Dia touching sebab orang tegur dia pasal drama Tahajjud Cinta. Adoii lah kak. Melatah pulak. Minta maaf lah, tapi dengan cara akak melatah ni, kurang nampak kematangan kat sini sebagai orang lama kat dunia seni. Kalau lihat page bantahan Kami Pelajar Jordan membantah tayangan drama Tahajjud Cinta, tak ada pula dilihat menggunakan bahasa kasar atau pun teguran yang teramat menyakitkan hati. Mereka menegur, apa yang dirasakan salah, dan kita, yang ditegur, tak perlu lah nak melenting sampai macam tu sekali. Ini baru teguran sahaja. Ambil iktibar lah. Kalau tak tahan dengan teguran, tak payah jadi anak seni, tak payah jadi artis lah. Benda yang ditegur pun benda betul, benda baik. Tak perlu bagai nak tegakkan benang yang basah. Akui je kesalahan yang dilakukan. Bukannya nak anti Erma Fatima. Aku suka je beliau. Berkarya memajukan industri perfileman tanah air. Tapi bila benda ni betul2 dah nampak salah, kenapa susah sangat nak minta maaf. Siap boleh melatah lagi. Semakin pelik aku dengan artis Malaysia lah.
Artis Malaysia perlu lebih berhati2 bila tweeting. Twitter itu public. Semua boleh baca. Kalau boleh, jagalah dengan bahasa yang diguna (merujuk pada tweets sesetengah artis yang panggil peminat anjing)