BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

Seminggu aku cuti, ape aku wat? part 2

Sabtu, 23 Januari 2010

Nothing much happen that day. Cousins aku sleepover kat umah aku rupanya time tuh. Diorang ada hal sket. Ada baby kecik time tuh! Comel3. Nur Aliya Maisarah nama dia. Sedap oo nama tuh. Petang tuh diorang nak balik dah. Um, kalu ingat agi aa aku penah citer dlu. Kazen aku nama Nur Fazrina tuh. Dia pn ade gak time tuh. Aku seriusly sangat2 berharap dia bole dpt score the best untuk SPM. Sebab compare to other siblings dia, dia laa sorang harapan nak masuk universiti. Abang2 dia dedua da tade harapan da. Memasing dok keja. Nina ni pun dok cakap yang dia takmo keje dulu. Dia serius nak rasa masuk universiti. Hopefully dia dapat masuk. Agak rugi sebenarnya tak rasa life as a student. Malam tuh online bagai tak hengat dunia heheh

Ahad, 24 Januari 2010

Hari bersenang-lenang patutnya. Pagi dihiasi dengan online. Memang takde plan apa2 langsung la on that day. Bagai tau je, something will happen. Oh yea, baru teringat. Time tido pagi tuh, aku rasa aku mimpi pegang Al-Quran. Pikir cam tade pe la. Sekali tengok-tengok, petang tuh dapat call yang pakcik aku meninggal dunia. Sumw org bergegas siap2. Akak aku dari Shah Alam pn join skali. Kitorang dok stay kat umah pakcik aku sampai pukul 6.30 camtuh. Parents aku tinggal, siblings aku ngan aku balik dlu. So that day ends there.

Isnin, 25 Januari 2010

Sumorang bergegas siap2 sebab nak kejar pengebumian pakcik aku pagi tuh. Selesai kebumi, pegi lunch reramai. Pastu balik, aku start online. That day ends there.

Selasa, 26 Januari 2010

Hari nie kira bole skip aa sebenarnya. Pegi tabung haji sat nak simpan duet. Naek teksi ngan parents aku sebab keta unser on repair agi time tuh. Ooo time tuh lupe lak terjumpa ngan uncle bawak teksi begitu patriotik. Semangat sungguh cerita pasal sejarah laa, politik la, amende lagi laa. Tapi setepek2 kena kat muka oo. Kelemahan orang Melayu gila terserlah. Malas nak dok citer kat cni lenkali la aku citer. Balik tuh, as usual, aku online sampai laa malam.

Rabu, 27 Januari 2010

Aku mula merasakan yang aku perlu juga menyentuh buku. Aku sangat3 perlu menyentuh buku! Dengan muka penuh keinsafan, aku pn amek laa buku ICO aku. Tu pun lengah2 agi tuh. Bukak aa buku. Baca aa sehelai dua page. Pastu start rasa boring. Mula kaco kakak aku yang sedang tekun menyiapkan assignment beliau. Kaco dia lagi, kaco dia lagi. Last2, dia tak layan aku langsung. Dia soh aku fokus dengan ICO. Sebagai adek mithali [konon!], aku pun ikot aa cakap beliau. Bukak aa buku balik. Pusing la kiri kanan. Meniarap, pastu bangun, meniarap balik. Rasa sangat2 tak best last2... aku tutup buku, dengan bahagianya. Kuar dari bilik, pegi bilik belakang, and... start online balik. Dan hari aku berakhir dengan online sepanjang hari, lagi sekali.

Khamis, 28 Januari 2010

Tetiba aku rasa aku kena siapkan assignment calculus aku. Da semangat da nie. Dok amek buku calculus tebal2 tuh, nak mengadap. Siap2 da dengan pen sume. Bukak buku. Baca soklan. Sempat laa wat satu soklan. Baca lak next question. Lepas baca jek, terus terbantut niat nak abeskan soklan. Otak memang sungguh sangat laa malas nak berfikir time tuh. Serius. So sempat laa wat satu soklan oo. Cis. At last, online lagi aku oo.

Jumaat, 29 Januari 2010

Hari yang penoh keazaman. Sangat2 laa berazam. Sungguh2 betol nehh. Nak tau apa azam aku? Azam aku adalah: tamau sentuh buku langsung. At all. Even sekali pn. Sampai la aku balik UIA hari sabtu. Best tak azam aku? Serius tak berniat langsung nak sentuh buku. Apa nak jadik pun aku tatau aa weh. Petang siap berniat nak turon mid valley agi tuh. Bangun pagi tros mengadap laptop. Kuar pi mid valley sempat aa makan2 agi. Shopping beli selipar baru kat tropicana life. Jalan2 sume. Tak hengat dunia kott. Balik lak dlm kol 5 camtuh. Lepak2 sampai malam, sampai laa sekarang, dok online lagi, even da pukol 12.30 mlm. Ciss.

So basically tu laa aku wat sepanjang minggu aku cuti. Yang penting, everyday mesti selit perkataan online tuh and bukan sume hari ada perkataan study tuh. Sangat la bangga ngan diri sendiri. Sangat3! Sedar laa Suhaila Roslan, study laa kamoo!~

Friday, January 29, 2010

Seminggu aku cuti, ape aku wat?

Hari ni, dengan bangga nya, aku nk cakap, aku sikit pun langsung tak sentuh buku. At all!! Apa nak jadik laa anak encik Roslan oii. Bangga betul bapak nya dapat anak camni. Hari-hari bangun, terus laa mengadap Encik Laptop nya yang tercinta [yes, ini boifren aku nombor satu. Ada sape bole lawan? haha. Ayah aku mungkin laa. Gayut dengan beliau bagai gayut dengan boifren ler hoho]. Rutin aku hari-hari, bergerak pada asas yang same jek. Jom wat check list ape yang aku da wat sepanjang seminggu aku cuti nie.


Jumaat, 22 Januari 2010 [girls sleepover!]

Hari terakhir dekat UIA sebelum bermulanya cuti seminggu yang sangat laa bahagia. Sangat la kebetulan hari tu, study circle hanya la sejam saje. Orang yang datang pun sangat laa sikit kot. Kami gadis-gadis 5 orang, kakak fasi ngan sorang lagi ahli. So nothing much la time tuh. And petang tuh pulak tutorial SAD dibatalkan. Ahhh, cam pepaham pulak yang kitorang da memang fully mood nak cuti kot. Gila da time tuh memang tade mood langsung nak pi klas. So yes, berfoya-foya sungguh laa kami petang tuh. Um, sebenarnya Aqilah Irina dan Wan Nur Izzati planning nak balik ari jumaat tuh tapi atas sebab2 tertentu, diorang tak jadik balik. Aku laa seronok sket. Bajet terpaksa tinggal sorang2 last2 berteman. Yeay~! Tp, malam tuh pulak, as usual, aku ditinggalkan sorang-sorang kat bilik jugak. Bunyik cam sedih je kan? Tade laa, da biasa da pun. Biasa aa tuh. Kengkawan sume da berteman. Aku sorang jek yang single [and available haha~] so, slalu memang da redha da pun tinggal sorang2. Aqilah gi ngan nasir tgk KICT lawan KAED for bola. Izzati pulak, dinner bersama encik Haikal. Macam biasa, aku kalu da berteman kan internet memang lupa diri laa jugak so tinggal la sorang-sorang mengadap internet. Lama jugak laa diorang nie pegi. Pastu, tak ingat pukul berapa, Aqilah balik dulu. Terus dia menepek kat bilik Izzati, online. Zati lak aku not sure balik kul bape. Aku got carried away sangat kot laa. Tapi diorang dua dok lepak kat bilik Zati. Aku ngan Qilah pulak dok maen2 balas comment kat facebook. Ngada2 sunggoh! Padahal compartment seberang jek. Pastu memasing dok gelak2 cam orang gila oo. Zati tengok geleng2 jek haha.

Pastu in around what time tak ingat ah, Nana lak datang bilik kami. Bertambah laa satu kepala disitu. Sume cam da pakat takmo tido awal malam tuh. Ye la kan, exam sume da abes time tuh. Enjoy tak hengat dunia ler. heheh. Nana lak time tuh lum dinner agi, memulakan operasi memasak maggi goreng. Haishh.. aku sebenarnya time tuh takde laa lapar mana. Tapi bila da dok bau-bau maggi goreng tuh, tergoda laa pe lagi an? Zati da merengek2 kat Qilah tanya ade maggi agi tak. Qilah pun cakap aa kat dalam locker dia ada agi aa 2 bungkus megi tomyam. Zati yang time tuh tengah lapar memang tak lepas peluang ler. Aku lak? Saja ngada2, mau join skali jugak. Padahal serius tak lapar. Last2 kitorang masak laa megi. Memula la kan, aku makan megi tu cam bese jer. Mungkin ade sikit rasa pelik tapi aku wat bodoh aa pasal aku jarang makan megi tomyam. Pastu bila lelame sikit, Zati mula tegur. Dia dok kata megi tuh rasa ubat gegat. Aku yang tengah agak best melayan, dah sentap. Pikir punye pikir, betul gak an. Rasa ubat gegat kott. Pe lagi, memang hilang aa selera aku nak makan. Makin lama, makin perlahan pace aku nak makan. Last2, hmphh, aku tinggalkan jek oo. Putus sudah selera aku nak makan megi rasa gegat. Ish3~Aqilah Irina lak memang cakap sori laa kat kami. Locker dia sememangnye letak ubat gegat kot. Padahal tak nampak langsung lipas kat area bilik kitorang.

Misi malam tuh diteruskan. Lepas solat sume, aku da start capai mug, buat hot chocolate! Zati punye~ Best3 pasal lama tol tak minum hot choco. Feeling dan nikmat abes. Laptop sume dipasang dan get ready sume. Reramai all the girls [aku, aqilah, zati and nana] berkumpul atas katil qilah. Weeee~ sume dok pakat nak tengok citer thriller, Friday 13th, mlm tuh. Sume da dok rapat2. Memasing pegang bantal busuk memasing [haha~] and qilah lak da start tutup telinge. Sungguh tak paham nape mesti tutup telinge. Padahal mata dok tengok agi. Pelik sungguh Aqilah Irina nie hahah~ Aku memula start tengok citer tuh cam rilek gile jek. Tengok cam tade ape. Padahal thriller kot. Mata tak kelip-kelip langsung. Ye aa, bajet citer nie tade apa la kan. Aku nie jenis tak kesah tengok citer hantu sebenarnya. So aku bajet citer tade ape. Tapi memang silap besar aa. Thriller is not equal ngan citer seram. LANGSUNG tak sama oo~ tengok punya tengok ok lagi. Terkejut tu bese aa. Tapi bila da start dengan aksi bunuh2 orang tuh, memang superb aa. Aku serius takleh tengok bunoh2 org nie sebenarnya. Kulit orang kena rabak2 sume. Omaigod memang out of my league aa. Jerit tak hengat dunia punya. Gila bapak siot kejam aa citer nie. Bole kata aku tengok hanye 60% part of this movie jek. Selebih tuh aku tutup mata. Kejaaaaaam siotttttt. Gilaaaa aaa taaaak sangguppp tengokkkk~!! Sikit lagi aku boleh vomit sebenarnya tengok citer nie. Dengar bunyik kena tikam2 tu pun da mual gila da aku rasa. Ooo lupa. Belum agi minus the part betapa LUCAH nya citer nie. So far, aku rasa paling lucah pernah aku tengok kot. [sori aku budak innocent. aku tak layan aa lucah2 nie haha]. Lucah gila sampai aku memang dah tak sanggup kot nak tengok. Serius aku tutup mata [baek siot aku nie haha]. Terganggu sikit aa konsentrasi nak tengok citer sebab part2 tak sepatutnya tuh.

And malam tuh, eh silap2. Pagi tuh, kitorang reramai tido kol 5 pagi. Sume pegi toilet reramai, gi wee2 reramai haha~ And the best part is, pagi tuh aku sakit perut so takleh tido kot. Dapat la tido kejap dan dengan bangga nya cakap, pagi tuh aku bangun subuh time azan subuh berkumandang [cheeehhh, nmpk sangat jarang bangun time azan]. Lepas azan jek memang aa aku sedap melayan tido sampai pukul 11 pagi. Cukup laa 6 jam nak cover tido [huiyohh kantoi suda bangun kol 11]. Terlepas laa nak cakap bye2 kat Aqilah, Nana ngan Latifah Adni =( Sangat tak best. Rindu la nanti seminggu tak jumpa. Takpe2, esok bole jumpe yeay! Tinggal laa duorang ngan Zati. Tapi aku pun balik gak aa dalam kol 12.30 camtuh. Gila tension nak kemas barang ngan bilik sume. Ye laa, baru habes exam time tuh. Tunggang terbalik btol aa bilik, serius. Sampai tertinggal kad matrik aku kat UIA. Tension tol sheesshh. So berakhir lah sudah girls sleepover malam tuh heheh. Ooo yea, latifah adni konpem aa tak join pasal dia nie pukul 10.30 da tido da oo~


Thursday, January 28, 2010

PMS?

PMS? Apakah itu?

Sindrom yang dialami oleh setiap perempuan setiap kali hampir tibanya time of the month.

Kenapakah aku buat post nie? [even though aku ada assignment tak siap and buku tak baca agi]

Sebab aku rasa skang nie aku tgh mengalami PMS dan aku rasa sgt laa tak best so aku buang masa wat research pasal mende nie and terasa nk wat posting pasal neh.

Apa tanda2 aku sedang mengalami PMS? [well, utk aku la. bukan orang lain]

Perut aku akan rasa sakit berulang kali. Pinggang pn akan start sakit. Aku rasa nak marah org jek tp tahan la pasal x baek marah2 org nie. Pastu rasa serba tak kena jek. Duduk tabole, berdiri pn rase x best, mood pn cepat hilang and bla3~

Cara apa nk gune atasi PMS nie?

Ntah la. Aku pn sbnr nye tatau aa weh. Kalu utk aku la kan, aku akan start rasa nk makan coklat banyak3. Tak puas makan coklat, rasa nk mkn nasik la, mcD la, kfc laa, yang penting asyik rasa nk makan pasal tu la aku rase the best way nk cure benda nie. Pastu aku akan cuba jauhkan diri dari orang laen pasal aku takmo la x pasal2 org tu kene setepek dua dari aku semata2 PMS ini haha~

Selain PMS, kene tak menstrual cramp?

Mungkin ade gak tanye pe la beza pms ngan menstrual cramp neh. Pendapat aku laa kan, pms nie gejala sblm period and menstrual cramp nie lak time period atau org melayu kata senggugut. Well, utk aku laa kan, boleh kata aku kena gak aa senggugut nie tp bese x seteruk org laen. Kadang2 tuh aku takleh gak aa tido malam bila kene senggugut tp at last tido gak la. Tido adalah cara terbaek sbnr nye nk cure cramps nie. Aku punye kira tahap ok lagi la sbnr nye. Aku masih mampu pegi klas, aku masih mampu jalan2 dan buat aktiviti seharian. Ada org yg aku kenal, takleh langsung nk bangun bila kena senggugut. Terpaksa dok dlm bilik satu hari takmo org kaco. Ade gak mmg berdiri langsung pn takleh. Begitu hebat laa sbnr nya senggugut nie. Sakit dia orang perempuan je laa yg tau. So buat lelaki, sila la paham kalu perempuan anda tengah sakit tu pasal dia btul2 la sakit oo. Oh yea, recently baru aku taw yang perempuan dah kahwin, sepatutnya takkan kena lagi senggugut nie. Kalu sakit gak, sila la jumpa doctor. Something's wrong somewhere tuh. Nak tau kenapa dah tak sakit? Sila la fikir logik sendiri yek~

Nasihat aku utk lelaki bila perempuan dia tengah PMS atau menstrual cramp

Sila la paham pasal kami berbeza dengan anda semua. Bukan kami yg mintak utk buat perangai atau sakit camtuh. Time pms nie biasa nya kami akan terlebih2 sensitif nye. Problem sikit, rasa nak nangis dah. Kene marah sikit pn rasa nak nangis kot. Pastu kami akan senang rasa cepat marah time nie. So sila la paham yek. Bukan kami sengaja. Even some of the guys cakap yg pms itu bukan alasan, tp bagi kami, ye, mmg itu satu alasan. Bukan selalu kami akan buat perangai. Sebulan sekali jek. So paham2 la yek? Kata sayang, hehehh~

Nie sume pendapat aku sendiri aa berdasarkan pengalaman aku. Nak tau the real facts pasal pms sila laa lawat website nie yg aku dpt lepas wat research :


Aku tau aku x sepatotnye merapu kat blog time2 exam camni tp nk wat camne, aku terase nk blog, so aku blog. Sekian, wasalam~

Wednesday, January 27, 2010

SMK (P) Sri Aman - Sekolah Berprestasi Tinggi

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Mengikut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.

copied from beliamuda.com

The one that I bold, is my former school. Changed a lot since I left that school.
Should I say I am proud? Hmm, probably. I almost forget that I was from that school. Anyway, congrats Sri Aman~ She has beaten other super great schools in Malaysia

regards;
former student of SMK(P) Sri Aman,
Sri Amanian.

Monday, January 25, 2010

Perpisahan abadi

Tadi pegi majlis pengebumian arwah pakcik aku. Um, nie agak first time gak aa aku tgk fully time pengurusan jenazah. Aku smpi sane around kul 9 camtuh. Time tu jenazah masih lum dimandikan. Tp aku rase this time diorang tangguh agak lame jugak nk kebumi. arwah meninggal dlm kul 2 ptg, sok pagi dlm kol 10 baru kebumi. Aku tgk gak aa diorang sume angkat jenazah nk bwk gi mandi. Seb baek dia rmai anak lelaki. So diorang laa yg tolong. Kakak sulung diorang pn byk tolong. Pastu da mandi, diorang kafan kan. Time tgh kafan tu, start laa anak2 dia sume menangis. Padahal sblm nie sume aku tgk muka tabah gila. Ye la, tau mmg lepas kafan tu, masa utk beliau btul2 pergi selamanya akan tiba. Masa utk perpisahan abadi. Serius time tuh sgt3 sedih. Semua dok nangis. Ngan anak2 laki dia sume nangis skali. And aku mmg tak leh aa tgk situation camni, tros aku pn bantai nangis skali. Tgk movie pn nangis, apetah agi real situation. Mmg tak tahan. Sangat gila sedih kot. Terbayang jugak kalu tibe time ayah aku nnt, tatau la camne reaksi aku. Ayah aku pn muke gila tahan sedih. The only abg yg dia ade. Time sblm jenazah dibawa masuk van, ade laa permintaan mintak ampunkan dosa jenazah sume. Aku tak ikot aa gi kubur sbb ayah aku x bagi. Dia gi sorang dok driving sendiri.


Ziarah org yg da meninggal dunia mmg byk bagi pengajaran. Lagi2 org yg mmg rapat ngan kite. Time tu la terpikir camne la bila tiba saat kite sendiri nnt. Terpikir kalu kite yg baring kat situ, org sume sedih tgk kite. Terpikir ape nasib kite time sakaratul maut. Camne kite akan mati. Terpikir jugak nnt ape nasib kite kat alam barzakh. Mmg sgt la besar kelebihan ziarah org mati nie. And time jugak laa rase nk lagi lebih3 sayang ngan parents kite sbb kite tatau bile tibe time diorang pegi lak. Sebab kematian biasa dtg mengejut. Tanpa kite ketahui bila. Time nie sume terpikir. Hopefully Allah ampunkan dosa arwah dan kite semua

Arwah pakcik

Smalam, 24 Januari 2010, adalah tarikh perginya arwah pakcik aku dari dunia yang fana ini. Aku tak tau umur dia yg sbnr tp pe yang aku tau arwah nie da lebih 60 tahun da umur dia. Ye aa, ayah aku pn da 55 tahun da tahun nie so of course la arwah lagi tua dari ayah aku.


Arwah nie sbnr nye abang tiri ayah aku. Dulu2 nenek aku kahwin agak banyak kali jugak aa. Kalu x silap la, suami first dia x pat anak, pastu suami second dia dpt la arwah nie sorang pastu yg third dpt anak dlm 6 org. Yg suami first dia x sure meninggal ke ape tp ape yg aku tau tp x sure gak, suami second dia menghilangkan diri time zaman2 jepun dlu. Mungkin askar jepun dlu sorokkan dia kot tatau aa. Meninggalkan nenek aku sorang2 terkapai2 tanpa suami. Tu yg atok aku kawen ngan nenek aku pastu.

Bagi aku arwah nie quite independent aa jugak. Dia nie kira anak tunggal nenek aku dgn ayah dia so dia cam agak excluded dr adik beradik ayah aku. Dia la satu2 nya anak nenek aku yg tak masuk universiti langsung and dia besarkan anak2 dia dgn bercucuk tanam and ternak haiwan. Ayah aku lak dlu antara yg memecah tradisi kat kampung tu dgn masuk universiti. Pastu antara adik beradik dia, ayah aku sorang je la yg amek aliran science pastu sambung engineering. Yang laen sume amek aliran sastera pastu sambung ngan accounting.

Aku kire sbnr nye x bape rapat la jugak ngan family pak tua atau pak cik aman nie. Aku tak sure ngan kakak2 aku tp kalu aku la kan, aku rase serius aku mmg x tau nama cousin2 aku kat belah arwah nie. Ape yg aku tau, anak2 arwah ade laa dlm 16 org camtuh. Fuhh, mmg sah2 la aku mmg tatau pasal diorang. And actually not really consider diorang nie cousin aku pasal serius mmg tak rapat. Anak2 arwah almost all masuk army. Tatau laa darat ke, laut ke, yg penting rmai kat army. Yg pompuan pn rmai yg tough2 belaka oo. Jauh sungguh dgn adik beradik kitorang yg semua nye lembik2 belaka (aku la tu haha). Da byk kali da diorang nie wat majlis kawen oo. Almost every year ade je anak dia yg kawen. Smpi aku mmg tatau sape da kawen and sape blom. Tp kalu time raye mmg penoh aa umah ngan anak2 and cucu2 dia. Da la muke sume sebijik2 same. Aku smpai skang tatau nk beza. And pastu anak2 dia nie sume produktif oo. Da rmai gilo da cucu dia nie aku rase.

Aku agak terbayang2 gak aa time beliau masih hidup. Sorang yg agak workaholic bagi aku. Kalu nak tau aa kan, dia nie ade bela lembu pastu every month bole untung bape ribu gak aa sebab bela lembu. Beza sungguh ngan org keje pejabat. Org nye lak jenis yg nampak garang and tegas tp sbnr nye lembut jek. Tp mungkin mmg garang la ngan anak2 dia kut. Serius anak2 dia sume nmpk tough2 blake. Kadang2 takut gak ngan dia tp wat bese jek pasal dia pak cik aku. And dia ngan ayah aku quite rapat compare ngan adik beradik ayah aku yg laen mebe sbb jarak umur agak jauh kut. And he's the only big brother yg ayah aku ade.

Ooo, kalu korang nk taw dr mane origin nama2 aku ngan sibling aku yg dekat2 nie, mebe dtg dr family ayah aku aa. Arwah nie x silap name Rahman, agak jauh dr name ayah aku. Ayah aku name Roslan pastu mak ngah, Roslah, pastu Rosli, pastu Ros apetah aku x ingat, pastu Rosnah and last skalik Rosni. So lebey kurang ngan siblings aku aa yg sume stat ngan Su. Suraya, Suhana, Suhaili, Suhaida and Suhaila. So kalu korang nk tipon umah aku, jgn la ckp, 'Hello, Su ade?". Pernah skali ade member wat camtuh, pastu akak aku ckp, "Su mane nak?" hahaa.

Isteri ngan anak2 arwah td muke nmpk tabah. Tak bape bergenang air mata. Yg aku tgk nangis agak terok adelah adik beradik arwah ato makcik2 aku. Hmm, time nie laa baru bole buat sume org berkumpul skali. Aku mungkin tak rase sedih sgt sbb serius x rapat ngan arwah, tp wat yg btul2 terdekat ngan arwah, kehilangan amat dirasai. Muke ayah aku pn berkerut je sepanjang mase td. Ye la, abg dia meninggal kut. Tp air mata tak titis langsung la. Mebe tahan kut sbb dia yg sulung. Nenek aku lak mmg nmpk sedih. Ye la, anak dia pegi dlu seblum dia, so kire terase la jugak. Syg nenek! Jgn sedey ek, nek~

Hopefully family arwah tabah menghadapi kehilangan. Oo lupe nak ckp yg arwah meninggal sbb serangan jantung dlm pukul 2 ptg. Time pegi kenduri tetibe arwah pengsan and bile bwk gi klinik, tgk2 arwah dh takde. Dia mmg ade history ngan masalah jantung pn. Tp tu aa lately da makin sihat cuma da mmg tibe dah ajal dia. Nk wat camne kan.

Dlu pn penah rase kehilangan pakcik tp aku x bape igt jugak sbb sgt3 la kecik time tuh. Tp aku igt jugak laa yg arwah pakcik kamal nie sgt3 baek kat aku. Dlu2 gadoh ngan anak dia pn, dia bela aku. Mebe sbb anak dia laki, and aku pompuan kot hehe. Aku kecik2 suke carik gado ngan org. Anak bongsu la katekan. Um, arwah meninggal sbb kanser paru2. Dia nie dlu perokok yg sgt3 tegar. So sape yg suke merokok amek laa iktibar ekk~

Aku penah bace, laki slalu mati awal sbb dia x mampu nk tanggung dosa2 saudara perempuan dia. And mmg pn, slalu mmg laki yg mati awal dr perempuan. Pastu jugak la kan, aku rase Allah tetapkan camni sbb biasanya perempuan still bole hidup tanpa suami tapi laki bese takleh hidup tanpe isteri. So keadilan di serlahkan disitu.

Esok pagi kene gi umah nenek aku. Arwah akan dikebumikan sok pagi pas subuh kot. Tangguh kebumi quite lame sbb anak2 dia rmai dok jauh2. Kat Sarawak pn ade kalu x silap. And skang da pukul 1.44 pagi and aku still tak tido. Sure liat nk bangun sok~

Moga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Dan moga Allah merahmati kita semua, amin ya rabbal alamin~

Thursday, January 21, 2010

Equation cinta?

Laki A suka kat sorang pompuan C dan pompuan C tu pun suka kat lelaki A tp mereka tak pernah mengaku each other. Laki B lak sangat3 suka kat pompuan C tp pompuan C lak tak suka kat laki B sebab dia sgt3 suka kat laki A even laki A tak pernah nak ngaku dia suka pompuan C. So sape yg rugi skang? Laki A, laki B or pompuan C?

Any mathematics expertise here? Care to answer the question?

Equation calculus pun x pat selesaikan masalah cinta. Sekian, terima kasih~

Thursday, January 14, 2010

A little update from me

Tadi tetibe terbukak and baca balik old post yg aku wat dedulu. Ala timing aku masih kanak2 ngan blogspot and masih ler baru nk berjinak2 (itu pn hanya laa kerana IL. Kalu x mmg ler aku x penah knal ini blogspot). Before this aku agak aktif berblogging kat frenster. But since frenster aku dah tahap berhabok, aku stopped blogging there.


Gile agak tergelak balik aa bile bace balik posts time tuh. Ngada2 sungguh nk posting sume dlm English. Walhal sblm tuh aku slalu jek posting dlm bm. Kadang2 full bm agi wehh hehe. Tapi most of my posts at that time musti la dok citer pasal exam x sudah2. Haha. Aku kan sorang nerd time tuh. What I really care at that time hanya laa results aku semata. Aku pe kesah sgt ngan social life nie. And seriusly,most of it mmg consist of hanye laa citer pasal depression aku kat cenfos haha. Lifeless sungguh ini budak time itu ooo.

Pastu terbace lak komen2 lame2 time tuh. Cis mengimbau kenangan lama sungguh laa. Gelak2 sorang2 di tgh mlm bile bace balik komen2 lama. Hoho, ini blog da simpan gile byk citer pasal aku. Aku sgt laa syg akan ini blog. I'll treasure it, insya Allah~

Aku da tukar format utk commenting kat blog nie so rajin2 laa lagi bg komen yek. Aku serius agak ske aa ngan disqus nie even mmg agak lembap nk load kalu internet anda mempunyai connection yg lembap sbb aku dgn berjayanya dpt buang sume spamming yg ntah ape2 itu. Time kaceh aa kat insan yg bernama hairee kerna telah membazirkan masa beliau utk menolong aku huk3~

Ooo yea, next week aku akan ade exam mid term; SAD and Calculus. Hopefully aku dpt wat yg terbaek aa. Dpt buang prasaan sentiase x yakin pada diri sendiri nie. Hisshhh, I'm a real sucker when it comes to examinations. Tp x se-freak kakak aku aa. Beliau kalu time exam lagi freak kot haha.


Sunday, January 10, 2010

I'm a muslim

Berhenti kotorkan agama Islam dengan politik!
Tidak kisahlah mana parti politik pun,
Umat Islam sepatutnya bersatu.
Lagi2 dalam keadaan yang penuh dengan provokasi seperti sekarang.
Islam sarankan keamanan, asas Islam itu sendiri keamanan.
True muslims takkan melakukan keganasan unless being provoke by the non muslims
Live peacefully dear people in Malaysia
I don't want this peaceful country end up in a big mess.
But one thing for sure;
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH"
Islam akan aku pertahankan tidak kira apa terjadi.
Islam is the way of life.

Sunday, January 3, 2010

Attention to Nur Syafiqah Sulaiman

Attention to Nur Syafiqah Sulaiman:

I'm totally agree with you.
Chuck Bass is HOT!!!

But, he's not yours, he's mine haha~

Friday, January 1, 2010

it's really random trust me haha~

There is someone that was already fated for you right from the beginning. You just need to wait for the right person and the right time to come. Most of the friends probably already found their right person and their right time. So I'll just wait for my right person and my right time to come.
Well, singlehood is sometimes enjoyable, right?
(^.^)
p/s: dear my mr. Prince Charming, just wanna tell you that I am waiting for you. Whoever you are or wherever you at right now, contact me ASAP. Thank you.
hahaha~
edit: double p/s: don't take this post seriously, okay guys? random jokes, i swear~