu je cara nak baiki kembali cerita supaya selari dengan hukum Allah kembali. Bukan nak suruh henti kan terus cerita tu sebab aku faham, mahal kos untuk terbitkan drama.
Tu je lah mampu aku tulis setakat ni. Tak dapat dah nak perah otak keluarkan idea. Buat mereka yang suka keluar kan pendapat mereka sendiri pasal hal2 agama ni, keluarkan lah, tapi ingat, jangan sampai statement kau tu terpesong. Kalau jelas dah terpesong, boleh rosakkan akidah.
Tuesday, July 26, 2011
Tahajjud Cinta - orang alim pula dipersalahkan
Posted by su at 5:34 AM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)