BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

Seminggu aku cuti, ape aku wat? part 2

Sabtu, 23 Januari 2010

Nothing much happen that day. Cousins aku sleepover kat umah aku rupanya time tuh. Diorang ada hal sket. Ada baby kecik time tuh! Comel3. Nur Aliya Maisarah nama dia. Sedap oo nama tuh. Petang tuh diorang nak balik dah. Um, kalu ingat agi aa aku penah citer dlu. Kazen aku nama Nur Fazrina tuh. Dia pn ade gak time tuh. Aku seriusly sangat2 berharap dia bole dpt score the best untuk SPM. Sebab compare to other siblings dia, dia laa sorang harapan nak masuk universiti. Abang2 dia dedua da tade harapan da. Memasing dok keja. Nina ni pun dok cakap yang dia takmo keje dulu. Dia serius nak rasa masuk universiti. Hopefully dia dapat masuk. Agak rugi sebenarnya tak rasa life as a student. Malam tuh online bagai tak hengat dunia heheh

Ahad, 24 Januari 2010

Hari bersenang-lenang patutnya. Pagi dihiasi dengan online. Memang takde plan apa2 langsung la on that day. Bagai tau je, something will happen. Oh yea, baru teringat. Time tido pagi tuh, aku rasa aku mimpi pegang Al-Quran. Pikir cam tade pe la. Sekali tengok-tengok, petang tuh dapat call yang pakcik aku meninggal dunia. Sumw org bergegas siap2. Akak aku dari Shah Alam pn join skali. Kitorang dok stay kat umah pakcik aku sampai pukul 6.30 camtuh. Parents aku tinggal, siblings aku ngan aku balik dlu. So that day ends there.

Isnin, 25 Januari 2010

Sumorang bergegas siap2 sebab nak kejar pengebumian pakcik aku pagi tuh. Selesai kebumi, pegi lunch reramai. Pastu balik, aku start online. That day ends there.

Selasa, 26 Januari 2010

Hari nie kira bole skip aa sebenarnya. Pegi tabung haji sat nak simpan duet. Naek teksi ngan parents aku sebab keta unser on repair agi time tuh. Ooo time tuh lupe lak terjumpa ngan uncle bawak teksi begitu patriotik. Semangat sungguh cerita pasal sejarah laa, politik la, amende lagi laa. Tapi setepek2 kena kat muka oo. Kelemahan orang Melayu gila terserlah. Malas nak dok citer kat cni lenkali la aku citer. Balik tuh, as usual, aku online sampai laa malam.

Rabu, 27 Januari 2010

Aku mula merasakan yang aku perlu juga menyentuh buku. Aku sangat3 perlu menyentuh buku! Dengan muka penuh keinsafan, aku pn amek laa buku ICO aku. Tu pun lengah2 agi tuh. Bukak aa buku. Baca aa sehelai dua page. Pastu start rasa boring. Mula kaco kakak aku yang sedang tekun menyiapkan assignment beliau. Kaco dia lagi, kaco dia lagi. Last2, dia tak layan aku langsung. Dia soh aku fokus dengan ICO. Sebagai adek mithali [konon!], aku pun ikot aa cakap beliau. Bukak aa buku balik. Pusing la kiri kanan. Meniarap, pastu bangun, meniarap balik. Rasa sangat2 tak best last2... aku tutup buku, dengan bahagianya. Kuar dari bilik, pegi bilik belakang, and... start online balik. Dan hari aku berakhir dengan online sepanjang hari, lagi sekali.

Khamis, 28 Januari 2010

Tetiba aku rasa aku kena siapkan assignment calculus aku. Da semangat da nie. Dok amek buku calculus tebal2 tuh, nak mengadap. Siap2 da dengan pen sume. Bukak buku. Baca soklan. Sempat laa wat satu soklan. Baca lak next question. Lepas baca jek, terus terbantut niat nak abeskan soklan. Otak memang sungguh sangat laa malas nak berfikir time tuh. Serius. So sempat laa wat satu soklan oo. Cis. At last, online lagi aku oo.

Jumaat, 29 Januari 2010

Hari yang penoh keazaman. Sangat2 laa berazam. Sungguh2 betol nehh. Nak tau apa azam aku? Azam aku adalah: tamau sentuh buku langsung. At all. Even sekali pn. Sampai la aku balik UIA hari sabtu. Best tak azam aku? Serius tak berniat langsung nak sentuh buku. Apa nak jadik pun aku tatau aa weh. Petang siap berniat nak turon mid valley agi tuh. Bangun pagi tros mengadap laptop. Kuar pi mid valley sempat aa makan2 agi. Shopping beli selipar baru kat tropicana life. Jalan2 sume. Tak hengat dunia kott. Balik lak dlm kol 5 camtuh. Lepak2 sampai malam, sampai laa sekarang, dok online lagi, even da pukol 12.30 mlm. Ciss.

So basically tu laa aku wat sepanjang minggu aku cuti. Yang penting, everyday mesti selit perkataan online tuh and bukan sume hari ada perkataan study tuh. Sangat la bangga ngan diri sendiri. Sangat3! Sedar laa Suhaila Roslan, study laa kamoo!~

blog comments powered by Disqus