Lama gak lah tak update blog. Lately many things happen so terpaksa biarkan blog ni bersawang kejap. Nak cari mood nak update pun agak payah kut. Nak balas komen pun payah gak lah lately ni. Facebook pun agak neglect jugak. Tapi menggagahkan diri mengupdate jugak pasal seronok tengok duit nuffnang makin hari makin banyak hehe.
Anyway, sebagai seorang pelajar yang tengah belajar kat universiti, mesti lah ada tips2 jugak macam mana nak skor dalam exam. Seriously dan obviously lah kan, cara nak skor exam time universiti ni memang sangat berbeza dari cara nak skor exam time sekolah2 dulu. Time sekolah dulu memang tahap kanak2 lah. Asyik ada exam tapi exam tu kinda tak membantu bagi aku. Pasal last2, yang menentu kan segalanya, SPM laa, PMR laa, UPSR laa. Sia2 je kot rasa dok struggle untuk exam bulanan (muahaha. jahat sunggoh aku).
Antara tips2 yang diguna pakai oleh aku (atau sesuai diguna pakai tapi aku tak guna pasal aku tak suka) lah kan:
Memang penting tips yang ni aku rasa. Pasal even lah kan kita iktiraf diri kita ni genius ke apa, kalau tak reti nak ikut kehedak lecturer time menjawab soalan, memang tak ada makna punya lah. Even kita rasa cara kita jawab tu dah betul and konon dah menepati piawaian, tapi kalau tak ikut skema yang lecturer nak memang lah sangat tak guna. Pasal yang mark paper kita tetap lecturer. Ikut suka hati beliau lah nak mark paper korang camne, nak bagi markah camne. Pasal beliau, tetap lecturer.
2)Selalu lepak dengan lecturer.
Ermm, ni maksud aku bukan lah lepak minum2 dengan lecturer, bukan. Bukan suruh pergi teh tarik ke hapa pastu belanja beliau. Bukan. Itu bribery namanya. Tak bagus begitu. Maksud aku selalu lepak dengan lecturer ni maksudnya selalu pergi bilik beliau. Pergi bilik beliau bukan untuk saja2 lah. Pergi bilik beliau ni semestinya untuk selalu bertanya soalan dan paling penting, mintak tips untuk exam hua3. Itu yang paling aku suka. Pasal yang set soalan, semestinya beliau jugak. So confirm beliau tahu dengan sangat jelas jenis soalan yang bakal keluar. Paling2 tidak, 20% boleh dapat kut. And satu lagi, lecturer suka bila kita suka pergi tanya dia soalan. Nampak lah effort kita walaupun kita lemah dalam subjek tu. And depan lecturer takyah lah nak tunjuk pandai. Pura2 lemah baru lah beliau simpati sikit and kemungkinan bagi markah lebih time final (mueheheheee!) TAPI, satu aku pantang sangat, kalau orang suka bodek lecturer. BULLSH*T je semua tuhh.
3) Jawab soalan past years.
Dengar benda ni macam dah biasa je, tapi actually, ni antara tips penting gak lah. Tujuan aku satu je nak suruh rajin belek past years questions ni, sebenarnya nak suruh biasa dengan soalan. Kira nak suruh tackle soalan lah. Pasal kadang2 tuh, format lebih kurang sama je. Tapi antara tujuan lebih utama aku, nak takutkan diri dengan soalan tu je. Lagi susah soalan2 dalam past year questions tuh, lagi high expectation aku letak kat dalam soalan2 final. Aku akan terbayangkan soalan yang lagi susah lah. Tapi antara satu lagi kesilapan orang bila asyik belek past years questions ni, is that diorang terlampau bergantung ngan soalan2 tu, and sangat expect final pun akan macam tu juga. NO, serious a huge NO. Format sama mungkin tapi soalan sama? Memang tipu la.
4) Carry marks kena kasik tinggi baru konfiden
Aku dah experience benda ni lama dah. And aku percaya kebanyakan orang pun rasa macam tuh. Biasanya target aku lah kan, kalau carry mark tu dalam 40 markah, 30 dah kena ada dalam tangan, at least lah. Kalau 60 markah lak, minimum around 45 and above kena skor. The higher, the better. Kalau dah dapat dalam around 48-50 tuh tahap okay lah tuh. Aku bukannya apa, bagi aku kalau carry mark dah banyak dalam tangan, time final exam nanti tak lah stress. Pasal at least kita tahu, even kita ter-flunk time final, at least carry mark boleh cover. Paling2 rendah boleh skor B+ camtuh. So takde lah over pressure sangat nak skor time final. Aku dah rasa dah carry mark rendah untuk 2 semester berturut2. Memang pressure habis lah time final. Otak dok selalu budget2 nak skor berapa je. Mungkin itu lah silap aku untuk 2 semester ni. Banyak sangat main kut. So yes, memang kena rajin kumpul carry marks ni. Memang sangat penting bagi aku. Rajin2 lah complete kan assignment, rajin2 lah tanya lecturer camne nak top up markah carry mark. Carry marks yang tinggi menunjukkan korang dah ready nak buat final :D
p/s: exclude subjek macam ICO ye. Itu carry mark tinggi tipu sangat tuh =_="
5) Yakin time jawab exam
Korang tak yakin macam mana pun, pura2 jugak lah yakin. Trust yourself, seriously. Biasalah tu, was2 syaitan yang direjam. Apa yang kita tulis semua nampak macam salah kat mata kita. Risau careless mistakes lah, apa lah. Tapi itu belakang kira. Buat je dulu exam tu. Jawab dengan penuh yakin, penuh ketenangan. Percaya dengan apa yang kita dah belajar. Even kalau kita dah terasa blur ke apa, selawat dulu ke atas nabi, doa dengan Allah. Insya Allah, clear sikit otak. Yang penting percaya pada diri sendiri tuh.
6) Jawab exam kena jawab penuh, jangan biar kosong. Kalau tak tahu, pura2 tahu
Kalau dulu2 aku jawab exam, soalan tu nampak cam susah sikit jer, aku terus taknak jawab. Terus biar kosong macam tu je. Entah lah, takde effort langsung aku ni. Supposedly, even kita tak tahu camne nak jawab, try je jawab. Try tulis2 dulu. Better something than nothing, kan? Bila dah lama asyik tulis tuh, kemungkinan besar, ilham datang bergolek. Especially untuk orang yang betul2 dah study. Pasal korang tuh maybe kena mental block je tuh. Kalau yang memang tak study langsung or study cukup makan tuh, memang kirim salam lah kat korang ni. Harapan agak tipis lah untuk korang. And lagi satu, bila kita at least tulis something, nampak lah effort kita kat lecturer :)
7) Time ulang kaji baca penuh2. Jangan skip.
Ni pun penting bagi aku. Selalu orang dok canang2 lah kat semua tempat, study smart, not hard. Konon lah. Masalahnya, orang selalu salah tafsir perkataan study smart tu. Diorang dok fikir study smart tu takyah baca semua. Baca point2 belaka. And certain bab boleh skip lah. Bullsh*t je semua tuh. Bagi aku lah kan, kalau korang baca point and hafal point semata, tapi tak paham langsung pe kejadahnya point yang korang baca tuh, memang hampeh lah. Tak guna langsung bawak masuk exam. Orang bijak, baca buku, baru buat point. Orang kurang bijak, tak baca buku, lepas tuh memandai nak pinjam point orang bijak dah buat, lepas tu baca. Boleh pulak buat macam tuh. Kita kena paham dulu each of the point, baru lah hafal. And boleh goreng habis-habisan time exam. Lepas tuh, jangan skip bab time baca buku teks. Probability lecturer amek soalan dari merata2 buku sangat lah tinggi. Itu pasal aku suka baca buku teks dari hujung ke hujung. Pasal aku tak suka bila baca soalan, bagaikan aku tak pernah nampak perkataan yang ditulis kat dalam soalan tuh. At least a little bit of idea pun dah okay. Tapi jangan lah sampai nak khatamkan buku teks tu tahap melampau. Sampai tokoh2 matematik pun kau nak pergi hafal =_="
8) Study last minit boleh, tapi tak digalakkan
Aku suka sangat buat benda ni sebenarnya. Dan biasanya aku amalkan time nak exam mid-term. Itu pasal lah mid-term aku selalu macam tooott (terpaksa censored). For those who know me very clearly, aku ni jenis suka terawang2 time lecturer mengajar. Fokus dengan aku, memang tak seiring langsung. Kami tak ada chemistry. Serius. So biasanya time nk mid-term exam, aku biasanya ada zero knowledge menyebabkan aku akan sangat terkial2 time nak study. Dah lah aku suka study sehari sebelum exam. Serious ohh. And lepas habis mid-term tuh baru aku try to pick up again. Memang force habis-habisan lah. Sebab aku jenis study sendiri and tak pernah nak harap kat lecturer nak ajar aku. Aku memang perlukan masa yang agak panjang untuk paham balik sendiri apa yang aku dah tertinggal dalam separuh semester tuh (separuh semster bazir camtuh je haha~) So basically, pelajaran satu semester tu aku start belajar time habis mid-term lah. Hanya certain subjek je aku memang dah pick up dari awal2 lagi (certain je la hehe) Adik2 jangan tiru aku!
9) Pandai ikut flow
Tahu mana yang perlu study and mana tak. Rajin2 consult dengan kawan. Itu saja.
10) pakai toyol?
Hohhh! Aku pernah buat benda ni time kuiz saja haha. Pakat dengan kawan2 lah. Tapi time exam, pantang sungguh aku. Berani2 lah nak ajak aku pakat meniru time exam. Memang kena pandang slack lah kat aku. Rasa nak pijak jer orang meniru time exam ni. Kalau time kuiz tuh, sekali sekala buat nakal apa salahnya muahahaaa~
Itu saja tips2 buat kali ini. Penat dah type =_="
p/s: tak sempat nak recheck entry ni. tak sempat. nak cepat pasal nak gi hospital. sorry for any mistakes