BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 7, 2010

Single itu independent

Sesi blogging aku diteruskan dalam bahasa Melayu semula. Karya asal sepatutnya memang bahasa Melayu pun kan haha. Maher Zain punya pasal, aku tibai cakap English tunggang langgang haha. Malas nak edit balik. Time aku buat posting tu pun dah in around 2 am and aku sudah sangat penat, mata sangat tak leh bukak tapi nak jugak lah kan buat posting mengada2 sungguh! Oh, ternampak jugak beberapa kesalahan struktur ayat tapi buat2 tak nampak. Malas nak betulkan har har har.


Anyway, posting Maher Zain serius menaikkan traffic aku sangat2. Blog aku bukan lah blog famous. Unique visitors sehari berapa keratlah sangatkan. Tapi bila aku buat posting pasal Maher Zain sekali traffic boost up gila tinggi. Selang berapa minit, ada unique visitors baru. Everytime bukak adalah 2-3 orang online sekali. Sampai naik teruja aku tengok haha aku memang jakun tak pernah rasa famous macam ni.Tapi mungkin hari ni je lah. Esok lusa dah cool pasal Maher Zain datang UIA, cool jugak lah kehangatan blog aku ni.


Oh, tujuan aku nak posting bukan nak cakap pasal Maher Zain. Tujuan nak posting ni saja lah nak cerita, menjadi single sangat lah membuat aku merasa sangat lah independent. Sasau je aku rasa ayat aku neh. 


Independent? Sikit? Sangat? Banyak sangat sebenarnya. Memang lah menjadi single banyak mengajar aku erti berdikari. Cehhh ayat bajet macam aku pernah lah couple sebelum ni kannnn. Oh, tidak. Tidak pernah sekali-kali. Masih lagi mempertahankan takhta tak pernah couple (tak sampai seru?) aku ni. 


Bila aku buat perbandingan lah kan, antara aku dengan kawan2 aku yang sedang bercouple ni, jauh langit dengan bumi jugak cara hidup kami. Aku dok lah try banding, banding, banding perbezaan antara kami, memang nampak ketara jugak lah.


Okay kisah begini.


Kalau orang yang bercouple ni kan, bayang kan lah satu hari tengah2 malam korang rasa sangat lapar. Sangat, sangat, sangat lapar tapi kedai semua dah tutup tapi korang bajet nak jugak makan nasik macam maggi dah tak wujud dalam dunia ni. Ni lapar sangat dah ni. Tak ada sumber makan lain lah melainkan beli makanan kat luar. So ape lagi, dial lah nombor insan tercinta anda. Selepas dial, mula2 buat suara mintak simpati, sambil diselit dengan ayat sulaman kasih sayang, last cakap, " Sayang, I lapar lah. Beli makanan untuk I boleh?". Sayang terlampau punya pasal, sanggup tibai pinjam motor member semata2 tak mahu insan tercinta kelaparan. Lagi bagus kalau alasan lapar dijadikan alasan untuk makan bersama.


Untuk orang single macam aku pulak: "Ah, sudah lah kau. Kau nak manja dengan siapa? Kau lapar kau punya hal lah. Maggi banyak pergi tibai. Tak nak maggi dah pergi tido" berkata aku kepada diri sendiri. 


Tapi kalau nasib aku baik, aku boleh gak lah pesan dengan member punya boifren tolong belikan makanan. Alhamdulillah rezeki di situ. Or paksa kakak aku jadi driver fullstop.


Satu contoh je baru. Aku goreng ayat macam ni memang aku sukalah. Tapi nak goreng lagi panjang jadi karangan lak sat lagi kan kan kan.


Antara contoh2 lain yang boleh aku nampak lah, kalau kita nak pergi sesuatu tempat and then kita sangat tak ada transport. Jauh pulak nak pergi tu. Time ni lah best nye ada pakwe bak kata mereka. Lagi2 pakwe berkereta. Paling2 tak ada kereta pun, ada jugak lah orang nak tolong teman pergi kat tempat tu. Tak adalah kena menapak sorang2.


Situasi aku pulak: aku ada kaki, aku utilize fully. Kalau nasib baik adalah member bagi tumpang tapi tak apa, kenderaan utama aku kaki. Sorang2 pun jadik lah, tak kesah pun. Janji sampai destinasi. Kadang memang ada member punya boifren bagi tumpang, rezeki jugak. Aku kalau ada orang sudi nak bagi tumpang, aku tumpang. Tapi nak suruh aku mintak tumpangkan, biasa aku memang seganlah. Aku rela jalan kaki walau jauh beribu batu ecceyy. Malas nak susah kan orang huhu.


Lepas tuh nak mintak tolong selesaikan apa2 kerja. Believe me lah, ini memang fakta pun, lelaki tu kalau dah betul2 sayang kat kau, insya Allah, apa saja dia sanggup tolong. Mintak lah susah macam mana pun. Sedaya mungkin dia akan cuba tolong kau. Punya lah sayang nya dia kat kau. Lelaki bila mereka dah sayang, mereka betul2 sayang. (Dan sebab ini aku cuba jauhkan diri kalau aku tahu ada orang suka kat aku tapi aku tak suka kat dia. tak mahu di cap sebagai ambil kesempatan)


Aku pulak? Kadang memang aku suka menepek mintak tolong kat merata-rata lelaki. Sebab aku tak mahu aim mintak tolong kat sorang je. Kalau faham maksud aku bagus lah. Kalau tak faham meh aku terang. Bahaya sebenarnya kalau nak mintak tolong kat lelaki sama je setiap kali. Takut lah menimbulkan salah faham. Banyak salah faham jugak boleh timbul antara opposite gender ni. Lagi2 untuk orang yang single macam aku. Kalau boleh, aku mintak tolong ramai2, lepas tu perlahan-lahan aku tabur budi aku sikit2 kat diorang. Diorang susah aku tolong balik. Vice versa gitu lah. 


Kadang2 tu terus terang aku kata, aku takut nak bekerja dengan lelaki tak single ni. Bukan tak professional, bukan. Cuma, aku risau sebenarnya. Aku risau kalau2 girlfriend diorang marah aku nak rapat2 dengan boyfriend diorang. Perempuan, sedikit sebanyak, ada rasa jealous jugak dalam diri. So seboleh-bolehnya, aku elakkan bekerja dengan lelaki tak single. Oh, jangan ingat aku nak menggatal lak nak kerja dengan lelaki single je. Fitnah sungguh tuhh.


Nak senarai memang banyak lagilah. Yang penting main point kat sini, bila bercouple, kau memang berpasangan and ada pertolongan setiap kali nak buat something. Tapi kalau single, super woman macam aku lahh.


Best tak conclusion aku? haha

blog comments powered by Disqus