BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 28, 2009

Kisah masyarakat

Pernah dengar siapa2 yg dekat ngan korang... lahirkan anak luar nikah. Sorry, kalau ini isu sensitif. Tapi realiti, ni la yang banyak terjadi di kawasan2 kampung. Aku ckp bukan berdasarkan tekaan aku saje, berlandaskan fakta juga. Ini lah yang banyak terjadi dikampung aku. Dan tidak mahu juga aku nafikan, terjadi dekat saudara terdekat aku. Serius aku nak kata, tak boleh nak salahkan pasangan2 nie jugak. Korang sendiri patut tengok suasana di kampung tu sendiri. Remaja semua bergaul dengan begitu bebas. Tak ada sekatan pn. Ini dari apa yang aku dengar la.


Aku simpati jugak dengan sedara aku nie. Dak laki and umur dia tak jauh pn ngan aku. Jarak dalam 3 tahun camtu. Time sekolah dulu, dia nie jenis yg suka ponteng skolah, pegi smoking, lepak ngan kengkawan sume. Tp aku tak sure dia terlibat dengan dadah ke tak. Pernah jugak jadik kes polis sebab mencuri. And macam2 lagi yg dia dah buat. Sampai abes skolah, perangai masih x ubah2. Tak tau nak salahkan mak ngan ayah dia ke x. Bila da stat keja, perangai makin menjadi2. Hutang semua melambak2. Pinjam kat bank brape puluh ribu. And last2, someone pregnant sebab dia. Tapi, alhamdulillah jugak la. Dia nak jugak kawen ngan pompuan tuh. Still I respected him because of this. Tapi sure benda nie jadik buah mulut org kampung and bwk malu kat keluarga. Memula ayah dia tak bagi kawen. Tapi dia berkeras gak nak kawen. Last2 dia kawen tanpa ayah dia tau. And right now baby pn da lahir.

Aku mmg kesalkan dengan sikap diorang. Yelah, jiwa org muda la kan. Bila2 masa, tau nak seronok jer. Tanpa pikir kesan kemudian hari. Tapi ape yg lebih aku kesalkan, sikap org2 tua di sekeliling diorang. Mmg, aku tau diorang dah malukan keluarga, diorang dah buat benda salah. Tapi tak perlu la dipulaukan diorang. Tak perlu jugak asyik hamburkan kata sumpahan kat diorang. Org tua, sepatutnya dah nmpak diorang tu dah sesat, cubalah bawak diorang balik ke jalan yg betul. Bimbing balik diorang. Tolong lah diorang tuh, sebab diorang masih muda. Dari apa yg aku nmpak, mak ayah diorang cam sanggup nk jaga baby tu jer. Yg laki ngan pompuan tuh, diorang mcm x kesah sangat. Patut tolong la diorang sikit2, tolong diorang bangun semula. Biar diorang balik ke pangkal jalan. And tolong besarkan baby tu dengan cara baik. Cuba jangan biar baby tu jangan ikut jejak langkah mak ngan ayah dia.

Aku serius sgt risau dengan masa depan baby tuh. Aku pn hampir nangis bila tgk baby tuh and pikir ape laa nk jadi ngan masa depan dia. Dah laa anak luar nikah. Ape la status dia kat mata masyarakat nie. Baby tak berdosa langsung. Jgn lah sbb kesilapan ibu bapa, anak turut dihukum sekali.

Bukan mahu kata aku baik sgt, tp alhamdulillah, aku dilahirkan dlm keluarga yg mementingkan agama. Atleast cukup membimbing aku dari sesat. Alhamdulillah, aku tak terjebak dengan benda2 sebegini. Nasib baik, sedara aku nie x abandon pompuan tuh. Sebab dalam byk kes, perempuan yg selalu jadi mangsa. Habis madu sepah dibuang. Perempuan jangan biar diri diperkotak-katik. Tinggi sungguh maruhmu, wahai perempuan yang mulia. Jagalah diri. Sebab kebanyakan yg nampak hina kat mata masyarakat lepas jadi benda2 cam ni, selalu mmg la perempuan.

blog comments powered by Disqus