Kalau aku kata dulu aku pernah tulis novel, mesti ramai tak percaya kan? hahah. Serius, dulu, aku suka karang novel.
Kalau nak tahu lah kan, dulu2, antara subjek kegemaran aku adalah Bahasa Melayu. Setiap kali ada peperiksaan, tak kira peperiksaan bulanan ke, pertengahan tahun ke, akhir tahun ke, aku kerap jugak lah skor A untuk BM. Tapi malang sekali, untuk SPM, mungkin bukan rezeki aku, atau mungkin juga aku terlampau yakin, berakhir dengan hanya mendapat 3B untuk BM. Booo. Malu je. Tapi setiap kali ada peperiksaan Bahasa Melayu, aku memang suka dan sangat suka pilih soalan cerpen berbanding fakta.
Dulu masa sekolah menengah, aku tak tahu lah, sama ada trend atau apa, kitorang ni macam, gila suka nak karang novel. Semua macam berlumba2 tulis novel. Dan aktiviti membaca novel dan meminjam novel masa tu memang sangat aktif dijalankan. Dan aku ingat masa tu, mungkin sebab kitorang ni sekolah perempuan, tanpa segan silu diselitkan jugak "scene 18 and above". Bukan aku yang buat lah yang penting duhhh -__-". Ada lah seorang dua yang mengarang masa tu suka sangat selitkan scene2 macam tu. Tarikan utama mungkin pada mereka haha. Walaupun aku rasa agak kurang sesuai untuk budak2 umur macam aku masa tu.
Banyak sebab kenapa aku suka nak tulis novel ni. Mungkin sebab aku punya imaginasi yang agak tinggi. Aku nak lahirkan imaginasi dalam sesuatu bentuk cuma tak tahu zahirkan dalam bentuk apa. Akhirnya novel jugak jadi pilihan aku sebab tu yang paling kena dengan jiwa aku kot masa tu. Dan aku juga suka berangan masa tu. Sebagai contoh, aku suka tulis novel yang watak novel aku tu ada abang. Ramai abang. Sebab apa? Sebab aku tak ada abang :). Menyebabkan aku buat watak yang ada abang. Bagaikan sang watak itu adalah diri aku sendiri.
Aku pernah jugak lah masa tingkatan 2 dulu, hantar hasil2 karya aku untuk sertai pertandingan mengarang cerpen kat sekolah. Bodoh2 punya cerpen je pun masa tu. Tapi aku menang tempat ketiga dan aku dapat baucer koperasi RM50. Tak silap tajuk cerpen aku masa tu "Kasih Seorang Abang". Haha kelakar je. Tu je lah yang aku pernah hantar penyertaan. Aku tak ingat apa aku beli pakai RM50 tu.
Tapi sekarang aku dah macam makin kurang minat nak hasilkan novel. Mungkin sebab aku rasa novel sekarang makin lama makin cliche. Kalau dulu mesti buat watak anak orang kaya, anak dato', punya boyfriend yang kacak dan sebagainya. Dan menjadikan watak dan jalan cerita makin cliche. Aku nak baca novel sekarang pun rasa makin hambar. Mungkin sesetengah novel sahaja masih menjadi pilihan hati. Contoh karya seperti Ramlee Awang Murshid ke. Aku dah makin kurang berminat nak membaca novel bercorak kekeluargaan, seperti yang pernah aku gila suatu ketika dahulu.
Yang pasti, aku tak rasa aku masih boleh berkarya macam dulu lagi. Bakat dah pudar. Pernah ada ke bakat? Haha. Mungkin patut kata minat aku yang pudar kot haha. Tunggu lah suatu masa nanti, kalau tiba2 terasa nak berkarya kembali, mana tahu, kan? ;)
Wednesday, July 6, 2011
Minat pada novel
Posted by su at 10:49 PM
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)